bumiperak |
| Bekas Pengarah CID Polis serah borang sertai PAS Posted: 20 May 2012 07:39 PM PDT TAIPING 20 Mei:Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS di satu ceramah yang diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut malam tadi. Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi. Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Bukan mahu jadi calon Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Ketika menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Datok Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. "Bila kita sudah berusia kita berkeinginan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan saya sedia menunainya jika ditawarkan tugas parti. Wadah PAS yang berteraskan Islam serta dasar perjuangan bersesuaian dengan saya" ujarnya.Datuk Fauzi juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Sarawak sebelum jawatan terakhir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia yang merupakan orang ketiga tertinggi dalam pasukan Polis. "Semasa dalam perkhidmatan tidak memihak dengan kepartian namun dengan ketokohnya ketika itu saya mengenali banyak kenalan kawan dan lawan dipersada politik. Saya sedia mendedahkan rekod hitam negara sekiranya diperlukan demi kebenaran tetapi tidaklah niat untuk aibkan peribadi" tambahnya. |
| You are subscribed to email updates from bumiperak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










KUALA LUMPUR: PAS optimis peluang Pakatan Rakyat semakin cerah untuk menggantikan BN di Johor ekoran perpecahan yang berlaku dalam parti komponennya, MCA.
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Sidang Meja Bulat dwipartisan semalam telah menggesa pembentukan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diberikan kuasa bertindak terhadap pendatang haram yang diberikan hak kerakyatan di Sabah, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang dikenal pasti bertanggungjawab terhadap perkara itu,
Bagaikan gila meroyan pemimpin UMNO dan pencacai sekalian apabila isu Muzakarah antara UMNO dan PAS di wayang kan semula. Isu ini diketahui umum bukannya baru dan yang menariknya UMNO menggunakan isu ini sebagai modal pada setiap PRU yang berlaku. Sila rujuk kronologi bagaimana UMNO memanipulasi isu ini menjelang PRU13

. Tindakan Annuar itu pun menjadi perhatian dan dilaporan sebagai berita yang menakjubkan. Maka orang-orang Kelantan yang dahaga royalti minyak dan sudah berjuang dengan sebahagian rakyat Kelantan menuntut royalti itu pun suka dan senyum sampai ke pipi. 
litik, parti yang disertai dan tindak-tanduk mereka.
ngan girlfriendsnya.

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat deklarasi terbuka bahawa beliau dan Umno BN sedia menerima apa-apa keputusan rakyat pada PRU-13 nanti termasuk pertukaran tampuk pemerintahan.