MIMPI SENJA |
- Misteri : Wanita 65, hilang di Kota Bharu ditemui di Medan Indonesia
- Mamak ni cadang mansuhkan PAS
- Hishamuddin telah malukan Hanif
- Robin Gibb Bee Gees 62, meninggal dunia
- Rasmi : Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman sertai Pas
- Bila 2 Din bertemu .... Muhyiddin di majlis kahwin anak Nasharudin
- Keluarga restu hubungan Bubu - Syahrini
Misteri : Wanita 65, hilang di Kota Bharu ditemui di Medan Indonesia Posted: 20 May 2012 09:50 PM PDT KOTA BHARU: Walaupun misteri kehilangan Khatijah Ismail, 65, yang hilang di bandar ini, tetapi akhirnya ditemui di Medan, Indonesia belum terungkai, suaminya, Nik Mohamad Yusof, 65, bersyukur isterinya ditemui. "Selepas isteri hilang, saya sekeluarga tidak berhenti berdoa, mengadakan solat hajat dan merujuk kepada pakar agama yang mendakwa isteri saya berada di sekitar sebuah masjid yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya. "Saya bersyukur kerana akhirnya isteri ditemui," kata Nik Mohamad Yusof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Kundor, dekat Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), di sini, semalam. Menurutnya, kehilangan isterinya amat membimbangkannya kerana dia itu menghidap penyakit diabetes kronik dan memerlukan suntikan insulin setiap hari. "Isteri sudah lama tidak sihat dan saya difahamkan pada hari terakhir sebelum hilang, dia terlupa menyuntik insulin dan mengambil ubat untuk penyakitnya. - myMetro |
Posted: 20 May 2012 08:35 PM PDT (Tulisan Zam dalam Utusan hari ini) KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan. "PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini. Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS." Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS. Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya. Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini. Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS. Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno. Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno. Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu. Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno. - Harakah |
Hishamuddin telah malukan Hanif Posted: 20 May 2012 07:02 PM PDT oleh : Subky Abdul Latif 21 Mei - Tidak ramai yang sedar apa Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara fikir tentang Bersih 3.0 sebelum 28 April lalu. Tidak ramai yang ambil tahu apa dibuatnya selepas bersara. Tetapi apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein mengangkatnya sebagai pengerusi jawatankuasa menyiasat kekacauan yang berlaku antara polis dan penunjuk perasaan Bersih 3.0, maka namanya segera menjadi buah mulut rakyat. Sekalian yang menuntut pilihanraya bersih dan adil mengiranya anti tindakan tuntutan lapan perkara yang dirumuskan oleh Bersih 2.0 Julai tahun lalu. Dalam kesibukan orang hendak menghadapi PRU 13, orang mahukan perubahan politik dan mahu menawan Putrajaya, tiada siapu peduli dengan Tun Hanif dan apa dia buat. Dengan seorang dia membuat komen tentang Bersih 3.0 itu begitu dan begini, pandangannya dikira seperti anjing menyalak bukit. Tetapi setelah polis berkelahi dengan golongan pro pembaharuan dan pro demokrasi, maka Tun Hanif diangkat untuk menjadi hakim kepada perbalahan itu, maka orang mengiranya seperti menyerahkan kes itu kepada hakim beruk. Atau bagi satu perbicaraan seperti bersaksi ke lutut. Semua pihak yang hendak diadili tidak menyambut perlantikan Tun Hanif itu. DAP, PAS dan PKR menolaknya dan tidak akan bekerjasama dengan jawatankuasa itu. Majlis Peguam dan Suhakam juga mengira Tun Hanif tiada wibawa dan kelayakan untuk menjalankan tugas itu. Yang menyokongnya NGO yang diketuai oleh Norain Mai saja. Ia adalah NGO vetren polis. Bukan saja orang tolak perlantikannya, malah mereka berikan alasan mengapa dia tidak layak menjadi ketua penyiasatan itu. Malangnya Tun Hanif pula seronok dengan perlantikan itu dan mempertahan kelayakannya terhadap komen awal orang tidak setuju dengannya. Sepatutnya sebagai orang yang cukup lama mengetuai angkatan polis, di bawahnya ada unit yang mengkaji dan memantau suasana politik negara, dia tahu akan natijah dan reaksi politik bila dia menerima perlantikan itu. Alasan kelayakannya tidak dapat diterima oleh orang yang terlibat apabila dia dikatakan membuat komen pra Bersih 3.0 menyamakan unjuk rasa itu dengan gaya komunis. Hak dan kebebasannya untuk berkata apa tentang Bersih 3.0 tetapi dia tidak boleh menjadi hakim kepada masalah itu setelah dia berkata begitu. Tetapi isu Hanif Omar itu sudah tidak penting lagi sekarang. Tiada apa hasil yang dapat dibuatnya apabila seluruh warga Bersih 3.0 tidak menerimanya. Yang orang patut perhatikan sekarang ialah kebijaksanaan menteri Hishammuddin Hussein mengangkat warga emas itu mengepalai jawatankuasa itu. Tun Hanif tidak ada apa-apa kepentingan politik, tetapi Hishammuddin punya banyak kepentingan politik. Dia diperhatikan bagaimana hendak menyelamatkan politik Perdana Menteri, menyelamatkan politiknya sendiri dan memulihkan imej polis yang dipersoal orang? Dengan dia melantik Tun Hanif, Tun Hanif tiba-tiba jadi orang yang dipertikai. Khidmat baiknya sebelum ini tidak dapat membantunya menjadi orang disukai semua dalam kegawatan politik dan keamanan sekarang. Kerana Hishammuddin mengangkatnya, dia tidak lagi dilihat seperti suasana sebelum dia dinamakan ke jawatan itu. Dengan mengangkat Tun Hanif, keupayaan Hisham menyelesaikan krisis keyakinan terhadap polis dipersoal. Perlantikan itu tidak dilihat bijak. Maka menteri Hisham dilihat menteri yang tidak bijak dan malah tiada wibawa. Gara-gara pemilihan yang dibuatnya sudah memalukan Tun Hanif. Berjuta orang sedang membincangkan Tun Hanif begitu dan begini. Hisham dikira gagal lagi. Disamping dia telah meletakkan Tun Hanif dalam keadaan kurang selesa, dia tidak membantu Perdana Menteri Najib meringankan masalah dan ketempangan politiknya tentang sistem pilihanraya kotor di bawah SPR. Dia tidak buat apa-apa bagi menjernihkan imej polis. Polis di bawahnya seolah-olah mengamuk sekarang, memburu peserta Bersih 3.0 yang dikehendakinya. Dia sebenarnya gagal menyelesaikan gaduh antara polis dan penunjuk rasa. Apa dia hendak buat tentang perlantikan Hanif Omar? Dia sedang membuktikan dirinya seorang menteri yang gagal. Hanif tidak dapat membantu polis dan negara sekarng. Jangan salahkan Tun Hanif dan jangan salahkan polis, tetapi yang salah dan gagal ialah menteri Hishammuddin Hussein. Kegagalannya menyebabkan semua bercempera - TMI |
Robin Gibb Bee Gees 62, meninggal dunia Posted: 20 May 2012 06:23 PM PDT |
Rasmi : Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman sertai Pas Posted: 20 May 2012 05:04 PM PDT Taiping - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas. Gambar: Fauzi (kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Abdul Hadi sambil diperhatikan oleh Mohamad Sabu. Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini. Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR). Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa tujuan menyertai Pas bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa Pas. Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini. Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya Pas melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan. "Bukanlah bila saya masuk Pas bukan semuanya tak betul. Mana yang boleh tegur, kena tegurlah," katanya. Pada majlis itu juga, Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri Perak yang menjadi pengerusi majlis, Akmal Kamaluddin secara berseloroh mahu Fauzi mengetuai Bersih 4.0 dan kemudiannnya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin. -SH |
Bila 2 Din bertemu .... Muhyiddin di majlis kahwin anak Nasharudin Posted: 20 May 2012 03:52 AM PDT 20 Mei 2012 BANGI - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir memeriahkan majlis perkahwinan anak sulung bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Bandar Bukit Mahkota di sini. Muhyiddin, yang tiba pukul 3.40 petang, berada kira-kira 30 minit menikmati jamuan bersama pasangan pengantin Nusaibah Nasharudin, 25, dan Mohd Nazri Husain, 27, serta bergambar kenang-kenangan bersama mereka. Turut kelihatan pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Ketika ditemui pemberita, Nasharudin yang juga Anggota Parlimen Bachok, berkata beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan tetamu kehormat lain yang sudi hadir menyerikan majlis itu walaupun berlainan ideologi politik. Nusaibah, anak tunggal perempuan dalam kalangan lima beradik, sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia manakala suaminya seorang arkitek.- Bernama |
Keluarga restu hubungan Bubu - Syahrini Posted: 20 May 2012 01:47 AM PDT KUALA LUMPUR: "Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya," kata Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin, 50-an, bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, mengesahkan hubungan cinta anaknya dengan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini. Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu, untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29. Pada sidang media itu, Raja Mohammad Syazni turut menafikan dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit. Dia menjelaskan dirinya orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja. Sidang media itu turut dihadiri ahli keluarga lain termasuk kakak Raja Mohammad Syazni, Raja Norzafirrah dan ibu Syahrini. - myMetro |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan