Nuffnang

Pengikut

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Menteri Wanita MCA tunjuk ajar isteri PM?

Posted: 01 Aug 2012 09:18 PM PDT

Raub 1 Ogos Tak kira apa niat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bertudung pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Masyarakat Daerah Raub, Pahang. Namun seharusnya dipuji beliau lebih menghormati orang Islam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan. Tetapi isteri Najib bagaimana yang sering dilihat tidak bertudung ataupun tak sempurna menutup aurat meskipun berada di majlis sambutan perayaan Islam.
 

Sepatutnya Najib Tun Razak patut malu kerana membiarkan Rosmah Mansur berpakaian yang tidak melambangkan kepimpinan Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sempena hari lahir beliau yang ke-59 pada 23 Julai lepas ketika hadir pada majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Daerah Raub di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.-Bernama

Kesian.. Hasan Ali maju ke belakang

Posted: 01 Aug 2012 12:34 AM PDT

BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu. Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din.  

Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja.

Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998. Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS. Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco. Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno. Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya.

Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam. Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR. Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang. Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.

Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri. Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri. Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah.

Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara. Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu. Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum.

Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih. Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang. Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang.

Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI. Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri. Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS. Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik. Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali. 

Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya. Penghujung Hassan JATI amat malang sekali.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NGO-NGO DI SELANGOR YANG SEMAKIN BEBAL

Posted: 01 Aug 2012 11:34 AM PDT

Oleh:  WFAUZDIN NS
SEKALI lagi NGO's pro Umno buat kerja bodoh apabila mendesak JAIS menghalang sebarang ucapan politik di dalam masjid dan surau di Selangor.  Sasaran mereka yang dikatakan sering bercakap soal politik di dalam masjid dan surau itu adalah YB Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah yang kesemuanya dari PAS.  Satu memorandum telah dihantar kepada JAIS untuk menunjukkan kebebalan mereka.

Mereka beranggapan sedemikian kerana sekarang ini bulan Ramadhan dan ada beberapa masjid atau surau yang mengadakan tazkirah di mana di era Umno perintah Selangor Tazkirah ini jika ada pun mungkin hanya berkisar topik haid dan nifas sahaja.  Bagi mereka politik dengan agama tiada kena mengena seperti tiada kena mengena Shahrizat dengan suaminya di dalam isu NFC walaupun tidur sekelambu.  Begitulah jahilnya puak-puak yang minda mereka masih dijajah oleh penjajah sebelum merdeka.  Penjajah mengajar bahawa jangan campor adukkan politik dengan agama, ertikata lain politik suku, agama suku.  Maka, parti warisan penjajah ini pun mengamalkan `mazhab' penjajah ini.  




NGO seperti GAPS, TIBAI, PERKASA dan JATI secara jelas dan nyata menolak bahawa politik boleh dibicarakan di dalam masjid.  Mereka mempersoalkan ketiga-tiga tokoh PAS tersebut tidak bertauliah untuk berucap di dalam masjid.  Maksudnya, jika ada tauliah maka itulah dia tazkirah sebenar mengikut Islam.  Najib banyak kali berucap di dalam masjid bahkan Rosmah juga.  Ertinya, Najib dan Rosmah ada Tauliah dan mereka layak mengajar agama atau berucap dalam masjid.

Kita ingin berpesan kepada puak-puak ini, jika kamu tidak mahu bercakap soal politik Islam di dalam masjid atau sememangnya kamu jahil untuk bercakap soal itu, kamu jangan halang orang lain untuk memperkatakannya.  Walaupun politik dan Islam itu tidak boleh dipisahkan, tetapi rata-rata pemimpin PAS yang berucap di dalam masjid tidak berkempen untuk PAS atau PR.  Salahkah jika mereka berucap bahawa umat Islam kena tolak pemimpin yang zalim, rasuah dan pemimpin yang bersekongkol dengan pencuri lembu kondo?  Itu bukan ucapan politik tetapi dakwah agama dan ianya wajib untuk disampaikan.

Masalahnya, kebanyakan kemungkaran yang disebut oleh penceramah PAS itu banyak dilakukan oleh pemimpin Umno.  Justeru itu, mereka terasa dan bimbang sekiranya rakyat tahu betapa rasuahnya mereka.  Oleh yang demikian, mereka cari alasan bagaimana untuk menyekat orang ramai dari mengetahui tentang kemungkaran mereka.  Maka timbullah hukum baru yang dicipta bahawa politik tiada di dalam Islam.

Mereka lupa, Presiden JATI sebelum diterajang keluar dari PAS adalah orang yang paling aktif bercakap di dalam masjid dan sememangnya beliau mempunyai Tauliah ketika itu walaupun beliau bukan berpendidikan agama yang tinggi kerana bidangnya hanyalah motivasi sahaja.   Adakah waktu itu Presiden JATI ini hanya bercakap pasal haid dan nifas atau soal akidah semata-mata?

Nampaknya Umno di Selangor terdesak untuk mencari salah kerajaan negeri di bawah Tan Seri Khalid Ibrahim.  Mahu cari kes rasuah tiada.  Main isu kepala babi dan kandang babi pun tak jalan. Main isu air pula memakan diri.  Akhirnya cuba guna isu masjid.  Seperti biasa terpaksa guna Istana untuk menghalalkan tindakan mereka.  Istana pun berkata, "Jangan berpolitik di dalam masjid".  Itu pun satu hal juga..../wfauzdin.blogspt.com

AYUH KITA PROMOSI THEMA BARU KEMERDEKAAN OLEH PAKATAN RAKYAT

Posted: 01 Aug 2012 01:50 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


THEMA Merdeka yang dipilih oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan thema yang melucukan oleh Bn "Janji di Tepati" adalah "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA".  Kini proses mencipta logo bagi thema berkenaan setelah Rais anak Yatim kelamkabut menukar logonya setelah dikritik hebat orang ramai.  Idea Rais ini lapok, menampakkan budaya bodek dan mengampu yang keterlaluan sehingga memperlihatkan Rais anak Yatim sudah kering idea.

Kita patut menyambut baik cadangan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang membayangkan negeri-negeri di bawah PR akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan thema baru ini secara berasingan dengan kerajaan pusat, sekiranya kerajaan pusat gagal memansuhkan thema yang nampak bodoh itu.

Apa tugas kita?  Kepada Blogger dan facebooker pro PR, kita menyeru agar mempromosikan thema baru "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA" ini ke dalam blog dan FB masing-masing.  Kita masih menanti logo baru yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Thema, Datuk A. Samad Said.  Apabila logo telah ditetapkan, marilah kita letakkan logo dan thema berkenaan di wall Blog atau profile FB masing-masing.

Pertama di dalam sejarah, idea thema dan logo Hari Kemerdekaan dikritik hebat serta menjadi bahan lawak jenaka rakyat.  Maka, ini bermakna otak Rais anak Yatim sudah beku untuk memikirkan thema dan logo yang sesuai dengan semangat patriotik rakyat Malaysia.  Sudah berpuluh tahun negara kita seolah-olah tidak pernah menyambut merdeka, sunyi dan sepi selain dari konsert Merdeka.  Tiada bangunan persendirian yang berselera untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang, kecuali pemilik bangunan itu ditekan untuk berbuat demikian.  Jauh sekali kereta-kereta persendirian yang mahu membawa Jalur gemilang ini ke merata-rata.

Semuanya bermula di era Mahathir yang zalim pada tahun 1998.  Rakyat sudah hilang selera untuk merayakan kemerdekaan kerana rakyat sedar semenjak Mahathir memecat DS Anwar, rupa-rupanya negara ini belum merdeka sepenuhnya.  Sistem kehakiman dilihat seperti di bawah penjajah.  Apatah lagi dengan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan.  Di era Najib, beliau cuba membeli hati rakyat dengan pemberian tunai wang ringgit.  Satu kaedah yang amat jijik bagi seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah rakyat.  

Marilah kita sama-sama meraikan thema baru ini./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Mana dia Akta Perlindungan Pemberi Maklumat?

Posted: 01 Aug 2012 09:55 PM PDT

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 2 Ogos: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoal pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WBPA) yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat, tetapi tidak dilaksana terhadap kes Rafizi Ramli.

Mengambil contoh kes penyelewengan yang didedah Pembangkang sebelum ini, Izzah berkata, badan penguatkuasa gagal bertindak terhadap individu yang didakwa selepas aduan dibuat, sebaliknya menumpu siasatan kepada pemberi maklumat.

"Seperti dalam kes NFC (National Feedlot Corporation), dan semua kes yang telah kita (Pakatan Rakyat) dedahkan, jika kita dedahkan melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis, apakah akan ada tindakan?," soalnya.

"Terlalu banyak kes (dilaporkan terus) yang melibatkan individu berkedudukan tinggi sebelum ini terlepas dari tindakan, dan akhirnya kita tidak tahu apa terjadi dengan maklumat dan bukti yang diberikan.

"Lihatlah skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), akhirnya Tun Ling Liong Sik hanya didakwa atas tuduhan ringan yang tidak beri gambaran sebenar rasuah yang dilakukan," katanya.

Beliau merujuk kes Menteri Pengangkutan itu berhubung penipuannya terhadap kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek PKFZ.

Kegagalan seperti ini, kata Izzah memaksa Rafizi dan pihak lain membawa sebarang skandal rasuah kepada pengetahuan umum.

Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi KEADILAN didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 97(1) Bafia semalam atas tuduhan mendedahkan dokumen bank berhubung skandal NFC.

Manakala, pemberi maklumat, Johari Mohamad yang merupakan seorang bekas kerani Public Bank didakwa di bawah Seksyen 112(1)(c) akta yang sama kerana dituduh bersubahat dan tidak mendapat perlindungan WBPA.

"Akta itu sepatutnya melindungi kedua-dua situasi, tak kira (maklumat itu didedahkan) melalui SPRM, polis atau pun media. Apa yang penting rakyat juga berhak tahu adakah dana mereka telah diselewengkan?," tegas beliau.

Mengikut portal Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, antara lain Akta 711 ini bertujuan untuk membanteras salah laku dalam sektor awam dan sektor swasta terutamanya salah laku berkaitan gejala rasuah.

Akta ini menggalak dan memudahkan orang awam mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah akta ini.

Ia turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada agensi penguatkuasaan.

Bagaimanapun, dalam kes ini, Rafizi dan Johari sebagai pemberi maklumat pula yang disiasat bagi melindungi penyelewengan oleh pimpinan Umno BN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33825

Laman web Lembu Shahrizat [NFC] digodam

Posted: 01 Aug 2012 04:30 PM PDT

SUSULAN penangkapan dan pendakwaan Rafizi Ramli semalam di bawah akta BAFIA, kerana mendedahkan skandal National Feedlot Corpration, NFC, laman web syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil itu digodam.

Penggodam dipercayai melakukan serangan ke atas website NFC sebagai bantahan kepada penangkapan Rafizi Ramli semalam. Laman web rasmi NFC diletakkan dengan lambang NFC, BN dan UMNO dipijak oleh karikatur orang lidi.




Selain itu penggodam turut menggelarkan Rafizi Ramli sebagai wira rakyat, sambil menggesa NFC agar memulangkan semula wang RM250 juta yang diselewengkan untuk projek lembu dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Turut terpapar ialah gambar karikatur kartunis Zunar yang berkaitan dengan isu NFC. Penggodam turut meninggalkan jejak menggelarkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army.

Dari segi susunan bahasa, penggodam barangkali bukan berbangsa Melayu atau sengaja menggunakan taktik begitu agar kegiatannya tidak mudah dikesan.

Pelik tapi benar Rafizi Ramli mendedahkan skandal wang rakyat dilakukan oleh keluarga Shahrizat Jalil, namun beliau pula yang ditahan.



Nikmati hasil kerja "Hacker Halimunan" di link ini [nfc.com.my]


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/08/rafizi-ramli-didakwa-laman-web-nfc.html#ixzz22L7n10QE

Dipecat kerana berpuasa

Posted: 01 Aug 2012 02:31 PM PDT

Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai "sewenang-wenangnya dan diskriminasi."

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam.

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi.
Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi". - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) 

EDISI KANTOI : Ustaz Azizan ditahan SPRM di sebuah hotel

Posted: 01 Aug 2012 08:41 AM PDT



Fitnah jahat blogger UMNO terkantoi lagi...

(MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel)


Foto dan berita di atas Kedah La petik dari sebuah blog UMporNO bodopiang dengan fitnah terbarunya terhadap MB Kedah. Sekali tengok nampak jelas cara buat teknik superimpose langsung tak professional... agaknya masa dia pi kursus dari Yahudi APCO kat Janda Baik dulu dia tak beri perhatian dekat pengajar, asyik dok teringat jandanya.

Dalam alam maya yang ramai orang ada info bahan penipuan bukan boleh bertahan lama, sebaik keluar fitnah tu maka muncullah pembaca mendedahkan foto asalnya.

Kantoi lagi nampaknya anak didik Yahudi APCO ni. Agaknya mungkin kerana tokguru Iblis depa kena rantai laa ni, maka kerja mereka di bulan posa ni semua tak menjadi.

Kesimpulannya... INGAT UMNO, INGAT FITNAH!!!
INGAT FITNAH, INGAT UMNO!!!
UMNO DENGAN FITNAH MACAM
GARAM DENGAN MASIN...

 KedahLa


MS:  Blogger2 UMporNO  HARAHJADAH ni tak ingat NAK MAMPUIH ker. Depa ingat depa menungkat langit sampai bila-bila kot. Dalam dalam bulan posa ni boleh depa dok buat fitnah. Haramjadah sungguh puak-puak ni ...

Sharifah Aleya Tidak Janggal Selepas Seminggu Bertudung

Posted: 01 Aug 2012 07:33 AM PDT

Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)
Wajah terbaru Sharifah Aleya selepas 10 hari bertudung. - Foto oleh ROHAIZAT DARUS
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.
Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.
"Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.
"Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya.
Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.
Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.
"Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.
"Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga," ujarnya.
Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.
"Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.
"Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan," selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.- mStar

Masa untuk Umno BN sudah hampir tamat, sokongan pada Najib BN terus menjunam ....

Posted: 01 Aug 2012 06:36 AM PDT

MASA SUDAH HAMPIR TAMAT: Sokongan terhadap Najib turun kepada 64% dan BN menjunam 42%
Nampaknya ramalan pesaing politik Pakatan Rakyat tentang PM Najib Razak yang berada dalam keadaan panik sememangnya benar, jika dilihat kepada hasil tinjauan dalaman yang dijalankan oleh partinya.
Mengikut para pemimpin Pakatan, ini telah menunjukkan kejutahan dalam sokongan rakyat terhadap Najib dan kerajaannya yang akan memaksanya mengadakan pilihanraya ke-13 selepas musim Raya dan bukannya tahun hadapan selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September.
Inilah yang bibayangkan hasil tinjauan bebas yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre pada hari Khamis yang menunjukkan sokongan terhadap Najib menurun sebanyak 1 peratus lagi pada Jun kepada 64%. Jika dibandingkan dengan 71% sokongan yang diperolehi oleh PM sebelumnya, Abdullah Badawi sebelum pilihanraya umum pada tahun 2008, ini jelas menunjukkan prestasi Najib lebih teruk berbanding apa yang disangkakan.
Jangan salahkan orang lain apabila tidak mahu mendengar kata pengundi
Keputusan daripada Tinjauan Merdeka ini telah menjadikan pemerhati menjangka Pakatan yang diketuai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim boleh merampas kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum ke-13 dengan rakyat Malaysia berpendapat akan berada dalam kesengsaraan selama 5 tahun lagi jika BN kembali memerintah.
Jelas juga di dalam tinjauan itu bahawa, Barisan Najib telah jatuh sebanyak 6% mata daripada 42% dari segi sokongan padu. Kejatuhan yang ketara ini datang daripada majoriti pengundi terbesar iaitu Melayu dan ini sudah tentu menjadikan BN yang telah memerintah Malaysia sejak 1957 lebih cemas.
Sekarang, tahulah kita kenapa Najib telah mengumumkan bonus separuh gaji kepada semua pekerja kerajaan dan RM500 batuan kewangan kepada pesara kerajaan sebelum Bajet 2013 dibentangkan. Dana yang diperlukan mencecah RM2.2 bil. Ini merupakan jumlah yang besar untuk dibayar sebelum Bajet dibentangkan. Ia juga penting bahawa pembayaran dibuat pada 9 Ogos. Ini semua memberi kita petunjuk bahawa PRU akan diadakan selepas Hari Raya," kata timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Semestinya Najib menjadi takut dengan menggunakan tinjauan Merdeka sebagai alasan menambat hati dan minda pengundi. Namun, RM2.2 bil merupakan jumlah yang amat besar untuk dibazirkan. Namapaknya dia akan mengadakan pilihanraya umum ke-13 sebelum sokongan rakyat terhadap dirinya dan BN menurun lagi. Dia tidak boleh menyalahkan BN yang didominasikan UMNO dimana dia sendiri merupakan presiden UMNO. Sebenarnya MCA, Gerakan dan MIC telah lama terkubur. Kemerosotan terbaru BN ini adalah kesan daripada UMNO yang tidak endahkan rintihan orang Melayu yang sudah muak akan rasuah.
Pengundi tidak percaya lagi pada ikrar reformasi
Tinjauan terhadap pengundi yang berada di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap pm menurun dikalangan pengundi Melayu dan India daripada 79 kepada 75 peratus, dan dari 72 kepada 69 peratus. Namun, nombor ini naik pula pada pengundi Cina dari 37 kepada 42 peratus pada bulan Jun.
"Pendangan yang bercampur di kalangan komuniti mungkin sekali dipengaruhi oleh pertambahan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi dikalangan responden India disertakan dengan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang ditujukan kepada aktivis masyarakat Datuk Ambiga Sreenivasan," mengikut pendapat Merdeka Centre for Opinion Research.
Sebaliknya, ada diantara responden yang menerima baik tindakan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan, mengiktiraf ijazah yang dikeluarkan oleh Kolej Tunku Abdul Rahman dan tindakan memujuk kemarahan peserta Bersih pada April lalu," tambah pusat tinjauan yang paling disegani di negara itu.
Bantuan kewangan dan gula-gula
Sokongan terhadap Najib telah menurun dalam lingkungan 60 ke 70 peratus semenjak 3 tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre dan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada tahun ini sebelum mandat BN berakhir pada April 2013. Walaupun dengan sokongan sebanyak 71%, Badawi telah menerima kekalahan yang teruk pada pilihanraya 2008 dengan kehilangan kuasa di 5 negeri dan dua pertiga kerusi di Parlimen yang menjadi kebiasaan bagi BN.
Dalam keadaan terdesak, Najib terpaksa menaikkan sokongan yang sedang menurun ini dengan memberi bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang yang menindas. Dia juga telah mengumumkan gaji minima yang pertama bagi Malaysia pada ahkir April dalam usaha untuk mendapatkan sokogan pengundi miskin tetapi telah dikritik hebat kerana ianya masih terlalu kecil.
Kesilapan terbesar PM Malaysia ini adalah caranya mengendalikan peserta Bersih 3.0 yang mahukan pilihanraya yang bersih. Lebih daripada 250,000 orang yang hadir memberi sokongan namun Najib yang panik telah mengarahkan polis mematahkan bantahan dengan cara yang paling dasyat dalam sejarah terkini.
Kejatuhan BN adalah kerana UMNO
Tinjauan Merdeka telah memberikan bayangan bahawa keputusan pilihanraya adalah tidak begitu baik bagi kerajaan BN.
Tinjauan ini menunjukkan persepsi pengundi terhadap kerajaan terus menurun dengan 42 peratus responden melaporkan bahawa mereka 'berpuas hati dengan kerajaan', ia menurun sebanyak enam peratus jika dibandingkan dengan tinjauan yang dilakukan pada bulan Mei 2012.
Penurunan ini lebih ketara dikalangan pengundi Melayu, dimana responden yang menyatakan mereka 'puas hati' pada kerajaan menurun dari 65 peratus kepada 58 peratus pada Jun 2012.
Pada pendapat kami, penurunan ini bukanlah disebabkan oleh politik atau bagaimana pendapat mereka terhadap PM tetapi kerana faktor ekonomi dan bagaiman ia mempengaruhi kehidupan mereka," tambah Merdeka Centre lagi.
Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu ekonomi, terutamanya taraf hidup dan gaji merupakan isu yang paling diutamakan oleh pengundi, dengan 39 peratus berbanding 33 peratus pada Mei 2012.
Ini diikuti dengan kebimbangan terhadap kadar jenayah dan masalah sosial yang meningkat kepada 12 peratus dan faktor politik pada 8 peratus.
Tinjauan juga mendapati kebimbangan terhadap ekonomi juga telah menurunkan persepsi terhadap masa depan negara dengan 54 peratus menyatakan negara berada pada landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.
Tinjauan telah dijalankan oleh Merdeka Centre diantara 22 dan 29 Jun dan melibatkan 1,010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus india yang ditemuramah melalui telefon.
Malaysia Chronicle

Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012? - [Bhg Pertama]

Posted: 01 Aug 2012 03:54 AM PDT



Peperangan yang menaikkan nama mustafa kamal Artartuk sehingga diangkat menjadi ketua negara kata orang satu konspirasi, tentera Greace yang menentang tentera Turki ketika itu memang sudah di jadikan "lauk" untuk mengangkat mustafa kamal artartuk. waris seorang yahudi Dunamah.

Kemudian bila berlangsung perang dingin Amerika dan Russia,konsirasi telah direka-reka untuk menggambarkan bahawa Ameria itu moden, dan berkuasa, cerita karut manusia naik ke bulan telah di ada-adakan.

2001, lebih 10 tahun lepas, 2 buah pesawat terbang rempuh world trade centre di amerika, ramai yang kata itu sudah dirancang awal bagi menghalalkan  peperangan terhadap negara islam ,menghalalkan juga pembunuhan pemimpin negara islam.

Kini 2012, benarkah akan berlaku sekali lagi tragedi yang dirancang?, khabarnya lebih besar dan lebih hebat.

Benarkah acara sukan olimpik di  kota london akan bertukar menjadi tapak  pembunuhan beramai - ramai? perkara ini bukan baru, ianya sudah terdedah lama dulu.


Lihat video dibawah.



Nak tahu lebih lanjut, nantikan pendedahan rancangan pembunuhan beramai-ramai ini, dari masa ke semasa secara bersiri sepanjang minggu ini... Kita harap ini hanya sekadar sebuah teori, kerana kita tak mahu ada tragedi besar seperti ini.

Sesungguhnya Hanya ALLAH mengetahui sesuatu yang akan berlaku, sedangkan mempercayai bulat-bulat ramalan itu boleh membawa kepada Syirik.... Wallaualam.

Bahagian ke 2, Pendedahan yang membawa maut. tunggu...

Program "Tamu Sahur Nur Ramadhan" - hahahaha... sendiri anjur sendiri makan ... orang ramai dah meluat dengan Umno..

Posted: 01 Aug 2012 12:32 AM PDT




4.40 pagi tadi, 1hb Ogos 2012, UMNO bersama dengan NGO berdarah UMNO, PERMAS menganjurkan program Tamu Sahur Nur Ramadhan dihadapan Hotel Regency, Jalan Chow Kit, berhadapan dengan Bangunan Safuan Plaza.  

Dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.
 

Yang menjadi lawaknya ialah, tetamu yang diberikan jamuan bersahur ialah wanita-wanita UMNO yang menyambut kahadiran beliau dan bukannya orang ramai.
 ....... hahahahahaa

Membuktikan program tersebut tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan.
 

SENDIRI ANJUR SENDIRI SAHUR...itulah sepatutnya program ini dinamakan. ...Omak Kau

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Malaysia yang apa pun boleh!

Posted: 01 Aug 2012 12:36 AM PDT

Ini ada lah berita yang buruk buat pentadbiran Haji Najib, dan yang ber'kebetulan juga bagaimana kontrek pembinaan sambungan LRT Ampang yang juga didapati ada unsur-unsur penyelewengan dan salah guna kuasa  dimana ianya telah di anugerahkan kepada konsortium George Kent (M) Bhd.(Rakan golf Haji Najib?)

Ini ada lah dugaan yang perlu di tempuh oleh Rafizi dalam bulan Ramadan yang mulia dan yang penuh dengan ujian ini. Ini juga ada lah balasan dan harga yang perlu dibayar kepada mereka yang jujur dan bercakap benar.

Apa kah orang-orang besar dalam umno/BN telah menyalahgunakan Akta Bank dan Institusi Kewangan ini untuk melindungi kegiatan haram mereka dalam memegang tampuk kuasa? Kalau lah benar, memang tersangat kurang ajar mereka-mereka ini.

Pokoknya dunia juga sedang bersengkang mata dalam memerhati pergerakan dan tindak tanduk orang-orang besar dalam umno/BN tanpa mereka sedari yang mereka sedang menembak kaki mereka sendiri.

dollahyankee -
Ini lah yang menariknya tentang Malaysia yang serba boleh ! kalau kita cuba mahu mendedahkan sesuatu penyelewengan dan salah guna, kita akan ditangkap,dipasung dan dilokapkan.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT