Rabu, 1 Ogos 2012

bumiperak

bumiperak


Menteri Wanita MCA tunjuk ajar isteri PM?

Posted: 01 Aug 2012 09:18 PM PDT

Raub 1 Ogos Tak kira apa niat Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bertudung pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Masyarakat Daerah Raub, Pahang. Namun seharusnya dipuji beliau lebih menghormati orang Islam menunaikan ibadat di bulan Ramadhan. Tetapi isteri Najib bagaimana yang sering dilihat tidak bertudung ataupun tak sempurna menutup aurat meskipun berada di majlis sambutan perayaan Islam.
 

Sepatutnya Najib Tun Razak patut malu kerana membiarkan Rosmah Mansur berpakaian yang tidak melambangkan kepimpinan Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sempena hari lahir beliau yang ke-59 pada 23 Julai lepas ketika hadir pada majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Daerah Raub di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.-Bernama

Kesian.. Hasan Ali maju ke belakang

Posted: 01 Aug 2012 12:34 AM PDT

BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu. Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din.  

Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja.

Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998. Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS. Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco. Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno. Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya.

Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam. Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR. Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang. Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.

Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri. Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri. Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah.

Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara. Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu. Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum.

Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih. Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang. Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang.

Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI. Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri. Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS. Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik. Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali. 

Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya. Penghujung Hassan JATI amat malang sekali.

Tiada ulasan: