Ahad, 20 Mei 2012

bumiperak

bumiperak


Bekas Pengarah CID Polis serah borang sertai PAS

Posted: 20 May 2012 07:39 PM PDT

TAIPING 20 Mei:Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS di satu ceramah yang diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Penyerahan borang keahlian disaksikan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Bukan mahu jadi calon
Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis. Ketika menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Datok Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.  Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

"Bila kita sudah berusia kita berkeinginan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan saya sedia menunainya jika ditawarkan tugas parti. Wadah PAS yang berteraskan Islam serta dasar perjuangan bersesuaian dengan saya" ujarnya.

Datuk Fauzi juga merupakan bekas Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Sarawak sebelum jawatan terakhir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia yang merupakan orang ketiga tertinggi dalam pasukan Polis.

"Semasa dalam perkhidmatan tidak memihak dengan kepartian namun dengan ketokohnya ketika itu saya mengenali banyak kenalan kawan dan lawan dipersada politik. Saya sedia mendedahkan rekod hitam negara sekiranya diperlukan demi kebenaran tetapi tidaklah niat untuk aibkan peribadi" tambahnya.

Tiada ulasan: