Jumaat, 16 Disember 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Kuala Pilah....Untung bagi Umno...derita bagi Rakyat

Posted: 16 Dec 2011 06:55 PM PST

Bangunan 92 tahun runtuh
Tarikh : December 16, 2011
bangunan runtuh2

KUALA PILAH – Bangunan yang berusia 92 tahun di jalan Undang Johol dekat sini, runtuh pada petang kelmarin berikutan struktur bangunannya tidak stabil.

Difahamkan dahulu bangunan kosong bernombor 69 itu menjadi tempat orang berniaga, namun setelah berlaku kerosakan ia ditinggalkan demi keselamatan.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat, Kamarudin Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 7.22 petang, kelmarin daripada orang ramai.

Menurutnya, orang ramai menghubungi pihaknya kerana bimbang bangunan itu akan runtuh memandangkan struktur bangunan pada dindingnya sudah mulai retak sedikit di bahagian tepi kiri.

"Memang ketika itu bangunan tersebut belum runtuh sepenuhnya, walau bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, bangunan itu ranap sama sekali," katanya.

Kamarudin berkata, mujur ketika runtuhan, tiada sesiapa berada di kawasan ter­­sebut.

"Bangunan ini dikosongkan sejak tiang bangunan berkenaan dilanggar sebuah kenderaan.

"Berkemungkinan, bimbang ia tidak selamat, penghuninya berpindah ke tempat lain dan membiarkannya kosong sejak beberapa bulan," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak bomba dan penyelamat sudah meletakan kon keselamatan dan papan tanda untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya.

"Pengguna perlu berhati-hati apabila melalui kawasan ini terutamanya kanak-kanak kerana kerja-kerja pembersihan­ belum dilaksanakan.

"Buat masa ini, jalan berkenaan hanya dibuka satu laluan­ sahaja kerana sebelahnya ditutupi bahan runtuhan bangunan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Jawatankuasa Kelab Koong Yee, Lee Ah Kow, 61, berkata, bangunan itu sudah berusia 92 tahun sejurus kelab berkenaan ditubuhkan.

"Bangunan tersebut di bawah tanggungjawab kelab ini dan apa sahaja aktiviti akan diadakan di sini.

"Walaupun tiang bangunan­ ini dirempuh sebuah kenderaan dua tahun lalu, namun ia masih tegap berdiri," katanya kepada Sinar Harian semasa meninjau kawasan runtuhan.

Hadir sama, Adun Pilah, Adnan Abu Hassan dan wakil Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Zulkiply Nahu.

Katanya, pihaknya akan melakukan pembersihan dalam masa terdekat selepas mendapat notis daripada MDKP selama dua minggu.

Ulasan:

Dah runtuh barulah semua pihak terhegeh-hegeh kelam kabut termasuk orang-orang Politik, sedangkan orang ramai telah terlebih awal memaklumkan kepada beberapa pihak yg berwajib akan bahayanya kedudukan bangunan tersebut.

Sejak dua tahun lamanya bangunan ini terbiar dalam kedudukan yg cukup mencurigakan. Bayangkan kiranya runtuhan ini terjadi sewaktu siang hari..dan sewaktu orang ramai dan kenderaan lalu lalang. Dan bayangkan lah berapa ramai yg bakal terkorban terperangkap.

Kenapa mesti rakyat yg mulakan akan kegusaran ini... ??? Kenapa tidak pihak-pihak yg berwajib termasuk Ahli Parlimen dan wakil2 rakyat yang turut melalui jalan ini yg memulakan keresahan.. Apakah cukup dengan jawapan " ini bukan kawasan saya"

Kenapa tidak ada tindakan awal untuk mengepong bangunan ini dengan jaring-jaring penahan runtuhan sekiranya sebarang kemungkinan bakal terjadi..???

Mungkin Wakil2 rakyat UMNO semakin sibuk untuk melobi diri masing-ma sing agar tercalon semula pada pilihanraya akan datang. Kumpulan2 antara mereka sudah mula terbentuk dan kini berlegar-legar mencari kekuatan sokongan....

HABIS Rakyat...??? pandai-pandai lah nak hidup...??

DAN Adakah ini slogan " Rakyat yg diutamakan" ATAU Rakyat yg diutamakan kesusahan...???

Sebab itulah Kuala Pilah terlalu lembab dari apa juga kearah kemajuan....Anak2 Kuala Pilah yg pergi merantau seawal 1960 ,....bila sesekali balik kampong...masih tidak dapat melihat perubahan. Kalau ada pun cukup lembab. Yang berubah..cuma kesesakan jalan raya...terutama jalan utama (Jln Dato' Undang Johol,,sekarang Jln Lister)

Dari dulu lagi ...5 orang Melayu Umno adalah wakil rakyat kawasan termasuk seorang Ahli Parlimen Melayu Umno....kini Tim Menteri,... menang selesa. Apa yg dia buat untuk orang untuk Kuala Pilah...???

Majoriti penduduk Kuala Pilah adalah orang Pencen dan orang kampong yg di sara oleh anak2 mereka yg kini bertungkus lumus mencari rezeki dalam kepayahan ekonomi sekarang.

Cuba kita tinjau..bandar2 seperti Tampin dan Bahau. Walau pun tidak sehebat Seremban..tapi agak cepat membangun jika dibandingkan dengan Kuala Pilah. Walhal....Kuala Pilah diera 60an hingga 80an adalah bandar yg terdahulu pesat antaranya.

Adakah ini disebabkan Tampin & Bahau wakil rakyatnya ada yg terdiri dari wakil Pakatan Rakyat...??? Maka BN cuba melonggokkan segala kemudahan dan pembangunan untuk menarik hati2 pungundi semula.

DAN adakah...dimana kuatnya UMNO...disitulah rakyatnya mundur..???

Saudara....semakin matang & dewasa kini...


Tiada ulasan: