Ahad, 20 Mei 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Perjuangan Berasaskan Bangsa Akan Ketinggalan

Posted: 20 May 2012 07:47 PM PDT





Sesiapa yang berjuang berdasar atau mengutamakan kaum akan kecewa kerana politik sebegitu bukan sahaja tidak praktikal lagi tetapi sudah tidak relevan dengan realiti politik negara ini.

Umno juga lama kelamaan akan hilang dan lenyap kalau mereka tidak memperbetulkan natijah dan matlamat politik mereka. Kalau Umno berterusan obses memperjuangkan kaum dalam lingkungan diri sendiri, budaya sendiri parti itu lama kelamaan akan pupus.

Pada saat dunia melimpahi sempadan 'politik gogak' tidak boleh diamalkan lagi.

Di alaf ini sudah tidak ada kekuatan sesuatu bangsa atau kaum yang akan menjadi tonggak dalam apa juga sistem pemerintah.

Soal bangsa bukan lagi asas kepada perjuangan walaupun bangsa itu adalah identiti kepada sesuatu kelompok atau komuniti.

Manakala makin tinggi ilmu dan kesedaran diri seseorang individu atau bangsa itu terhadap hakikat kejadian mereka, maka makin jauh mereka akan meninggalkan soal-soal kepentingan bangsa sebaliknya akan mengambil agama sebagai pegangan dan ideologi perjuangan kerana agama itulah yang akhirnya dinilai bukannya bangsa. - MSO a.k.a MerahTinta.blogspot
 

Tiada ulasan: