RAKYAT MARHAEN |
- Petronas: Usahawan bumiputera rasa dikhianati..!!!
- Pakatan tidak akan perintah Malaysia selagi rakyat sokong politik wang
- PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah?
- Agen CIA di Jabatan Peguam Negara: Mengapa PM senyap?
- Penangan media sosial
- Polis tahan pembunuh pegawai Ambank pagi ini
- Ejen CIA di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa “rehatkan” Gani
- Utusan Malaysia @ Suara UMNO sokong Mohd Amar sebagai Timbalan Presiden PAS
- Muktamar 59: Calon perlu lepasi tapisan Insolvensi
- Muktamar 59: Tiada kompromi jatuhkan calon lain
- Muktamar 59: Jangan perwakilan menjadi lebih hebat dari Umno... lebih umno dari umno..!!!
- Tahniah Rakyat: Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara).
- Rakyat Kena Kencing: Harga Gula Dunia (US$18.11 per100 lbs). Kerajaan BN Beli (US$26 per100 lbs) ?
- Raja Kamarul Bahrin: GST ibarat pukat tunda
- TV Mesir Laporkan Zionis Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital
- Peguam Negara ‘double standard’ kes PKFZ, Altantuya
- Bunyi 'Ringtone'..."Soalan Seterusnyaaaaa...!!!" - Ustaz Azhar Idrus
- Protes jatuhkan pemerintah: Aktivis perlu bijak pilih taktik dan strategi
- Muktamar 59: Penyandang ada peluang
- Usaha UMNO pisah PAS daripada PR tak mungkin
- Muktamar 59: Calon muktamad, perlu lepasi tapisan insolvensi
- Muktamar 59: Suhaizan - dinamik, inklusif, peduli
- Muktamar 59: 'Hentikan majlis hentam calon'
- Muktamar 59: JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon
- Muktamar 59: Mampukah Mat Sabu dapat sokongan ulama?
Petronas: Usahawan bumiputera rasa dikhianati..!!! Posted: 09 Nov 2013 07:29 PM PST PERASAAN itu dikongsi 13 wakil industri minyak dan gas Bumiputera yang bertemu kelmarin, untuk membincangkan masa depan syarikat milik kaum itu di bawah dasar baru Petronas yang didakwa mengetepikan mereka. "Kita ini bukan syarikat ali baba. Kita usahawan yang benar-benar melabur dan mencipta teknologi sendiri," ujar seorang daripada mereka. Beliau menyangkal persepsi masyarakat yang kerap menganggap syarikat Bumiputera tidak layak dan hanya menjadi orang tengah untuk mengambil keuntungan atas angin. Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan pelbagai aduan mengenai dasar Petronas yang dikatakan meminggirkan syarikat Melayu, daripada pemberian kontrak bagi kerja-kerja berat di pelantar minyak sehinggalah pembukaan stesen Petronas dan pembekalan produk makanan seperti nasi lemak, roti dan kuih-muih di kedai Mesra Petronas. Menurut seorang pemain industri, antara faktor masalah ini adalah Petronas kurang fokus kepada pembekalan barangan tempatan, di sebalik penubuhan Program Pembangunan Vendor (VDP) Petronas yang bertujuan menghasil dan membangunkan usahawan pengeluar produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi bagi sektor minyak dan gas. Beliau juga mendakwa berlaku amalan double standard (pertentangan prinsip) dalam syarikat gergasi minyak itu. "Kalau (syarikat) Melayu buat silap, terus disenaraihitamkan. Tetapi syarikat luar buat silap boleh mereka maafkan berkali-kali. Jika benar mahukan kualiti, kena selari. Syarikat yang buat silap semua perlu dikenakan penalti," katanya. Statistik Petronas dipertikai Selain itu, ramai juga kecewa kerana usaha mereka mendidik tenaga mahir dalam negara seolah-olah tidak dihargai. "Kita dah labur banyak untuk jadi pemain industri. Pelaburan kita bukan untuk alatan sahaja, tetapi tenaga mahir juga. Ramai mahasiswa tempatan yang pandai tetapi kerana kurang kemahiran komunikasi, syarikat luar tidak mahu ambil bekerja. "Kita (syarikat Bumiputera tempatan) yang ambil dan didik mereka. Bila sudah mahir, syarikat luar pun sanggup tawar gaji dua kali ganda lebih tinggi. Tetapi apa yang kita dapat?," keluhnya. Mereka juga mempertikai ketepatan statistik diberikan Petronas berhubung jumlah pengagihan kontrak kepada syarikat Bumiputera. "Memang betul Melayu masih dapat projek, seperti ditunjukkan statistik Petronas, tetapi Melayu yang macam mana? Definisi itu kena dilihat semula. Ada (syarikat) yang betul-betul dimiliki Melayu, ada yang 50 peratus Melayu, ada yang hanya jadi token (kepada syarikat luar atau pemilik bukan Bumiputera)," soalnya. Bukan sahaja syarikat dengan perniagaan utama dalam sektor minyak dan gas merasakan bahang perubahan dasar ini, syarikat pengangkutan Bumiputera juga menerima tempiasnya. "Kontrak syarikat pengangkutan ditamatkan tanpa apa-apa sebab. Petronas (guna khidmat) lori sebuah syarikat monopoli sehingga lori-lori orang Melayu tersadai. Apabila ditanya, Petronas kata ini sistem baru," dakwa seorang pemilik syarikat pengangkutan yang pernah berkhidmat dengan Petronas. Akan berjuang habis-habisan Sekutu Kanan Kluster Ekonomi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Rizal Jaapar berkata, aduan demi aduan diterima daripada wakil syarikat Bumiputera menunjukkan dakwaan Petronas bahawa tiada masalah dalam industri itu adalah tidak benar. "Memang mereka (syarikat Bumiputera) sedang hadapi masalah sejak dua tiga tahun lalu. Dasar (pengurusan baru) Petronas bercanggah dengan agenda pemerkasaan Bumiputera," tegasnya. Sementara itu, MTEM yang membawa isu itu bagi pihak syarikat Bumiputera, sedang menunggu untuk bertemu dengan Presiden Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, bagi merungkai kemelut ini melalui pertemuan yang diaturkan Penasihat Petronas, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengerusi Kluster Minyak dan Gas MTEM, Tengku Putra Tengku Ahmad berkata, badan bukan kerajaan itu akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika permohonan untuk bertemu dengan Shamsul Azhar tidak dilayan. "Jika kami tak berjaya jumpa presiden (Petronas), kami akan hantar memorandum kepada perdana menteri sebagai protes kerana presiden (Petronas) tidak menghormati permohonan penasihat (Petronas)," tegasnya. Dr Mahathir sebelum ini memaklumkan beliau telah menghantar surat hampir sebulan lalu kepada pengurusan tertinggi Petronas untuk mencadangkan pertemuan enam mata antara beliau sendiri, wakil MTEM dan Shamsul Azhar, namun sehingga kini belum menerima jawapan. Sinar Harian telah menghubungi Petronas dan sedang menunggu penjelasan syarikat itu berhubung dakwaan dibangkitkan ini. |
Pakatan tidak akan perintah Malaysia selagi rakyat sokong politik wang Posted: 09 Nov 2013 07:27 PM PST KUALA LUMPUR: Ketika mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkeyakinan bahawa wang dan hadiah tidak akan membantu BN untuk menang pilihan raya, lain halnya dengan pandangan badan penyelidik bebas, Ilham Centre yang menyarankan kepada Pakatan Rakyat supaya mendidik pengundi menolak politik wang sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang. Read More / Baca Lagi >>Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan. "Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider. Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi. |
PKFZ rugi RM12.5 bilion, AG buat tak kisah? Posted: 09 Nov 2013 07:24 PM PST KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk tidak memfailkan rayuan terhadap pembebasan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik atas pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat membingungkan. Read More / Baca Lagi >>PKFZ telah menyebabkan kerajaan rugi RM12.5 bilion, tidakkah sepatutnya perkara ini diperjuangkan habis-habisan oleh JPN? Menurut seorang peguam hak asasi manusia Syahredzan Johan yang dipetik laman web The Malay Mail Online sebagai berkata, tindakan JPN wajib dipersoalkan rasionalnya untuk mengambil keputusan sedemikian. Katanya, JPN selalunya cepat untuk menfailkan rayuan terhadap keputusan yang mempromosikan hak asasi manusia, perlembagaan dan juga kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang. "Tapi apabila keputusan kes mengenai rasuah terhadap seorang bekas menteri, JPN tidak mahu merayu pula," sindirnya. Syahredzan juga mempersoalkan apakah JPN mengambil pendirian bahawa kes tersebut tiada merit untuk membuat rayuan. |
Agen CIA di Jabatan Peguam Negara: Mengapa PM senyap? Posted: 09 Nov 2013 07:23 PM PST KUALA LUMPUR: Dakwaan terbaru mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Jabatan Peguam Negara menggaji dua agen agensi perisikan Amerika Syarikat – CIA adalah sesuatu yang mengejutkan dan memerlukan penjelasan segera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dalam satu kenyataan medianya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika terdapat pendedahan berhubung rangkaian pengintipan oleh Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain di negara ini, tindakan Najib yang sehingga kini berdiam diri berhubung pendedahan terbaru ini adalah sangat memalukan. "Tembok senyap yang mengelilingi Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan simptom kepada masalah lebih besar dihidapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak apabila tuntutan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti) terus tidak didengar," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 Nov 2013 07:20 PM PST Walaupun sesetengah pemimpin tertinggi negara sebelum ini tidak menggemari media sosial kerana ia membenarkan mereka dikritik secara terbuka dalam suasana media arus perdana berat sebelah, ia terbukti membawa kebaikan malahan membantu kes jenayah diselesaikan. Sebaik sahaja bayi lelaki warga Britain Freddie Joseph yang berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar pada Jumaat, sebelum mana-mana media mengeluarkan laporan, laman sosial Facebook dan Twitter sudah dibanjiri berita mengenainya. Ketika itu, beliau ternampak seorang lelaki cuba melarikan Freddie lalu menerpa ke arahnya untuk menyelamatkan anaknya sambil menjerit meminta pertolongan sehingga berlaku pergelutan. Akibat pergelutan itu, Sarah cedera di pergelangan tangan kanannya. Freddie akhirnya ditemui semalam di Taman Tasik Titiwangsa oleh beberapa orang awam lebih kurang jam 12.20 tengah hari dalam keadaan keletihan. Bayi itu akhirnya kembali semula ke pangkuan Sarah dan warga media sosial meraikannya dengan penuh kesyukuran. Di Indonesia kerana keterbukaannya, media sosial memainkan peranan lebih besar. Pemimpin negara atau menteri di negara itu tidak boleh melakukan kesalahan jalan raya dengan sesuka hati. Read More / Baca Lagi >> |
Polis tahan pembunuh pegawai Ambank pagi ini Posted: 09 Nov 2013 07:17 PM PST Polis menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) mengesahkan perkara ini akan tetapi enggan untuk mengulas lanjut dan mengatakan kenyataan akhbar akan dikeluarkan hari ini. "Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia," kata Khalid melalui akaun Twitter @KBAB51 hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Ejen CIA di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa “rehatkan” Gani Posted: 09 Nov 2013 07:09 PM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat CIA di Pejabat Peguam Negara. Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani. "Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen CIA adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi. Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani. "Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya," kata Anwar. Read More / Baca Lagi >> |
Utusan Malaysia @ Suara UMNO sokong Mohd Amar sebagai Timbalan Presiden PAS Posted: 09 Nov 2013 07:06 PM PST Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu. Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS. "Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi 'lebai malang' melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar 59: Calon perlu lepasi tapisan Insolvensi Posted: 09 Nov 2013 07:01 PM PST |
Muktamar 59: Tiada kompromi jatuhkan calon lain Posted: 09 Nov 2013 07:00 PM PST |
Muktamar 59: Jangan perwakilan menjadi lebih hebat dari Umno... lebih umno dari umno..!!! Posted: 09 Nov 2013 12:21 PM PST Walaupun aku lebih suka jawatan Timbalang Presiden PAS sekarang tidak dicabar namun kepada Tuan Haji Mohamad Sabu dan Ustaz Mohd Amar, selamat bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dengan penuh persaudaraan Islam dan saling hormat menghormati. Kepada penyokong kedua-kedua pihak tak usahlah berlebihan! Aku bukan pun perwakilan ke muktamar. Orang bertaraf aku tak pernah layak untuk menjadi perwakilan ke muktamar kerana tak mencapai standard menjadi perwakilan apatah lagi untuk menjadi perwakilan ke muktamar yang ada pemilihan jawatan parti! Hari ini aku terima lagi sms dari seorang sahabat yang bertanya, kalaulah aku perwakilan ke muktamar kali ini siapakah agaknya antara Mat Sabu dan Nik Amar yang aku undi. Aku jawab, aku akan undi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Aku undi Mat Sabu bukanlah kerana aku tidak suka ustaz Nik Amar tapi aku lebih bersetuju dengan pendapat bahawa Mat Sabu masih diperlukan PAS sebagai Timbalan Presiden buat masa ini, bukannya Nik Amar! Alasan lain mengapa aku akan undi Mat Sabu adalah sama dengan alasan mereka yang bersetuju Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Justru itu aku sebagai ahli bawahan ingin mengingatkan mereka yang bertanding khususnya jawatan Timbalan Presiden PAS dan agen-agen kempen masing-masing agar sentiasa waras dan bersopan dalam kempen-kempen mereka, jangan gelojoh dan brutal terhadap lawan masing-masing. Hentikanlah tuduhan dan hal-hal yang berunsur fitnah yang mampu merosakkan jemaah ini. Ingat, sejak dahulu Umno sentiasa gagal membunuh karektor para pemimpin PAS. Justru itu janganlah pula ahli-ahli PAS yang menjadi perwakilan dalam muktamar lebih berjaya dan lebih hebat daripada Umno dalam membunuh karektor pemimpin sendiri! |
Tahniah Rakyat: Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Posted: 09 Nov 2013 12:15 PM PST Pusingan pertama kenaikan harga minyak telah naik (DI SINI), gula pun sudah mengambil tempat merasai kenikmatan menaikkan harga gula (DI SINI), tambang bas sekolah menunggu masa dan ketika untuk dinaikkan (KLIK SINI). Astro turut berhasrat menambah keuntungan mereka, dan situasi menjadi lebih mudah apabila mereka memonopoli siaran TV berbayar dengan menaikkan caj mereka baru-baru ini (DI SINI), makanan dan minuman seperti biasa cukup patuh untuk mengikut trend kesan rantaian dengan kerana pengumuman harga minyak naik. Dan……..senarai ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi pengumuman yang bakal menanti rakyat Malaysia. Antaranya ialah …. Tarif Elektrik di Malaysia. Menunggu masa dan ketikanya untuk naik tidak lama sahaja lagi.Faktor Kenaikan tarif Elektrik Naik di Malaysia?Ketua Seksyen Ekonometrik Jabatan Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan (Dr Khalid Abdul Hamid)
Keuntungan TNB Tahun 2013 (RM4.61 Bilion). SEMAK!Akan berlaku satu lagi gelombang kenaikan kos sara hidup rakyat Malaysia. |
Rakyat Kena Kencing: Harga Gula Dunia (US$18.11 per100 lbs). Kerajaan BN Beli (US$26 per100 lbs) ? Posted: 09 Nov 2013 12:12 PM PST Situasi di sini, berulang sekali lagi (DI SINI). Jikalau komoditi utama negara seperti minyak sawit yang diniagakan secara konytrak niga di Bursa Komoditi Kuala Lumpur bagi pasaran luar negara, lain pula ceritanya apabila Malaysia beli harga gula pada pasaran antarabangsa di mana kita Malaysia menggunakan kontrak niaga di New York Mercantile Exachange (NYMEX) & juga Intercontinental Exchange (ICE) di kota New York. Dipendekkan cerita…. Dan dipendekkan ceritanya disebabkan tanaman tebu adalah bermusim, jadi kontrak gula dunia adalah bermusim bermula dengan bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober. Penyumbang Gula Dunia Kepada Malaysia (1.3 Juta Setahun)?
Memang benar, tiada siapa yang mampu meramalkan samada pengeluaran gula dunia turun ataupun meningkat. Tetapi bukankah kita ramai-ramai pakar dan penyelidik tempatan? Di mana mereka selama ini? Realitinya, selepas mendengar pengumuman kenaikan harga gula yang mendadak sebegini rupa. Pasti ada yang tidak kena dengan kontrak niaga yang dilakukan kerajaan. Tetapi……kerajaan tidak sanggup untuk berkata benar walaupun pahit malah lebih suka mencampak faktor kenaikan dek kerana peningkat bilangan pesakit diabates di Malaysia. Sejarah Kontrak Niaga Hadapan Harga Gula
Sumber asal Bernama & Mstar Malangnya nasib tidak menyebelahi Malaysia, apabila pengeluaran gula dunia tiba-tiba melambung tingi selepas sahaja kerajaan menandatangani kontrak tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Raja Kamarul Bahrin: GST ibarat pukat tunda Posted: 09 Nov 2013 12:04 PM PST KUALA TERENGGANU - Perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan bermula April 2015, ibarat pukat tunda kerana dilihat akan memberikan kesan kepada semua kerana melibatkan 'ikan kecil' dan 'ikan besar'. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana tidak adil untuk 'ikan kecil' yang tidak berpeluang menikmati kehidupan yang lebih lama. "Jika benar kerajaan ingin teruskan, saya ingin cadangkan, pukat tunda itu diganti dengan pukat jerut. Ini sebab pukat jerut ini saiz lubang pukatnya ada besar dan ada yang sederhana. "Supaya 'ikan kecil' terlepas dan dapat hidup lebih lama serta membesar, supaya orang miskin dikecualikan dan orang biasa terlepas daripada cukai. Sekarang, hanya sebahagian kecil rakyat yang bayar cukai," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini. Melalui GST, katanya, semua orang terpaksa membayar cukai. Kata beliau, kerajaan tidak boleh mengelirukan rakyat dengan membuat perbandingan dengan GST di Singapura. Read More / Baca Lagi >> |
TV Mesir Laporkan Zionis Al-Sisi Kini Terlantar Di Hospital Posted: 09 Nov 2013 12:02 PM PST Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital. Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, "Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital." Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut: Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti. |
Peguam Negara ‘double standard’ kes PKFZ, Altantuya Posted: 09 Nov 2013 06:04 AM PST Oleh : NORHAYATI UMOR Read More / Baca Lagi >>SHAH ALAM 9 NOV : Keengganan kerajaan pusat memfailkan rayuan terhadap kes berprofil tinggi membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) disifatkan 'double standard'. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata, tindakan itu juga dilihat sebagai pilih kasih dan membuktikan sistem perundangan negara tidak bebas dan mempunyai integriti. Katanya, kegagalan Peguam Negara dalam kes seperti itu menyebabkan masyarakat hilang keyakinan bukan sahaja terhadap kerajaan pusat, tetapi institusi Peguam Negara, polis dan mahkamah serta menjejaskan reputasi negara untuk menarik pelabur. "Perkara ini serius dan saya terkejut apabila Peguam Negara enggan membuat rayuan dan perkara sama turut terjadi dalam kes Altantuya. Kita boleh lihat dengan jelas Peguam Negara pilih kasih dalam membuat rayuan dalam kes berprofil tinggi," katanya ketika dihubungi portal Selangor Kini, di sini, hari ini. Surendran turut memberikan contoh 'double standard' dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila Peguam Negara berusaha untuk memenjarakan Anwar apabila membuat rayuan dan turut membawa masuk Datuk Shafei Abdullah sebagai pendakwa walaupun kes terbabit tidak mempunyai asas serta ditolak Hakim Mahkamah Tinggi. "Tetapi dalam kes PKFZ dan Altantuya, pihak pendakwa tidak begitu minat. Ini menunjukkan 'double standard' berlaku apabila intitusi Peguam Negara dan sistem perundangan kita tidak bebas dan mempunyai integriti, selain memperlihatkan pendakwaan terhadap Anwar bermotifkan politik," katanya. |
Bunyi 'Ringtone'..."Soalan Seterusnyaaaaa...!!!" - Ustaz Azhar Idrus Posted: 09 Nov 2013 05:54 AM PST |
Protes jatuhkan pemerintah: Aktivis perlu bijak pilih taktik dan strategi Posted: 09 Nov 2013 05:06 AM PST Sejak beberapa tahun lalu, kita sudah biasa dengan ikon-ikon protes. Semasa kebangkitan Arab, imej-imej peserta demonstrasi menjeritkan slogan, mengangkat sepanduk, dan berkonfrontasi dengan pasukan keselamatan menjadi sesuatu yang biasa dilihat. Tetapi kita juga melihat protes-protes yang gagal dan membawa kesan sebaliknya, seperti di Mesir dan Libya, dua kes paling jelas. Kebangkitan demonstrasi di Sudan baru-baru ini menimbulkan persoalan fundamental: Bagaimana protes rakyat menjejaskan kerajaan autoritarian? Adakah demonstrasi benar-benar kunci untuk menjatuhkan pemerintah autokratik? Kajian menunjukkan, hakikatnya, demonstrasi hanyalah satu daripada banyak alat kebangkitan rakyat yang boleh digunakan untuk perubahan. Gerakan-gerakan yang berjaya menggunakan pelbagai cara menekan kerajaan yang menentang mereka dan tidak membahayakan aktivis. Taktik demonstrasi yang kita biasa lihat hanyalah satu daripada banyak taktik. Kempen yang berjaya menggunakan lebih daripada satu taktik. Saya dan Maria Stephan telah menjalankan kajian mengenai satu persoalan yang luas: "Bila kebangkitan rakyat berjaya?" Keputusannya menunjukkan kempen pembangkang berjaya apabila dapat menggunakan tiga perkara: (1) menarik penyertaan yang ramai dan pelbagai (2) menbangunkan strategi yang membenarkan mereka mengelak tekanan; dan (3) mencetuskan pembelotan, perubahan kesetiaan atau ketidakpatuhan dalam kalangan elit rejim dan/atau pasukan keselamatan. Yang paling penting menarik penyertaan, kerana kemampuan untuk mencetuskan pembelotan dan menewaskan gerakan lawan bergantung pada sama ada gerakan kebangkitan disertai ramai peserta dari pelbagai latar belakang. Faktor terpenting ialah kadar penyertaan. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar 59: Penyandang ada peluang Posted: 09 Nov 2013 04:54 AM PST Mohamad Sabu dilihat mempunyai kelebihan untuk mempertahankan jawatannya selaku Timbalan Presiden Pas pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015. Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Mohamad atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu mampu mengekalkan jawatan itu lebih menonjol dan aktif di peringkat nasional. "Perkara ini yang saya nampak beri kelebihan pada diri beliau kerana beliau lebih arif dengan isu dan masalah yang membabitkan negara," katanya, semalam. Katanya, dari sudut populariti beliau lebih terkedepan dan dekat di hati para penyokong Pas berbanding pesaingnya. "Beliau popular dengan pelbagai himpunan. Contohnya Himpunan Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat. Ini antara kewibawaan yang ada pada beliau," katanya. Selain itu, ketika ditanya berkenaan kemungkinan Mohamad akan memperoleh kemenangan besar apabila pertandingan ini berlangsung secara dua penjuru, Nik Ahmad berkata, pencabarnya Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak akan beri laluan mudah kepada beliau. Read More / Baca Lagi >> |
Usaha UMNO pisah PAS daripada PR tak mungkin Posted: 09 Nov 2013 04:53 AM PST GEORGETOWN - Cadangan agar Umno dan Pas bergabung adalah satu usaha yang mustahil dan tidak mungkin berlaku. Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, ia juga adalah usaha Umno untuk memisahkan Pas daripada PR. "Umno cuba memisahkan Pas dari PR. Ia bukan perkara baru yang dilakukan Umno, malah ia sudah berlaku bagi tempoh yang lama tetapi tidak berjaya. "Saya percaya, Pas adalah satu parti yang kuat menentang cubaan daripada Umno itu," katanya, pada sidang media sebuah kedai kopi, di Air Itam. Karpal berkata demikian mengulas cadangan Umno Pulau Pinang agar satu badan khas ditubuhkan bagi menjalankan kajian peringkat akar umbi Umno dan Pas untuk bergabung demi kepentingan orang Islam di negara ini. Semalam, Ketua Penerangannya, Datuk Shabudin Yahya berkata, sudah sampai masanya ahli kedua-dua parti dbiarkan untuk menentukan sama ada ia perlu bergabung atau sebaliknya. |
Muktamar 59: Calon muktamad, perlu lepasi tapisan insolvensi Posted: 09 Nov 2013 04:50 AM PST KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS bagi sesi 2013-2015 hari ini mengumumkan secara rasmi senarai nama-nama calon yang akan bertanding bagi mengisi jawatan peringkat pusat parti itu. Read More / Baca Lagi >>Bagaimanapun jelas Pengerusinya Asmuni Awi, senarai itu tetap bergantung kepada laporan dari Jabatan Insolvensi bagi memastikan nama-nama calon yang bertanding bebas dari bankrapsi sebelum layak bertanding. "Senarai nama yang kita umumkan hari ini telah dimuktamadkan dan ke semua mereka akan bertanding pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November nanti. "Namun pihak Jawatankuasa Pemilihan akan membuat semakan di Jabatan Insolvensi bagi mengenal pasti ke semua mereka bebas dari bankrup dan jika ada antara mereka tersenarai, kita akan mengeluarkan nama-nama dalam senarai yang dicalonkan," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini. Katanya lagi, mereka yang telah disenaraikan masih boleh menarik diri tetapi nama akan tetap disenaraikan dalam borang pencalonan nanti. |
Muktamar 59: Suhaizan - dinamik, inklusif, peduli Posted: 09 Nov 2013 04:48 AM PST KUALA LUMPUR: Membawa motto 'Dinamik, Inklusif, Peduli', calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat berikrar akan menterjemahkannya dalam lima agenda utama yang dibawa bersama. Read More / Baca Lagi >>Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Suhaizan berkata kelima-lima agenda yang dibawa beliau itu terangkum dalam motto yang digunakan, di mana dinamik itu dari sudut tarbiyah, inklusif dari sudut dakwah dan peduli dari sudut rakyat. Jelas beliau, lima agenda utama yang akan dibawa itu ialah mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan, perlu dilihat inklusif bukan eksklusif, menjadi 'check and balance' kepada parti, memposisikan pemimpin muda yang berbakat dan memperkukuh agenda tarbiyah untuk menyatukan pemuda PAS. Mengulas lanjut, Suhaizan berkata beliau akan membawa Pemuda PAS ke hadapan dalam mendepani isu-isu masyarakat dengan lebih berkesan agar ia benar-benar menepati sasaran dan matlamat yang diperjuangkan. "Bukanlah Pemuda hari ini tidak ke hadapan dalam mendepani isu rakyat, cuma masih banyak isu rakyat yang masih tidak benar-benar memberi kesan mendalam. Jadi, saya berikrar untuk membawa badan ini ke arah tujuan tersebut," jelas beliau. |
Muktamar 59: 'Hentikan majlis hentam calon' Posted: 09 Nov 2013 04:46 AM PST Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding. Read More / Baca Lagi >>Pengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain". "Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain. "Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain. Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan. "Kita telah mengeluarkan garis panduan, berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan baru-baru ini. Saya berharap semua calon, ahli, penyokong dan lajnah negeri, atas nama apa sekalipun supaya mematuhi aturan ini," katanya dalam sidang media pagi ini. |
Muktamar 59: JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon Posted: 09 Nov 2013 04:45 AM PST KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain. Read More / Baca Lagi >>Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan. "Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi. Tambah beliau, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan. Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan. Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri, lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan calon-calon. |
Muktamar 59: Mampukah Mat Sabu dapat sokongan ulama? Posted: 09 Nov 2013 04:43 AM PST Jika disoroti dua kali percubaan Mohamad Sabu merebut jawatan timbalan presiden - 2009 dan 2011 - beliau berdepan pertembungan tiga penjuru. Percubaan kali pertamanya gagal tetapi menang pada penggal berikutnya. Read More / Baca Lagi >>Kegagalan persaingan kali pertama dengan Nasharudin Mat Isa - yang mewakili kumpulan proulama - kerana pepecahan sokongannya dengan Datuk Husam Musa yang turut menawarkan diri bertanding jawatan itu, mewakili kumpulan profesional. Bagaimanapun percubaan aktivis PAS itu bagi kali kedua berjaya, selepas sokongan penyandangnya Nasharuddin dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpecah. Namun, dalam pemilihan PAS kali ini, Mohamad berdepan dengan situasi jauh berbeza apabila beliau dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam persaingan dua penjuru. Sudah pasti, kedua-dua calon khususnya Mohamad berdepan risiko untuk mempertahankan jawatannya kerana akan berdepan saingan sengit, apatah lagi sokongan kumpulan proulama dilihat padu pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam 22 November depan. Mampukah tokoh mesra dipanggil 'Abang Mat' ini mampu mempertahankan jawatan yang disandangnya di kala beliau berdepan dengan kumpulan proulama - yang menjadi teras kekuatan PAS sejak dahulu lagi? |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan