WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
RAIS JADI BAHAN KETAWA MEMALUKAN ORANG JELEBU Posted: 03 Aug 2012 11:21 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SELAKU anak Jolobu, aku merasa simpati juga bercampor sedikit malu apa yang menimpa ke atas Ahli Parlimen Jelebu, Rais anak Yatim. Nampaknya hayat politik tokoh yang telah "menyambung jambatan yang dibakarnya" dulu sewaktu bersama Semangat 46 bakal berakhir tidak beberapa lama lagi angkara kesilapan beliau "menjilat" Najib.
Semuanya bermula dengan kisah thema sambutan Hari Kemerdekaan beserta logonya. Thema "Janji Ditepati" beserta lagu yang penuh melucukan dan meloyakan itu ditambah pula dengan logo yang tiada nilai langsung membuatkan ramai yang beranggapan Rais anak Yatim cuba mensabotaj Najib. Aku sendiri tidak percaya Rais mahu sabotaj Najib kerana aku lebih percaya Rais akan sentiasa mahu menjilat dan mengampu Najib. Itu memang perangai dia semenjak dia melutut menyertai Umno semula. Silapnya Rais anak Yatim adalah beliau tidak membuat `tesis' awal sebelum mencadangkan thema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Mungkin beliau sedar, tesisnya dahulu tentang kezaliman Akta ISA pun beliau tidak pakai, apatah lagi beliau mahu membuat tesis tentang Hari Kemerdekaan. Itu silap beliau. Justeru itu, thema "Janji Ditepati' kini menjadi bahan lawak rakyat dan mencipta sejarah baru negara apabila beberapa negeri akan menyambut Hari Kemerdekaan tanpa menggunapakai thema murahan idea Rais. Ini semua memalukan Najib kerana seluruh dunia melihat kelemahan pentadbiran Najib iaitu untuk menetapkan thema sambutan Hari Kemerdekaan pun Najib gagal. Hakikatnya ini kerja Rais anak Yatim, tetapi bahangnya dapat kepada Najib. Siapa boleh terangkan apa kaitan 'Janji Ditepati' dengan semangat patriotik menyambut kemerdekaan? Jangan cerita pasal lagu lagi kerana terang-terang lagu yang dicipta tiada sepatah pun ada perkataan 'Merdeka". Yang ada adalah BR1M, KR1M dan bla...bla...bla...kemudiannya minta rakyat bersyukur. Apa bende.....? Jadi, eloklah Rais anak Yatim direhatkan terus dari politik. Mungkin faktor usia beliau membuatkan otak beliau sudah tidak boleh berfikir dengan baik lagi. Zaman untuk mengampu pemimpin Umno releven waktu Umno tengah kuat, tetapi disaat Umno tengah nazak sekarang tiada guna lagi untuk mengampu./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan