RAKYAT MARHAEN |
- Najib Sedang Menguburkan Slogannya Sendiri
- "I DON'T KNOW WHEN" - Until now, Najib still HAZY over GE-13 date
- Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru
- Najib: Isu Lajim 'tak ganggu' pelan PRU13..!!
- PM : Tindakan Lajim tidak gugat BN, tapi Najib kena ke Sabah segera..!!!
- Jenayah Menurun : Samun pukau
- Najib terpaksa ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah..!!
- Krisis Syria: Resolusi PBB kecam Majlis Keselamatan
- Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi
- Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 8 | Ustaz Youslyiddy Desa
- Deputy minister offered to 'settle' Bala case
- Gelombang Sabah: Letak Pakatan hampiri Putrajaya
- Nurul Izzah WILL WIN Lembah Pantai: The people will see through Nong Chik!
- Negeri Umno, a ticking bomb
- Anwar hints at more 'good news' from Sabah
- Syrian rebels strengthen hold on Aleppo
- 24 NGO hantar memorandum ke Duta Myanmar, 300 warga Rohingya berdemo
- Jadi kempen politik BN, k’jaan didesak tukar lagu tema Merdeka
- Guan Eng: Patut beri habuan, bukan hukum Rafizi
- LGE Kesal Sikap Bermuka-muka Kerajaan Pusat Dalam Isu Penswastaan Pelabuhan
- Kenyataan Najib melucukan, bercanggah realiti
- 94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais
- Anak muda tolak logo & lagu kemerdekaan ke-55
- Bantuan guaman Rafizi guna geran pembasmian rasuah penyelewengan
- DAP: PEMANDU Gagal Tingkat Urus Tadbir Korporat
Najib Sedang Menguburkan Slogannya Sendiri Posted: 03 Aug 2012 12:43 PM PDT Oleh Shahbudin Husin Di gerabak keretapi dan stesennya di Lembah Kelang kini dipenuhi dengan iklan-iklan yang memaparkan wajah Najib dengan slogan Kami Mendengar sambil memaparkan wajah Najib dalam pelbagai suasana bersama rakyat. Iklan itu bukan saja menggambarkan keghairahan UMNO untuk menawan kembali Selangor daripada genggaman Pakatan Rakyat tetapi juga melambangkan keinginan untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang mesra dengan keluh kesah serta derita rakyat. Najib ingin dilihat sebagai pemimpin yang sedia mendengar apa saja denyut nadi rakyat dan berkali-kali menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaannya.Read More / Baca Lagi >> | ||
"I DON'T KNOW WHEN" - Until now, Najib still HAZY over GE-13 date Posted: 03 Aug 2012 12:40 PM PDT KUALA LUMPUR - The latest departures of two Sabah Barisan Nasional (BN) lawmakers will not affect the date of the coming polls as speculated, Datuk Seri Najib Razak said today, adding that the ruling coalition was taking steps to strengthen its east Malaysian fortress. Read More / Baca Lagi >>The prime minister told reporters today that despite rumours that more would follow in the footsteps of Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin and Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, BN was capable of dealing with the issue. "It's okay, at this point there are plenty of rumours going around but what is important is that we are confident that BN's position is not under threat. "We are able to face this challenge and we will be taking appropriate steps to remedy the situation and strengthen Umno's and BN's position," he told a press conference here after chairing the Umno supreme council meeting today. | ||
Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru Posted: 03 Aug 2012 12:27 PM PDT Penubuhan Pusat Lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan satu usaha yang baik. Pejabat yang akan dilengkapi koordinator dan pendaftaran. Ini satu cadangan yang akan membentuk satu pemikiran politik alaf baru yang berani demi kepentingan rakyat di negara ini. Sesuai dengan cara politik di milinium baru yang perlu dengan maklumat dan berfakta. Selama ini mungkin rakyat yang mempunyai maklumat takut mendedahkan untuk kepentingan awam kerana mungkin tidak ada pembelaan daripada mana-mana pihak. Read More / Baca Lagi >> | ||
Najib: Isu Lajim 'tak ganggu' pelan PRU13..!! Posted: 03 Aug 2012 12:20 PM PDT KUALA LUMPUR - Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Datuk Seri Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam. "Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Najib yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan. "Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini. "Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini," kata Presiden Umno ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
PM : Tindakan Lajim tidak gugat BN, tapi Najib kena ke Sabah segera..!!! Posted: 03 Aug 2012 12:18 PM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat dengan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin dan isu melibatkan beberapa komponen parti di Sabah. Perdana Menteri berkata, Umno dan BN mampu menangani cabaran dengan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memulihkan keadaan. "Setakat ini macam-macam khabar angin, desas-desus yang tersebar. Yang penting kita mampu menangani cabaran ini dan kita akan buat langkah-langkah yang sesuai untuk pulihkan keadaan dan mantapkan lagi kedudukan Umno dan BN," katanya. Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 03 Aug 2012 12:16 PM PDT | ||
Najib terpaksa ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah..!! Posted: 03 Aug 2012 07:00 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu. Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP). "Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Krisis Syria: Resolusi PBB kecam Majlis Keselamatan Posted: 03 Aug 2012 06:57 AM PDT Perkembangan itu muncul selepas Duta Khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan mengumumkan akan meletakkan jawatan dan tidak mahu mandatnya akhir bulan ini disambung lagi. Resolusi yang bakal diluluskan itu bukan sesuatu yang terikat tetapi dilihat akan mengenakan tekanan ke atas Majlis Keselamatan. Laporan media sebelum ini menyebut bahawa Rusia dan China telah menghalang PBB mengenakan sekatan ke atas Syria yang berhadapan dengan konflik yang berlarutan lebih 17 bulan. | ||
Najib pertahan tindakan dakwa Rafizi Posted: 03 Aug 2012 06:53 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC). Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia). Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail. | ||
Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 8 | Ustaz Youslyiddy Desa Posted: 03 Aug 2012 05:19 AM PDT | ||
Deputy minister offered to 'settle' Bala case Posted: 03 Aug 2012 05:17 AM PDT | ||
Gelombang Sabah: Letak Pakatan hampiri Putrajaya Posted: 03 Aug 2012 05:16 AM PDT | ||
Nurul Izzah WILL WIN Lembah Pantai: The people will see through Nong Chik! Posted: 03 Aug 2012 04:21 AM PDT There is a vast majority of supporters for Nurul Izzah in Lembah Pantai. Women tip the scale slightly in this constituency and this alone will give Nurul Izzah the edge to win hands down on her upstart wannabe Raja Nong Chik. Read More / Baca Lagi >>To many, Nong Chik or RNC as he likes to be called is also the "tainted one" because of his daughter's RM30.8mil scandal involving a company Istijuara Sdn Bhd which was awarded a fat contract by the Ministry of Youth and Sports. RNC's daughter Raja Farhana is the majority shareholder with 99% control of the company. Well, this money will go nicely into funding his political debut in Lembah Pantai. But the real icing to the cake is the EPF's RM1.5bil put at his disposal in the guise of a housing scheme. All these were given to him by another scandal-tainted person - Prime Minister Najib Razak. With this war chest, they hope to upstage Nurul Izzah at Lembah Pantai Backdoor politics | ||
Posted: 03 Aug 2012 04:20 AM PDT Najib Tun Razak's headache in Negeri Sembilan is not people support but the internal strive within the state Umno. Well, realistically speaking, they have but only to a limited extent. But the gains made by Umno and Najib, however, were recently cancelled out by events Najib cannot control. Najib is not bigger than the market. The Felda listing is now being questioned by settlers. It's also being questioned by non-Felda villagers. How come they do not get anything yet they face the same rising cost of living as Felda people? Now that the Felda Global Ventures (FGV) share price is below RM5, that gives the settler a premium of 45 sen. With 810 shares, the value the settler holds is RM365 gross; deduct RM200, and he holds shares worth RM165. Read More / Baca Lagi >> | ||
Anwar hints at more 'good news' from Sabah Posted: 03 Aug 2012 02:08 AM PDT | ||
Syrian rebels strengthen hold on Aleppo Posted: 03 Aug 2012 02:07 AM PDT | ||
24 NGO hantar memorandum ke Duta Myanmar, 300 warga Rohingya berdemo Posted: 03 Aug 2012 01:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan 24 NGO hari ini bersama-sama 300 warga Rohingya menghantar memorandum ke Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir sebagai membantah pembunuhan dan penghapusan etnik itu di Myanmar. Read More / Baca Lagi >>Menurut pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) yang dikenali sebagai CheguBard, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia untuk bangkit bersuara atas kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk etnik Rohingya. "Kita hari ini datang bukan atas dasar politik tetapi atas dasar kemanusiaan. "Kita mahu penduduk Rohingya ini diberi perhatian oleh ASEAN dan OIC," katanya. Kumpulan NGO itu merasa kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh pihak kedutaan Myanmar. "Kita telah mendapat 24 dukungan NGO tetapi hati kami terguris kerana pihak kedutaan enggan untuk menerima memorandum kami, sebaliknya hanya menyuruh kami memasukkan memorandum dalam peti surat mereka. | ||
Jadi kempen politik BN, k’jaan didesak tukar lagu tema Merdeka Posted: 03 Aug 2012 01:54 AM PDT KUALA LUMPUR 3 Ogos: Pertama kali dalam sejarah negara, lagu tema Hari Kebangsaan dijadikan kempen untuk menyampaikan agenda parti politik. Mengecam tindakan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak kerajaan Umno Barisan Nasional menarik balik lagu tema 'Janji Ditepati' yang disalahguna sebagai medium untuk kempen politik mereka. "Tidak pernah berlaku dalam mana-mana lagu patriotik khususnya untuk sambutan Hari Kebangsaan, gubahan liriknya secara langsung mengaitkan dasar 'one-off' kerajaan seperti yang dilakukan sekarang dengan menyebut perihal BR1M, KR1M dan Klinik 1Malaysia. "AMK mendesak kerajaan tanpa sebarang kompromi menalik balik lagu tema tersebut dan memanggil karyawan muzik negara untuk kembali mengubah lagu baru yang lebih menepati jiwa dan semangat kemerdekaan tulen," kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Kerajaan kata Shamsul, harus berhenti mempropagandakan segala perkara di bawah kawalan mereka kerana selagi tabiat jelek ini diteruskan, rakyat akan menolaknya tanpa kompromi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Guan Eng: Patut beri habuan, bukan hukum Rafizi Posted: 03 Aug 2012 01:52 AM PDT Lim berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah dipenjara kerana mempertahankan mangsa rogol bawah umur, penahanan Rafizi satu bentuk kezaliman. Jelas Lim, tindakan itu tidak adil bagi sesuatu jenayah yang telah didedahkan olehnya dan Rafizi sedangkan "penjenayah sebenar" bebas. "Oleh itu, DAP mendesak kerajaan persekutuan menarik balik dakwaan terhadap Rafizi bagi mengembalikan semula keyakinan awam dalam komitmen untuk melindungi pemberi maklumat dan mendedahkan rasuah serta menggalakkan integriti awam dan kepimpinan BN," kata Lim. Read More / Baca Lagi >> | ||
LGE Kesal Sikap Bermuka-muka Kerajaan Pusat Dalam Isu Penswastaan Pelabuhan Posted: 03 Aug 2012 01:51 AM PDT SHAH ALAM 3 OGOS : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar sikap bermuka-muka Kerajaan Pusat dalam isu penswastaan pelabuhan di negeri itu. Kerajaan Pusat yang sebelum ini lantang membantah penswastaan berkenaan bagaimanapun 'kantoi' apabila menghadiahkan Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd (Seaport). Kebenaran untuk mengambil-alih pengurusan pelabuhan tersebut selewat-lewatnya Disember tahun ini. "Lebih malang, penganugerahan ini dilakukan tanpa sebarang pendedahan maklumat yang berkaitan selain tiada jaminan kepada penduduk Pulau Pinang bahawa ia amalan telus. "Persoalannya juga, mengapa Kerajaan Pusat membantah sebelum ini tetapi akhirnya menswastakan pelabuhan itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kenyataan Najib melucukan, bercanggah realiti Posted: 03 Aug 2012 01:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini sedang berusaha menarik sokongan orang Melayu dengan menggunakan isu agama. Read More / Baca Lagi >>Terbaru Najib menyatakan falsafah dan prinsip beliau mengurus tadbir Negara adalah berpaksikan Al Quran dan Sunnah semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At Taqwa, Paroi semalam. Bagi Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS, Sany Hamzan, kenyataan terbaru Najib itu sangat lucu dan tidak berpijak kepada realiti yang sebenarnya. "Adakah dengan menzalimi hak negeri Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai pemerintahan yang berpaksikan semangat berteraskan kepada agama? "Adakah melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti ISA, OSA dan sebagainya dituntut oleh Islam? | ||
94% tolak tema Merdeka: Poll Malay Mail terus menekan Rais Posted: 03 Aug 2012 01:46 AM PDT (Poll yang dibuat The Malay Mail pagi tadi. Ketika dimasuki sekali lagi, ia sudah 'off-line') KUALA LUMPUR: Satu pungutan suara Malay Mail untuk meninjau kesukaan pembacanya antara tema Merdeka 'Janji Ditepati' dan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bakal membawa tekanan pada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Setakat ini, pungutan suara yang berumur sehari itu telah menunjukkan satu keputusan yang jelas bahawa tema Merdeka, yang juga slogan kempen Barisan Nasional ditolak hampir sepenuhnya oleh pembaca Malay Mail. Pagi tadi, daripada 265 undi, 94 peratus atau 248 undi memilih tema Pakatan Rakyat sebagai tema yang lebih disukai untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Ketika cuba dimasuki sekali lagi pada jam 4.00 petang, laman The Malay Mail di alamat http://www.mmail.com.my didapati laman itu 'off-line'. (gambar kanan bawah) | ||
Anak muda tolak logo & lagu kemerdekaan ke-55 Posted: 03 Aug 2012 01:45 AM PDT
Usia 55 Tahun Kemerdekaan seharusnya melahirkan satu tempoh kematangan yang unggul. Namun menelusuri paparan pelbagai blog, facebook dan twitter, menampakkan wacana perbincangan yang gamat memperkatakan mengenai kritikan terhadap lagu dan logo kemerdekaan yang ke-55 tahun ini. Read More / Baca Lagi >>Kematangan minda dan gaya fikir serta definisi patriotik telah mula dijiwai oleh segenap lapisan masyarakat yang ingin turut sama membaikpulih imej yang telah mencalarkan mood sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-55. Pertama kali dalam sejarah, Ameerah melihat dangkalnya pemikiran pemerintah yang cuba membawa propaganda dalam nada yang agak keterlaluan dalam tema kemerdekaan. Namun pastinya hal ini tidak disambut baik oleh generasi media baru kini dan jelas dizahirkan dalam kritikan di media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan layaknya. | ||
Bantuan guaman Rafizi guna geran pembasmian rasuah penyelewengan Posted: 03 Aug 2012 01:09 AM PDT SHAH ALAM: Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari, menafikan dakwaan Datuk Seri Noh Omar kononnya Kerajaan Negeri menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Read More / Baca Lagi >>Menurut Dr Yaakob, dana itu diperolehi menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan. "Noh tidak layak berbicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN," kata Sapari. | ||
DAP: PEMANDU Gagal Tingkat Urus Tadbir Korporat Posted: 03 Aug 2012 01:06 AM PDT SHAH ALAM 02 OGOS : DAP hari ini mempertikaikan penubuhan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri yang hanya dilihat merugikan wang rakyat. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata berjuta-juta wang rakyat dibazirkan dengan penubuhan itu kerana Kerajaan Pusat mengabaikan dasar kecekapan unit itu dalam meningkatkan urus tadbir korporat. Katanya, hal itu dapat dilihat dalam kes kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV). Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan