MIMPI SENJA |
- Imej langsuir bertenggek di Kulim Hi-Tech berjaya dirakam
- AMK lancar kempen #BebasAnwar901
- Rosmah sudah kembali .... dengan kek harijadi ke 60 yang bersaiz besar ... padan dengan dia ... hahaha
- Orang lama, jom tengok Konsert Pop Yeh Yeh 60an
- Perhimnpunan bantah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam oleh Cuepacs Ahad ini
- Lebih 5000 peminat apple serbu KLCC untuk iPhone4S
Imej langsuir bertenggek di Kulim Hi-Tech berjaya dirakam Posted: 16 Dec 2011 07:09 PM PST HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam. Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air. Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai. Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan. Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan. Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu. Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu. Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan. Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga. Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya. "Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja. "Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka," katanya. - SH |
AMK lancar kempen #BebasAnwar901 Posted: 16 Dec 2011 06:44 PM PST KUALA LUMPUR 16 Dis: Angkatan Muda KEADILAN (AMK), menggerakkan kempen besar-besaran dalam usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan fitnah II. Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kempen dinamakan #BebasAnwar901 itu dimulakan secara maya di laman 'Twitter' bagi menghimpunkan seramai mungkin sokongan untuk menuntut pembebasan terhadap Anwar. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan keputusan terhadap Anwar pada 9 Januari depan. "Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi. "Melalui kempen ini saya pasti rakyat akan datang memberi sokongan kepada Anwar pada hari keputusan itu nanti. Perbicaraan terhadap Anwar yang memakan masa hampir dua tahun, mendedahkan konspirasi terhadap ketua pembangkang itu. Pada penggulungan hujah Isnin lalu, peguam Anwar menegaskan pendakwa raya gagal membuktikan fitnah liwat walaupun cuba mensabitkan Anwar sebagai pemilik DNA lelaki Y yang ditemui pada tubuh Saiful. Karpal Singh juga berkata, pendakwa raya gagal membuktikan sumber asal DNA lelaki Y ialah dari sperma Anwar berdasarkan keterangan pakar DNA antarabangsa, Dr Brian Mc Donald. Manakala keterangan pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland membuktikan Saiful berbohong diliwat Anwar. Dr Thomas yang merawat Anwar sejak 2001 juga mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak mampu melakukan aksi fitnah tersebut akibat kecederaan tulang belakang. Selain itu, perbicaraan kes itu juga tercemar dengan hubungan sulit antara Saiful dan bekas Timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif. Menurut Karpal, kedua mereka perlu dipanggil semula di bawah sekseyn 425 Kanun Keseksaan kerana belum menafikan hubungan antara mereka berdua. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24473 |
Posted: 16 Dec 2011 06:21 AM PST Rosmah sudah kembali lagi. Setelah selesai mengerjakan haji dan agak sepi semasa perhimpunan agung UMNO, wanita pertama Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama FLOM sudah siap sedia untuk menyerlah, dan kenapa tidak? Jika ramalan pemerhati politik tepat tentang suaminya yang bakal dijatuhkan, iaitu Najib Razak, dia akan langsung dipinggirkan dari golongan atasan. Mereka berdua akan dipulaukan seperti penyakit berjangkit dan Najib juga akan kehilangan jawatan sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 2012 yang akan datang. Ini akan menjadi tamparan yang maha hebat buat Rosmah. Kek bersaiz gergasi Pada 10 Disember yang lalu, sahabat dan pencacainya telah mempersembahkan wanita berusia 60 tahun ini dengan sebuah kek harijadi yang amat besar, hampir sebesar sebuah meja. Tidak seperti saiz dan rupa pelik yang dipersembahkan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng, kek Rosmah yang berwarna putih dan pastel begitu cantik. Ramai yang berfikir, berapakah kos kek tersebut dan adakah pemberinya mengharapkan pulangan dari FLOM? Jika ia sebenarnya dibuat untuk meraikan kejayaan kumpulan kebajikan PERMATA kenapa tidak tertulis, "Selamat ulangtahun ibu PERMATA" diatasnya? Bukankah Rosmah sepatutnya meraikan harijadi di dalam parti tertutup dan menggunakan duitnya sendiri untuk membuat persediaan itu? Walhal itu adalah harijadinya. Apa pun, bermula dengan parti kecil yang ditaja ini Rosmah seakan-akan memberitahu semua bahawa setelah perhimpunan agung UMNO, dia sudah kembali dengan penuh gaya. Menang atau kalah, keluarga Najib akan keluar dari Putrajaya, tiada majlis meriah meraikan mereka. Walaupun begitu, mereka akan tetap pergi dengan segala kemewahan yang telah diikaut sementara rakyatlah yang sengsara membayarnya. Kisah cinta dan perkahwinan Sebagai bekas pegawai bank, Rosmah sememangnya jauh lebih bijak dari rakan-rakan yang lain. Dia telah berjaya menawan hati bakal perdana menteri dan ini telah membuktikan kelicikkannya. Lahir dalam keluarga yang sederhana, dia berjaya memasuki Kolej Tunku Kursiah, seterusnya Universiti, mengahwini personaliti tv, mengadakan hubungan sulit dan seterusnya berkahwin dengan Najib. Najib yang merupakan anak sulung perdana menteri kedua Abdul Razak Hussien telah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan menteri pendidikan sewaktu mereka mula berkenalan. Namun , percintaan mereka lebih hebat dari ikatan perkahwinan masing-masing dan mereka kemudiannya meninggalkan pasangan mereka untuk bersama. Bagi membuktikan bahawa dia layak untuk pengorbanan yang dibuat, Rosmah membiarkan dirinya dibelakang tabir, dan menjadi seorang isteri yang taat, penyayang dan memberikan sokongan penuh kepada suami. Dia telah berjaya melindungi sikap sebenarnya yang dikatakan pengkritik sebagai seorang yang bercita-cita besar dan boros. Tidak sabar untuk menggantikan Jeanne Abdullah Mungkin Rosmah merasakan bahawa dia telah lama bersabar dan tidak mampu menunggu lagi untuk menjadi isteri perdana menteri sehinggakan didalam perbualannya dengan rakan-rakan rapat, mengejek Tun Jeanne Abdullah sebagai tidak layak untuk anugerah tersebut. Apabila sampai masa Najib mengambil alih kediaman rasmi perdana menteri, Rosmah telah menempah kelengakapan dalam rumah yang mewah dan baru berharga mencecah RM65 juta. Tapi, pada malam 9 Disember 2006, dalam majlis makan malam rasmi yang meraikan penabalan YDA ke 12, dia telah menunjukkan belangnya apabila mengarahkan majlis ditamatkan pada pukul 10 malam. Dengan satu arahan keras, Rosmah telah memendekkan majlis lebih awal 2 jam yang telah menyekat YD Agung untuk bermesra dengan tetamu yang datang dari dalam dan luar negara. Cintakan Bollywood Kerenah besar kepala yang ditunjukkan oleh Rosmah adalah kerana semata-mata mahu menghadiri majlis penuh glamor, iaitu Global India Film Awards [GIFA BOLLYWOOD] yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Disana, Rosmah dengan beraninya meninggalkan rombongan termasuk suaminya dan beberapa kenamaan yang juga dipaksa balik untuk menonton dirinya bermesra dengan artis Bollywood tanpa segan silu. Pada ketika itu, belang sebenarnya nampak satu persatu. Skandalnya tidak mengenal batasan, dari penglibatannya dalam komisyen kapal selam Scorpene, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, keakrabannya dengan golongan antarabangsa yang kaya dan mewah, berbelanja dengan boros dan pembelian barangan peribadi dari beg tangan Birkin yang bernilai RM100 000 sehinggalah ke cincin berlian biru yang berharga RM73 juta. Tabiat borosnya telah menjadikan rakyat miskin semakin geram dengan perempuan yang melantik dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia ini. Malaysia Chronicle |
Orang lama, jom tengok Konsert Pop Yeh Yeh 60an Posted: 16 Dec 2011 05:55 AM PST KUALA LUMPUR: Pengarah persembahan Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh, Lokman Ghani yakin kekuatan aura yang masih dimiliki oleh penyanyi-penyanyi era 1960-an bakal membawa kejayaan kepada konsert itu yang dijadualkan pada 20 hingga 22 Januari depan. Lokman yang juga pengarah teater dan drama berpengalaman berkata, dia menerima pelawaan penganjur konsert, Gombak Serumpun Sdn Bhd (GSSB) kerana mahu merasai pengalaman yang berbeza berbanding mengarahkan teater, muzikal dan drama sebelum ini. "Saya tertarik dan suka dengan tawaran untuk mengarahkan konsert ini kerana ia lain daripada yang lain. Sebelum ini, saya sudah biasa mengarahkan teater, muzikal dan drama tetapi kali ini, saya berpeluang untuk mengemudi perjalanan sebuah konsert pula. Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh itu bakal menghimpunkan Datuk Jeffrydin, Datuk L. Ramlie & Orkes Teruna Ria, Datuk A. Rahman Hassan, isterinya Datin Azizah Muhamad & Orkes Nirwana, A. Halim & D'Fiction, J. Sham & The Wanderers, A. Rahman Onn & The Strangers dan kugiran iringan The Rhythm 60's. Ia bakal berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari pada pukul 8.30 malam di Istana Budaya. Barisan penyanyi era 60-an yang bakal menjayakan Konsert Kugiran 60'an Pop Yeh Yeh. Lokman berkata sebagai menyuntik elemen segar dan kontemporari pada konsert itu nanti, dia akan menitik beratkan aspek teknikal agar persembahan penyanyi-penyanyi tersebut akan menjadi lebih hebat dan meriah. "Saya tidak perlu gusar tentang aspek muzik dan nyanyian kerana mereka memang hebat dan konsisten dalam aspek itu. "Sebagai pengarah, saya akan selitkan beberapa elemen segar pada aspek teknikal yang melibatkan pergerakan pentas, visual di layar dan pencahayaan, selain memilih pelawak Abon sebagai pencerita bagi menyuntik suasana yang lebih santai," katanya. Lokman menambah, pada malam konsert itu, barisan artis 60-an ini masing-masing akan menyampaikan tiga buah lagu penuh dan sebuah dendangan instrumental. Ia dijangka akan berlangsung dalam tempoh 1 jam 45 minit. Tiket-tiket konsert yang berharga RM40, RM80, RM120, RM160, RM200, RM240 dan RM350 boleh didapati menerusi Ticket2U.biz di talian 03-4147 8600 atau hubungi GSSB di talian 012-3695230 dan 012-322 4104.- mStar |
Perhimnpunan bantah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam oleh Cuepacs Ahad ini Posted: 16 Dec 2011 12:10 AM PST KUALA LUMPUR, 16 Dis — Cuepacs yang mengambil pendirian membantah pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) semalam akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Ahad ini untuk membuat penerangan kepada ahlinya. Perhimpunan berkenaan pendirian membantah pelaksanaan SBPA diumumkan pada akhir mesyuarat kongres Cuepacs di Perlis tengah hari tadi. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, langkah itu diputuskan untuk menerangkan alasan pendirian badan induk kesatuan sekerja awam tersebut menolak pelaksanaan SBPA. "Kami menjangkakan sekitar 2,000 orang akan hadir, pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan gabungan," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kalau boleh kami mengharapkan kehadiran luar jangkaan, lebih 2,000 orang yang kami jangkakan," katanya lagi. Perhimpunan akan diadakan di dewan CIDB, Jalan Chan Sow Lin. - TMI MENYUSUL LAGI |
Lebih 5000 peminat apple serbu KLCC untuk iPhone4S Posted: 15 Dec 2011 11:48 PM PST Lebih 5000 peminat telefon pintar iPhone 4S menyerbu Pusat Konvensyen KLCC bagi mendapatkan telefon pintar tersebut yang dilancarkan secara rasminya di Malaysia oleh pengendali telekomunikasi gergasi, Maxis pukul 12 tengah malam tadi. Ada di antara pengguna telefon pintar itu yang sanggup beratur seawal pukul 3 petang semata-mata mahu berada di barisan hadapan untuk mendapatkan nombor giliran paling awal. Selain di Kuala Lumpur, Maxis turut memperkenalkan telefon pintar tersebut di pusatnya di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching pada waktu yang sama. Antara yang baru diperkenalkan adalah penambahan kuota data termasuk sambungan WiFi secara percuma sebanyak 4GB sebulan di semua rangkaian Maxis hotspot seluruh negara. Dengan penambahan tersebut, Maxis kini menawarkan data mobile tertinggi untuk pelanggannya. Dengan mendaftar kepada pakej iValue yang ada, pelanggan Maxis berpeluang untuk memiliki telefon pintar iPhone 4S pada harga serendah RM350 hingga RM2400. Bagi yang mendaftar dengan iValue 4 dan kontrak selama 2 tahun, mereka boleh mendapatkan telefon pintar tersebut secara percuma. iPhone 4S merupakan telefon pintar keluaran Apple yang menawarkan kelajuan terpantas dan grafik yang hebat termasuk kamera resolusi tinggi serta rakaman video berdefinisi tinggi. Namun demikian, ciri utama pada telefon pintar tersebut yang dipasarkan di peringkat antarabangsa iaitu Siri tidak tersenarai sebagai ciri utama yang dipromosikan oleh Maxis memandangkan penambahbaikan kandungan Siri untuk pengguna Malaysia masih dalam pembangunan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan