Jumaat, 3 Ogos 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI : Lagi bekas pegawai kanan polis akan sertai PAS

Posted: 03 Aug 2012 09:58 AM PDT

  • Ahmad Fadli KC
  • 12:44AM Ogos 4 2012
  • Malaysiakini
 
Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

"Bukan mudah untuk seorang bekas pegawai polis berprofil tinggi seperti beliau membuat keputusan menyertai PAS," katanya.

Sebelum ini, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari turut menyertai PAS, yang dilihat sebagai sebahagian daripada usaha parti Islam itu merekrut ahli daripada pelbagai latar.

Pengumuman dijangka Ogos atau September

PAS juga dilihat sedang aktif menerima kemasukan kumpulan selebriti seperti pelakon Abby Abadi, Hairie Othman dan penyanyi Aishah yang jarang-jarang berlaku sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim sewaktu dihubungi Malaysiakini turut
membayangkan seorang lagi bekas penjawat awam tertinggi berasal dari Kelantan akan menyertai parti itu.

"Saya yakin dalam tempoh antara Ramadan dan Syawal, banyak lagi yang akan menyertai PAS dari kalangan bekas penjawat awam.

"Saya rasa sebelum Ogos (berakhir) atau September akan ada pengumuman dibuat berkenaan perkara ini," katanya.

Ramli sebelum ini mencuri perhatian apabila terdapat dakwaan beliau dianiaya ekoran konspirasi melibatkan peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan untuk melindungi tokoh kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau Tengku Goh pada 2007.

Musa bagaimanapun menafikannya manakala perdana menteri pula menolak penubuhan tribunal untuk menyiasat perkara itu kerana berpendapat ia hanya dakwaan dan "Dakwaan perlu disahkan".

Soo Wincci bekas ratu cantik berbangsa Cina mahu melengkapkan puasa 30 hari

Posted: 03 Aug 2012 05:24 AM PDT

..
Bekas ratu cantik, Soo Wincci meluahkan keseronokan kerana percubaannya berpuasa  bukan saja memberi banyak manfaat pada diri malah lebih mengembirakan peminatnya di kalangan berbangsa Melayu juga kini sudah bertambah ramai. Pun begitu penyanyi juga pelakon lebih suka menyatakan yang namanya mula menjadi sebutan sejak muncul sebagai salah seorang dari 16 peserta yang menyertai pertandingan Masterchef Selebriti Malaysia, di saluran Astro baru-baru ini.


"Sudah 4 tahun saya dalam industri, orang tak berapa kenal sebelum ni. Tapi saya akui ramai yang kenali saya sejak Masterchef. Sekarang ni kalau saya pergi mana-mana, bila terserempak dengan mereka yang cam saya, mesti tanya "nak masak apa?", kata Wincci kepada MD ketika ditemui baru-baru ini.

Sementalah impak semakin di kenali ramai atas nama artis bukan melayu itu kian dirasai sejak hari pertama dia berpuasa. Berkongsi pengalaman berpuasa, menurut Winnci, hari pertama memang cukup mencabar baginya dan dalam minggu pertama juga dia tidak berapa sihat.

Namun sokongan ramai terdiri daripada keluarga, teman-teman juga peminat memgembalikan semangatnya. Lantas walaupun bukan beragama Islam dan kali pertama berpuasa, dia berazam mahu melengkapkan selama 30 hari puasa. (Hah, bagi anda tak puasa tanpa sebab kukuh, sila malu dengan diri sendiri). Tambahnya lagi, dia seperti sudah biasa menahan lapar dan dahaga selama lebih kurang 13 jam setiap hari.

Winnci juga memberitahu, pada awalnya dia bimbang dengan tanggapan keluarga akan keputusannya mahu berpuasa, namun tidak menyangka mendapat sokongan penuh apabila ibunya sendiri yang membelikannya sekotak kurma.

"Seronok berpuasa dan berat badan saya juga sudah turun sebanyak 4kg. Tahun lalu saya ada cuba-cuba puasa tapi tak penuh. Tahun ni saya berazam tak mahu tinggal sehari pun. Paling seronok bila waktu berbuka, ramai yang mahu teman saya berbuka. 

Mula-mula saja dulu saya makan dengan banyak sebab lapar. Tapi sekarang setiap kali berbuka saya ambil kurma dengan jus. Kemudian baru makan makanan yang berat. Dan sejak betrpuasa ni ramai juga yang ambil berat tentang saya," ujarnya.

Kalau waktu berbukanya meriah dengan layanan kawan-kawan juga dikalangan teman artis. Waktu sahur juga saat yang mengujakan bagi anak jati Kuala Lumpur ni kerana setiap kali waktu bersahur dia 'ditemani' peminat-peminat.

"Kebiasaannya saya bersahur seorang. Saya bangun jam 5 pagi. Kalau saya berada di Taiwan saya akan bangun jam 3.20 pagi. Dan setiap kali nak makan saya akan tweet kepada peminat sebagai bukti yang saya bersahur dan berpuasa. Ramai beri respon dan saya sangat menghargai. Kalau siang hari bila saya terasa lapar, saya akan tengok Twitter baca mesej-mesej peminat yang memberi semangat supaya saya bertahan.

"Seperkara yang saya tak sangka semenjak puasa ni saya banyak dapat peminat lelaki berbangsa Melayu. Mereka ni lucu-lucu juga sebab ada tu yang cakap pada saya, "mahu tak awak mengahwini saya", saya hanya gelak saja bila baca. Dan ramai juga yang tweet saya dalam bahasa Cina. Saya terharu kerana mereka sanggup belajar bahasa Cina semata-mata nak berkomunikasi dengan saya. Jadi sekarang di Twitter saya ada tiga bahasa, Melayu, Inggeris dan Mandarin, kongsi pelakon ini yang baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie raya, Lemang Nan Sebatang.

Dalam perkembangan lain, hujung tahun ini dia akan berangkat ke Taiwan untuk rangka promosi album juga menjalani penggambaran drama di sana.  

- Foto oleh Cipotredz
- mD

Norman Hakim Sebak Lihat Memey & Abby Berpelukan

Posted: 03 Aug 2012 03:56 AM PDT

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)

N

PETALING JAYA: Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini.

Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di sebuah lokasi di Shah Alam.

"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.

"Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.

"Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit 'yeay! Mummy dan mama dah baik!". Terasa macam filem Hindustan pula. Ia adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan ini," ceritanya ketika dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.
Foto Norman dan Memey berbuka puasa di rumah Abby bersama anak-anak. Gambar petikan Twitter milik Abby.

Tambah Norman, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak dan bersyukur kerana doanya untuk melihat bekas isteri dan Memey menghapuskan sengketa terlaksana dan seterusnya dapat menyatupadukan keluarga.
"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'.

"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya, Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak jadi pengapit," tuturnya.

Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu.

"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia dua bulan itu.

"Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama," tuturnya.

Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil semula Abby sebagai isteri, pelakon itu hanya menyerahkan perkara tersebut kepada takdir.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.

"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri.

"Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun depan," katanya.

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008

LRT Ampang - George Kent pembohong - Rafizi

Posted: 03 Aug 2012 01:11 AM PDT

Rafizi Ramli,
03 Ogs 2012

Saya memandang berat kenyataan En Cheong Thiam Fook, Pengarah Eksekutif George Kent yang mendakwa konsortium tersebut lulus penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya.

Kenyataan itu terang-terang membelakangkan laporan penilaian rasmi yang digunapakai oleh kerajaan dalam menentukan kontraktor bagi kerja-kerja tambahan sistem LRT Laluan Ampang.

Malah, En Cheong Thiam Fook dan George Kent telah berbohong apabila beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:

1. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS penilaian kewangan

2. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah MEMATUHI semua syarat-syarat kontrak

3. Bahawa Konsortium George Kent – Lion Pacific telah LULUS semua syarat teknikal

Pembohongan ini dibuat dengan tujuan untuk mengabui mata rakyat Malaysia. Konsortium George Kent dan rakan-rakan karib mereka dalam pentadbiran Umno/Barisan Nasional percaya dengan propaganda media yang berterusan, mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa tidak ada unsur rasuah dan penyelewengan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam memastikan konsortium itu mendapat kontrak.

Saya sertakan fakta-fakta dan susur galur yang membuktikan bahawa Konsortium George Kent telah berbohong:

Dalam satu surat bertarikh 20 Januari 2012, Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana telah mengemukakan ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (penilaian teknikal, penilaian kewangan dan pematuhan kepada syarat-syarat kontrak) kepada Kementerian Kewangan bersama-sama cadangan lantikan untuk diluluskan Kementerian Kewangan;

Bidaan oleh George Kent dibuat melalui Konsortium George Kent-Lion Pacific yang turut melibatkan syarikat-syarikat Wijet dan Thales dari luar negara. Bidaan ini dilabelkan sebagai bidaan 3 dari 8 pembida (3/8);

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan (salinannya disertakan bersama) dengan secara jelas menunjukkan bahawa Konsortium George Kent hanya mendapat markah 8.7 daripada 30 markah keseluruhan bagi penilaian kewangan. Oleh itu, Prasarana telah memutuskan bahawa George Kent GAGAL dalam penilaian kewangan;

Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan juga menyatakan bahawa George Kent TIDAK MEMATUHI syarat-syarat kontrak. Malah, ia membuat permohonan agar beberapa syarat seperti "bayaran ganti rugi kerosakan akibat gangguan" (atau Agreed Disruption Damages) disemak kembali;

Pada markah teknikal 38.62 dari 70 markah keseluruhan, George Kent berada di tempat ketiga tercorot dalam penilaian teknikal. Malah, di dalam laporan penuhnya, Perunding Halcrow dengan secara jelas menyatakan bahawa ia tidak yakin Konsortium George Kent boleh melaksanakan projek itu.

Kesemua fakta ini adalah fakta yang sah dan diangkat ke peringkat tertinggi Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri. Saya telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen yang sah ini.

Oleh itu, pembohongan yang dibuat oleh George Kent bahawa ia telah lulus semua penilaian dan mematuhi syarata-syarat menghina semua proses dan prosedur yang digunapakai di dalam sistem perolehan negara. Ia juga membayangkan bahawa proses dan prosedur ini tidaklah berfungsi dan berkesan sehingga ia langsung tidak dihormati oleh pembida.

Lebih merunsingkan, ia membayangkan 'lesen besar' yang dipunyai oleh George Kent untuk membuat kenyataan yang sewenang-wenangnya membelakangkan keputusan Kumpulan Prasarana. Ini menimbulkan persoalan dimanakah kemampuan Prasarana kelak untuk memantau dan memastikan George Kent akan mematuhi semua syarat dan jadual kerja seperti yang dipersetujui, apabila belum pun kerja-kerja bermula George Kent dengan bongkaknya membohongi keputusan bidaan yang diangkat oleh Prasarana.

Saya yakin kebongkakan George Kent ini berpunca dari sokongan padu Dato' Seri Najib kepada syarikat itu. George Kent tahu mereka kini sudah kebal dari undang-undang kerana dilindungi sepenuhnya oleh Perdana Menteri, sebab itulah mereka tidak segan silu berbohong walaupun ada fakta dan bukti yang sahih.- Harakah

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RAIS JADI BAHAN KETAWA MEMALUKAN ORANG JELEBU

Posted: 03 Aug 2012 11:21 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS

SELAKU anak Jolobu, aku merasa simpati juga bercampor sedikit malu apa yang menimpa ke atas Ahli Parlimen Jelebu, Rais anak Yatim.  Nampaknya hayat politik tokoh yang telah "menyambung jambatan yang dibakarnya" dulu sewaktu bersama Semangat 46 bakal berakhir tidak beberapa lama lagi angkara kesilapan beliau "menjilat" Najib.

Tak sompek nak bersilat dah jang oiii.....

Semuanya bermula dengan kisah thema sambutan Hari Kemerdekaan beserta logonya.  Thema "Janji Ditepati" beserta lagu yang penuh melucukan dan meloyakan itu ditambah pula dengan logo yang tiada nilai langsung membuatkan ramai yang beranggapan Rais anak Yatim cuba mensabotaj Najib.  Aku sendiri tidak percaya Rais mahu sabotaj Najib kerana aku lebih percaya Rais akan sentiasa mahu menjilat dan mengampu Najib.  Itu memang perangai dia semenjak dia melutut menyertai Umno semula.

Silapnya Rais anak Yatim adalah beliau tidak membuat `tesis' awal sebelum mencadangkan thema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.  Mungkin beliau sedar, tesisnya dahulu tentang kezaliman Akta ISA pun beliau tidak pakai, apatah lagi beliau mahu membuat tesis tentang Hari Kemerdekaan.  Itu silap beliau.  Justeru itu, thema "Janji Ditepati' kini menjadi bahan lawak rakyat dan mencipta sejarah baru negara apabila beberapa negeri akan menyambut Hari Kemerdekaan tanpa menggunapakai thema murahan idea Rais.

Ini semua memalukan Najib kerana seluruh dunia melihat kelemahan pentadbiran Najib iaitu untuk menetapkan thema sambutan Hari Kemerdekaan pun Najib gagal.  Hakikatnya ini kerja Rais anak Yatim, tetapi bahangnya dapat kepada Najib.  Siapa boleh terangkan apa kaitan 'Janji Ditepati' dengan semangat patriotik menyambut kemerdekaan?  Jangan cerita pasal lagu lagi kerana terang-terang lagu yang dicipta tiada sepatah pun ada perkataan 'Merdeka".  Yang ada adalah BR1M, KR1M dan bla...bla...bla...kemudiannya minta rakyat bersyukur.  Apa bende.....?

Jadi, eloklah Rais anak Yatim direhatkan terus dari politik.  Mungkin faktor usia beliau membuatkan otak beliau sudah tidak boleh berfikir dengan baik lagi.  Zaman untuk mengampu pemimpin Umno releven waktu Umno tengah kuat, tetapi disaat Umno tengah nazak sekarang tiada guna lagi untuk mengampu./wfauzdin.blogspot.com


dollah yankee

dollah yankee


Kubur sudah pun tersedia

Posted: 03 Aug 2012 09:58 AM PDT

Tahun 2008 semasa dekat-dekat nak PRU, walaupun ketika rating Pak Lah zzz... itu mencapai sehingga 71% rakyat yang masih suka dengan dia, 5 negeri sudah hilang. Macam mana lah pula nasib Pak Haji Najib kita yang rating nya telah turun sampai 64% rakyat yang suka dekat dia hari ini?


Jadi bila gurkah-gurkah politik di'port' lihat pada senario ini, mereka kata Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat akan dapat duduk di Putrajaya, sebabnya dalam kepala otak rakyat Malaysia pada hari ini ialah "Malaysia ini akan hancur kalau bagi lagi 5 tahun sama BN/umno untuk perintah" dan ada juga yang sampai hati kata "pergi mamposs lah sama dia punya rancangan-rancangan tranformasi", rakyat Malaysia ini juga berkata "kami tidak mahu tranformasi,kami mahukan reformasi!"'


"Give me your nambikei", Najib kata dekat pengundi-pengundi india. India-india ini pula balas dengan kata "Ngua ma laa wo khek, panddykutty". 
"You help me, i help you", dia kata pula kat cina-cina, dan cina-cina ini pula balas balik kata "lancau laa..",   manakala kat orang melayu pula dia sanggup kata "Haram Jadah!". Haramjadah kerana orang-orang melayu sudah buat keputusan yang undi mereka akan dibagi pada Anwar dan PR.


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. Najib oh Najib... siapa yang sedang demam sekarang ini ??!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Najib Sedang Menguburkan Slogannya Sendiri

Posted: 03 Aug 2012 12:43 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Di gerabak keretapi dan stesennya di Lembah Kelang kini dipenuhi dengan iklan-iklan yang memaparkan wajah Najib dengan slogan Kami Mendengar sambil memaparkan wajah Najib dalam pelbagai suasana bersama rakyat. Iklan itu bukan saja menggambarkan keghairahan UMNO untuk menawan kembali Selangor daripada genggaman Pakatan Rakyat tetapi juga melambangkan keinginan untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang mesra dengan keluh kesah serta derita rakyat.


Najib ingin dilihat sebagai pemimpin yang sedia mendengar apa saja denyut nadi rakyat dan berkali-kali menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaannya.Read More / Baca Lagi >>

"I DON'T KNOW WHEN" - Until now, Najib still HAZY over GE-13 date

Posted: 03 Aug 2012 12:40 PM PDT

"I DON'T KNOW WHEN" -  Until now, Najib still HAZY over GE-13 date KUALA LUMPUR - The latest departures of two Sabah Barisan Nasional (BN) lawmakers will not affect the date of the coming polls as speculated, Datuk Seri Najib Razak said today, adding that the ruling coalition was taking steps to strengthen its east Malaysian fortress.
The prime minister told reporters today that despite rumours that more would follow in the footsteps of Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin and Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, BN was capable of dealing with the issue.
"It's okay, at this point there are plenty of rumours going around but what is important is that we are confident that BN's position is not under threat.
"We are able to face this challenge and we will be taking appropriate steps to remedy the situation and strengthen Umno's and BN's position," he told a press conference here after chairing the Umno supreme council meeting today.
Read More / Baca Lagi >>

Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru

Posted: 03 Aug 2012 12:27 PM PDT

Penubuhan Pusat Lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan satu usaha yang baik.  Pejabat yang akan dilengkapi  koordinator dan pendaftaran.


Ini  satu  cadangan yang akan  membentuk satu pemikiran politik alaf baru  yang berani demi kepentingan rakyat di negara ini.


Sesuai dengan cara politik di milinium baru yang perlu dengan maklumat dan berfakta.

Selama ini mungkin rakyat yang mempunyai maklumat takut mendedahkan untuk kepentingan awam kerana mungkin tidak ada pembelaan daripada mana-mana pihak.

Read More / Baca Lagi >>

Najib: Isu Lajim 'tak ganggu' pelan PRU13..!!

Posted: 03 Aug 2012 12:20 PM PDT

KUALA LUMPUR - Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Datuk Seri Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
"Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Najib yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan.
"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini.
"Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini," kata Presiden Umno ini.
Read More / Baca Lagi >>

PM : Tindakan Lajim tidak gugat BN, tapi Najib kena ke Sabah segera..!!!

Posted: 03 Aug 2012 12:18 PM PDT

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa kedudukan Umno dan Barisan  Nasional (BN) tidak akan tergugat dengan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin dan isu melibatkan beberapa komponen parti di Sabah.
Perdana Menteri berkata, Umno dan BN mampu menangani cabaran dengan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memulihkan keadaan.
"Setakat ini macam-macam khabar angin, desas-desus yang tersebar. Yang penting kita mampu menangani cabaran ini dan kita akan buat langkah-langkah yang sesuai untuk pulihkan keadaan dan mantapkan lagi kedudukan Umno dan BN," katanya.
Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah Menurun : Samun pukau

Posted: 03 Aug 2012 12:16 PM PDT

Najib terpaksa ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah..!!

Posted: 03 Aug 2012 07:00 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Syria: Resolusi PBB kecam Majlis Keselamatan

Posted: 03 Aug 2012 06:57 AM PDT


Kofi Annan NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dijangka meluluskan satu resolusi mengecam kegagalan Majlis Keselamatan menghentikan keganasan di Syria.

Perkembangan itu muncul selepas Duta Khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan mengumumkan akan meletakkan jawatan dan tidak mahu mandatnya akhir bulan ini disambung lagi.

Resolusi yang bakal diluluskan itu bukan sesuatu yang terikat tetapi dilihat akan mengenakan tekanan ke atas Majlis Keselamatan.

Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Rusia dan China telah menghalang PBB mengenakan sekatan ke atas Syria yang berhadapan dengan konflik yang berlarutan lebih 17 bulan.

Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi

Posted: 03 Aug 2012 06:53 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 8 | Ustaz Youslyiddy Desa

Posted: 03 Aug 2012 05:19 AM PDT

Deputy minister offered to 'settle' Bala case

Posted: 03 Aug 2012 05:17 AM PDT

Gelombang Sabah: Letak Pakatan hampiri Putrajaya

Posted: 03 Aug 2012 05:16 AM PDT

Nurul Izzah WILL WIN Lembah Pantai: The people will see through Nong Chik!

Posted: 03 Aug 2012 04:21 AM PDT

Nurul Izzah WILL WIN Lembah Pantai: The people will see through Nong Chik! There is a vast majority of supporters for Nurul Izzah in Lembah Pantai. Women tip the scale slightly in this constituency and this alone will give Nurul Izzah the edge to win hands down on her upstart wannabe Raja Nong Chik.
To many, Nong Chik or RNC as he likes to be called is also the "tainted one" because of his daughter's RM30.8mil scandal involving a company Istijuara Sdn Bhd which was awarded a fat contract by the Ministry of Youth and Sports. RNC's daughter Raja Farhana is the majority shareholder with 99% control of the company.
Well, this money will go nicely into funding his political debut in Lembah Pantai. But the real icing to the cake is the EPF's RM1.5bil put at his disposal in the guise of a housing scheme. All these were given to him by another scandal-tainted person - Prime Minister Najib Razak. With this war chest, they hope to upstage Nurul Izzah at Lembah Pantai
Backdoor politics
Read More / Baca Lagi >>

Negeri Umno, a ticking bomb

Posted: 03 Aug 2012 04:20 AM PDT

Najib Tun Razak's headache in Negeri Sembilan is not people support but the internal strive within the state Umno.

Have Prime Minister Najib Tun Razak and Umno made gains in Negeri Sembilan through giving of money, bribing people, bringing in phantom voters and all that?
Well, realistically speaking, they have but only to a limited extent.
But the gains made by Umno and Najib, however, were recently cancelled out by events Najib cannot control.
Najib is not bigger than the market.
The Felda listing is now being questioned by settlers. It's also being questioned by non-Felda villagers.
How come they do not get anything yet they face the same rising cost of living as Felda people?
Now that the Felda Global Ventures (FGV) share price is below RM5, that gives the settler a premium of 45 sen. With 810 shares, the value the settler holds is RM365 gross; deduct RM200, and he holds shares worth RM165.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar hints at more 'good news' from Sabah

Posted: 03 Aug 2012 02:08 AM PDT

Syrian rebels strengthen hold on Aleppo

Posted: 03 Aug 2012 02:07 AM PDT

24 NGO hantar memorandum ke Duta Myanmar, 300 warga Rohingya berdemo

Posted: 03 Aug 2012 01:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Ogos —  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan 24 NGO hari ini bersama-sama 300 warga Rohingya menghantar memorandum ke Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir sebagai membantah pembunuhan dan penghapusan etnik itu di Myanmar.
Menurut pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) yang dikenali sebagai CheguBard, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia untuk bangkit bersuara atas kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk etnik Rohingya.
"Kita hari ini datang bukan atas dasar politik tetapi atas dasar kemanusiaan.
"Kita mahu penduduk Rohingya ini diberi perhatian oleh ASEAN dan OIC," katanya.
Kumpulan NGO itu merasa kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh pihak kedutaan Myanmar.
"Kita telah mendapat 24 dukungan NGO tetapi hati kami terguris kerana pihak kedutaan enggan untuk menerima memorandum kami, sebaliknya hanya menyuruh kami memasukkan memorandum dalam peti surat mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Jadi kempen politik BN, k’jaan didesak tukar lagu tema Merdeka

Posted: 03 Aug 2012 01:54 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Ogos: Pertama kali dalam sejarah negara, lagu tema Hari Kebangsaan dijadikan kempen untuk menyampaikan agenda parti politik.
Mengecam tindakan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik balik lagu tema 'Janji Ditepati' yang disalahguna sebagai medium untuk kempen politik mereka.
"Tidak pernah berlaku dalam mana-mana lagu patriotik khususnya untuk sambutan Hari Kebangsaan, gubahan liriknya secara langsung mengaitkan dasar 'one-off' kerajaan seperti yang dilakukan sekarang dengan menyebut perihal BR1M, KR1M dan Klinik 1Malaysia.
"AMK mendesak kerajaan tanpa sebarang kompromi menalik balik lagu tema tersebut dan memanggil karyawan muzik negara untuk kembali mengubah lagu baru yang lebih menepati jiwa dan semangat kemerdekaan tulen," kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Kerajaan kata Shamsul, harus berhenti mempropagandakan segala perkara di bawah kawalan mereka kerana selagi tabiat jelek ini diteruskan, rakyat akan menolaknya tanpa kompromi.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Patut beri habuan, bukan hukum Rafizi

Posted: 03 Aug 2012 01:52 AM PDT


 
Kerajaan patut memberi habuan kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan bukan menghukum ekoran rentetan siri pendedahannya, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah dipenjara kerana mempertahankan mangsa rogol bawah umur, penahanan Rafizi satu bentuk kezaliman.

Jelas Lim, tindakan itu tidak adil bagi sesuatu jenayah yang telah didedahkan olehnya dan Rafizi sedangkan "penjenayah sebenar" bebas.

"Oleh itu, DAP mendesak kerajaan persekutuan menarik balik dakwaan terhadap Rafizi bagi mengembalikan semula keyakinan awam dalam komitmen untuk melindungi pemberi maklumat dan mendedahkan rasuah serta menggalakkan integriti awam dan kepimpinan BN," kata Lim.
Read More / Baca Lagi >>

LGE Kesal Sikap Bermuka-muka Kerajaan Pusat Dalam Isu Penswastaan Pelabuhan

Posted: 03 Aug 2012 01:51 AM PDT

SHAH ALAM 3 OGOS : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar sikap bermuka-muka Kerajaan Pusat dalam isu penswastaan pelabuhan di negeri itu.
Kerajaan Pusat yang sebelum ini lantang membantah penswastaan berkenaan bagaimanapun 'kantoi' apabila menghadiahkan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd (Seaport).
Kebenaran untuk mengambil-alih pengurusan pelabuhan tersebut selewat-lewatnya Disember tahun ini.
"Lebih malang, penganugerahan ini dilakukan tanpa sebarang pendedahan maklumat yang berkaitan selain tiada jaminan kepada penduduk Pulau Pinang bahawa ia amalan telus.
"Persoalannya juga, mengapa Kerajaan Pusat membantah sebelum ini tetapi akhirnya menswastakan pelabuhan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kenyataan Najib melucukan, bercanggah realiti

Posted: 03 Aug 2012 01:49 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang berusaha menarik sokongan orang Melayu dengan menggunakan isu agama.

Terbaru Najib menyatakan falsafah dan prinsip beliau mengurus tadbir Negara adalah berpaksikan Al Quran dan Sunnah semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At Taqwa, Paroi  semalam.

Bagi Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzan, kenyataan terbaru Najib itu sangat lucu dan tidak berpijak kepada realiti yang sebenarnya.

"Adakah dengan menzalimi hak negeri Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai pemerintahan yang berpaksikan semangat berteraskan kepada agama?

"Adakah melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti ISA, OSA dan sebagainya dituntut oleh Islam?
Read More / Baca Lagi >>

94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais

Posted: 03 Aug 2012 01:46 AM PDT


(Poll yang dibuat The Malay Mail pagi tadi. Ketika dimasuki sekali lagi, ia sudah 'off-line')

KUALA LUMPUR: Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail.

Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah)
Read More / Baca Lagi >>

Anak muda tolak logo & lagu kemerdekaan ke-55

Posted: 03 Aug 2012 01:45 AM PDT

Shara Shazana,
Usia 55 Tahun Kemerdekaan seharusnya melahirkan satu tempoh kematangan yang unggul. Namun menelusuri paparan pelbagai blog, facebook dan twitter, menampakkan wacana perbincangan yang gamat memperkatakan mengenai kritikan terhadap lagu dan logo kemerdekaan yang ke-55 tahun ini.

Kematangan minda dan gaya fikir serta definisi patriotik telah mula dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin turut sama membaikpulih imej yang telah mencalarkan mood sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-55.

Pertama kali dalam sejarah, Ameerah melihat dangkalnya pemikiran pemerintah yang cuba membawa propaganda dalam nada yang agak keterlaluan dalam tema kemerdekaan. Namun pastinya hal ini tidak disambut baik oleh generasi media baru kini dan jelas dizahirkan dalam kritikan di media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan layaknya.
Read More / Baca Lagi >>

Bantuan guaman Rafizi guna geran pembasmian rasuah penyelewengan

Posted: 03 Aug 2012 01:09 AM PDT


SHAH ALAM: Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari,  menafikan dakwaan Datuk Seri Noh Omar kononnya Kerajaan Negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Dr Yaakob, dana itu diperolehi menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan.

"Noh tidak layak berbicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN," kata Sapari.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: PEMANDU Gagal Tingkat Urus Tadbir Korporat

Posted: 03 Aug 2012 01:06 AM PDT


SHAH ALAM 02 OGOS : DAP hari ini mempertikaikan penubuhan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri yang hanya dilihat merugikan wang rakyat.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata berjuta-juta wang rakyat dibazirkan dengan penubuhan itu kerana Kerajaan Pusat mengabaikan dasar kecekapan unit itu dalam meningkatkan urus tadbir korporat.
Katanya, hal itu dapat dilihat dalam kes kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).
Read More / Baca Lagi >>