MIMPI SENJA |
- Mana dia Akta Perlindungan Pemberi Maklumat?
- Laman web Lembu Shahrizat [NFC] digodam
- Dipecat kerana berpuasa
- EDISI KANTOI : Ustaz Azizan ditahan SPRM di sebuah hotel
- Sharifah Aleya Tidak Janggal Selepas Seminggu Bertudung
- Masa untuk Umno BN sudah hampir tamat, sokongan pada Najib BN terus menjunam ....
- Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012? - [Bhg Pertama]
- Program "Tamu Sahur Nur Ramadhan" - hahahaha... sendiri anjur sendiri makan ... orang ramai dah meluat dengan Umno..
Mana dia Akta Perlindungan Pemberi Maklumat? Posted: 01 Aug 2012 09:55 PM PDT (Oleh Aisha Geoffrey) KUALA LUMPUR 2 Ogos: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoal pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WBPA) yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat, tetapi tidak dilaksana terhadap kes Rafizi Ramli. Mengambil contoh kes penyelewengan yang didedah Pembangkang sebelum ini, Izzah berkata, badan penguatkuasa gagal bertindak terhadap individu yang didakwa selepas aduan dibuat, sebaliknya menumpu siasatan kepada pemberi maklumat. "Seperti dalam kes NFC (National Feedlot Corporation), dan semua kes yang telah kita (Pakatan Rakyat) dedahkan, jika kita dedahkan melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis, apakah akan ada tindakan?," soalnya. "Terlalu banyak kes (dilaporkan terus) yang melibatkan individu berkedudukan tinggi sebelum ini terlepas dari tindakan, dan akhirnya kita tidak tahu apa terjadi dengan maklumat dan bukti yang diberikan. "Lihatlah skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), akhirnya Tun Ling Liong Sik hanya didakwa atas tuduhan ringan yang tidak beri gambaran sebenar rasuah yang dilakukan," katanya. Beliau merujuk kes Menteri Pengangkutan itu berhubung penipuannya terhadap kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek PKFZ. Kegagalan seperti ini, kata Izzah memaksa Rafizi dan pihak lain membawa sebarang skandal rasuah kepada pengetahuan umum. Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi KEADILAN didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 97(1) Bafia semalam atas tuduhan mendedahkan dokumen bank berhubung skandal NFC. Manakala, pemberi maklumat, Johari Mohamad yang merupakan seorang bekas kerani Public Bank didakwa di bawah Seksyen 112(1)(c) akta yang sama kerana dituduh bersubahat dan tidak mendapat perlindungan WBPA. "Akta itu sepatutnya melindungi kedua-dua situasi, tak kira (maklumat itu didedahkan) melalui SPRM, polis atau pun media. Apa yang penting rakyat juga berhak tahu adakah dana mereka telah diselewengkan?," tegas beliau. Mengikut portal Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, antara lain Akta 711 ini bertujuan untuk membanteras salah laku dalam sektor awam dan sektor swasta terutamanya salah laku berkaitan gejala rasuah. Akta ini menggalak dan memudahkan orang awam mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah akta ini. Ia turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada agensi penguatkuasaan. Bagaimanapun, dalam kes ini, Rafizi dan Johari sebagai pemberi maklumat pula yang disiasat bagi melindungi penyelewengan oleh pimpinan Umno BN. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33825 |
Laman web Lembu Shahrizat [NFC] digodam Posted: 01 Aug 2012 04:30 PM PDT SUSULAN penangkapan dan pendakwaan Rafizi Ramli semalam di bawah akta BAFIA, kerana mendedahkan skandal National Feedlot Corpration, NFC, laman web syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil itu digodam. Penggodam dipercayai melakukan serangan ke atas website NFC sebagai bantahan kepada penangkapan Rafizi Ramli semalam. Laman web rasmi NFC diletakkan dengan lambang NFC, BN dan UMNO dipijak oleh karikatur orang lidi. Selain itu penggodam turut menggelarkan Rafizi Ramli sebagai wira rakyat, sambil menggesa NFC agar memulangkan semula wang RM250 juta yang diselewengkan untuk projek lembu dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia. Turut terpapar ialah gambar karikatur kartunis Zunar yang berkaitan dengan isu NFC. Penggodam turut meninggalkan jejak menggelarkan diri mereka sebagai SGP Cyber Army. Dari segi susunan bahasa, penggodam barangkali bukan berbangsa Melayu atau sengaja menggunakan taktik begitu agar kegiatannya tidak mudah dikesan. Pelik tapi benar Rafizi Ramli mendedahkan skandal wang rakyat dilakukan oleh keluarga Shahrizat Jalil, namun beliau pula yang ditahan. Nikmati hasil kerja "Hacker Halimunan" di link ini [nfc.com.my] source: http://milosuam.blogspot.com/2012/08/rafizi-ramli-didakwa-laman-web-nfc.html#ixzz22L7n10QE |
Posted: 01 Aug 2012 02:31 PM PDT Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai "sewenang-wenangnya dan diskriminasi." Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam. Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi". - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) |
EDISI KANTOI : Ustaz Azizan ditahan SPRM di sebuah hotel Posted: 01 Aug 2012 08:41 AM PDT Fitnah jahat blogger UMNO terkantoi lagi... (MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel) Foto dan berita di atas Kedah La petik dari sebuah blog UMporNO bodopiang dengan fitnah terbarunya terhadap MB Kedah. Sekali tengok nampak jelas cara buat teknik superimpose langsung tak professional... agaknya masa dia pi kursus dari Yahudi APCO kat Janda Baik dulu dia tak beri perhatian dekat pengajar, asyik dok teringat jandanya. Dalam alam maya yang ramai orang ada info bahan penipuan bukan boleh bertahan lama, sebaik keluar fitnah tu maka muncullah pembaca mendedahkan foto asalnya. Kantoi lagi nampaknya anak didik Yahudi APCO ni. Agaknya mungkin kerana tokguru Iblis depa kena rantai laa ni, maka kerja mereka di bulan posa ni semua tak menjadi. Kesimpulannya... INGAT UMNO, INGAT FITNAH!!! INGAT FITNAH, INGAT UMNO!!! UMNO DENGAN FITNAH MACAM GARAM DENGAN MASIN... KedahLa MS: Blogger2 UMporNO HARAHJADAH ni tak ingat NAK MAMPUIH ker. Depa ingat depa menungkat langit sampai bila-bila kot. Dalam dalam bulan posa ni boleh depa dok buat fitnah. Haramjadah sungguh puak-puak ni ... |
Sharifah Aleya Tidak Janggal Selepas Seminggu Bertudung Posted: 01 Aug 2012 07:33 AM PDT Oleh FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my) PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut. Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam. "Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini. "Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik," katanya. Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat. Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun. "Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa. "Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga," ujarnya. Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan. "Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik. "Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan," selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.- mStar |
Masa untuk Umno BN sudah hampir tamat, sokongan pada Najib BN terus menjunam .... Posted: 01 Aug 2012 06:36 AM PDT Nampaknya ramalan pesaing politik Pakatan Rakyat tentang PM Najib Razak yang berada dalam keadaan panik sememangnya benar, jika dilihat kepada hasil tinjauan dalaman yang dijalankan oleh partinya. Mengikut para pemimpin Pakatan, ini telah menunjukkan kejutahan dalam sokongan rakyat terhadap Najib dan kerajaannya yang akan memaksanya mengadakan pilihanraya ke-13 selepas musim Raya dan bukannya tahun hadapan selepas Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September. Inilah yang bibayangkan hasil tinjauan bebas yang dikeluarkan oleh Merdeka Centre pada hari Khamis yang menunjukkan sokongan terhadap Najib menurun sebanyak 1 peratus lagi pada Jun kepada 64%. Jika dibandingkan dengan 71% sokongan yang diperolehi oleh PM sebelumnya, Abdullah Badawi sebelum pilihanraya umum pada tahun 2008, ini jelas menunjukkan prestasi Najib lebih teruk berbanding apa yang disangkakan. Jangan salahkan orang lain apabila tidak mahu mendengar kata pengundi Keputusan daripada Tinjauan Merdeka ini telah menjadikan pemerhati menjangka Pakatan yang diketuai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim boleh merampas kerajaan persekutuan pada pilihanraya umum ke-13 dengan rakyat Malaysia berpendapat akan berada dalam kesengsaraan selama 5 tahun lagi jika BN kembali memerintah. Jelas juga di dalam tinjauan itu bahawa, Barisan Najib telah jatuh sebanyak 6% mata daripada 42% dari segi sokongan padu. Kejatuhan yang ketara ini datang daripada majoriti pengundi terbesar iaitu Melayu dan ini sudah tentu menjadikan BN yang telah memerintah Malaysia sejak 1957 lebih cemas. Sekarang, tahulah kita kenapa Najib telah mengumumkan bonus separuh gaji kepada semua pekerja kerajaan dan RM500 batuan kewangan kepada pesara kerajaan sebelum Bajet 2013 dibentangkan. Dana yang diperlukan mencecah RM2.2 bil. Ini merupakan jumlah yang besar untuk dibayar sebelum Bajet dibentangkan. Ia juga penting bahawa pembayaran dibuat pada 9 Ogos. Ini semua memberi kita petunjuk bahawa PRU akan diadakan selepas Hari Raya," kata timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle. Semestinya Najib menjadi takut dengan menggunakan tinjauan Merdeka sebagai alasan menambat hati dan minda pengundi. Namun, RM2.2 bil merupakan jumlah yang amat besar untuk dibazirkan. Namapaknya dia akan mengadakan pilihanraya umum ke-13 sebelum sokongan rakyat terhadap dirinya dan BN menurun lagi. Dia tidak boleh menyalahkan BN yang didominasikan UMNO dimana dia sendiri merupakan presiden UMNO. Sebenarnya MCA, Gerakan dan MIC telah lama terkubur. Kemerosotan terbaru BN ini adalah kesan daripada UMNO yang tidak endahkan rintihan orang Melayu yang sudah muak akan rasuah. Pengundi tidak percaya lagi pada ikrar reformasi Tinjauan terhadap pengundi yang berada di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap pm menurun dikalangan pengundi Melayu dan India daripada 79 kepada 75 peratus, dan dari 72 kepada 69 peratus. Namun, nombor ini naik pula pada pengundi Cina dari 37 kepada 42 peratus pada bulan Jun. "Pendangan yang bercampur di kalangan komuniti mungkin sekali dipengaruhi oleh pertambahan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi dikalangan responden India disertakan dengan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang ditujukan kepada aktivis masyarakat Datuk Ambiga Sreenivasan," mengikut pendapat Merdeka Centre for Opinion Research. Sebaliknya, ada diantara responden yang menerima baik tindakan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan, mengiktiraf ijazah yang dikeluarkan oleh Kolej Tunku Abdul Rahman dan tindakan memujuk kemarahan peserta Bersih pada April lalu," tambah pusat tinjauan yang paling disegani di negara itu. Bantuan kewangan dan gula-gula Sokongan terhadap Najib telah menurun dalam lingkungan 60 ke 70 peratus semenjak 3 tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre dan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada tahun ini sebelum mandat BN berakhir pada April 2013. Walaupun dengan sokongan sebanyak 71%, Badawi telah menerima kekalahan yang teruk pada pilihanraya 2008 dengan kehilangan kuasa di 5 negeri dan dua pertiga kerusi di Parlimen yang menjadi kebiasaan bagi BN. Dalam keadaan terdesak, Najib terpaksa menaikkan sokongan yang sedang menurun ini dengan memberi bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang yang menindas. Dia juga telah mengumumkan gaji minima yang pertama bagi Malaysia pada ahkir April dalam usaha untuk mendapatkan sokogan pengundi miskin tetapi telah dikritik hebat kerana ianya masih terlalu kecil. Kesilapan terbesar PM Malaysia ini adalah caranya mengendalikan peserta Bersih 3.0 yang mahukan pilihanraya yang bersih. Lebih daripada 250,000 orang yang hadir memberi sokongan namun Najib yang panik telah mengarahkan polis mematahkan bantahan dengan cara yang paling dasyat dalam sejarah terkini. Kejatuhan BN adalah kerana UMNO Tinjauan Merdeka telah memberikan bayangan bahawa keputusan pilihanraya adalah tidak begitu baik bagi kerajaan BN. Tinjauan ini menunjukkan persepsi pengundi terhadap kerajaan terus menurun dengan 42 peratus responden melaporkan bahawa mereka 'berpuas hati dengan kerajaan', ia menurun sebanyak enam peratus jika dibandingkan dengan tinjauan yang dilakukan pada bulan Mei 2012. Penurunan ini lebih ketara dikalangan pengundi Melayu, dimana responden yang menyatakan mereka 'puas hati' pada kerajaan menurun dari 65 peratus kepada 58 peratus pada Jun 2012. Pada pendapat kami, penurunan ini bukanlah disebabkan oleh politik atau bagaimana pendapat mereka terhadap PM tetapi kerana faktor ekonomi dan bagaiman ia mempengaruhi kehidupan mereka," tambah Merdeka Centre lagi. Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu ekonomi, terutamanya taraf hidup dan gaji merupakan isu yang paling diutamakan oleh pengundi, dengan 39 peratus berbanding 33 peratus pada Mei 2012. Ini diikuti dengan kebimbangan terhadap kadar jenayah dan masalah sosial yang meningkat kepada 12 peratus dan faktor politik pada 8 peratus. Tinjauan juga mendapati kebimbangan terhadap ekonomi juga telah menurunkan persepsi terhadap masa depan negara dengan 54 peratus menyatakan negara berada pada landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012. Tinjauan telah dijalankan oleh Merdeka Centre diantara 22 dan 29 Jun dan melibatkan 1,010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus india yang ditemuramah melalui telefon. Malaysia Chronicle |
Rancangan Malapetaka Olimpik Kota London 2012? - [Bhg Pertama] Posted: 01 Aug 2012 03:54 AM PDT Peperangan yang menaikkan nama mustafa kamal Artartuk sehingga diangkat menjadi ketua negara kata orang satu konspirasi, tentera Greace yang menentang tentera Turki ketika itu memang sudah di jadikan "lauk" untuk mengangkat mustafa kamal artartuk. waris seorang yahudi Dunamah. Kemudian bila berlangsung perang dingin Amerika dan Russia,konsirasi telah direka-reka untuk menggambarkan bahawa Ameria itu moden, dan berkuasa, cerita karut manusia naik ke bulan telah di ada-adakan. 2001, lebih 10 tahun lepas, 2 buah pesawat terbang rempuh world trade centre di amerika, ramai yang kata itu sudah dirancang awal bagi menghalalkan peperangan terhadap negara islam ,menghalalkan juga pembunuhan pemimpin negara islam. Kini 2012, benarkah akan berlaku sekali lagi tragedi yang dirancang?, khabarnya lebih besar dan lebih hebat. Benarkah acara sukan olimpik di kota london akan bertukar menjadi tapak pembunuhan beramai - ramai? perkara ini bukan baru, ianya sudah terdedah lama dulu. Lihat video dibawah. Nak tahu lebih lanjut, nantikan pendedahan rancangan pembunuhan beramai-ramai ini, dari masa ke semasa secara bersiri sepanjang minggu ini... Kita harap ini hanya sekadar sebuah teori, kerana kita tak mahu ada tragedi besar seperti ini. Sesungguhnya Hanya ALLAH mengetahui sesuatu yang akan berlaku, sedangkan mempercayai bulat-bulat ramalan itu boleh membawa kepada Syirik.... Wallaualam. Bahagian ke 2, Pendedahan yang membawa maut. tunggu... |
Posted: 01 Aug 2012 12:32 AM PDT 4.40 pagi tadi, 1hb Ogos 2012, UMNO bersama dengan NGO berdarah UMNO, PERMAS menganjurkan program Tamu Sahur Nur Ramadhan dihadapan Hotel Regency, Jalan Chow Kit, berhadapan dengan Bangunan Safuan Plaza. Dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan. Yang menjadi lawaknya ialah, tetamu yang diberikan jamuan bersahur ialah wanita-wanita UMNO yang menyambut kahadiran beliau dan bukannya orang ramai. ....... hahahahahaa Membuktikan program tersebut tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan. SENDIRI ANJUR SENDIRI SAHUR...itulah sepatutnya program ini dinamakan. ...Omak Kau |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan