Jumaat, 27 Januari 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


BANTAH LYNAS, PAS kerah ahli turun Himpunan Hijau 2.0 26 Februari ini

Posted: 26 Jan 2012 11:47 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 27 Jan : PAS akan mengerahkan ahlinya bagi menyertai Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pada 26 Febuari ini kata Timbalan Presidennya, Mohammad Sabu.

Himpunan Hijau 2.0 akan diadakan sebagai suatu insiatif rakyat yang komited menuntut keadilan dan hak alam sekitar dalam membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.

Menurut Mat Sabu, himpunan itu diadakan setelah melihat pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan dan juga pemaju, Lynas Corporations Sdn Bhd.

Syarikat yang dimiliki negara asing itu dilihat tidak menghormati sensitiviti dan kepentingan alam sekitar rakyat Pahang khasnya dan Malaysia amnya, kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyertai sidang media bersama NGO dan parti-parti politik di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja laut 27 Januari lalu dalam mengumumkan Himpunan Hijau 2.0 tersebut.

Turut serta ialah, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Fuziah Salleh; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin; Jurucakap NGO Himpunan Hijau, Bang Seet Ping dan Pengerusi Lajnah Alam
Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohammed Omar.

Himpunan yang bertemakan Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bakal disertai pelbagai lapisan masyarakat dan dijangka menghimpunkan lebih 30,000 peserta.


Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, rakyat negara-negara dunia ketiga hari ini sukar untuk memahami isu-isu alam sekitar, tidak seperti di negara maju.

Mujur ada NGO yang sanggup turun padang menyedarkan rakyat yang akhirnya hari ini mampu memikirkan persoalan pentingnya menjaga alam sekitar dan hak-hak alam sekitar, katanya.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, tindakan mengadakan himpunan itu bukanlah suatu solusi akhir kerana kempen mempastikan Lynas dihentikan akan berterusan.

Ditanya samada himpunan ini bermotifkan politik, beliau berkata, pihak penganjur menjemput semua pihak yang mencintai alam sekitar menyertainya.

Ini kerana, himpunan itu adalah suatu platform kepada rakyat menyatakan sikap mereka terhadap suatu isu yang memberi kesan besar kepada kesihatan rakyat, kata Tuan Ibrahim lagi.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, himpunan yang dianjurkan Himpunan Hijau 2.0 ini bukanlah seperti himpunan aman atau demonstrasi yang sebelumnya (membabitkan perarakan).

Sebaliknya, himpunan pada 26 Februari ini diadakan dengan peserta menyertai pelbagai program yang sangat santai tanpa perarakan dalam menyampaikan mesej mereka kepada kerajaan, katanya.

"Himpunan ini bukan demonstrasi, tidak berarak sebaliknya hanya berkumpul setempat dan akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.Tiada perarakan dan tidak akan melibatkan kesesakan lalu lintas, jadi tiada masalah untuk polis beri kebenaran,"
katanya yang juga Pessuruhjaya PAS Pahang.


PM diberi amaran

Kumpulan Himpunan Hijau memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mengarahkan Lynas Corporations mengentikan segera projek Loji Nadir Bumi di Gebeng, Kuantan.

Kumpulan itu yang sedang mempromosikan penganjuran Himpunan Hijau 2.0 memberi amaran, jika Perdana Menteri enggan berbuat demikian, kesannya adalah semasa pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata Setiausahanya, Bang Seet Ping.

Menurut Seet Ping, pengundi di Gebeng dan Kuantan tidak teragak-agak untuk tidak memberikan undi kepada kerajaan memerintah jika masih membiarkan rakyat dizalimi dengan projek yang membawa kesan negatif ini.

Seet Ping mahu, Najib dan kabinetnya segera membuat keputusan sebelum PRU-13 bagi menghentikan pembinaan loji itu yang bakal memangsakan lebih 700,000 penghundi sekitar.

Beliau juga berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.

Bantahan ke atas projek Lynas adalah kerana mengambil berat masa depan generasi muda dan kesihatan rakyat secara keseluruhannya, katanya.

"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," katanya lagi.

Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan Himpunan Hijau 2.0 mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai.

Beliau juga memaklumkan, himpunan tersebut mungkin diadakan dihadapan Majlis Perbandaran Kuantan berdekatan dengan Masjid Kuantan.

Namun, pihaknya bersedia mengalih lokasi jika pihak berkuasa merasakan kawasan tersebut kurang sesuai, katanya.

Beliau memberi jaminan, permohonan permit akan dibuat bagi tujuan himpunan itu dan menegaskan bahawa himpunan itu diadakan tanpa perarakan.


Fakta hujah Projek Lynas harus dihentikan

-Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri.

- Kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

- Kerajaan memberikan pengecualian cukai selama 12 tahun meskipun industri ini menghasilkan sisa buangan radioaktif yang dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya.

- Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

-Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun.

- Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan
penempatan penduduk.

- Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

- Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

- Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan
pekerja mereka.

- Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

- Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh
digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

- Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

- Kesan toksik dan radioaktif dari industri 'rare-earth' di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke 'rare earth oxide' atau 'rare-earth metals' banyak menggunakan bahan asid dan kimia.

- Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu.

-Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia
muda sekitar 20-an.

- Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

- Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi
berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


"Musuh Lama" dibelakang Trio Datuk T ?

Posted: 27 Jan 2012 08:04 PM PST



Yang mana satu bekas Panglima Team Wawasan

Trio Datuk T datang lagi.Entah setan mana yang menghasut salah seorang dari Trio ini mengeluarkan kenyataan terbaru dan dakwanya ada satu lagi video terhangat-terhot utk dipratontonkan kepada rakyat Malaysia.
Saya percaya geng-geng Trio ini tidak akan lagi buat kerja bodoh@kerja lembu memanggil sebilangan wartawan tertentu dan mempersembahkan satu lagi projek mengaibkan Anwar.
Saya juga percaya Trio ini tidak mempunyai apa-apa kekuatan melainkan disumbat "Viagra Melayu" oleh "musuh lama" Anwar utk men"dajal"kan Anwar sekain kali lagi.

Saya percaya semua rakyat Malaysia amat maklum siapa musuh paling ketat Anwar sejak ia dipecat dari jawatan Timbala Perdana Menteri.

Semua orang tahu "musuh lama" mana yang seret Anwar ke lembah "teknik" pengliwatan.

Semua orang tahu "musuh lama" mana yang seret Anwar ke lembah "lendir" perempuan jalang.

Semua orang tahu siapa "musuh lama" mana yang mengajar "musuh baru" utk mencipta "teknik" baru pengliwatan.


Tak perlu nak bercerita panjang..semua orang tahu siapa "musuh" lama Anwar dan kini siapa dibelakang Trio Datuk T yang ditunjangi oleh bekas Panglima Team Wawasan.

Maka tidak peliklah.selepas Anwar bebas dari tuduhan Saiful..kini muncul kembali video-video Trio Datuk T..ingat senang "musuh" Anwar berpuashati setakat Peguam Negara memfailkan rayuan tuduhan Saiful itu.

Siapa "musuh lama" Anwar tak perlu nak berteka -teki..hampa pun dah boleh agak..Agak sudah tak perlu tuduh...kita tiada bukti...kecuali tertuduh itu terlupa dia pernah keluarkan kenyataan yang membersihkan Anwar..

Untuk memanjangkan artikel ini..saya lampirkan posting lama saya berkenaan isu "video seks"yang membelit leher Anwar oleh Trio Datuk T.


Persamaan : Anwar dengan Hang Tuah dan Mahsuri


Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban
Nazli Ibrahim | March 31, 2011 - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/31/orang-melayu-gagal-keluar-kemelut-krisis-peradaban/

"Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim."

PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.
Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
"Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.
"Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?

Menurutnya, isu video seks yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.
"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.
"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.
"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.
Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu di negara ini.
"Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.
"Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini," jelas beliau lagi.
Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.
"Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.
"Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.
"Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam," ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.
"Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).
"Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat," tegas beliau.

Anwar dianggap simbol

Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.
"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.
"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Dr Abu Hassan.

MANTOYA 2 ; Bab 5 ; BAGI AMBIL,TAK BAGI PUN AMBILa

Posted: 26 Jan 2012 07:30 PM PST



'Bagi ambik,tak bagi pun ambik." demikianlah kata ADUN Pantai Merdeka Abd Manaf Ahmad sewaktu menjawab rungutan para penduduk sekitar Pulau Sayak yang tanah mereka mahu "dirampas" untuk satu lagi projek pelancongan kerajaan BN Kedah.Sebuah ungkapan kata-kata yang rasanya hanya layak untuk diucapkan oleh golongan perompak dan penyamun.

Apalah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat kalau demikian angkuhnya sikap wakil yang mereka pilih.Projek Tanjung Puteri Resort,lebih kurang saja macam projek pelancongan lain di Kedah.Sebuah projek yang didalamnya terdapat hotel bertaraf lima bintang,padang golf,kolam air panas,padang lumba kuda,lounge tempat minm arak,pantai tenpat Mat Saleh mandi berjemur dan berbogel dan pelbagai tempat hiburan lagi.

Satu lagi ciri yang pasti ada ialah tanah yang akan diambil itu melibatkan 100% tanah orang Melayu.Lebih dua ribu penduduk terdiri dari nelayan pantai dan petani aka dinyahkan dari situ.Lima buah kampung terbabit iaitu Kampung Teluk Nipah,Kampung Pulau Sayak,Kampung Teluk Amboi,Kampung Baru dan Kampung Bukit Tukang Jusoh.

Sebuah sekolah kebangsaan akan menjadi korban.Lebih malang lagi,dua buah masjid akan turut dimusnahkan,hanya untuk tujuan membangunkan sebuah tempat hiburan yang mengandungi pelbagai aneka maksiat.Apalah sangat yang hendak disedihkan oleh ADUN Pantai Merdeka ,yang juga merupaka bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) terhadap pemusnahan masjid itu nanti,kalau ganjaran yang bakal diterimanya cukp untuk dia bermewah-mewah di atas dunia ini sementara masuk pintu kubur.

Iyalah,sebagai ADUN Pantai Merdeka tempat terbinanya Tanjung Puteri Resort itu takanlah pihak pemaju tak beri dia apa-apa jawatan "Chairman" atau sekurang-kurangnya Lembaga Pengarah.Puaslah makan elaun itu,dengan hanya kerja goyang kaki saja.

Berkata lagi seorang wakil rakyat ,iaitu Ahli Parlimen Sungai Petani,Ibrahim Mustaffa bahawa dia tidak tahu menahu mengenai projek itu.

Barangkali rakyat yang jenis "pekak badak" saja yang boleh percaya temberangnya itu.Atau kalau betul apa yang dicakapnya itu,lebih baik saja dia letak jawatan.Tidak guna jadi wakil rakyat(parti kerajaan) kalau apa yang kerajaan buat terhadap rakyat pun dia tak tahu.

Memang perangai wakil akyat BN macam itu.Kalau dah rakyat terang-terangan tidak setuju apa yang mereka buat,jawapan paling senang diberi alah ,"Saya tak tahu apa-apa.." Serupalah jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri berhubung Projek Jerai Internasional Park.

Dia kata dia tak tahu apa-apa.sedang waktu Menteri Besar Kedah tandatangan memorandum persefahaman (MOU) dengan pemaju,dia yang jadi saksi.Dia tolong tepuk tangan bagi sokongan.
Kalau dah tok guru kencing berlari,murid apa lagi,kencing berguling-gulinlah.Yang menjadi persoalan besarnya sekarang dalamsemua projek besar kerajaan BN Kedah,tanah yang diambil ialah tanah orang-orang Melayu.

Kenapa tak ambil tanah estet atau tanah kelapa sawit kepunyaan orang lain.Mengapa orang Melayu yang mesti jadi korban sebuah kerajaan Melayu di Kedah.

Yang jadi pemaju pula ,kebanyakan bukan Melayu.Bukan kerana mereka modal banyak.Modal RM2 pun cukup untuk projek yang bernilai berbilion-bilion ringgit.Bukan kerana mereka berpengalaman lebih.

Bumiputera pun lebih ramai yang berpenalaman.Tapi lebihnya orang bukan Melayu dari orang Melayu ialah mereka "pandai jaga rahsia".Pandai makan pandai simpan.Man Arof dan juhalak-juhalaknya tentulah lebih arif tentang budaya orang Melayu dan bukan Melayu.Sebab tu mereka boleh terus-menerus memerintah walaupun apa mereka buat pun terhadap rakyat.

Berbalik pada kisah projek Tanjung Puteri Resort tadi.Macam juga ditempat-tempat lain,bila dan kena batang hidung sendiri barulah mereka ramai-ramai berani paling tadah sokong pembangkang.

Kalau di Kualau Lumpur borang saham HICOM jadi rebutan maka di Pulau Sayak sekarang ni borang PAS lah yang jadi rebutan.Ramailah yang terang-terang berani sokong dan masuk PAS.sedang dalam pilihanraya lalu tempat itu jadi kawasan hitam PAS.Nak buat bangsal panas pun tak dapat.

Alhamdulillah,walau apa pun sebab musababnya sekurang-kurangnya dalam tahap pertama rakyat sudah mahu jadikan PAS sebagai alternatif.Mereka sudah mahu dengar ceramah para pemimpin PAS.

Dulunya ,bukan setakat ceramah,tengok lambang PAS pun paling muka.Biar tertungging basikal masuk parit tak apa,asal mata tak terpandang lambang PAS.

Dalam program ceramah besar-besaran yang diadakan di Pulau Sayak,para pemuda UMNOlah yang paling banyak membantu.Mereka ,gotong -royong dengan pemuda PAS tebas semak-samun,bina khemah dan pentas ceramah.Suasana yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sekali meeka dengar ceramah pemimpin-pemimpin PAS terasa sampai ke hati sanubar.Maklumlah seumur hidup tidak pernah pun dengar ceramah PAS.Yang mereka dengar hanyalah berita-berita buruk mengenai PAS dari media-media massa kerajaan dan kaki bodeknya.

Rupanya selama ini mereka bencikan PAS tak bersebab.Benarlah kata pepatah Arab, "Manusia menjadi musuh terhadap apa yang dia tidak ketahui."

Dalam ceramah umum paling besar diadakan di Pulau Sayak baru-baru ini,dua pemimpin PAS berpidato.Mereka ialah Ustaz Fadzil Noor dan Mohamad sabu.Ramai orang-orang kampung berhampiran yang selama ini kuat menyokong kerajaan datang mendengar.
Besar, kecil,tua,muda,lelaki dan perempuan berkilik anak keluar beramai-ramai dengar ceramah.

Sekarang baru terbuka luas pemikiran mereka.Sejak dari program ceramah itu,khabarnya wakil rakyat BN mula panas punggung.Barulah mula masuk keluar kampung,menagih simpati dari rakyat kawasan Pantai Merdeka.Tapi sekarang rakyat dah mula kenal mana intan mana batu jalan.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS : Tasha Shilla menari ghairah di kelab malam

Posted: 27 Jan 2012 08:40 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.


Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu. - mStar

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat ... buruknya perangai

Posted: 27 Jan 2012 05:57 AM PST

Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam:

Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000.

Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000.

Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka. - Nik Nazmi

Hasan Ali mimpi di siang hari

Posted: 27 Jan 2012 04:15 AM PST

Fazy Sahir | January 27, 2012

"Bagaimana beliau (Hasan Ali) nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?," soal Dr Abdul Rani Osman.

SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai 'mimpi disiang hari'.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.

Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.


"Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional.

"Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?

"Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti.

"Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno," katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu.

Hasan yang juga ahli dewan negeri Gombak Setia, melalui program itu berkata usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu sudah dimulakan oleh teman-teman yang tidak dinyatakan secara umum.

Beliau juga berkata kuasa ketiga itu nanti akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain sambil menawarkan manifesto bersama walaupun tidak wujud sebarang parti sendiri.

Kempen KTS tidak masuk akal

Sementara itu, ditanya pemberita mengenai tindakan Kelab Taat Suami (KTS) yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai 'Tokoh Seks Suci Islam' dalam kempen Maulidur Rasul mereka, Abdul Rani berkata,
"Saya minta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mainkan peranan untuk memantau aktiviti kelab terbabit kerana kempen itu tidak masuk akal malah kerajaan negeri Selangor juga tidak bersetuju dengan kempen sedemikian.

"Ia tidak masuk akal, kita pandai-pandai meletakkan Rasulullah SAW sebagai imej sedemikian. Harap Mais dapat main peranan," katanya.

Ketua Muslimat PAS negeri, Wan Hasrina Wan Hassan pula menyindir Hasan Ali dengan berkata dari sudut akidah ia memang sesuai bagi beliau (Hasan Ali) untuk menghentam KTS dan bukannya PAS. - FMT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KISAH PENGERUSI KUIL YANG BENGAP

Posted: 27 Jan 2012 10:41 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU ingatkan hanya masjid-masjid `milik Umno' saja yang gentar dengan DS Anwar Ibrahim.  Rupa-rupanya penyakit Umno ini sudah berjangkit kepada kuil pula.  Baru-baru sebuah kuil di Sungai Petani Kedah, Pengerusi Pengurusan Kuil itu sanggup membuat laporan Polis bagi menghalang DS Anwar bertemu dengan masyarakat Hindu di kuil berkenaan.  Baca di SINI.

DS Anwar dijangka melawat kuil berkenaan pada 07 Feb ini nanti sempena Perayaan Thaipusam.  Pengerusi Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam, Sungai Petani, Kedah, S. Dorai Singam mendakwa kehadiran Ketua Pembangkang itu bakal menimbulkan huru-hara.  Aku tidak tahu mengapa begitu bengapnya pemikiran seorang Pengerusi.  Semenjak bila kehadiran DS Anwar boleh menyebabkan huru-hara?  Setahu kita yang huru-hara itu adalah Umno kerana bimbang dengan pengaruh beliau.

Sudah tentu Pengerusi Kuil berkenaan berubah fikiran sekiranya yang hadir itu adalah Najib kerana Najib hadir akan membawa bersama `buah tangan' dan taburan duit.  Mentaliti kebendaan seperti ini amat memalukan dan mencemar imej kuil sebagai tempat ibadat mereka.  

Hakikatnya, mereka paling bimbang dengan kehadiran DS Anwar akan dapat mempengaruhi masyarakat kaum India yang kini sudah mula meluat dengan perangai Umno, apatah lagi baru-baru ini berlaku tragedi perkauman di Jalan Kebun./wfauzdin.blogspot.com

FOTO - HEBAT SANGATKAH UMNO DI JALAN KEBUN? PROGRAM MALAM TADI MEMBUKTIKAN MEMANG UMNO HEBAT !!

Posted: 27 Jan 2012 12:57 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS 

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku.  Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno.  Apakah mereka ingat kita takut?  Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat. 

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ.  YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu.  Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah.  Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja.  Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian.  Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu.  Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi;  Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
 
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....






keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki


melimpah keluar





Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

HASSAN AKIDAH DAN TUAN GURU HJ HADI BERPAKAT JATUHKAN MB SELANGOR?

Posted: 27 Jan 2012 06:00 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

KELAKAR gila.  Itulah yang boleh aku cakap apabila membaca tulisan di Umno-Reform2 di SINI.  Di sana ditulis bahawa ada pakatan dahulunya di antara Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dengan Dr Hassan Ali untuk menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid dan seterusnya PAS akan menjadi MB Selangor.
Sinonim dengan gelaran "Hassan Akidah"

Aku petik sedikit tulisan tersebut, " Beberapa nama yang terlibat dalam membocorkan dokumen itu disebut dan antaranya adalah SU Akhbar Presiden PAS dan SU Politik Presiden PAS – agar MB Khalid terpalit dengan dakwaan rasuah di keluarkan oleh PAS sendiri. PAS di bawah Hasan Ali – berusaha untuk menumbangkan MB dan menunjukkan kepada PR bahawa MB Selangor Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan dan PAS sepatutnya menerajui Selangor" (Umno-Reform2).
 
Tuan Guru Hj Hadi - Presiden PAS
 
Apabila kita membaca keseluruhan artikel tersebut, kita seolah-olah dibawa ke dalam satu dunia bacaan humor yang kadangkala tidak lojik tetapi menarik untuk menjadi bahan ketawa.  Lojikkah jika berjaya sekalipun usaha untuk menyeret MB Selangor sebagai perasuah, maka PAS akan menjadi MB Selangor?  Jika terbukti Tan Sri Khalid melakukan rasuah, sudah tentu calon lain dari PKR akan menjadi MB Selangor, bukannya PAS kerana kedudukan kerusi di dalam Dun Selangor masih dikuasai oleh PKR, belum lagi dicampor dengan kerusi DAP.  
 
"Lurus bendul" dan ketelusan Tan Sri Khalid mendatangkan cemburu musuh-musuhnya
 
Aku bukan mengatakan PAS tidak layak jadi MB Selangor, namun realitinya adalah sekiranya bukan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor, mungkin tokoh lain dari PKR tetap akan menjadi MB Selangor.  Justeru itu, tulisan dari artikel berkenaan tidak masuk akal langsung dan hanya ditulis untuk menunjukkan Tuan Guru Hj Hadi adalah puak Dr Hassan Ali.  Jika benar begitu, mengapa Presiden PAS tidak merasai apa-apa apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS?  

Rengkasnya, tulisan berkenaan bertujuan untuk memerangkap kita agar saling curiga mencurigai sesama PR, terutamanya PAS dan PKR.  PAS memang layak menjadi MB mana-mana negeri sekalipun hatta menjadi PM kerana sejarah menunjukkan bahawa pemimpin PAS tidak banyak kerenah atau kontroversi.  Selangor bertuah kerana Dr Hassan Ali sudah terpelanting dari PAS.  Bayangkan jika beliau masih berada di dalam PAS dan ditakdirkan Selangor diperintah oleh PAS dan Dr Hassan Ali pula menjadi MB Selangor, aku berani jamin bahawa Umno akan berpesta di Selangor./wfauzdin.blogspot.com

Berita Baik - Himpunan Bloggers dan Face Booker Pahang yang progresif!

Posted: 27 Jan 2012 02:30 AM PST

Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif! 
 
Tuan Hj Suhaimi - Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal/Ketua Cabang K.Krau/Blogger Lubok Kawah.Blogspot

Saya menawarkan diri menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan para Bloggers dan FaceBookers yang progresif dari Negeri Pahang di Kuala Krau.

Perjumpaan ini bukan sahaja bertujuan untuk saling kenal berkenalan diantara satu sama lain, tetapi juga untuk menerima amanah bagi mengenengahkan perjuangan rakyat.

Bagaimana para bloggers dan facebookers di Negeri Pahang ini boleh memainkan peranan positif didalam perjuangan rakyat.

Di Negeri Pahang ini terdapat ratusan bloggers dan facebookers yang progresif, yang secara sendiri-sendirian berjuang untuk kepentingan rakyat.

Mereka terdiri daripada bloggers dan facebookers daripada pelbagai kaum, dan mereka akan mengenali antara satu samalain. Mereka akan menjadi lebih yakin dan seronok kerana ramai dari facebookers ini menggunakan nama-nama samaran, dan didalam Himpunan Bloggers dan Facebookers yang progresif dari Negeri Pahang nanti kita akan bariskan mereka dari semua Daerah, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Paya Besar, Maran, Temerloh, Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Bera, Rompin, Kuala Krau dan dari Daerah-Daerah/Kawasan Parlimen ini akan hadir bloggers dan facebookers dari kampong-kampong dan dari kalangan Orang Asal.

Dari perkampongan Penderas, Sg Mai dan Kg Mendoi akan hadir Sdr Shafei Deris, Sdr Daud Busu, dan Sdr Yusri Ahon yang sentiasa membimbing perjuangan Orang Asal menggunakan facebook masing-masing.

Dari rancangan-rancangan Felda di Gugusan Mempaga, Koyan, Jengka, Bera, Keratong dan Paya Besar akan hadir mereka yang berterusan memperjuangkan hak Peneroka Felda.

Dari pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP akan hadir bersama pengalaman masing-masing.

Saya berhajat melantik rakan-rakan dari semua komuniti dari semua Daerah dan dari semua kaum untuk menjadi Penyelaras kepada Himpunan ini agar Perjumpaan ini mendapat success.

Insya Allah, kita boleh juga bersantai dengan makanan tradisi Temerloh iaitu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang akan dimasak oleh Kak Hendon yang juga seorang facebooker.

Sila hubungi saya di talian 019 9882115 atau melalui emel: Lksuhaimi@gmail.com dan saya juga adalah blogger lubokkawah.blogspot.com dan facebook saya adalah diatas nama Suhaimi Bin Said dan Haji Suhaimi, manakala Twitter saya menggunakan lksuhaimi./
 
-----------------------------------------------------------

Oleh:  WFAUZDIN NS

SAYA amat menyokong penuh cadangan Tuan Hj Suhaimi Said.  Dimaklumkan bahawa perjumpaan tersebut dicadangkan pada 24 Feb ini nanti sempena Program Ceramah YB Azmin Ali di K.Krau. 
 
Sehubungan itu, kepada semua rakan-rakan Bloggers/Facebookers, mohon majukan nama anda dan blog/facebook anda terus kepada Tuan Hj Suhaimi untuk dikordinasikan.  Jangan lepaskan peluang Ikan Patin masak tempoyak!! 

BLOGGER UMPORNO CABAR ANWAR DEBAT ISU MORAL DENGAN NAJIB

Posted: 26 Jan 2012 11:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu blog pro Umno yang aku malas mahu letak link kat sini sebab aku takut ramai belia kita akan menjadi rosak akhlak apabila membaca blog fitnah dan lucah.  Blog tersebut menyarankan agar Anwar dan Najib berdebat di dalam isu `moral', bukannya di dalam isu dasar atau ekonomi negara.

Memang puak-puak tu amat suka kepada cerita-cerita seks dan lucah sebab itu muka-muka mereka lah yang selalu hadir ceramah Umi Hafilda yang pastinya boleh membuatkan mereka `resah, panas dan ghairah' mendengar cerita lucah dari betina tua yang bujang itu.  Maka, tidak hairanlah mereka tidak peduli soal dasar atau ekonomi negara, yang mereka mahu dengar adalah cerita lucah.  Sebab itu, mereka mencadangkan agar debat Anwar dan Najib mesti menjurus ke arah itu. 

Sebenarnya, mereka ketinggalan bas.  Awal-awal lagi Anwar sudah bersedia untuk berdebat dengan Najib atas tajuk apa sekalipun hatta soal moral.  Anwar menyebut sedemikian sewaktu Najib pernah berkata sekiranya beliau berdebat dengan Anwar, Ketua Pembangkang ini pasti demam.  Anwar telah menjawab bahawa beliau tidak kisah jika demam sekali pun asalkan Najib menjadi `jantan' bukan `betina' yang hanya pandai menyalak di depan media sahaja.  Anwar berulangkali menyebut beliau lebih suka berdebat soal negara dan kebaikan rakyat, tetapi jika Najib mahu berdebat di dalam isu moral sekali pun beliau bersedia menerimanya. 

Oleh yang demikian, Blogger pencacai Umno ini tidak perlulah menampakkan kebodohannya dengan membuat cabaran yang pasti akan menyusahkan bos mereka sendiri iaitu Najib.  Anwar telah lama mencabar Najib sebelum Blogger bengap ini membuat cabaran.  Sekarang, Blogger bengap dan lembab ini harus memulakan tindakan mendesak agar Najib bertukar menjadi `jantan sejati' untuk menyahut cabaran Anwar berdebat samada di dalam isu ekonomi mahu pun isu moral.  Beranikah Najib?  Jika Najib berani, esok aku mohon borang Umno !!/wfauzdin.blogspot.com

Anak Bapa

Anak Bapa


"Third Force" Yang Mana?

Posted: 27 Jan 2012 05:36 PM PST


Hujah awal bahawa PAS telah tergelincir daripada perjuangan dan perlu kembali ke landasan asal. Perjuangan yang sebenar ialah perjuangan memartabatkan Islam, Melayu, dan Raja-Raja Melayu (IMR). Kemudian diikuti PAS telah dikuasai oleh golongan parasit (perkataan yang dipinjam daripada blog selamatkan PAS) menyebabkan Dato' Hasan Ali (DHA) tersingkir.


Terbaru, Malaysia perlukan satu kuasa pendesak baru, "the third force".


Macam-macam DHA ini buat onar. Macamana biasa, beliau begitu kagum dengan kehebatannya melontarkan idea, yang dirasakan amat progresif dan relevan buat masa ini. Perjuangannya, menurut cakapnya, ialah IMR. Jiwanya IMR, hidup matinya IMR, dan seluruh nawaitunya ialah memartabatkan IMR.


Apakah yang sebenarnya beliau maksudkan dengan "the third force"? Bahasa mudah, satu kuasa rakyat lain selain daripada BN dan PR. Adakah ini benda baru? Tidak. Haris Ibrahim, Raja Petra dan kalangan para bloggers telah pun menubuhkan apa yang dipanggil "third force" bagi mendesak BN dan PR supaya melaksanakan agenda perubahan jika mahu sokongan pengundi atas pagar.


Apabila berlaku perpecahan dengan Raja Petra, Haris dan rakan-rakannya yang lain telah menubuhkan ABU (Asalkan Bukan UMNO). Di Amerika kita lihat ada usaha daripada parti lain untuk menjadi "the third force" selain daripada 2 parti gergasi, Republikan dan Demokrat. Begitu juga di Britain, Parti Liberal Demokrat cuba menjadi "the third force" selain daripada 2 parti besar, Buruh dan Konservatif.


Jadi ide DHA ini bukan baru, ia ciplak daripada orang lain. Persoalannya adakah DHA benar-benar nak menjadi sebahagian daripada "third force"? Melihat kepada rekod pencapaiannya, maaf jika Anak Bapa meragui nawaitunya.


Semasa menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, macam-macam "blueprint" yang dia janji tetapi akhirnya blue ke mana, printnya ke mana. DHA adalah seorang ahli motivasi yang akan membuaikan anda dengan mimpi yang indah-indah hanya untuk dikejutkan kemudian dengan realiti igauan yang menakutkan.


Untuk bagi semangat mungkin boleh, tetapi nak menjadi penggerak kepada perubahan rakyat dan ketamadunan, sukar jika tidak mustahil. Apatah lagi jika perjuangan itu dikaitkan dengan UMNO dan Perkasa!


Hakikatnya "third force" DHA ini adalah sebagaimana Perkasa dan Pekida, satu lagi topeng UMNO untuk memerangkap orang Melayu yang belum terperangkap dengan Perkasa dan Pekida.


Strategi "pecah dan perintah" UMNO memerlukan mereka mencipta pelbagai jenama yang boleh "dijual" kepada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza citarasa. Sebahagian akan tertarik dengan metod perjuangan Perkasa, sebahagian lain cara Pekida pula, sebahagian lagi dengan cara Ezam, atau cara Zul Nordin, dan sudah pasti akan ada segelintir yang akan minat "third force" atau IMR DHA. Hakikatnya "produk" mereka adalah sama kerana ia "dikilang" daripada UMNO.


DHA tak kan masuk UMNO terus kerana jika dia buat begitu maka SELURUH kewibawaannya akan tercalar dan UMNO serta DHA tak akan untung apa-apa. Jadi dengan cara "third force" ini DHA berharap untuk naikkan saham dirinya supaya dapat "ditawarkan" kepada pembida yang paling tinggi kemudian. IMR itu hanyalah alasan sahaja untuk menjustifikasikan tindak tanduknya meninggalkan perjuangan PAS.


Anak Bapa: Sekilas ikan di air …………….

dollah yankee

dollah yankee


Ini lah 'X-factor' PRU-13

Posted: 27 Jan 2012 05:29 AM PST

ini gambar 'crowd' semalam semasa Anwar di Sabak Bernam

Semua rakyat sudah semakin sedar, mereka semua sudah bangun dari tidor dan lena yang panjang. Hari ini orang melayu, orang cina, orang india dan semua bangsa yang ada dalam Malaysia ini berdiri teguh di belakang Anwar Ibrahim .Ayuh ! kita jadikan 'Malaysian Spring' satu kenyataan dan kita UBAH masa depan Malaysia pada pru-13 nanti.

UMNO mahu hapuskan Anwar dengan apa juga cara, tetapi lagi banyak mereka 'buat gila', lagi banyak rakyat akan berlari berdiri di-kiri, kanan, depan dan belakang Anwar.

Hampir 95% orang-orang melayu sudah bersama dengan Anwar, dan 95% itu semuanya anak-anak muda yang akan bangun melawan rejim BN/umno.

Tidak kah suasana begini menjadi pengajaran kepada Najib,BN/umno??

Harapan gurkah-gurkah politik di'port' hanya lah satu...semoga angin perubahan ini akan terus menerus bertiup, dan akan terus bertiup kencang sehingga lah tibanya pru-13, yang mana angin kencang yang bertiup ini akan  menghembuskan BN/umno keluar dari berkuasa semula.

dollah yankee -
Semakin hari semakin BANGKIT !