WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Dakwaan dua Adun Perak jumpa Anwar untuk lompat parti tak perlu dilayan, kata Zambry
- MAHATHIR MULAI SASAU.SERANG NAJIB
- Mahathir mahu saya mati tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun lagi - Lim Kit Siang
- Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Sudah Bersedia?
Dakwaan dua Adun Perak jumpa Anwar untuk lompat parti tak perlu dilayan, kata Zambry Posted: 09 Nov 2013 03:00 PM PST Dakwaan dua Adun Perak jumpa Anwar untuk lompat parti tak perlu dilayan, kata ZambryDakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai. "Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin" |
MAHATHIR MULAI SASAU.SERANG NAJIB Posted: 09 Nov 2013 02:57 PM PST Semua mulai tidak betul di mata MahathirSebagaimana yang diramalkan banyak pihak, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad bersuara lagi mengenai Umno. Dalam tulisan terbaru di blognya, beliau mengkritik cara kempen Umno dan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang menyaksikan calon BN kalah kepada calon PAS dengan kekurangan 1084 undi.Mahathir menyifatkan pemberian wang dan hadiah ketika kempen di Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi, malah menganggapnya suatu pembaziran dan kekalahan calon BN adalah bukti bahawa pengundi menolak budaya itu yang telah pun ditunjukkan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi. "Ini jelas sejak PRU13, yang tidak sokong, tetap tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah suatu pembaziran, tidak kira sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan. "Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangan serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa yang diberi tidak akan menawan hati," demikian antara intipati tulisannya. Pemberian wang, hadiah, kain batik, kain pelikat dan projek-projek pembangunan adalah cara kempen yang sudah sebati dengan Umno dan BN sejak dulu lagi. Ketika kempen pilihan raya, tidak banyak yang bercerita tentang apakah perjuangan Umno dan sasaran masa hadapan yang mahu dilakukan kepada rakyat. Apa yang banyak dicurahkan oleh janji-janji pembangunan dan seumpamanya saja. Dan melalui janji pembangunan, pemberian wang dan saguhati itulah Umno dan BN menang pilihan raya selama ini. Kenapa Mahathir tidak mengkritiknya sebelum ini dan hanya berbuat demikian setelah BN kalah di Sungai Limau? Adakah jika BN menang dalam pilihan raya Sungai Limau tempoh hari, kritikan Mahathir tetap sama? Kritikan Mahathir terhadap amalan pemberian wang dan saguhati ini adalah serangan terbarunya terhadap Umno dan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Ini juga memperlihatkan bekas Perdana Menteri itu semakin kerap bersuara mengenai Umno, kerajaan dan Najib sejak pemilihan Umno pada 19 Oktober lalu yang menyaksikan anaknya, Mukhriz hanya mampu mendapat tempat keempat dalan perebutan kerusi naib presiden Umno walaupun dilihat adalah calon yang popular. Sebaik usai pemilihan itu, Mahathir seperti meluahkan rasa kecewanya dengan kekalahan Mukhriz. Katanya, beliau memang sudah menjangka anaknya yang juga MB Kedah akan tewas dalam pertandingan itu kerana beliau bukanlah calon pilihan Perdana Menteri. Jelas daripada ungkapan itu, terpancar rasa kecewanya kerana Najib lebih meletakkan Hishammuddin, sepupunya dan dianggap lemah serta tidak disukai oleh rakyat sebagai antara calon pilihan Perdana Menteri untuk memenangi jawatan nombor tiga itu, sebaliknya Mukhriz yang tidak dijadikan calon pilihan Perdana Menteri bertanding keseorangan. Mahathir juga kemudian mengatakan politik wang masih berlaku dalam Umno sehingga calon yang tidak layak akhirnya memenangi jawatan tertentu dalam pemilihan kali ini. Sekali lagi, tafsiran umum mengenai calon yang dianggap tidak layak tetapi telah memang itu sebenarnya ditujukan kepada Hishammuddin. Memang diakui dalam pemilihan lalu, Hishammuddin merupakan calon paling tidak popular dan ramai yang mahukan beliau kalah. Berbanding dengan Mukhriz yang baru membawa kemenangan kepada BN menawan semula Kedah, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn itu nyata jauh tertinggal di belakang. Bagaimanapun ketika pemilihan, Hishammudin berjaya mendapat tempat ketiga dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz manakala Zahid Hamidi di tempat pertama dan Shafie Apdal di tempat kedua. Kedudukan sebagai calon bukan pilihan Najib dianggap sebab utama tewasnya Mukhriz dalam pemilihan itu. Selepas mengkritik mengenai politik wang yang masih berlaku dalam Umno, Mahathir juga kemudian mengatakan kepimpinan Najib sebenarnya semakin lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstrem daripada pembangkang. Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes 'mata lebam' yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada Umno, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod bersiri sebenarnya. Ia kini sudah memasuki siri kelima - bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Ghani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen. Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam Umno dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir. Bukan sahaja pemberian wang dan hadiah yang dulunya menjadi alat memenangkan BN setiap kali pilihan raya sudah dianggapnya tidak betul dan membazir, malah Ghani Patail yang mula digunakannya ketika era pemerintahannya untuk mendakwa dan menyingkirkan musuh politiknya Anwar Ibrahim ketika ini, turut dilihat tidak lagi betul sekarang ini. Oleh itu, janganlah terkejut jika selepas ini bukan saja kritikan Mahathir makin kerap, malah apa yang dulunya dianggap betul, turut dilihat salah selepas ini. Oleh kerana Mukhriz menang undi popular berbanding Hishammuddin yang mengatasinya dengan kelebihan 9 undi berdasarkan kaedah "electoral college" atau satu bahagian satu undi, tidak mustahil juga Mahathir selepas ini mahukan kaedah undi popular diguna pakai dalam pemilihan Umno pula. Sikap berubah-ubah bukanlah asing bagi Mahathir dan dalam sejarah politiknya, sudah banyak kali kawan bertukar menjadi musuh dan musuh kembali menjadi kawan. Oleh itu, bermula dengan semuanya tidak lagi dianggap betul oleh Mahathir sekarang ini, tidaklah mustahil Najib yang dulunya wangi dan disanjung, bakal dikitai tak lama lagi. – shahbudindotcom, 9 November, 2013. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. |
Posted: 09 Nov 2013 02:58 AM PST RencanaMahathir mahu saya mati tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun lagi - Lim Kit SiangMahathir mahu saya mati, kerana itu beliau menjalankan misinya dalam Pilihanraya Umum ke-13 dengan berkempen di Gelang Patah untuk menjadikan kawasan itu "kubur" politik saya.Sebelum pilihanraya umum ke-13, Mahathir menyeru rakyat Johor untuk mengerah tenaga bagi memastikan negeri Johor menjadi "kubur" saya. Seruan beliau itu diberi sambutan hangat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan bahawa saya "terperangkap" di Gelang Patah dan kerjaya politik saya telah "tamat". Persaingan di Gelang Patah dalam PRU13 adalah pertempuran politik "hidup dan mati" bagi saya kerana saya berdepan bukan saja dengan Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjadi Menteri Besar selama empat penggal, tetapi juga kerana saya terpaksa berdepan dengan tiga lagi orang kuat Umno – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin dan Perdana Menteri yang paling lama memegang jawatan di Malaysia, iaitu Tun Mahathir sendiri. Tetapi saya bersedia mempertaruhkan nasib, meninggalkan kerusi parlimen selamat bagi saya, iaitu Ipoh Timur, yang telah saya menangi pada tahun 2008 dengan majoriti lebih dari 21,000 undi, untuk bertanding di Gelang Patah di mana MCA/BN telah menang hampir 9,000 undi majoriti pada tahun 2008 dan 21,666 undi majoriti pada tahun 2004. Pada malam 5 Mei 2013 itu Mahathir kalah dan saya menang. Saya telah membuktikan Mahathir telah berbuat silap kerana bekas Perdana Menteri itu telah bermain politik rendah yang jelek dan tidak bermoral dengan menyebarkan pembohongan dengan mendakwa saya bertanding di Gelang Patah untuk meninbulkan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu dan bahawa saya mahu Cina membenci Melayu dan menolak kerjasama dengan Melayu. Sedangkan hakikatnya berlawanan. Sepanjang kempen saya telah menggesa semua pengundi, tanpa mengira kaum, untuk bekerjsama sebagai satu bangsa Malaysia untuk mengejar Impian Malaysia dan menyokong Pakatan Rakyat sebagai pakatan politik pelbagai kaum dan agama yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS. Dalam semua ceramah saya di Gelang Patah sepanjang kempen pilihanraya selama tiga minggu itu, saya telah menegaskan bahawa saya mahu menang bukan saja dengan undi Cina, tetapi juga dengan sokongan Melayu dan India. Saya merasa lega pada malam keputusan pilihanraya kerana saya tidak mungkin menang di Gelang Patah dengan majoriti lebih 14,000 undi tanpa sokongan para pengundi Melayu – ini adalah bukti nyata bahawa orang Melayu di Johor tidak semudah itu menjadi mangsa pembohongan Mahathir yang mahu mewarnakan kempen Gelang Patah dengan unsur perkauman. Kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas, di mana bekas Perdana Menteri itu telah mempertaruhkan seluruh reputasi politiknya atas keupayaannya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya, bukan satu-satunya petanda kuasa dan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme tidak lagi sehebat dan seperkasa yang cuba ditonjolkan. Sebenarnya, telah ada beberapa tanda awal kemerosotan tersebut, misalnya kegagalan Mahathir pada tahun 2006 untuk menjadi perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno. Rentetan daripada itu beliau telah keluar daripada Umno dan meningkatkan kempen beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kegagalan Mahathir dalam PRU13, khususnya di Gelang Patah, Shah Alam, dan Pasir Mas adalah petanda pertama daripada tiga petanda penting kemerosotan pengaruh Mahathir dan Mahathirisme sejak enam bulan lalu. Dua petanda lain: - Kegagalan anak beliau, Mukhriz Mahathir, untuk merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden Umno dalam pemilihan Umno bulan lalu, walaupun Mahathir menyalahkan politik wang sebagai punca kekalahan Mukhriz; dan - Kegagalan beliau untuk membawa kemenangan kepada Muhkriz sebagai Menteri Besar Kedah dalam pilihanraya kecil Sungai Limau (kawasan yang termasuk dalam parlimen Kota Setar Selatan yang Mahathir adalah Ahli Parlimennya di tahun 1964 hingga1969) walaupun beliau turun berkempen di sana. Mungkin kerana menyedari kemerosotan pengaruhnya, Mahathir menunjukkan kekecewaan dengan menulis dalam blog beliau bahawa saya takut pada "bayang" beliau dan bertanya: "When will Kit Siang retire? When he is dead?" (Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?) Tiada sebab untuk sesiapa pun takut dengan "bayang" Mahathir dalam keadaan bayang itu sendiri telah mula pudar. Rakyat Malaysia sepatutnya lebih bimbang dengan kesan buruk daripada Mahathirisme – warisan Mahathir setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri. Kesan buruk Mahathirisme paling besar ialah apabila Mahathir sendiri meminggirkan Wawasan 2020 dan dasar Bangsa Malaysia beliau (selain dasar 1Malaysia Najib) dengan menjadi Godfather gerakan Ku Klux Klan Malaysia yang sarah dengan khutbah pemecah-belah dan politik kebencian dalam menjuarai ketuanan kaum dan bukannya ketuanan bangsa Malaysia. Ini menghasilkan jurang perkauman paling lebar dalam sejarah Malaysia. Kesan buruk Mahathirisme yang lain: - Terjejasnya kebebasan badan kehakiman dan prinsip kedaulatan undang-undang; - Merosotnya keyakinan pihak di dalam dan luar negeri terhadap kecekapan, mutu, profesionalisme dan integriti institusi-institusi negara yang utama; - Kemerosotan sistem pendidikan yang dulunya bertaraf antarabangsa – di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi; dan - Berleluasanya korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di jabatan politik tertinggi Mahathirisme akan terus memberi kesan buruk kepada Malaysia dan tidak akan membantu negara ini mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah negara yang rakyatnya bersatu, berjaya, dan berdaya saing di peringkat dunia. Mahathir mahu saya mati, tetapi saya berdoa Mahathir akan hidup sehingga 100 tahun untuk menyaksikan kemerosotan dan berakhirnya Mahathirisme. Untuk menjawab pertanyaan "Bila Kit Siang hendak bersara? Setelah mati?", izinkan saya memetik kata-kata terkenal Wen Tianxiang, seorang sarjana dan panglima Dinasti Sung, untuk direnung oleh Mahathir: "Semua manusia akan mati, tetapi kesetiaanku akan menyinari catatan sejarah selama-lamanya." Untuk makluman Mahathir, "kesetiaan" yang saya maksudkan di sini adalah kesetiaan kepada Malaysia. - 8 November, 2013. * Lim Kit Siang mewakili Gelang Patah sebagai Ahli Parlimen. * Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. |
Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Sudah Bersedia? Posted: 09 Nov 2013 02:40 AM PST Kenaikan Tarif Elektrik Naik Tahun 2014 (Penyelarasan Subsidi Negara). Sudah Bersedia? 25 Pusingan pertama kenaikan harga minyak telah naik (DI SINI), gula pun sudah mengambil tempat merasai kenikmatan menaikkan harga gula (DI SINI), tambang bas sekolah menunggu masa dan ketika untuk dinaikkan (KLIK SINI). Astro turut berhasrat menambah keuntungan mereka, dan situasi menjadi lebih mudah apabila mereka memonopoli siaran TV berbayar dengan menaikkan caj mereka baru-baru ini (DI SINI), makanan dan minuman seperti biasa cukup patuh untuk mengikut trend kesan rantaian dengan kerana pengumuman harga minyak naik. Dan……..senarai ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi pengumuman yang bakal menanti rakyat Malaysia. Antaranya ialah …. Tarif Elektrik di Malaysia. Menunggu masa dan ketikanya untuk naik tidak lama sahaja lagi.Faktor Kenaikan tarif Elektrik Naik di Malaysia?Ketua Seksyen Ekonometrik Jabatan Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan (Dr Khalid Abdul Hamid)
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan