MIMPI SENJA |
- ARTIS : Tasha Shilla menari ghairah di kelab malam
- Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat ... buruknya perangai
- Hasan Ali mimpi di siang hari
ARTIS : Tasha Shilla menari ghairah di kelab malam Posted: 27 Jan 2012 08:40 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu. Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa. "Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan. "Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam."Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal. Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat. "Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan. "Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu. - mStar |
Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat ... buruknya perangai Posted: 27 Jan 2012 05:57 AM PST Maklumat yang diperoleh daripada SUK Selangor, Shah Alam: Alkisah seorang mantan Exco Agama Selangor yang baru dipecat partinya memohon kepada MB untuk membeli kereta rasminya (Toyota Camry) daripada Kerajaan Negeri. Dikhabarkan beliau sayang sangat kepada nombor plet kereta tersebut. Maka MB atas sikap terbukanya bersetuju dan mengarah JKR Selangor membuat penilaian terhadap Camry tersebut. Camry yang dibeli Kerajaan Selangor pada asalnya sebanyak RM175,000 dinilai berharga RM100,000. Apabila JKR memaklumkan mantan Exco Agama tersebut, beliau cuba 'tawar-menawar' dengan meletakkan harga RM70,000. Namun JKR menolak. Dimaklumkan mantan Exco Agama menghubungi pegawai JKR tersebut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. Sikap seorang berkelulusan PhD yang kononnya begitu bersungguh-sungguh mempertahankan akidah Islam dan hak Melayu tersebut mengejutkan penjawat-penjawat awam hingga menjadi bualan di kalangan mereka. - Nik Nazmi |
Posted: 27 Jan 2012 04:15 AM PST Fazy Sahir | January 27, 2012 "Bagaimana beliau (Hasan Ali) nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?," soal Dr Abdul Rani Osman. SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai 'mimpi disiang hari'. Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu. Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut. "Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional. "Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen? "Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti. "Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno," katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu. Hasan yang juga ahli dewan negeri Gombak Setia, melalui program itu berkata usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu sudah dimulakan oleh teman-teman yang tidak dinyatakan secara umum. Beliau juga berkata kuasa ketiga itu nanti akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain sambil menawarkan manifesto bersama walaupun tidak wujud sebarang parti sendiri. Kempen KTS tidak masuk akal Sementara itu, ditanya pemberita mengenai tindakan Kelab Taat Suami (KTS) yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai 'Tokoh Seks Suci Islam' dalam kempen Maulidur Rasul mereka, Abdul Rani berkata, "Saya minta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mainkan peranan untuk memantau aktiviti kelab terbabit kerana kempen itu tidak masuk akal malah kerajaan negeri Selangor juga tidak bersetuju dengan kempen sedemikian. "Ia tidak masuk akal, kita pandai-pandai meletakkan Rasulullah SAW sebagai imej sedemikian. Harap Mais dapat main peranan," katanya. Ketua Muslimat PAS negeri, Wan Hasrina Wan Hassan pula menyindir Hasan Ali dengan berkata dari sudut akidah ia memang sesuai bagi beliau (Hasan Ali) untuk menghentam KTS dan bukannya PAS. - FMT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan