Siulan Apadianie |
"Musuh Lama" dibelakang Trio Datuk T ? Posted: 27 Jan 2012 08:04 PM PST Yang mana satu bekas Panglima Team Wawasan Saya percaya geng-geng Trio ini tidak akan lagi buat kerja bodoh@kerja lembu memanggil sebilangan wartawan tertentu dan mempersembahkan satu lagi projek mengaibkan Anwar. Saya juga percaya Trio ini tidak mempunyai apa-apa kekuatan melainkan disumbat "Viagra Melayu" oleh "musuh lama" Anwar utk men"dajal"kan Anwar sekain kali lagi. Saya percaya semua rakyat Malaysia amat maklum siapa musuh paling ketat Anwar sejak ia dipecat dari jawatan Timbala Perdana Menteri. Semua orang tahu "musuh lama" mana yang seret Anwar ke lembah "teknik" pengliwatan. Semua orang tahu "musuh lama" mana yang seret Anwar ke lembah "lendir" perempuan jalang. Semua orang tahu siapa "musuh lama" mana yang mengajar "musuh baru" utk mencipta "teknik" baru pengliwatan. Tak perlu nak bercerita panjang..semua orang tahu siapa "musuh" lama Anwar dan kini siapa dibelakang Trio Datuk T yang ditunjangi oleh bekas Panglima Team Wawasan. Maka tidak peliklah.selepas Anwar bebas dari tuduhan Saiful..kini muncul kembali video-video Trio Datuk T..ingat senang "musuh" Anwar berpuashati setakat Peguam Negara memfailkan rayuan tuduhan Saiful itu. Siapa "musuh lama" Anwar tak perlu nak berteka -teki..hampa pun dah boleh agak..Agak sudah tak perlu tuduh...kita tiada bukti...kecuali tertuduh itu terlupa dia pernah keluarkan kenyataan yang membersihkan Anwar.. Untuk memanjangkan artikel ini..saya lampirkan posting lama saya berkenaan isu "video seks"yang membelit leher Anwar oleh Trio Datuk T. Persamaan : Anwar dengan Hang Tuah dan Mahsuri Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban Nazli Ibrahim | March 31, 2011 - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/31/orang-melayu-gagal-keluar-kemelut-krisis-peradaban/ "Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim." PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing. Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini. Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu. "Isu video seks bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat. "Isu video seks bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau. Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh? Menurutnya, isu video seks yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka. "Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka. "Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura. "Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu. "Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau. Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu di negara ini. "Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan. "Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini," jelas beliau lagi. Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri. "Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri. "Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama. "Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam," ujarnya lagi. Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini. "Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR). "Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat," tegas beliau. Anwar dianggap simbol Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya. "Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan. "Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Dr Abu Hassan. |
MANTOYA 2 ; Bab 5 ; BAGI AMBIL,TAK BAGI PUN AMBILa Posted: 26 Jan 2012 07:30 PM PST Apalah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat kalau demikian angkuhnya sikap wakil yang mereka pilih.Projek Tanjung Puteri Resort,lebih kurang saja macam projek pelancongan lain di Kedah.Sebuah projek yang didalamnya terdapat hotel bertaraf lima bintang,padang golf,kolam air panas,padang lumba kuda,lounge tempat minm arak,pantai tenpat Mat Saleh mandi berjemur dan berbogel dan pelbagai tempat hiburan lagi. Satu lagi ciri yang pasti ada ialah tanah yang akan diambil itu melibatkan 100% tanah orang Melayu.Lebih dua ribu penduduk terdiri dari nelayan pantai dan petani aka dinyahkan dari situ.Lima buah kampung terbabit iaitu Kampung Teluk Nipah,Kampung Pulau Sayak,Kampung Teluk Amboi,Kampung Baru dan Kampung Bukit Tukang Jusoh. Sebuah sekolah kebangsaan akan menjadi korban.Lebih malang lagi,dua buah masjid akan turut dimusnahkan,hanya untuk tujuan membangunkan sebuah tempat hiburan yang mengandungi pelbagai aneka maksiat.Apalah sangat yang hendak disedihkan oleh ADUN Pantai Merdeka ,yang juga merupaka bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) terhadap pemusnahan masjid itu nanti,kalau ganjaran yang bakal diterimanya cukp untuk dia bermewah-mewah di atas dunia ini sementara masuk pintu kubur. Iyalah,sebagai ADUN Pantai Merdeka tempat terbinanya Tanjung Puteri Resort itu takanlah pihak pemaju tak beri dia apa-apa jawatan "Chairman" atau sekurang-kurangnya Lembaga Pengarah.Puaslah makan elaun itu,dengan hanya kerja goyang kaki saja. Berkata lagi seorang wakil rakyat ,iaitu Ahli Parlimen Sungai Petani,Ibrahim Mustaffa bahawa dia tidak tahu menahu mengenai projek itu. Barangkali rakyat yang jenis "pekak badak" saja yang boleh percaya temberangnya itu.Atau kalau betul apa yang dicakapnya itu,lebih baik saja dia letak jawatan.Tidak guna jadi wakil rakyat(parti kerajaan) kalau apa yang kerajaan buat terhadap rakyat pun dia tak tahu. Memang perangai wakil akyat BN macam itu.Kalau dah rakyat terang-terangan tidak setuju apa yang mereka buat,jawapan paling senang diberi alah ,"Saya tak tahu apa-apa.." Serupalah jawapan yang diberi oleh Perdana Menteri berhubung Projek Jerai Internasional Park. Dia kata dia tak tahu apa-apa.sedang waktu Menteri Besar Kedah tandatangan memorandum persefahaman (MOU) dengan pemaju,dia yang jadi saksi.Dia tolong tepuk tangan bagi sokongan. Kalau dah tok guru kencing berlari,murid apa lagi,kencing berguling-gulinlah.Yang menjadi persoalan besarnya sekarang dalamsemua projek besar kerajaan BN Kedah,tanah yang diambil ialah tanah orang-orang Melayu. Kenapa tak ambil tanah estet atau tanah kelapa sawit kepunyaan orang lain.Mengapa orang Melayu yang mesti jadi korban sebuah kerajaan Melayu di Kedah. Yang jadi pemaju pula ,kebanyakan bukan Melayu.Bukan kerana mereka modal banyak.Modal RM2 pun cukup untuk projek yang bernilai berbilion-bilion ringgit.Bukan kerana mereka berpengalaman lebih. Bumiputera pun lebih ramai yang berpenalaman.Tapi lebihnya orang bukan Melayu dari orang Melayu ialah mereka "pandai jaga rahsia".Pandai makan pandai simpan.Man Arof dan juhalak-juhalaknya tentulah lebih arif tentang budaya orang Melayu dan bukan Melayu.Sebab tu mereka boleh terus-menerus memerintah walaupun apa mereka buat pun terhadap rakyat. Berbalik pada kisah projek Tanjung Puteri Resort tadi.Macam juga ditempat-tempat lain,bila dan kena batang hidung sendiri barulah mereka ramai-ramai berani paling tadah sokong pembangkang. Kalau di Kualau Lumpur borang saham HICOM jadi rebutan maka di Pulau Sayak sekarang ni borang PAS lah yang jadi rebutan.Ramailah yang terang-terang berani sokong dan masuk PAS.sedang dalam pilihanraya lalu tempat itu jadi kawasan hitam PAS.Nak buat bangsal panas pun tak dapat. Alhamdulillah,walau apa pun sebab musababnya sekurang-kurangnya dalam tahap pertama rakyat sudah mahu jadikan PAS sebagai alternatif.Mereka sudah mahu dengar ceramah para pemimpin PAS. Dulunya ,bukan setakat ceramah,tengok lambang PAS pun paling muka.Biar tertungging basikal masuk parit tak apa,asal mata tak terpandang lambang PAS. Dalam program ceramah besar-besaran yang diadakan di Pulau Sayak,para pemuda UMNOlah yang paling banyak membantu.Mereka ,gotong -royong dengan pemuda PAS tebas semak-samun,bina khemah dan pentas ceramah.Suasana yang tidak pernah wujud sebelum ini. Sekali meeka dengar ceramah pemimpin-pemimpin PAS terasa sampai ke hati sanubar.Maklumlah seumur hidup tidak pernah pun dengar ceramah PAS.Yang mereka dengar hanyalah berita-berita buruk mengenai PAS dari media-media massa kerajaan dan kaki bodeknya. Rupanya selama ini mereka bencikan PAS tak bersebab.Benarlah kata pepatah Arab, "Manusia menjadi musuh terhadap apa yang dia tidak ketahui." Dalam ceramah umum paling besar diadakan di Pulau Sayak baru-baru ini,dua pemimpin PAS berpidato.Mereka ialah Ustaz Fadzil Noor dan Mohamad sabu.Ramai orang-orang kampung berhampiran yang selama ini kuat menyokong kerajaan datang mendengar. Besar, kecil,tua,muda,lelaki dan perempuan berkilik anak keluar beramai-ramai dengar ceramah. Sekarang baru terbuka luas pemikiran mereka.Sejak dari program ceramah itu,khabarnya wakil rakyat BN mula panas punggung.Barulah mula masuk keluar kampung,menagih simpati dari rakyat kawasan Pantai Merdeka.Tapi sekarang rakyat dah mula kenal mana intan mana batu jalan. |
You are subscribed to email updates from Apadianie... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan