Jumaat, 16 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Imej langsuir bertenggek di Kulim Hi-Tech berjaya dirakam

Posted: 16 Dec 2011 07:09 PM PST


HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.


Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.


Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

"Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

"Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka," katanya. - SH

AMK lancar kempen #BebasAnwar901

Posted: 16 Dec 2011 06:44 PM PST

KUALA LUMPUR 16 Dis: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menggerakkan kempen besar-besaran dalam usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan fitnah II.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kempen dinamakan #BebasAnwar901 itu dimulakan secara maya di laman 'Twitter' bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan.

"Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi.

"Melalui kempen ini saya pasti rakyat akan datang memberi sokongan kepada Anwar pada hari keputusan itu nanti.

"Saya juga menyeru seluruh rakyat tidak kira berada di mana pun tanpa mengira kedudukan mahupun kaum turut dalam kempen tersebut dan hadir memberi sokongan kepada Anwar pada 9 Januari nanti," katanya.

Perbicaraan terhadap Anwar yang memakan masa hampir dua tahun, mendedahkan konspirasi terhadap ketua pembangkang itu.

Pada penggulungan hujah Isnin lalu, peguam Anwar menegaskan pendakwa raya gagal membuktikan fitnah liwat walaupun cuba mensabitkan Anwar sebagai pemilik DNA lelaki Y yang ditemui pada tubuh Saiful.

Karpal Singh juga berkata, pendakwa raya gagal membuktikan sumber asal DNA lelaki Y ialah dari sperma Anwar berdasarkan keterangan pakar DNA antarabangsa, Dr Brian Mc Donald.

Manakala keterangan pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland membuktikan Saiful berbohong diliwat Anwar.

Dr Thomas yang merawat Anwar sejak 2001 juga mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak mampu melakukan aksi fitnah tersebut akibat kecederaan tulang belakang.

Selain itu, perbicaraan kes itu juga tercemar dengan hubungan sulit antara Saiful dan bekas Timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif.

Menurut Karpal, kedua mereka perlu dipanggil semula di bawah sekseyn 425 Kanun Keseksaan kerana belum menafikan hubungan antara mereka berdua.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24473

Rosmah sudah kembali .... dengan kek harijadi ke 60 yang bersaiz besar ... padan dengan dia ... hahaha

Posted: 16 Dec 2011 06:21 AM PST

Rosmah sudah kembali lagi. Setelah selesai mengerjakan haji dan agak sepi semasa perhimpunan agung UMNO, wanita pertama Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama FLOM sudah siap sedia untuk menyerlah, dan kenapa tidak?

Jika ramalan pemerhati politik tepat tentang suaminya yang bakal dijatuhkan, iaitu Najib Razak, dia akan langsung dipinggirkan dari golongan atasan. Mereka berdua akan dipulaukan seperti penyakit berjangkit dan Najib juga akan kehilangan jawatan sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 2012 yang akan datang.

Ini akan menjadi tamparan yang maha hebat buat Rosmah.

Kek bersaiz gergasi

Pada 10 Disember yang lalu, sahabat dan pencacainya telah mempersembahkan wanita berusia 60 tahun ini dengan sebuah kek harijadi yang amat besar, hampir sebesar sebuah meja. Tidak seperti saiz dan rupa pelik yang dipersembahkan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng, kek Rosmah yang berwarna putih dan pastel begitu cantik.

Kek itu sudah semestinya dipersembahkan pada pembukaan Ekspo PERMATA 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Melihat kepada gambar yang tersebar di alam maya, sememangnya Rosmah sendiri terpegun dengan saiz kek yang besar itu. Bukankah itu memang padan dengan orangnya?

Ramai yang berfikir, berapakah kos kek tersebut dan adakah pemberinya mengharapkan pulangan dari FLOM? Jika ia sebenarnya dibuat untuk meraikan kejayaan kumpulan kebajikan PERMATA kenapa tidak tertulis, "Selamat ulangtahun ibu PERMATA" diatasnya?

Bukankah Rosmah sepatutnya meraikan harijadi di dalam parti tertutup dan menggunakan duitnya sendiri untuk membuat persediaan itu? Walhal itu adalah harijadinya.

Apa pun, bermula dengan parti kecil yang ditaja ini Rosmah seakan-akan memberitahu semua bahawa setelah perhimpunan agung UMNO, dia sudah kembali dengan penuh gaya.

Menang atau kalah, keluarga Najib akan keluar dari Putrajaya, tiada majlis meriah meraikan mereka. Walaupun begitu, mereka akan tetap pergi dengan segala kemewahan yang telah diikaut sementara rakyatlah yang sengsara membayarnya.

Kisah cinta dan perkahwinan

Sebagai bekas pegawai bank, Rosmah sememangnya jauh lebih bijak dari rakan-rakan yang lain.

Dia telah berjaya menawan hati bakal perdana menteri dan ini telah membuktikan kelicikkannya.

Lahir dalam keluarga yang sederhana, dia berjaya memasuki Kolej Tunku Kursiah, seterusnya Universiti, mengahwini personaliti tv, mengadakan hubungan sulit dan seterusnya berkahwin dengan Najib.

Najib yang merupakan anak sulung perdana menteri kedua Abdul Razak Hussien telah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan menteri pendidikan sewaktu mereka mula berkenalan. Namun

, percintaan mereka lebih hebat dari ikatan perkahwinan masing-masing dan mereka kemudiannya meninggalkan pasangan mereka untuk bersama.

Bagi membuktikan bahawa dia layak untuk pengorbanan yang dibuat, Rosmah membiarkan dirinya dibelakang tabir, dan menjadi seorang isteri yang taat, penyayang dan memberikan sokongan penuh kepada suami. Dia telah berjaya melindungi sikap sebenarnya yang dikatakan pengkritik sebagai seorang yang bercita-cita besar dan boros.

Tidak sabar untuk menggantikan Jeanne Abdullah

Mungkin Rosmah merasakan bahawa dia telah lama bersabar dan tidak mampu menunggu lagi untuk menjadi isteri perdana menteri sehinggakan didalam perbualannya dengan rakan-rakan rapat,

mengejek Tun Jeanne Abdullah sebagai tidak layak untuk anugerah tersebut.

Apabila sampai masa Najib mengambil alih kediaman rasmi perdana menteri, Rosmah telah menempah kelengakapan dalam rumah yang mewah dan baru berharga mencecah RM65 juta.

Tapi, pada malam 9 Disember 2006, dalam majlis makan malam rasmi yang meraikan penabalan YDA ke 12,

dia telah menunjukkan belangnya apabila mengarahkan majlis ditamatkan pada pukul 10 malam.

Dengan satu arahan keras, Rosmah telah memendekkan majlis lebih awal 2 jam yang telah menyekat YD Agung untuk bermesra dengan tetamu yang datang dari dalam dan luar negara.

Cintakan Bollywood

Kerenah besar kepala yang ditunjukkan oleh Rosmah adalah kerana semata-mata mahu menghadiri majlis penuh glamor, iaitu Global India Film Awards [GIFA BOLLYWOOD] yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Disana, Rosmah dengan beraninya meninggalkan rombongan termasuk suaminya dan beberapa kenamaan yang juga dipaksa balik untuk menonton dirinya bermesra dengan artis Bollywood tanpa segan silu.

Pada ketika itu, belang sebenarnya nampak satu persatu. Skandalnya tidak mengenal batasan, dari penglibatannya dalam komisyen kapal selam Scorpene, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, keakrabannya dengan golongan antarabangsa yang kaya dan mewah, berbelanja dengan boros dan pembelian barangan peribadi dari beg tangan Birkin yang bernilai RM100 000 sehinggalah ke cincin berlian biru yang berharga RM73 juta.

Tabiat borosnya telah menjadikan rakyat miskin semakin geram dengan perempuan yang melantik dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia ini.

Malaysia Chronicle

Orang lama, jom tengok Konsert Pop Yeh Yeh 60an

Posted: 16 Dec 2011 05:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah persembahan Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh, Lokman Ghani yakin kekuatan aura yang masih dimiliki oleh penyanyi-penyanyi era 1960-an bakal membawa kejayaan kepada konsert itu yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Januari depan.

Lokman yang juga pengarah teater dan drama berpengalaman berkata, dia menerima pelawaan penganjur konsert, Gombak Serumpun Sdn Bhd (GSSB) kerana mahu merasai pengalaman yang berbeza berbanding mengarahkan teater, muzikal dan drama sebelum ini.

"Saya tertarik dan suka dengan tawaran untuk mengarahkan konsert ini kerana ia lain daripada yang lain. Sebelum ini, saya sudah biasa mengarahkan teater, muzikal dan drama tetapi kali ini, saya berpeluang untuk mengemudi perjalanan sebuah konsert pula.

"Tambahan pula, mereka (penyanyi-penyanyi 60-an) masih mempunyai aura dan kekuatan masing-masing yang pasti akan menjayakan konsert ini kelak," katanya yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh itu bakal menghimpunkan Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramlie & Orkes Teruna Ria, Datuk A. Rahman Hassan, isterinya Datin Azizah Muhamad & Orkes Nirwana, A. Halim & D'Fiction, J. Sham & The Wanderers, A. Rahman Onn & The Strangers dan kugiran iringan The Rhythm 60's.

Ia bakal berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari pada pukul 8.30 malam di Istana Budaya.


Barisan penyanyi era 60-an yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh.
Lokman berkata sebagai menyuntik elemen segar dan kontemporari pada konsert itu nanti, dia akan menitik beratkan aspek teknikal agar persembahan penyanyi-penyanyi tersebut akan menjadi lebih hebat dan meriah.

"Saya tidak perlu gusar tentang aspek muzik dan nyanyian kerana mereka memang hebat dan konsisten dalam aspek itu.

"Sebagai pengarah, saya akan selitkan beberapa elemen segar pada aspek teknikal yang melibatkan pergerakan pentas, visual di layar dan pencahayaan, selain memilih pelawak Abon sebagai pencerita bagi menyuntik suasana yang lebih santai," katanya.

Lokman menambah, pada malam konsert itu, barisan artis 60-an ini masing-masing akan menyampaikan tiga buah lagu penuh dan sebuah dendangan instrumental.

Ia dijangka akan berlangsung dalam tempoh 1 jam 45 minit.

Tiket-tiket konsert yang berharga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350 boleh didapati menerusi Ticket2U.biz di talian 03-4147 8600 atau hubungi GSSB di talian 012-3695230 dan 012-322 4104.- mStar

Perhimnpunan bantah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam oleh Cuepacs Ahad ini

Posted: 16 Dec 2011 12:10 AM PST

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Cuepacs yang mengambil pendirian membantah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Ahad ini untuk membuat penerangan kepada ahlinya.

Perhimpunan berkenaan pendirian membantah pelaksanaan SBPA diumumkan pada akhir mesyuarat kongres Cuepacs di Perlis tengah hari tadi.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, langkah itu diputuskan untuk menerangkan alasan pendirian badan induk kesatuan sekerja awam tersebut menolak pelaksanaan SBPA.

"Kami menjangkakan sekitar 2,000 orang akan hadir, pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan gabungan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kalau boleh kami mengharapkan kehadiran luar jangkaan, lebih 2,000 orang yang kami jangkakan," katanya lagi.

Perhimpunan akan diadakan di dewan CIDB, Jalan Chan Sow Lin. - TMI

MENYUSUL LAGI

Lebih 5000 peminat apple serbu KLCC untuk iPhone4S

Posted: 15 Dec 2011 11:48 PM PST

Lebih 5000 peminat telefon pintar iPhone 4S menyerbu Pusat Konvensyen KLCC bagi mendapatkan telefon pintar tersebut yang dilancarkan secara rasminya di Malaysia oleh pengendali telekomunikasi gergasi, Maxis pukul 12 tengah malam tadi.

Ada di antara pengguna telefon pintar itu yang sanggup beratur seawal pukul 3 petang semata-mata mahu berada di barisan hadapan untuk mendapatkan nombor giliran paling awal.

Selain di Kuala Lumpur, Maxis turut memperkenalkan telefon pintar tersebut di pusatnya di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching pada waktu yang sama.

Telefon pintar iPhone 4S akan mula berada di pasaran pada hari Jumaat, 16 Disember di semua Pusat Maxis dan pengedar terpilih di seluruh negara.

Antara yang baru diperkenalkan adalah penambahan kuota data termasuk sambungan WiFi secara percuma sebanyak 4GB sebulan di semua rangkaian Maxis hotspot seluruh negara. Dengan penambahan tersebut, Maxis kini menawarkan data mobile tertinggi untuk pelanggannya.

Dengan mendaftar kepada pakej iValue yang ada, pelanggan Maxis berpeluang untuk memiliki telefon pintar iPhone 4S pada harga serendah RM350 hingga RM2400. Bagi yang mendaftar dengan iValue 4 dan kontrak selama 2 tahun, mereka boleh mendapatkan telefon pintar tersebut secara percuma.

iPhone 4S merupakan telefon pintar keluaran Apple yang menawarkan kelajuan terpantas dan grafik yang hebat termasuk kamera resolusi tinggi serta rakaman video berdefinisi tinggi. Namun demikian, ciri utama pada telefon pintar tersebut yang dipasarkan di peringkat antarabangsa iaitu Siri tidak tersenarai sebagai ciri utama yang dipromosikan oleh Maxis memandangkan penambahbaikan kandungan Siri untuk pengguna Malaysia masih dalam pembangunan.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Misteri Senapag Steyr/M-16 , Bom C4 , dan Enjin Jet F-5E

Posted: 16 Dec 2011 04:10 AM PST

Bank yang menyaksikan perompak 'Steyr' ditembak mati dikepala dalam jarak 50 meter oleh Pak Gad Bank tersebut...wajar Pak Gad itu diberi penghargaan..

Salut untuk Pak Gad yg telah berjaya menembak mati seorang perompak a.k.a penyamun yg cuba merompak sebuah bank di Taman Muda ,Pandan Indah Ampang yang menggunakan senjata jenis 'Steyr'.
Pada hemat hati ini berlegar-legar bagaimana perompak tersebut yg mati setelah ditembak dibahagian muka oleh Pak Gad yg bersenjatakan 'Pum Gun' yang selalu digunakan dibank-bank dan juga kedai emas, boleh memiliki senjata 'terkini@canggih' seperti ' Steyr..
Dulu ada juga geng perompak yg sering menggunakan 'Steyr' didalam siri rompakan mereka..tetapi geng di sudah dilumpuhkan oleh pihak polis negara..ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin yang mengesahkan perompak berkenaan bukan saki baki geng tersebut..
Beliau juga berkata senjata jenis ini hanya digunakan oleh agensi penguatkuasa kerajaan sahaja..


Hari ini..apa yg berlegar dikepala sudah dirungkai oleh kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa senjata jenis "Steyr" yang digunakan dalam cubaan melarikan wang tunai RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lepas, dipercayai milik seorang anggota tentera berpangkat pegawai.


Ohhh tidak..sekali lagi 'suasana seram' menyelubungi hati ini..masakan tidak..sudah beberapa kali kita dengar dan lihat betapa pasukan tentera kita senang-senang dilolosi atau cuai..jom kita mengimbau kembali apa yang telah berlaku dan ianya melibatkan pihak dibarisan hadapan yg melindungi negara dan rakyat Malaysia..

1) Tragedi Sauk..tahun 2000
- betapa mudahnya 2 pos tentera di Kuala Rui dan Kem Batalion 304 Infantri Askar Wataniah ,Gerik dicerobohi dan seterusnya merompa senjata pada awal pagi 2 Julai 2000 dengan melarikan lebih 100 raifel M-16 dan Steyr serta beribu-ribu peluru.

2) Bom C4 digunakan untuk membunuh seorang wanita - Altantuya
- Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.

3) Misteri Kehilangan Enjin Jet F-5E
- Enjin dengan nilai pasaran sekitar RM30 juta hingga RM50 juta itu masih dalam keadaan baik, didapati hilang ketika dalam simpanan di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi.
Ketika kejadian, enjin milik sebuah pesawat F-5E milik 12 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth disimpan sementara di gudang berkenaan sementara menunggu dihantar untuk kerja penyelenggaraan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, anggota TUDM yang ditugaskan membuat pemeriksaan terhadap enjin yang disimpan dalam kontena itu terkejut mendapati muatan bernilai puluhan
juta ringgit itu lesap, sekali gus berjaya melepasi kawalan keselamatan ketat di pangkalan udara berkenaan.

Hati ini bertanya...kenapa-apakah kecuaian dan ke'bolosan' sebesar ini boleh berlaku didalam negara kita..apatahlagi melibatkan pertahanan negara..barisan hadapan yg disandarkan untuk mempertahankan negara dan rakyat Malaysia seandainya diserang musuh durjana...

Hati ini tidak mampu menjawab persoalan ini...dibukakan soalan ini kepada umum..semoga pandangan kalian mampu membawa kebaikan buat pasukan pertahanan negara kita...



PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Kuala Pilah....Untung bagi Umno...derita bagi Rakyat

Posted: 16 Dec 2011 06:55 PM PST

Bangunan 92 tahun runtuh
Tarikh : December 16, 2011
bangunan runtuh2

KUALA PILAH – Bangunan yang berusia 92 tahun di jalan Undang Johol dekat sini, runtuh pada petang kelmarin berikutan struktur bangunannya tidak stabil.

Difahamkan dahulu bangunan kosong bernombor 69 itu menjadi tempat orang berniaga, namun setelah berlaku kerosakan ia ditinggalkan demi keselamatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Kamarudin Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.22 petang, kelmarin daripada orang ramai.

Menurutnya, orang ramai menghubungi pihaknya kerana bimbang bangunan itu akan runtuh memandangkan struktur bangunan pada dindingnya sudah mulai retak sedikit di bahagian tepi kiri.

"Memang ketika itu bangunan tersebut belum runtuh sepenuhnya, walau bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, bangunan itu ranap sama sekali," katanya.

Kamarudin berkata, mujur ketika runtuhan, tiada sesiapa berada di kawasan ter­­sebut.

"Bangunan ini dikosongkan sejak tiang bangunan berkenaan dilanggar sebuah kenderaan.

"Berkemungkinan, bimbang ia tidak selamat, penghuninya berpindah ke tempat lain dan membiarkannya kosong sejak beberapa bulan," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak bomba dan penyelamat sudah meletakan kon keselamatan dan papan tanda untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.

"Pengguna perlu berhati-hati apabila melalui kawasan ini terutamanya kanak-kanak kerana kerja-kerja pembersihan­ belum dilaksanakan.

"Buat masa ini, jalan berkenaan hanya dibuka satu laluan­ sahaja kerana sebelahnya ditutupi bahan runtuhan bangunan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuasa Kelab Koong Yee, Lee Ah Kow, 61, berkata, bangunan itu sudah berusia 92 tahun sejurus kelab berkenaan ditubuhkan.

"Bangunan tersebut di bawah tanggungjawab kelab ini dan apa sahaja aktiviti akan diadakan di sini.

"Walaupun tiang bangunan­ ini dirempuh sebuah kenderaan dua tahun lalu, namun ia masih tegap berdiri," katanya kepada Sinar Harian semasa meninjau kawasan runtuhan.

Hadir sama, Adun Pilah, Adnan Abu Hassan dan wakil Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Zulkiply Nahu.

Katanya, pihaknya akan melakukan pembersihan dalam masa terdekat selepas mendapat notis daripada MDKP selama dua minggu.

Ulasan:

Dah runtuh barulah semua pihak terhegeh-hegeh kelam kabut termasuk orang-orang Politik, sedangkan orang ramai telah terlebih awal memaklumkan kepada beberapa pihak yg berwajib akan bahayanya kedudukan bangunan tersebut.

Sejak dua tahun lamanya bangunan ini terbiar dalam kedudukan yg cukup mencurigakan. Bayangkan kiranya runtuhan ini terjadi sewaktu siang hari..dan sewaktu orang ramai dan kenderaan lalu lalang. Dan bayangkan lah berapa ramai yg bakal terkorban terperangkap.

Kenapa mesti rakyat yg mulakan akan kegusaran ini... ??? Kenapa tidak pihak-pihak yg berwajib termasuk Ahli Parlimen dan wakil2 rakyat yang turut melalui jalan ini yg memulakan keresahan.. Apakah cukup dengan jawapan " ini bukan kawasan saya"

Kenapa tidak ada tindakan awal untuk mengepong bangunan ini dengan jaring-jaring penahan runtuhan sekiranya sebarang kemungkinan bakal terjadi..???

Mungkin Wakil2 rakyat UMNO semakin sibuk untuk melobi diri masing-ma sing agar tercalon semula pada pilihanraya akan datang. Kumpulan2 antara mereka sudah mula terbentuk dan kini berlegar-legar mencari kekuatan sokongan....

HABIS Rakyat...??? pandai-pandai lah nak hidup...??

DAN Adakah ini slogan " Rakyat yg diutamakan" ATAU Rakyat yg diutamakan kesusahan...???

Sebab itulah Kuala Pilah terlalu lembab dari apa juga kearah kemajuan....Anak2 Kuala Pilah yg pergi merantau seawal 1960 ,....bila sesekali balik kampong...masih tidak dapat melihat perubahan. Kalau ada pun cukup lembab. Yang berubah..cuma kesesakan jalan raya...terutama jalan utama (Jln Dato' Undang Johol,,sekarang Jln Lister)

Dari dulu lagi ...5 orang Melayu Umno adalah wakil rakyat kawasan termasuk seorang Ahli Parlimen Melayu Umno....kini Tim Menteri,... menang selesa. Apa yg dia buat untuk orang untuk Kuala Pilah...???

Majoriti penduduk Kuala Pilah adalah orang Pencen dan orang kampong yg di sara oleh anak2 mereka yg kini bertungkus lumus mencari rezeki dalam kepayahan ekonomi sekarang.

Cuba kita tinjau..bandar2 seperti Tampin dan Bahau. Walau pun tidak sehebat Seremban..tapi agak cepat membangun jika dibandingkan dengan Kuala Pilah. Walhal....Kuala Pilah diera 60an hingga 80an adalah bandar yg terdahulu pesat antaranya.

Adakah ini disebabkan Tampin & Bahau wakil rakyatnya ada yg terdiri dari wakil Pakatan Rakyat...??? Maka BN cuba melonggokkan segala kemudahan dan pembangunan untuk menarik hati2 pungundi semula.

DAN adakah...dimana kuatnya UMNO...disitulah rakyatnya mundur..???

Saudara....semakin matang & dewasa kini...


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Hasan Ali Tidak Akan Keluar PAS: Abdul Rani

Posted: 16 Dec 2011 04:10 PM PST

PETALING JAYA: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yakin rakan sekutunya, Datuk Dr Hasan Ali yang didakwa terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti itu tidak akan meninggalkan PAS.

"Apa yang kita nampak ialah ada usaha Umno untuk memerangkap, kita tengok laporan mereka di akhbar dan TV3. Tapi saya yakin beliau tidak akan terperangkap dengan taktik kotor Umno," katanya yang dipetik portal The Malaysian Insider pada Jumaat.

Bagaimanapun, Abdul Rani memberitahu, sekiranya Hasan memutuskan untuk keluar PAS, tindakan itu dilihat akan merugikan beliau.

"Saya kenal Datuk Hasan malah beliau sendiri pernah menawarkan jawatan exco hal ehwal agama kepada saya pada 2008 tapi saya tolak. Jadi saya yakin beliau tidak akan keluar PAS," katanya.

Menurut Abdul Rani, beliau ada menghubungi kepimpinan PAS pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Datuk Hasan dan Nasharudin Mat Isa bagi menyelesaikan isu ini./Mstar

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Kenapa Orang Kita Ramai Pakai Tudung Tapi Pakai Baju Ketat?

Posted: 16 Dec 2011 04:17 PM PST



Seriously...kenapa?
Kenapa tak ramai lelaki yang mempunyai keinginan berbaju ketat tetapi perempuan ramai?

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Zaid, Asal Bukan UMNO...tapi bukan KITAlah...Hehe!!

Posted: 16 Dec 2011 03:29 PM PST

We have bigger fish to fry
ZAID IBRAHIM

Four months ago, I wrote about Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi and Co. wanting to purchase six more Second Generation Patrol Vessels or SGPVs for the Navy. The story was ignored by the public ; and so I have to write this again.

Some of you will recall that when the Government decided to privatise the Lumut Naval Dockyard in the early 1990s to the man with the white hair Tan Sri Amin Shah Omar, that exercise also entailed the Government buying six patrol vessels from him for the Navy.

That exercise cost taxpayers RM9 billion: RM6 billion for the patrol vessels and RM3 billion for interest charges for late payments and exchange rate losses. Amin Shah ordered the vessels from the German company Blohm + Voss. Apart from procuring the six patrol vessels, Lumut Naval Dockyard (now Boustead Naval Shipyard) also paid RM300 million for their design so that we could build additional units ourselves if we needed them in future. "Malaysia Boleh!" was, after all, the rallying cry then, and our defence officials have never failed to brandish the catchphrase, "transfer of technology".

Fast-forward 15 years later and our current Defence Minister has decided to buy another six patrol vessels. It will cost more this time, naturally, since these are second generation SGPVs with a new design to be built by another company, DCNS. Why we are not using the design that we paid so much for is something we should be thinking about. And why Zahid and Boustead Naval Shipyard have decided to change our supplier to DCNS is anybody's guess.

All I can confirm is that DCNS is a famous company because DCNS supplied us Scorpene submarines (a deal in which someone equally famous got RM500 million in duit kopi). DCNS is also involved in a corruption scandal in Taiwan, where they had been sued by the Taiwan government for recovery of more than USD1 billion for a kickback scandal.

So how much will this new procurement cost Malaysian taxpayers? The new vessels' combat and management system will be decided by some foreign consultants and not by the Royal Malaysian Navy, so your guess is as good as mine. But it's not just the money I am worried about. The consultants are Singapore based companies. Are they not foreigners?. What if they recommend a system that compromises our national security? What assurance do we have that these consultants are not our enemies? Every time we question the Government's secrecy in the procurement of defence equipment, we are told that it's in our national interests to be kept in the dark. Now I know why.

I am certain that input from our Royal Navy into this very important procurement has been minimal at best. So we can expect an announcement later that will sound something like this: the base price for the vessels is RM10 billion while the maintenance, training and parts contracts will cost RM1 billion a year for 10 years. That means Tabung Angkatan Tentera, which has the controlling stake in Boustead Holdings, and ordinary Malaysians (who will be getting RM500 soon) must be prepared to shoulder the burden of a RM20 billion defence contract for vessels that neither you nor I can even be sure we need.

I know many of you are excited about the cow scandal now engulfing Women, Family and Community Development Minister Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil. But that's peanuts compared to what's cooking at the Defence Ministry. It's comical and unfair for some UMNO leaders to ask Shahrizat to resign when they are all in the same pot.

For the moment, I hope our Defence Minister or Prime Minister can answer three simple questions: firstly, are we buying the six patrol vessels from DCNS and for how much? Secondly, why were foreign consultants engaged, to the exclusion of the Navy, to recommend combat systems and other sensitive components of the vessels? And thirdly, why are we not having a competitive bid for this project? I hope we can get some answers soon, before the General Election.

Dialog Santai Bersama YB Khasim Abdul Aziz

Posted: 16 Dec 2011 03:56 AM PST

Semua penduduk Taman Bukit Indah, Ampang dijemput untuk sama-sama bersarapan pagi dan berdialog bersama YB Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya pada hari Ahad ini, 18hb. Disember, 2011 @ 8.30 pagi - 12.00 tengahari.

Majlis ini dianjurkan oleh JKP Zon 11.

Tempat - Taman Rekreasi Taman Bukit Indah (bersebelahan dengan tapak permainan helikopter).

Lahabau tul Don ni...!!

Posted: 15 Dec 2011 10:00 PM PST

Anwar: Mahathir asked World Bank for aid
Kuek Ser Kuang Keng
11:40AM Dec 16, 2011

Opposition leader Anwar Ibrahim made a startling allegation against Dr Mahathir Mohamad, claiming that the former prime minister had written to the World Bank for funds during the financial crisis in 1999.

In an effort to clear the "US agent" label against him by Umno and Mahathir, Anwar last night told a dinner attended by foreign ambassadors that in 1993, he had written to the World Bank in his capacity as finance minister to reject financial assistance.

"Of course, I had to chair the development committee of International Monetary Fund (IMF) and World Bank. For that I was portrayed as American agent, but the fact remains it was me in 1993 who wrote to the World Bank to say we are not requiring your fund.

"In 1999, the then prime minister Mahathir wrote to the president of World Bank appealing for funds and (to) borrow from World Bank," he claimed.

The dinner was organised by the Selangor state government where Anwar delivered a speech entitled 'Debunking ETP: Widening Income Gap' to some 150 guests including foreign ambassadors, economists, academicians, MPs, party leaders and journalists.

Wasn't that a paradox?

Anwar, who is also the Selangor economic advisor, was asked whether Malaysia is prepared to brace itself against the Eurozone crisis, but he digressed from the question and recounted the difference between him and Mahathir during the crisis.

The PKR de facto leader said he was unaware of Mahathir's action as he was jailed in 1999, and only discovered it during his consultancy work for the World Bank after he was freed.

"Wasn't that a paradox? Anwar who was accused as dependant of the World Bank decided to stop borrowing from the World Bank, but the guy who was anti-IMF and World Bank wrote quietly asking for funds," he said.

Anwar was the finance minister from 1993 to 1998 under Mahathir's administration. Their mentor-protege relationship collapsed during the 1997 Asian financial crisis leading to the sacking of Anwar.

He was then found guilty of sodomy and power abuse which landed him behind the bars for five years until 2004.

Mahathir, who has been portraying himself as an anti-western imperialism leader, accused Anwar of selling out the country by accepting the austerity package prescribed by IMF.

Penjelasan behubung isu Hasan Ali dan Nasharudin

Posted: 15 Dec 2011 09:56 PM PST



Interview penuh boleh diikuti di sini...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GAMIS: 800 ribu hektar tanah bakal diperjudikan

Posted: 16 Dec 2011 09:11 PM PST

Kemelut yang berlaku di dalam Federal Land Development Authority (FELDA) sudah tidak boleh disembunyikan lagi.  Makin banyak pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku khususnya yang menjadi mangsa adalah warga peneroka.  Isu penyelewengan gred sawit, bantuan penanaman semula dan pelbagai lagi isu yang tidak diselesaikan hingga membawa kepada perbicaraan di mahkamah.  Mahasiswa cukup dekat dan prihatin dengan isu yang membelenggu warga FELDA, kerana mereka merupakan warga dan rakyat yang mencari hak dan keperluan hidup di tanah air mereka sendiri.

Isu yang melibatkan lebih 112,000 buah keluarga FELDA ini sangat mencuri tumpuan dan menagih simpati setiap inci rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang ideologi politik.  Pengumuman yang dibuat oleh Najib Abdul Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu untuk menyenaraikan FELDA Global Venture Holding Sdn. Bhd. (FGVHSB) sebuah anak syarikat milik penuh FELDA dalam Bursa Saham Malaysia baru-baru ini cukup merunsing kita.  Cadangan ini secara langsung telah menggantikan hasrat Mahathir yang dibatalkan ekoran daripada bantahan peneroka FELDA pada tahun 2004 untuk menyenaraikan Felda Holding Berhad.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM pejam mata bila lihat skandal NFC

Posted: 16 Dec 2011 09:10 PM PST

Abu Kassim juga bertindak seperti seorang amatur dalam menangani kes rasuah ini, seperti orang buta menyentuh seekor gajah.

Ramai orang terpinga-pinga melihat telatah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemudiannya mencuci tangan dengan melontarkan kes ini kepada pihak polis.
Namun kini pesuruhjayanya Datuk Abu Kassim Mohamed memberi kita jawapan.
Bercakap kepada para pemberita dari akhbar Sin Chew Daily selepas persidangan antarabangsa 14 Disember lalu, Abu Kassim menerangkan bahawa aduan yang diterima SPRM berhubung penyelewengan dana awam, tidak bermaksud penyalahgunaan kuasa.
Maka dengan itu, kes di bawah Akta Prosedur Jenayah ini hendaklah disiasat oleh polis dan bukannya kes rasuah yang terletak di bawah bidang kuasa SPRM.
Read More / Baca Lagi >>

Rayuan kes Altantunya pada 10 Februari

Posted: 16 Dec 2011 09:09 PM PST

Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan.Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.
Read More / Baca Lagi >>

Pengetua Islam di SMK Convent Bkt Nanas

Posted: 16 Dec 2011 09:07 PM PST

Bagi Katolik Malaysia, langkah terbaru Putrajaya melantik seorang Melayu-Muslim sebagai pengetua SMK Convent Bukit Nanas (CBN), sekolah berprestij di Malaysia, mencetuskan kebimbangan baru kemungkinan usaha mengetepikan hak dan sumbangan gereja aliran itu di negara ini.Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam membangkitkan pertikaian antara pemilik sekolah berusia 112 tahun itu dan Kementerian Pelajaran ekoran kehadiran mengejut pengetua baru, Datin Seri Zavirah Mohd Shaari.
"Pelantikan pengetua CBN bukan sahaja bertentangan dengan dasar kerajaan berkenaan perundingan maksimum tetapi juga memberi gambaran ia juga strategi kerajaan untuk mengambil alih sekolah-sekolah mubaligh bagi mengetepikan status, etos dan ciri-ciri khas sekolah mubaligh khususnya CBN," kata Pakiam dalam satu kenyataan disiarkan dalam akhbar Katolik, The Herald.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah Shamsul sahut cabaran TT?

Posted: 16 Dec 2011 09:06 PM PST

Blog Tukar Tiub mempunyai pengaruh kuat dalam membangkitkan semangat melawan anak muda bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN.
Blogger Tukar Tiub (TT) yang sebelum ini memperlihatkan sikap meragui kemampuan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam mengepalai agenda perubahan anak muda baru-baru ini telah melontarkan cabaran terbarunya kepada Shamsul.
Blog Tukar Tiub (TT) yang dikendalikan oleh aktivis bebas terkenal, Hishamuddin Rais merupakan antara blog yang menduduki carta teratas selama beberapa tahun dalam kedudukan blog yang mempunyai capaian tertinggi.
Selain itu, blog tersebut dikatakan mempunyai pengaruh kuat dalam membangkitkan semangat melawan anak muda bagi menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya penuh dengan ketidakadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Only Ku Li can save Malaysia.....

Posted: 16 Dec 2011 09:04 PM PST

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz
What is Umno's latest weapon now? It's the cultivation of the royal houses in the country.If PKR isn't blind, they will see where the HRH Sultan of Selangor is going with his majesty's overt political tones.Umno is now working overtime to drum in this fallacious idea that if others come into power the very future of the royal houses, the symbol of Malay existence, will be wiped out.How can Pakatan neutralise this powerful move which is also a powerful idea?
By having someone from the royal line to talk to the rulers. Who can talk to the rulers on equal terms other than Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)?
He's a royalty himself and commands respect and deference among the royal houses.
Read More / Baca Lagi >>

Matikah kebebasan akademik di Malaysia?

Posted: 16 Dec 2011 09:02 PM PST

Keputusan Mahkamah Rayuan November lalu bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu keputusan yang benar-benar bersejarah.Di dalam responsnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Seksyen 15 AUKU akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa aktif di dalam parti politik.

Namun dalam ucapan yang sama, Najib mengumumkan bahawa politik tetap akan diharamkan daripada kampus, demikian menurut kenyataan media bersama daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 24 jam turun harga minyak jika PR menang

Posted: 16 Dec 2011 09:00 PM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.
"Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.
Read More / Baca Lagi >>

'Gagalnya perang melawan rasuah'

Posted: 16 Dec 2011 08:09 PM PST

Jumlah aliran keluar wang haram yang besar di negara ini secara jelas menunjukkan kegagalan perang melawan rasuah di negara ini, kata anggota parlimen DAP Charles Santiago.
Dakwanya, kebanyakan pelarian modal berlaku melalui "pemindahan harga", antaranya melibatkan pengisytiharan nilai barangan yang salah kepada kastam dalam urusan import-eksport.
"Mereka hasilkan barang bernilai RM19, mereka isytihar RM3, dan mereka bayar cukai yang rendah," katanya sambil mendakwa "pegawai kastam tidak buat kerja".
Ditanya tindakan yang patut diambil Bank Negara, Charles berkata pihak itu tiada kehendak politik sama sekali untuk mengetengahkan isu itu.
"Selagi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak berminat menyelesaikannya, Malaysia akan terus gagal dalam perang melawan rasuah," katanya.

Suhakam: Usah pertikai teguran kami, bentuk PSC hak asasi manusia

Posted: 16 Dec 2011 08:07 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Suhakam mengesyorkan agar jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai hak asasi manusia dibentuk sebagai mekanisme penting untuk membuat pertimbangan lebih berpengetahuan dan memberi fokus ke atas isu-isu hak asasi manusia di kalangan ahli Parlimen Malaysia.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, langkah itu juga akan mengukuhkan proses demokrasi berparlimen di negara ini.
Pada masa yang sama, Hasmy (gambar) meminta tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan pandangan dan teguran dibuat oleh Suhakam mengenai hak asasi manusia negara ini.
"Sebagai sebuah institusi hak asasi manusia nasional, Suhakam menjalankan tanggungjawabnya bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara kita berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan serta 30 Perkara yang terkandung dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat," katanya pada Majlis Makan Malam Suhakam Bersama Media di Kuching malam tadi.
Teks ucapan dikeluarkan di sini hari ini.
Tegas beliau, ia adalah mandat Suhakam yang telah termaktub dalam Akta Suhakam.
Read More / Baca Lagi >>

DAP selar 'media penggelap' berita

Posted: 16 Dec 2011 08:04 PM PST

Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang menyelar media kawalan kerajaan yang didakwanya gagal melaporkan perkembangan besar, terutama berkaitan rasuah dalam tempoh beberapa hari sebelum ini.
Beliau merujuk kepada tuntutan NGO antarabangsa supaya Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud ekoran ditahan ekoran dakwaan rasuah dan pendedahan pemantau antarabangsa bahawa Malaysia antara negara tertinggi di dunia berlaku aliran keluar wang haram.
"Media kawalan BN terus merosot untuk menjadi 'media penggelap' (berita)," katanya dalam kenyataan semalam tanpa menyebut jelas media itu.
Taib dan keluarganya didakwa terlibat dengan rasuah oleh 17 NGO daripada enam negara, termasuk Greenpeace melalui surat pada Selasa.
Dan pada Khamis, Global Financial Integrity meletakkan Malaysia di tempat kelima negara paling teruk dalam masalah pelarian modan pada 2009, sama seperti kedudukan sebelumnya.

Interlok: Kavyan tunggu kenyataan rasmi, hairan ‘flip-flop’ Putrajaya, MIC

Posted: 16 Dec 2011 08:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) sementara menunggu kenyataan rasmi Kementerian Pelajaran berhubung "Interlok", hairan dengan kenyataan dua pemimpin MIC serentak semalam — berbeza dalam seminggu lalu — bahawa Kabinet telah memutuskan untuk membatalkan novel kontroversi itu sebagai silibus sastera.
Dengan keputusan Kabinet itu, "Interlok" tidak akan digunakan sebagai teks sastera mulai tahun depan.
Novel itu diperkenalkan buat pertama kali di sekolah-sekolah Zon Dua iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan tahun ini.
Presiden Kavyan Uthaya Sankar SB berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai isu ini.
"Khabarnya, pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat. Maka, Kavyan hanya akan menerima berita penarikan balik 'Interlok Edisi Murid' sebagai benar dan sah apabila pengumuman rasmi dilakukan Muhyiddin," kata beliau dalam satu kenyataan pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

MASA UNTUK MENERUSKAN PERUBAHAN !!

Posted: 16 Dec 2011 07:58 PM PST


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) semakin hampir. Ayuh seluruh rakya Malaysia!  Kita tamatkan kerakusan dan kezaliman kerajaan UmnoBn. Kita tamatkan sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa! Cukuplah 54 tahun kita dipermainkan, kita didodoikan dengan lagu syahdu tetapi penuh penipuan!

Peluang untuk berubah atau meneruskan perubahan sudah berada di depan mata ! Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik. Segala keburukan yang pernah berlaku dalam kerajaan BN selama ini banyak mengajar Pakatan untuk menjadi jauh lebih baik !
Read More / Baca Lagi >>

Many dead in Kazakhstan clashes

Posted: 16 Dec 2011 07:21 PM PST

Syrian protesters demand Arab League action

Posted: 16 Dec 2011 07:20 PM PST

The nature of arms procurement - Part II

Posted: 16 Dec 2011 07:19 PM PST

Qunut Nazilah

Posted: 16 Dec 2011 07:17 PM PST

(Q&A) Anwar Ibrahim: What Is Our Proposal To Replace The ETP?

Posted: 16 Dec 2011 07:14 PM PST

ABU - Arisan Orang Asal

Posted: 16 Dec 2011 07:13 PM PST

ABU - Izmir

Posted: 16 Dec 2011 07:12 PM PST

ABU - Khalid Ismath

Posted: 16 Dec 2011 07:11 PM PST

ABU - Haris Ibrahim

Posted: 16 Dec 2011 07:11 PM PST

Bekas K Puteri Umno Banggol Donah Londeh UMNO Terengganu

Posted: 16 Dec 2011 07:09 PM PST

Poser over dual citizenship

Posted: 16 Dec 2011 07:06 PM PST

The RCI for Sabah can, if established, shed more light on dual-citizenship holders nationwide.
PETALING JAYA: The shocking disclosure that Sarawak Chief Minister Taib Mahmud's eldest daughter holds dual citizenship and is a registered voter in Sarawak has raised concerns over other similar cases in the country and the government's "two laws" and practice of double standard.
Jamilah Hamidah Taib (picture below), who is married to a Canadian and has been living in Canada for the past 30 years, is registered as a voter in the Satok state and Petrajaya parliamentary constituencies.
Dual citizenship is considered illegal but known to be prevalent.
Read More / Baca Lagi >>

Nie Ching: Police action a slap in the face for Najib

Posted: 16 Dec 2011 07:04 PM PST

Nie Ching: Police action a slap in the face for NajibThe harsh action taken by a large number of police officers to break up a group of 15 students' flash mob attempt to demonstrate support for academic freedom was one inconceivable act of police brutality.
Academic freedom is the fundamental core of universities and it is high time that the Barisan Nasional administration review their customary oppressive policies against institutions of higher learning and undergraduates.
Prime Minister Najib Razak, on the eve of Malaysia Day, had pledged that he would make Malaysia "the best democracy in the world" and one of the key initiative was to revise Section 27 of the Police Act 1977 in accordance with the provision of Section 10 of the Federal Constitution to provide greater freedom of assembly.
Read More / Baca Lagi >>