WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
NGO-NGO DI SELANGOR YANG SEMAKIN BEBAL Posted: 01 Aug 2012 11:34 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS SEKALI lagi NGO's pro Umno buat kerja bodoh apabila mendesak JAIS menghalang sebarang ucapan politik di dalam masjid dan surau di Selangor. Sasaran mereka yang dikatakan sering bercakap soal politik di dalam masjid dan surau itu adalah YB Khalid Samad, YB Dr Siti Mariah dan YB Dr Halimah yang kesemuanya dari PAS. Satu memorandum telah dihantar kepada JAIS untuk menunjukkan kebebalan mereka. Mereka beranggapan sedemikian kerana sekarang ini bulan Ramadhan dan ada beberapa masjid atau surau yang mengadakan tazkirah di mana di era Umno perintah Selangor Tazkirah ini jika ada pun mungkin hanya berkisar topik haid dan nifas sahaja. Bagi mereka politik dengan agama tiada kena mengena seperti tiada kena mengena Shahrizat dengan suaminya di dalam isu NFC walaupun tidur sekelambu. Begitulah jahilnya puak-puak yang minda mereka masih dijajah oleh penjajah sebelum merdeka. Penjajah mengajar bahawa jangan campor adukkan politik dengan agama, ertikata lain politik suku, agama suku. Maka, parti warisan penjajah ini pun mengamalkan `mazhab' penjajah ini. NGO seperti GAPS, TIBAI, PERKASA dan JATI secara jelas dan nyata menolak bahawa politik boleh dibicarakan di dalam masjid. Mereka mempersoalkan ketiga-tiga tokoh PAS tersebut tidak bertauliah untuk berucap di dalam masjid. Maksudnya, jika ada tauliah maka itulah dia tazkirah sebenar mengikut Islam. Najib banyak kali berucap di dalam masjid bahkan Rosmah juga. Ertinya, Najib dan Rosmah ada Tauliah dan mereka layak mengajar agama atau berucap dalam masjid. Kita ingin berpesan kepada puak-puak ini, jika kamu tidak mahu bercakap soal politik Islam di dalam masjid atau sememangnya kamu jahil untuk bercakap soal itu, kamu jangan halang orang lain untuk memperkatakannya. Walaupun politik dan Islam itu tidak boleh dipisahkan, tetapi rata-rata pemimpin PAS yang berucap di dalam masjid tidak berkempen untuk PAS atau PR. Salahkah jika mereka berucap bahawa umat Islam kena tolak pemimpin yang zalim, rasuah dan pemimpin yang bersekongkol dengan pencuri lembu kondo? Itu bukan ucapan politik tetapi dakwah agama dan ianya wajib untuk disampaikan. Masalahnya, kebanyakan kemungkaran yang disebut oleh penceramah PAS itu banyak dilakukan oleh pemimpin Umno. Justeru itu, mereka terasa dan bimbang sekiranya rakyat tahu betapa rasuahnya mereka. Oleh yang demikian, mereka cari alasan bagaimana untuk menyekat orang ramai dari mengetahui tentang kemungkaran mereka. Maka timbullah hukum baru yang dicipta bahawa politik tiada di dalam Islam. Mereka lupa, Presiden JATI sebelum diterajang keluar dari PAS adalah orang yang paling aktif bercakap di dalam masjid dan sememangnya beliau mempunyai Tauliah ketika itu walaupun beliau bukan berpendidikan agama yang tinggi kerana bidangnya hanyalah motivasi sahaja. Adakah waktu itu Presiden JATI ini hanya bercakap pasal haid dan nifas atau soal akidah semata-mata? Nampaknya Umno di Selangor terdesak untuk mencari salah kerajaan negeri di bawah Tan Seri Khalid Ibrahim. Mahu cari kes rasuah tiada. Main isu kepala babi dan kandang babi pun tak jalan. Main isu air pula memakan diri. Akhirnya cuba guna isu masjid. Seperti biasa terpaksa guna Istana untuk menghalalkan tindakan mereka. Istana pun berkata, "Jangan berpolitik di dalam masjid". Itu pun satu hal juga..../wfauzdin.blogspt.com |
AYUH KITA PROMOSI THEMA BARU KEMERDEKAAN OLEH PAKATAN RAKYAT Posted: 01 Aug 2012 01:50 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS THEMA Merdeka yang dipilih oleh Pakatan Rakyat bagi menggantikan thema yang melucukan oleh Bn "Janji di Tepati" adalah "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA". Kini proses mencipta logo bagi thema berkenaan setelah Rais anak Yatim kelamkabut menukar logonya setelah dikritik hebat orang ramai. Idea Rais ini lapok, menampakkan budaya bodek dan mengampu yang keterlaluan sehingga memperlihatkan Rais anak Yatim sudah kering idea. Kita patut menyambut baik cadangan dari Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang membayangkan negeri-negeri di bawah PR akan menyambut Hari Kemerdekaan dengan thema baru ini secara berasingan dengan kerajaan pusat, sekiranya kerajaan pusat gagal memansuhkan thema yang nampak bodoh itu. Apa tugas kita? Kepada Blogger dan facebooker pro PR, kita menyeru agar mempromosikan thema baru "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA" ini ke dalam blog dan FB masing-masing. Kita masih menanti logo baru yang akan dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Thema, Datuk A. Samad Said. Apabila logo telah ditetapkan, marilah kita letakkan logo dan thema berkenaan di wall Blog atau profile FB masing-masing. Pertama di dalam sejarah, idea thema dan logo Hari Kemerdekaan dikritik hebat serta menjadi bahan lawak jenaka rakyat. Maka, ini bermakna otak Rais anak Yatim sudah beku untuk memikirkan thema dan logo yang sesuai dengan semangat patriotik rakyat Malaysia. Sudah berpuluh tahun negara kita seolah-olah tidak pernah menyambut merdeka, sunyi dan sepi selain dari konsert Merdeka. Tiada bangunan persendirian yang berselera untuk menaikkan bendera Jalur Gemilang, kecuali pemilik bangunan itu ditekan untuk berbuat demikian. Jauh sekali kereta-kereta persendirian yang mahu membawa Jalur gemilang ini ke merata-rata. Semuanya bermula di era Mahathir yang zalim pada tahun 1998. Rakyat sudah hilang selera untuk merayakan kemerdekaan kerana rakyat sedar semenjak Mahathir memecat DS Anwar, rupa-rupanya negara ini belum merdeka sepenuhnya. Sistem kehakiman dilihat seperti di bawah penjajah. Apatah lagi dengan kehidupan rakyat yang semakin terhimpit akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan. Di era Najib, beliau cuba membeli hati rakyat dengan pemberian tunai wang ringgit. Satu kaedah yang amat jijik bagi seorang pemimpin untuk menyelesaikan masalah rakyat. Marilah kita sama-sama meraikan thema baru ini./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan