Sabtu, 9 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Ambank Ditangkap

Posted: 09 Nov 2013 06:14 PM PST


Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
PETALING JAYA: Polis berjaya menahan suspek yang terlibat dalam kes menembak mati seorang pengurus operasi Ambank di Subang Jaya bulan lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya menahan lelaki berkenaan di Johor Baru awal pagi Ahad.
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank itu ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.
Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan berkenaan bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.
Suspek berjaya melarikan wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki sebuah motosikal.
Polis telah menahan tujuh individu termasuk saudara serta rakan suspek pengawal keselamatan berkenaan.
BERITA LANJUT MENYUSUL

PETALING JAYA: Police have confirmed the arrest of the main suspect in the fatal shooting of AmBank officer Norazita Abu Talib.

In a press statement, Federal Criminal Investigation Department director Datuk Hadi Ho Abdullah said the man was arrested in Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor, about 7am.
 
A special Ops Cantas  team managed to track down the suspect in Johor.
 
He said the hunt for the man, believed to be a foreigner, had come to an end after three weeks' of pursuit.
 
Hadi added that police were now probing whether the suspect was hiding in the village or was planning to leave the country for Indonesia.
 
"We are grateful for the cooperation of the public in supplying information to the police.
 
"The main suspect in the shooting and robbery has been detained," he said.
 
Police have since detained seven people, including friends and relatives of the guard.
 
Earlier, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar had announced the capture via his Twitter account and praised Bukit Aman's Ops Cantas team.

Police are probing whether the Ambank shooting suspect planned to flee the country. Pix by Zulfadhli Zulkifli

dollah yankee

dollah yankee


Guan Eng terbaikk! Khalid Ibrahim pun terbaikk!!

Posted: 09 Nov 2013 04:57 PM PST

Kerajaan Negeri Penang dah pun buat projek ini sejak ambil alih kerajaan negeri, tapi cuma sekali 'payment' sahaja. Tapi kelebihan nya ialah bila mati pun dapat duit.
Dan projek dari Khalid Ibrahim ini gurkah-gurkah politik di'port' nampak lebih baik. Olih itu gurkah-gurkah ini nak sarankan supaya  Guan Eng lawan Khalid Ibrahim dengan meng'improved'kan lagi projek anak emas mereka.

TAWAS atau Tabung Warisan Anak Selangor. Setiap anak yang baru lahir akan mendapat pelaburan percuma sebanyak RM 100. Dan apabila anak tadi genap usianya 18 tahun, dia akan mendapat RM 1,500.

Kaunter TAWAS ada dimana-mana, supermarket, kilang-kilang, dan tempat-tempat yang strategik yang membolehkan orang ramai menjumpainya dan mendaftarkan bayi mereka.

Apa yang malang ialah Kementerian Kesihatan telah bermain politik 'haram-jadah' bila permintaan TAWAS untuk membuka kaunter di Hospital-hospital kerajaan BN/umno telah ditolak. Ini lah dia perjuangan kerajaan BN/umno...benda-benda yang baik untuk rakyat akan ditolak, tapi kalau bab nak men'cekik' rakyat, nak bagi rakyat mamposs mereka lah numero uno.

'Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', itu yang diperaktikkan oleh kerajaan PR Selangor, biarpun tidak mendapat kerjasama dari kementerian kesihatan untuk membuka kaunter TAWAS di hospital-hospital, mereka telah menubuhkan satu 'team' yang akan keluar untuk bertemu dengan rakyat secara langsung bagi menyalurkan bantuan TAWAS itu. Disamping itu wakil-wakil masyarakat juga akan turut memainkan peranan mereka untuk menyalurkan bantuan TAWAS itu.

dollah yankee -
Dua-dua pun terbaikkkk!!!


Bila pihak yang berkuasa 'Halai-Balai' macam p*k*mak!

Posted: 09 Nov 2013 02:29 AM PST

Di Singapura, kalau sesiapa yang nak jadi 'guard' terpaksa melalui tapisan dan terpaksa di interview olih pihak CID. Tak ada masalah, bukan setakat CID,kalau Ketua Polis nak interview sekalipun ada orang sanggup sebab gaji 'pak guard' disana berkali-kali lipat dari di sini.

Selepas kejadian rompak dan bunuh di AM Bank olih 'musibat' diatas, pakat-pakat kalut semua orang. Polis, KDN, Imigresen, Jabatan Pendaftaran dan lain-lain lagi terpaksa kerja 'over time'.

Patutkah kita semua menyalahkan syarikat-syarikat kawalan keselamatan dalam perkara memproses atau menapis pemohon-pemohon yang memohon nak jadi 'guard'? Sebab ada sumber maklumat kata proses menapis pemohon yang nak jadi 'guard' boleh dilakukan melalui on-line, tak perlu pun bawa 'guard' ini ke balai polis. Kah..Kah..Kah.. nak tapis macam mana kalau melalui on-line?

Kalau ditanya pada gurkah-gurkah politik di'port' tentang perkara 'guard' ini, mereka berpendapat mulai hari ini atau semenjak 3 kejadian dalam masa seminggu yang menyaksikan 'guard' sendiri yang samun tempat yang dikawal/dijaga mereka, syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang ada menggaji 'guard-guard', tak kira lah orang tempatan atau orang pendatang asing, majikan hendak lah melakukan tapisan yang menyeluruh dan terperinci terhadap 'guard-guard' yang ada dalam syarikat mereka untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan terhadap syarikat-syarikat kawalan keselamatan atau sebelum ada lagi 'nasi yang jadi bubur'.

Dan kepada KDN pula selaku pihak yang mengeluarkan lesen jangan lah mem'praktik 2 buku undang-undang, KDN perlu adil. Mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang didapati ada menggaji 'guard-guard' pendatang haram, dakwa lah mereka di mahkamah, tarik balik lesen mereka. Jangan tutup sebelah mata kalau tuan punya syarikat-syarikat keselamatan tu terdiri dari orang-orang umno atau bekas-bekas 'big-shot' dalam polis atau tentera.

Nak lagi elok, bayar gaji tinggi sikit dekat orang-orang tempatan yang memohon nak jadi 'guard'. Jangan bayar 'ciput' lepas tu suruh kawan tu kerja sampai tiga belas empat belas jam satu hari, sampai tiga puluh hari 'non-stop'. Cuti tak dak, rehat tak dak. Adik beradik mati pun tak boleh nak melawat sebab kena kerja. Jangan buat 'stail' ada kerja ada gaji. EPF potong tapi tak masuk, SOCSO potong tapi tak carum, bila jadi apa-apa majikan cuma bagi 200 ringgit sebagai saguhati. Saguhatu puki-mak hangpa!!!

dollah yankee -
Dalam bercerita tentang 'Pak Guard' ni... hanya 'Pak Guard' yang kena maki maki dengan bini Mat Yo saja yang cukup 'famous'. 'Famous' hanya dalam satu malam. Semua orang yang jumpa dengan dia, semua orang nak tangkap gambar. Sampai dah di-'offer' jadi bintang pilim.. Kah..Kah..Kah...


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Petronas: Usahawan bumiputera rasa dikhianati..!!!

Posted: 09 Nov 2013 07:29 PM PST

PERASAAN itu dikongsi 13 wakil industri minyak dan gas Bumiputera yang bertemu kelmarin, untuk membincangkan masa depan syarikat milik kaum itu di bawah dasar baru Petronas yang didakwa mengetepikan mereka.

"Kita ini bukan syarikat ali baba. Kita usahawan yang benar-benar melabur dan mencipta teknologi sendiri," ujar seorang daripada mereka.

Beliau menyangkal persepsi masyarakat yang kerap menganggap syarikat Bumiputera tidak layak dan hanya menjadi orang tengah untuk mengambil keuntungan atas angin.

Selasa  lalu, Sinar Harian melaporkan pelbagai aduan mengenai dasar Petronas yang dikatakan meminggirkan syarikat Melayu, daripada pemberian kontrak bagi kerja-kerja berat di pelantar minyak sehinggalah pembukaan stesen Petronas dan pembekalan produk makanan seperti nasi lemak, roti dan kuih-muih di kedai Mesra Petronas.

Menurut seorang pemain industri, antara faktor masalah ini adalah Petronas kurang fokus kepada pembekalan barangan tempatan, di sebalik penubuhan Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas yang bertujuan menghasil dan membangunkan usahawan pengeluar produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi bagi sektor minyak dan gas.

Beliau juga mendakwa berlaku amalan double standard (pertentangan prinsip) dalam syarikat gergasi minyak itu.

"Kalau (syarikat) Melayu buat silap, terus disenaraihitamkan. Tetapi syarikat luar buat silap boleh mereka maafkan berkali-kali. Jika benar mahukan kualiti, kena selari. Syarikat yang buat silap semua perlu dikenakan penalti," katanya.

Statistik Petronas dipertikai

Selain itu, ramai juga kecewa kerana usaha mereka mendidik tenaga mahir dalam negara seolah-olah tidak dihargai.

"Kita dah labur banyak untuk jadi pemain industri. Pelaburan kita bukan untuk alatan sahaja, tetapi tenaga mahir juga. Ramai mahasiswa tempatan yang pandai tetapi kerana kurang kemahiran komunikasi, syarikat luar tidak mahu ambil bekerja.

"Kita (syarikat Bumiputera tempatan) yang ambil dan didik mereka. Bila sudah mahir, syarikat luar pun sanggup tawar gaji dua kali ganda lebih tinggi. Tetapi apa yang kita dapat?," keluhnya.

Mereka juga mempertikai ketepatan statistik diberikan Petronas berhubung jumlah pengagihan kontrak kepada syarikat Bumiputera.

"Memang betul Melayu masih dapat projek, seperti ditunjukkan statistik Petronas, tetapi Melayu yang macam mana? Definisi itu kena dilihat semula. Ada (syarikat) yang betul-betul dimiliki Melayu, ada yang 50 peratus Melayu, ada yang hanya jadi token (kepada syarikat luar atau pemilik bukan Bumiputera)," soalnya.

Bukan sahaja syarikat dengan perniagaan utama dalam sektor minyak dan gas merasakan bahang perubahan dasar ini, syarikat pengangkutan Bumiputera juga menerima tempiasnya.

"Kontrak syarikat pengangkutan ditamatkan tanpa apa-apa sebab. Petronas (guna khidmat) lori sebuah syarikat monopoli sehingga lori-lori orang Melayu tersadai. Apabila ditanya, Petronas kata ini sistem baru," dakwa seorang pemilik syarikat pengangkutan yang pernah berkhidmat dengan Petronas.

Akan berjuang habis-habisan

Sekutu Kanan Kluster Ekonomi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Rizal Jaapar berkata, aduan demi aduan diterima daripada wakil syarikat Bumiputera menunjukkan dakwaan Petronas bahawa tiada masalah dalam industri itu adalah tidak benar.

"Memang mereka (syarikat Bumiputera) sedang hadapi masalah sejak dua tiga tahun lalu. Dasar (pengurusan baru) Petronas bercanggah dengan agenda pemerkasaan Bumiputera," tegasnya.

Sementara itu, MTEM yang membawa isu itu bagi pihak syarikat Bumiputera, sedang menunggu untuk bertemu dengan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, bagi merungkai kemelut ini melalui pertemuan yang diaturkan Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Kluster Minyak dan Gas MTEM, Tengku Putra Tengku Ahmad berkata, badan bukan kerajaan itu akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika permohonan untuk bertemu dengan Shamsul Azhar tidak dilayan.

"Jika kami tak berjaya jumpa presiden (Petronas), kami akan hantar memorandum kepada perdana menteri sebagai protes kerana presiden (Petronas) tidak menghormati permohonan penasihat (Petronas)," tegasnya.

Dr Mahathir sebelum ini memaklumkan beliau telah menghantar surat hampir sebulan lalu kepada pengurusan tertinggi Petronas untuk mencadangkan pertemuan enam mata antara beliau sendiri, wakil MTEM dan Shamsul Azhar, namun sehingga kini belum menerima jawapan.

Sinar Harian telah menghubungi Petronas dan sedang menunggu penjelasan syarikat itu berhubung dakwaan dibangkitkan ini.

Pakatan tidak akan perintah Malaysia selagi rakyat sokong politik wang

Posted: 09 Nov 2013 07:27 PM PST


KUALA LUMPUR: Ketika mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan bahawa wang dan hadiah tidak akan membantu BN untuk menang pilihan raya, lain halnya dengan pandangan badan penyelidik bebas, Ilham Centre yang menyarankan kepada Pakatan Rakyat supaya mendidik pengundi menolak politik wang sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14  akan datang.


Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan.

"Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider.

Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah?

Posted: 09 Nov 2013 07:24 PM PST


KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan.

PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN?

Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian.

Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula," sindirnya.

Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan.
Read More / Baca Lagi >>

Agen CIA di Jabatan Peguam Negara: Mengapa PM senyap?

Posted: 09 Nov 2013 07:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Dakwaan terbaru mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Jabatan Peguam Negara menggaji dua agen agensi perisikan Amerika Syarikat – CIA adalah sesuatu yang mengejutkan dan memerlukan penjelasan segera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan medianya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika terdapat pendedahan berhubung rangkaian pengintipan oleh Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain di negara ini, tindakan Najib yang sehingga kini berdiam diri berhubung pendedahan terbaru ini adalah sangat memalukan.

"Tembok senyap yang mengelilingi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan simptom kepada masalah lebih besar dihidapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak apabila tuntutan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti) terus tidak didengar," ujarnya.

Read More / Baca Lagi >>

Penangan media sosial

Posted: 09 Nov 2013 07:20 PM PST

Walaupun sesetengah pemimpin tertinggi negara sebelum ini tidak menggemari media sosial kerana ia membenarkan mereka dikritik secara terbuka dalam suasana media arus perdana berat sebelah, ia terbukti membawa kebaikan malahan membantu kes jenayah diselesaikan.
Sebaik sahaja bayi lelaki warga Britain Freddie Joseph yang berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar pada Jumaat, sebelum mana-mana media mengeluarkan laporan, laman sosial Facebook dan Twitter sudah dibanjiri berita mengenainya.
Kelebihan media sosial terbukti dengan selesainya kes penculikan bayi warga Britain Freddie Joseph dalam masa yang singkat.Kelebihan media sosial terbukti dengan selesainya kes penculikan bayi warga Britain Freddie Joseph dalam masa yang singkat.Pada masa kejadian, ibunya Sarah Joseph, 38, masuk sebentar ke dalam rumah selepas memberi anaknya makan di halaman rumah, sebelum beliau terdengar bunyi bising di luar rumahnya.
Ketika itu, beliau ternampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan.
Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya.
Freddie akhirnya ditemui semalam di Taman Tasik Titiwangsa oleh beberapa orang awam lebih kurang jam 12.20 tengah hari dalam keadaan keletihan.
Bayi itu akhirnya kembali semula ke pangkuan Sarah dan warga media sosial meraikannya dengan penuh kesyukuran.
Di Indonesia kerana keterbukaannya, media sosial memainkan peranan lebih besar.
Pemimpin negara atau menteri di negara itu tidak boleh melakukan kesalahan jalan raya dengan sesuka hati.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tahan pembunuh pegawai Ambank pagi ini

Posted: 09 Nov 2013 07:17 PM PST


Polis menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) mengesahkan perkara ini akan tetapi enggan untuk mengulas lanjut  dan mengatakan kenyataan akhbar akan dikeluarkan hari ini.
"Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia," kata Khalid melalui akaun Twitter @KBAB51 hari ini.
Suspek dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.
Read More / Baca Lagi >>

Ejen CIA di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa “rehatkan” Gani

Posted: 09 Nov 2013 07:09 PM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat CIA di Pejabat Peguam Negara.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.
"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen CIA adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.
Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.
"Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap  semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya," kata Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Malaysia @ Suara UMNO sokong Mohd Amar sebagai Timbalan Presiden PAS

Posted: 09 Nov 2013 07:06 PM PST


Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu.
Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.
"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi 'lebai malang' melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.
"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Calon perlu lepasi tapisan Insolvensi

Posted: 09 Nov 2013 07:01 PM PST

Muktamar 59: Tiada kompromi jatuhkan calon lain

Posted: 09 Nov 2013 07:00 PM PST

Muktamar 59: Jangan perwakilan menjadi lebih hebat dari Umno... lebih umno dari umno..!!!

Posted: 09 Nov 2013 12:21 PM PST

Walaupun aku lebih suka jawatan Timbalang Presiden PAS sekarang tidak dicabar namun kepada Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ustaz Mohd Amar, selamat bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan penuh persaudaraan Islam dan saling hormat menghormati. Kepada penyokong kedua-kedua pihak tak usahlah berlebihan!
Aku bukan pun perwakilan ke muktamar. Orang bertaraf aku tak pernah layak untuk menjadi perwakilan ke muktamar kerana tak mencapai standard menjadi perwakilan apatah lagi untuk menjadi perwakilan ke muktamar yang ada pemilihan jawatan parti!
Hari ini aku terima lagi sms dari seorang sahabat yang bertanya, kalaulah aku perwakilan ke muktamar kali ini siapakah agaknya antara Mat Sabu dan Nik Amar yang aku undi. 
Aku jawab, aku akan undi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Aku undi Mat Sabu bukanlah kerana aku tidak suka ustaz Nik Amar tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu masih diperlukan PAS sebagai Timbalan Presiden buat masa ini, bukannya Nik Amar! Alasan lain mengapa aku akan undi Mat Sabu adalah sama dengan alasan mereka yang bersetuju Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. 
Justru itu aku sebagai ahli bawahan ingin mengingatkan mereka yang bertanding khususnya jawatan Timbalan Presiden PAS dan agen-agen kempen masing-masing agar sentiasa waras dan  bersopan dalam kempen-kempen mereka, jangan gelojoh dan brutal terhadap lawan masing-masing. Hentikanlah tuduhan dan hal-hal yang berunsur fitnah yang  mampu merosakkan jemaah ini. 
Ingat, sejak dahulu Umno sentiasa gagal membunuh karektor para pemimpin PAS. Justru itu janganlah pula ahli-ahli PAS yang menjadi perwakilan dalam muktamar lebih berjaya dan lebih hebat daripada Umno dalam membunuh karektor pemimpin sendiri!

Tahniah Rakyat: Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara).

Posted: 09 Nov 2013 12:15 PM PST

Tarif Elektrik Naik
Pusingan pertama kenaikan harga minyak telah naik (DI SINI), gula pun sudah mengambil tempat merasai kenikmatan menaikkan harga gula (DI SINI), tambang bas sekolah menunggu masa dan ketika untuk dinaikkan (KLIK SINI).
Astro turut berhasrat menambah keuntungan mereka, dan situasi menjadi lebih mudah apabila mereka memonopoli siaran TV berbayar dengan menaikkan caj mereka baru-baru ini (DI SINI), makanan dan minuman seperti biasa cukup patuh untuk mengikut trend kesan rantaian dengan kerana pengumuman harga minyak naik.
Dan……..senarai ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi pengumuman yang bakal menanti rakyat Malaysia. Antaranya ialah ….
Tarif Elektrik di Malaysia. Menunggu masa dan ketikanya untuk naik tidak lama sahaja lagi.

Faktor Kenaikan tarif Elektrik Naik di Malaysia?

Ketua Seksyen Ekonometrik Jabatan Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan (Dr Khalid Abdul Hamid)
  1. Bagi memenuhi fiskal dan kewangan semasa negara
  2. Bagi memastikan orang awam memahami bahawa tenaga elektrik mesti digunakan secara berhemah, betul dan tidak dibazirkan
  3. Disebabkan penyusunan semula subsidi kerajaan yang seterusnya,
  4. Kenaikan harga gas dan arang batu global.
  5. Petaling Jaya: Semakan semula tarif elektrik akan dibuat selepas Kementerian Kewangan menyelesaikan kajian berhubung tahap kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.
  6. Caj tarif elektrik yang baru mahu disasarkan kepada kelompok sasaran sahaja

Keuntungan TNB Tahun 2013 (RM4.61 Bilion). SEMAK!

Akan berlaku satu lagi gelombang kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Rakyat Kena Kencing: Harga Gula Dunia (US$18.11 per100 lbs). Kerajaan BN Beli (US$26 per100 lbs) ?

Posted: 09 Nov 2013 12:12 PM PST

Harga Gula Malaysia
Situasi di sini, berulang sekali lagi (DI SINI). Jikalau komoditi utama negara seperti minyak sawit yang diniagakan secara konytrak niga di Bursa Komoditi Kuala Lumpur bagi pasaran luar negara, lain pula ceritanya apabila Malaysia beli harga gula pada pasaran antarabangsa di mana kita Malaysia menggunakan kontrak niaga di New York Mercantile Exachange (NYMEX) & juga Intercontinental Exchange (ICE) di kota New York. Dipendekkan cerita….
Dan dipendekkan ceritanya disebabkan tanaman tebu adalah bermusim, jadi kontrak gula dunia adalah bermusim bermula dengan bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober.

Penyumbang Gula Dunia Kepada Malaysia (1.3 Juta Setahun)?

Memang benar, tiada siapa yang mampu meramalkan samada pengeluaran gula dunia turun ataupun meningkat. Tetapi bukankah kita ramai-ramai pakar dan penyelidik tempatan? Di mana mereka selama ini?
Realitinya, selepas mendengar pengumuman kenaikan harga gula yang mendadak sebegini rupa. Pasti ada yang tidak kena dengan kontrak niaga yang dilakukan kerajaan. Tetapi……kerajaan tidak sanggup untuk berkata benar walaupun pahit malah lebih suka mencampak faktor kenaikan dek kerana peningkat bilangan pesakit diabates di Malaysia.

Sejarah Kontrak Niaga Hadapan Harga Gula

  1. Sebelum ini, kerajaan Malaysia telah ikat kontrak niaga hadapan dari tahun 2009 hingga Disember 2011 pada harga US$23.42 bagi setiap 100lbs.
  2. Kerajaan menawarkan sekali lagi kontrak niaga hadapan antara Januari 2012 sehingga 2014 (selama 3 tahun) dengan harga US$26.00 bagi setiap 100lbs.
Kontrak Harga Gula
Sumber asal Bernama & Mstar
Malangnya nasib tidak menyebelahi Malaysia, apabila pengeluaran gula dunia tiba-tiba melambung tingi selepas sahaja kerajaan menandatangani kontrak tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Raja Kamarul Bahrin: GST ibarat pukat tunda

Posted: 09 Nov 2013 12:04 PM PST

KUALA TERENGGANU - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan bermula April 2015, ibarat pukat tunda kerana dilihat akan memberikan kesan kepada semua kerana melibatkan 'ikan kecil' dan 'ikan besar'.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana tidak adil untuk 'ikan kecil' yang tidak berpeluang menikmati kehidupan yang lebih lama.

"Jika benar kerajaan ingin teruskan, saya ingin cadangkan, pukat tunda itu diganti dengan pukat jerut. Ini sebab pukat jerut ini saiz lubang pukatnya ada besar dan ada yang sederhana.

"Supaya 'ikan kecil' terlepas dan dapat hidup lebih lama serta membesar, supaya orang miskin dikecualikan dan orang biasa terlepas daripada cukai. Sekarang, hanya sebahagian kecil rakyat yang bayar cukai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Melalui GST, katanya, semua orang terpaksa membayar cukai.

Kata beliau, kerajaan tidak boleh mengelirukan rakyat dengan membuat perbandingan dengan GST di Singapura.
Read More / Baca Lagi >>

TV Mesir Laporkan Zionis Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital

Posted: 09 Nov 2013 12:02 PM PST

Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital.

Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, "Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital."

Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut:

Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara ‘double standard’ kes PKFZ, Altantuya

Posted: 09 Nov 2013 06:04 AM PST

Oleh : NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM 9 NOV : Keengganan kerajaan pusat memfailkan rayuan terhadap kes berprofil tinggi membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disifatkan 'double standard'.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai pilih kasih dan membuktikan sistem perundangan negara tidak bebas dan mempunyai integriti.
PKFZ3Katanya, kegagalan Peguam Negara dalam kes seperti itu menyebabkan masyarakat hilang keyakinan bukan sahaja terhadap kerajaan pusat, tetapi institusi Peguam Negara, polis dan mahkamah serta menjejaskan reputasi negara untuk menarik pelabur.
"Perkara ini serius dan saya terkejut apabila Peguam Negara enggan membuat rayuan dan perkara sama turut terjadi dalam kes Altantuya. Kita boleh lihat dengan jelas Peguam Negara pilih kasih dalam membuat rayuan dalam kes berprofil tinggi," katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini.
Surendran turut memberikan contoh 'double standard' dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila Peguam Negara berusaha untuk memenjarakan Anwar apabila membuat rayuan dan turut membawa masuk Datuk Shafei Abdullah sebagai pendakwa walaupun kes terbabit tidak mempunyai asas serta ditolak Hakim Mahkamah Tinggi.
"Tetapi dalam kes PKFZ dan Altantuya, pihak pendakwa tidak begitu minat. Ini menunjukkan 'double standard' berlaku apabila intitusi Peguam Negara dan sistem perundangan kita tidak bebas dan mempunyai integriti, selain memperlihatkan pendakwaan terhadap Anwar bermotifkan politik," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bunyi 'Ringtone'..."Soalan Seterusnyaaaaa...!!!" - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 09 Nov 2013 05:54 AM PST

Protes jatuhkan pemerintah: Aktivis perlu bijak pilih taktik dan strategi

Posted: 09 Nov 2013 05:06 AM PST

Oleh ERICA CHENOWETH

Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah biasa dengan ikon-ikon protes. Semasa kebangkitan Arab, imej-imej peserta demonstrasi menjeritkan slogan, mengangkat sepanduk, dan berkonfrontasi dengan pasukan keselamatan menjadi sesuatu yang biasa dilihat.

Tetapi kita juga melihat protes-protes yang gagal dan membawa kesan sebaliknya, seperti di Mesir dan Libya, dua kes paling jelas. Kebangkitan demonstrasi di Sudan baru-baru ini menimbulkan persoalan fundamental: Bagaimana protes rakyat menjejaskan kerajaan autoritarian? Adakah demonstrasi benar-benar kunci untuk menjatuhkan pemerintah autokratik?

Kajian menunjukkan, hakikatnya, demonstrasi hanyalah satu daripada banyak alat kebangkitan rakyat yang boleh digunakan untuk perubahan. Gerakan-gerakan yang berjaya menggunakan pelbagai cara menekan kerajaan yang menentang mereka dan tidak membahayakan aktivis.

Taktik demonstrasi yang kita biasa lihat hanyalah satu daripada banyak taktik. Kempen yang berjaya menggunakan lebih daripada satu taktik.

Saya dan Maria Stephan telah menjalankan kajian mengenai satu persoalan yang luas: "Bila kebangkitan rakyat berjaya?"

Keputusannya menunjukkan kempen pembangkang berjaya apabila dapat menggunakan tiga perkara: (1) menarik penyertaan yang ramai dan pelbagai (2) menbangunkan strategi yang membenarkan mereka mengelak tekanan; dan (3) mencetuskan pembelotan, perubahan kesetiaan atau ketidakpatuhan dalam kalangan elit rejim dan/atau pasukan keselamatan.

Yang paling penting menarik penyertaan, kerana kemampuan untuk mencetuskan pembelotan dan menewaskan gerakan lawan bergantung pada sama ada gerakan kebangkitan disertai ramai peserta dari pelbagai latar belakang. Faktor terpenting ialah kadar penyertaan.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Penyandang ada peluang

Posted: 09 Nov 2013 04:54 AM PST

Mohamad Sabu dilihat mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatannya selaku Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Mohamad atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu mampu mengekalkan jawatan itu lebih menonjol dan aktif di peringkat nasional.

"Perkara ini yang saya nampak beri kelebihan pada diri beliau kerana beliau lebih arif dengan isu dan masalah yang membabitkan negara," katanya, semalam.

Katanya, dari sudut populariti beliau lebih terkedepan dan dekat di hati para penyokong Pas berbanding pesaingnya.

"Beliau popular dengan pelbagai himpunan. Contohnya Himpunan Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Ini antara kewibawaan yang ada pada beliau," katanya.

Selain itu, ketika ditanya berkenaan kemungkinan Mohamad akan memperoleh kemenangan besar apabila pertandingan ini berlangsung secara dua penjuru, Nik Ahmad berkata, pencabarnya Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak akan beri laluan mudah kepada beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Usaha UMNO pisah PAS daripada PR tak mungkin

Posted: 09 Nov 2013 04:53 AM PST

GEORGETOWN - Cadangan agar Umno dan Pas bergabung adalah satu usaha yang mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata,  ia juga adalah usaha Umno untuk memisahkan Pas daripada PR.

"Umno cuba memisahkan Pas dari PR. Ia bukan perkara baru yang dilakukan Umno, malah ia sudah berlaku bagi tempoh yang lama tetapi tidak  berjaya.

"Saya percaya, Pas adalah satu parti yang kuat menentang cubaan daripada Umno itu," katanya, pada sidang media sebuah kedai kopi, di Air Itam.

Karpal berkata demikian mengulas cadangan Umno Pulau Pinang agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian peringkat akar umbi Umno dan Pas untuk bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini.

Semalam, Ketua Penerangannya, Datuk Shabudin Yahya berkata, sudah sampai masanya ahli kedua-dua parti dbiarkan untuk menentukan  sama ada ia perlu bergabung atau sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Calon muktamad, perlu lepasi tapisan insolvensi

Posted: 09 Nov 2013 04:50 AM PST


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS bagi sesi 2013-2015 hari ini mengumumkan secara rasmi senarai nama-nama calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan peringkat pusat parti itu.

Bagaimanapun jelas Pengerusinya Asmuni Awi, senarai itu tetap bergantung kepada laporan dari Jabatan Insolvensi bagi memastikan nama-nama calon yang bertanding bebas dari bankrapsi sebelum layak bertanding.

"Senarai nama yang kita umumkan hari ini telah dimuktamadkan dan ke semua mereka akan bertanding pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November nanti.

"Namun pihak Jawatankuasa Pemilihan akan membuat semakan di Jabatan Insolvensi bagi mengenal pasti ke semua mereka bebas dari bankrup dan jika ada antara mereka tersenarai, kita akan mengeluarkan nama-nama dalam senarai yang dicalonkan," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Katanya lagi, mereka yang telah disenaraikan masih boleh menarik diri tetapi nama akan tetap disenaraikan dalam borang pencalonan nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Suhaizan - dinamik, inklusif, peduli

Posted: 09 Nov 2013 04:48 AM PST


KUALA LUMPUR: Membawa motto 'Dinamik, Inklusif, Peduli', calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berikrar akan menterjemahkannya dalam lima agenda utama yang dibawa bersama.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat.

Jelas beliau, lima agenda utama yang akan dibawa itu ialah mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan, perlu dilihat inklusif bukan eksklusif, menjadi 'check and balance' kepada parti, memposisikan pemimpin muda yang berbakat dan memperkukuh agenda tarbiyah untuk menyatukan pemuda PAS.

Mengulas lanjut, Suhaizan berkata beliau akan membawa Pemuda PAS ke hadapan dalam mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan agar ia benar-benar menepati sasaran dan matlamat yang diperjuangkan.

"Bukanlah Pemuda hari ini tidak ke hadapan dalam mendepani isu rakyat, cuma masih banyak isu rakyat yang masih tidak benar-benar memberi kesan mendalam. Jadi, saya berikrar untuk membawa badan ini ke arah tujuan tersebut," jelas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: 'Hentikan majlis hentam calon'

Posted: 09 Nov 2013 04:46 AM PST


Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding.

NONEPengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

"Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain.

"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain.  Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya  tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan.

"Kita telah mengeluarkan garis panduan, berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan baru-baru ini. Saya berharap semua calon, ahli, penyokong dan lajnah negeri, atas nama apa sekalipun supaya mematuhi aturan ini," katanya dalam sidang media pagi ini.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon

Posted: 09 Nov 2013 04:45 AM PST


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain.

Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.

"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Tambah beliau, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.

Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.

Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri, lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan calon-calon.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Mampukah Mat Sabu dapat sokongan ulama?

Posted: 09 Nov 2013 04:43 AM PST





 
Jika disoroti dua kali percubaan Mohamad Sabu merebut jawatan timbalan presiden - 2009 dan 2011 - beliau berdepan pertembungan tiga penjuru. Percubaan kali pertamanya gagal tetapi menang pada penggal berikutnya.

Kegagalan persaingan kali pertama dengan Nasharudin Mat Isa - yang mewakili kumpulan proulama - kerana pepecahan sokongannya dengan Datuk Husam Musa yang turut menawarkan diri bertanding jawatan itu, mewakili kumpulan profesional.

Bagaimanapun percubaan aktivis PAS itu bagi kali kedua berjaya, selepas sokongan penyandangnya Nasharuddin dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpecah.

Namun, dalam pemilihan PAS kali ini, Mohamad berdepan dengan situasi jauh berbeza apabila beliau dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam persaingan dua penjuru.

Sudah pasti, kedua-dua calon khususnya Mohamad berdepan risiko untuk mempertahankan jawatannya kerana akan berdepan saingan sengit, apatah lagi sokongan kumpulan proulama dilihat padu pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam 22 November depan.

Mampukah tokoh mesra dipanggil 'Abang Mat' ini mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya di kala beliau berdepan dengan kumpulan proulama - yang menjadi teras kekuatan PAS sejak dahulu lagi?
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dakwaan dua Adun Perak jumpa Anwar untuk lompat parti tak perlu dilayan, kata Zambry

Posted: 09 Nov 2013 03:00 PM PST

Dakwaan dua Adun Perak jumpa Anwar untuk lompat parti tak perlu dilayan, kata Zambry

Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).

Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.

"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.

Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.

MAHATHIR MULAI SASAU.SERANG NAJIB

Posted: 09 Nov 2013 02:57 PM PST

Semua mulai tidak betul di mata Mahathir 

Sebagaimana yang diramalkan banyak pihak, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad bersuara lagi mengenai Umno. Dalam tulisan terbaru di blognya, beliau mengkritik cara kempen Umno dan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang menyaksikan calon BN kalah kepada calon PAS dengan kekurangan 1084 undi.

Mahathir menyifatkan pemberian wang dan hadiah ketika kempen di Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi, malah menganggapnya suatu pembaziran dan kekalahan calon BN adalah bukti bahawa pengundi menolak budaya itu yang telah pun ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi.
"Ini jelas sejak PRU13, yang tidak sokong, tetap tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah suatu pembaziran, tidak kira sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.
Sanggahan Mahathir mengenai cara kempen BN ini memang ada benarnya, malangnya itulah yang sebenarnya telah diamalkan sejak sekian lama. Di era Mahathir pun, ketika kempen pilihan raya, itu juga cara kempennya.

Pemberian wang, hadiah, kain batik, kain pelikat dan projek-projek pembangunan adalah cara kempen yang sudah sebati dengan Umno dan BN sejak dulu lagi.

Ketika kempen pilihan raya, tidak banyak yang bercerita tentang apakah perjuangan Umno dan sasaran masa hadapan yang mahu dilakukan kepada rakyat. Apa yang banyak dicurahkan oleh janji-janji pembangunan dan seumpamanya saja. Dan melalui janji pembangunan, pemberian wang dan saguhati itulah Umno dan BN menang pilihan raya selama ini.

Kenapa Mahathir tidak mengkritiknya sebelum ini dan hanya berbuat demikian setelah BN kalah di Sungai Limau?

Adakah jika BN menang dalam pilihan raya Sungai Limau tempoh hari, kritikan Mahathir tetap sama?
Kritikan Mahathir terhadap amalan pemberian wang dan saguhati ini adalah serangan terbarunya terhadap Umno dan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Ini juga memperlihatkan bekas Perdana Menteri itu semakin kerap bersuara mengenai Umno, kerajaan dan Najib sejak pemilihan Umno pada 19 Oktober lalu yang menyaksikan anaknya, Mukhriz hanya mampu mendapat tempat keempat dalan perebutan kerusi naib presiden Umno walaupun dilihat adalah calon yang popular.

Sebaik usai pemilihan itu, Mahathir seperti meluahkan rasa kecewanya dengan kekalahan Mukhriz. Katanya, beliau memang sudah menjangka anaknya yang juga MB Kedah akan tewas dalam pertandingan itu kerana beliau bukanlah calon pilihan Perdana Menteri.

Jelas daripada ungkapan itu, terpancar rasa kecewanya kerana Najib lebih meletakkan Hishammuddin, sepupunya dan dianggap lemah serta tidak disukai oleh rakyat sebagai antara calon pilihan Perdana Menteri untuk memenangi jawatan nombor tiga itu, sebaliknya Mukhriz yang tidak dijadikan calon pilihan Perdana Menteri bertanding keseorangan.

Mahathir juga kemudian mengatakan politik wang masih berlaku dalam Umno sehingga calon yang tidak layak akhirnya memenangi jawatan tertentu dalam pemilihan kali ini. Sekali lagi, tafsiran umum mengenai calon yang dianggap tidak layak tetapi telah memang itu sebenarnya ditujukan kepada Hishammuddin.
Memang diakui dalam pemilihan lalu, Hishammuddin merupakan calon paling tidak popular dan ramai yang mahukan beliau kalah. Berbanding dengan Mukhriz yang baru membawa kemenangan kepada BN menawan semula Kedah, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn itu nyata jauh tertinggal di belakang.

Bagaimanapun ketika pemilihan, Hishammudin berjaya mendapat tempat ketiga dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz manakala Zahid Hamidi di tempat pertama dan Shafie Apdal di tempat kedua.

Kedudukan sebagai calon bukan pilihan Najib dianggap sebab utama tewasnya Mukhriz dalam pemilihan itu.
Selepas mengkritik mengenai politik wang yang masih berlaku dalam Umno, Mahathir juga kemudian mengatakan kepimpinan Najib sebenarnya semakin lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstrem daripada pembangkang.

Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes 'mata lebam' yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada Umno, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod bersiri sebenarnya.

Ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Ghani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.
Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.

Bukan sahaja pemberian wang dan hadiah yang dulunya menjadi alat memenangkan BN setiap kali pilihan raya sudah dianggapnya tidak betul dan membazir, malah Ghani Patail yang mula digunakannya ketika era pemerintahannya untuk mendakwa dan menyingkirkan musuh politiknya Anwar Ibrahim ketika ini, turut dilihat tidak lagi betul sekarang ini.

Oleh itu, janganlah terkejut jika selepas ini bukan saja kritikan Mahathir makin kerap, malah apa yang dulunya dianggap betul, turut dilihat salah selepas ini. Oleh kerana Mukhriz menang undi popular berbanding Hishammuddin yang mengatasinya dengan kelebihan 9 undi berdasarkan kaedah "electoral college" atau satu bahagian satu undi, tidak mustahil juga Mahathir selepas ini mahukan kaedah undi popular diguna pakai dalam pemilihan Umno pula.

Sikap berubah-ubah bukanlah asing bagi Mahathir dan dalam sejarah politiknya, sudah banyak kali kawan bertukar menjadi musuh dan musuh kembali menjadi kawan.

Oleh itu, bermula dengan semuanya tidak lagi dianggap betul oleh Mahathir sekarang ini, tidaklah mustahil Najib yang dulunya wangi dan disanjung, bakal dikitai tak lama lagi. – shahbudindotcom, 9 November, 2013.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Mahathir mahu saya mati tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun lagi - Lim Kit Siang

Posted: 09 Nov 2013 02:58 AM PST


Rencana

Mahathir mahu saya mati tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun lagi - Lim Kit Siang

Mahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu "kubur" politik saya.


Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi "kubur" saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya "terperangkap" di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah "tamat".

Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik "hidup dan mati" bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri.

Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004.

Saya mahu berterimakasih kepada ahli-ahli parti, para penyokong dan semua pihak yang mendoakan kejayaan saya pada malam 5 Mei 2013 lalu. Menerusi lawatan saya ke seluruh negara sepanjang beberapa bulan lalu, saya mendapat tahu bahawa mereka bimbang tentang kedudukan parlimen Gelang Patah ketika pilihanraya umum dan bahawa mereka, seperti juga saya, sama sekali tidak dapat menjangkakan keputusan pilihanraya di kawasan parlimen itu. Ketika itu, saya menggantungkan masa depan politik saya sepenuhnya di tangan para pengundi di Gelang Patah.


Pada malam 5 Mei 2013 itu Mahathir kalah dan saya menang. Saya telah membuktikan Mahathir telah berbuat silap kerana bekas Perdana Menteri itu telah bermain politik rendah yang jelek dan tidak bermoral dengan menyebarkan pembohongan dengan mendakwa saya bertanding di Gelang Patah untuk meninbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu dan bahawa saya mahu Cina membenci Melayu dan menolak kerjasama dengan Melayu.


Sedangkan hakikatnya berlawanan. Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum, untuk bekerjsama sebagai satu bangsa Malaysia untuk mengejar Impian Malaysia dan menyokong Pakatan Rakyat sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Dalam semua ceramah saya di Gelang Patah sepanjang kempen pilihanraya selama tiga minggu itu, saya telah menegaskan bahawa saya mahu menang bukan saja dengan undi Cina, tetapi juga dengan sokongan Melayu dan India.

Saya merasa lega pada malam keputusan pilihanraya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu – ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman.

Kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas, di mana bekas Perdana Menteri itu telah mempertaruhkan seluruh reputasi politiknya atas keupayaannya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya, bukan satu-satunya petanda kuasa dan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme tidak lagi sehebat dan seperkasa yang cuba ditonjolkan.

Sebenarnya, telah ada beberapa tanda awal kemerosotan tersebut, misalnya kegagalan Mahathir pada tahun 2006 untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno. Rentetan daripada itu beliau telah keluar daripada Umno dan meningkatkan kempen beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tetapi kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas adalah petanda pertama daripada tiga petanda penting kemerosotan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme sejak enam bulan lalu.

Dua petanda lain:
   -    Kegagalan anak beliau, Mukhriz Mahathir, untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden Umno dalam pemilihan Umno bulan lalu, walaupun Mahathir menyalahkan politik wang sebagai punca kekalahan Mukhriz; dan

   -    Kegagalan beliau untuk membawa kemenangan kepada Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau (kawasan yang termasuk dalam parlimen Kota Setar Selatan yang Mahathir adalah Ahli Parlimennya di tahun 1964 hingga1969) walaupun beliau turun berkempen di sana.


Mungkin kerana menyedari kemerosotan pengaruhnya, Mahathir menunjukkan kekecewaan dengan menulis dalam blog beliau bahawa saya takut pada "bayang" beliau dan bertanya: "When will Kit Siang retire? When he is dead?" (Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?)

Tiada sebab untuk sesiapa pun takut dengan "bayang" Mahathir dalam keadaan bayang itu sendiri telah mula pudar.

Rakyat Malaysia sepatutnya lebih bimbang dengan kesan buruk daripada Mahathirisme – warisan Mahathir setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Kesan buruk Mahathirisme paling besar ialah apabila Mahathir sendiri meminggirkan Wawasan 2020 dan dasar Bangsa Malaysia beliau (selain dasar 1Malaysia Najib) dengan menjadi Godfather gerakan Ku Klux Klan Malaysia yang sarah dengan khutbah pemecah-belah dan politik kebencian dalam menjuarai ketuanan kaum dan bukannya ketuanan bangsa Malaysia. Ini menghasilkan jurang perkauman paling lebar dalam sejarah Malaysia.

Kesan buruk Mahathirisme yang lain:

   -    Terjejasnya kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang;
   -    Merosotnya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap kecekapan, mutu, profesionalisme dan integriti institusi-institusi negara yang utama;
   -    Kemerosotan sistem pendidikan yang dulunya bertaraf antarabangsa – di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi; dan
   -    Berleluasanya korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di jabatan politik tertinggi

Mahathirisme akan terus memberi kesan buruk kepada Malaysia dan tidak akan membantu negara ini mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang rakyatnya bersatu, berjaya, dan berdaya saing di peringkat dunia.

Mahathir mahu saya mati, tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun untuk menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya Mahathirisme.

Untuk menjawab pertanyaan "Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?", izinkan saya memetik kata-kata terkenal Wen Tianxiang, seorang sarjana dan panglima Dinasti Sung, untuk direnung oleh Mahathir: "Semua manusia akan mati, tetapi kesetiaanku akan menyinari catatan sejarah selama-lamanya."

Untuk makluman Mahathir, "kesetiaan" yang saya maksudkan di sini adalah kesetiaan kepada Malaysia. - 8 November, 2013.


* Lim Kit Siang mewakili Gelang Patah sebagai Ahli Parlimen.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Sudah Bersedia?

Posted: 09 Nov 2013 02:40 AM PST

Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Sudah Bersedia?

25
Tarif Elektrik Naik
Pusingan pertama kenaikan harga minyak telah naik (DI SINI), gula pun sudah mengambil tempat merasai kenikmatan menaikkan harga gula (DI SINI), tambang bas sekolah menunggu masa dan ketika untuk dinaikkan (KLIK SINI).
Astro turut berhasrat menambah keuntungan mereka, dan situasi menjadi lebih mudah apabila mereka memonopoli siaran TV berbayar dengan menaikkan caj mereka baru-baru ini (DI SINI), makanan dan minuman seperti biasa cukup patuh untuk mengikut trend kesan rantaian dengan kerana pengumuman harga minyak naik.
Dan……..senarai ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi pengumuman yang bakal menanti rakyat Malaysia. Antaranya ialah ….
Tarif Elektrik di Malaysia. Menunggu masa dan ketikanya untuk naik tidak lama sahaja lagi.

Faktor Kenaikan tarif Elektrik Naik di Malaysia?

Ketua Seksyen Ekonometrik Jabatan Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan (Dr Khalid Abdul Hamid)
  1. Bagi memenuhi fiskal dan kewangan semasa negara
  2. Bagi memastikan orang awam memahami bahawa tenaga elektrik mesti digunakan secara berhemah, betul dan tidak dibazirkan
  3. Disebabkan penyusunan semula subsidi kerajaan yang seterusnya,
  4. Kenaikan harga gas dan arang batu global.
  5. Petaling Jaya: Semakan semula tarif elektrik akan dibuat selepas Kementerian Kewangan menyelesaikan kajian berhubung tahap kecekapan penggunaan tenaga di negara ini.
  6. Caj tarif elektrik yang baru mahu disasarkan kepada kelompok sasaran sahaja