WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KISAH PENGERUSI KUIL YANG BENGAP
- FOTO - HEBAT SANGATKAH UMNO DI JALAN KEBUN? PROGRAM MALAM TADI MEMBUKTIKAN MEMANG UMNO HEBAT !!
- HASSAN AKIDAH DAN TUAN GURU HJ HADI BERPAKAT JATUHKAN MB SELANGOR?
- Berita Baik - Himpunan Bloggers dan Face Booker Pahang yang progresif!
- BLOGGER UMPORNO CABAR ANWAR DEBAT ISU MORAL DENGAN NAJIB
KISAH PENGERUSI KUIL YANG BENGAP Posted: 27 Jan 2012 10:41 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKU ingatkan hanya masjid-masjid `milik Umno' saja yang gentar dengan DS Anwar Ibrahim. Rupa-rupanya penyakit Umno ini sudah berjangkit kepada kuil pula. Baru-baru sebuah kuil di Sungai Petani Kedah, Pengerusi Pengurusan Kuil itu sanggup membuat laporan Polis bagi menghalang DS Anwar bertemu dengan masyarakat Hindu di kuil berkenaan. Baca di SINI. DS Anwar dijangka melawat kuil berkenaan pada 07 Feb ini nanti sempena Perayaan Thaipusam. Pengerusi Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam, Sungai Petani, Kedah, S. Dorai Singam mendakwa kehadiran Ketua Pembangkang itu bakal menimbulkan huru-hara. Aku tidak tahu mengapa begitu bengapnya pemikiran seorang Pengerusi. Semenjak bila kehadiran DS Anwar boleh menyebabkan huru-hara? Setahu kita yang huru-hara itu adalah Umno kerana bimbang dengan pengaruh beliau. Sudah tentu Pengerusi Kuil berkenaan berubah fikiran sekiranya yang hadir itu adalah Najib kerana Najib hadir akan membawa bersama `buah tangan' dan taburan duit. Mentaliti kebendaan seperti ini amat memalukan dan mencemar imej kuil sebagai tempat ibadat mereka. Hakikatnya, mereka paling bimbang dengan kehadiran DS Anwar akan dapat mempengaruhi masyarakat kaum India yang kini sudah mula meluat dengan perangai Umno, apatah lagi baru-baru ini berlaku tragedi perkauman di Jalan Kebun./wfauzdin.blogspot.com | ||||||||||||
FOTO - HEBAT SANGATKAH UMNO DI JALAN KEBUN? PROGRAM MALAM TADI MEMBUKTIKAN MEMANG UMNO HEBAT !! Posted: 27 Jan 2012 12:57 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku. Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut. Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno. Apakah mereka ingat kita takut? Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat. Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ. YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu. Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah. Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini. Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja. Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian. Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu. Benarkah? Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi; Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU. Ini ceramah UMNO.....
Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com | ||||||||||||
HASSAN AKIDAH DAN TUAN GURU HJ HADI BERPAKAT JATUHKAN MB SELANGOR? Posted: 27 Jan 2012 06:00 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS KELAKAR gila. Itulah yang boleh aku cakap apabila membaca tulisan di Umno-Reform2 di SINI. Di sana ditulis bahawa ada pakatan dahulunya di antara Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi dengan Dr Hassan Ali untuk menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid dan seterusnya PAS akan menjadi MB Selangor.
Aku petik sedikit tulisan tersebut, " Beberapa nama yang terlibat dalam membocorkan dokumen itu disebut dan antaranya adalah SU Akhbar Presiden PAS dan SU Politik Presiden PAS – agar MB Khalid terpalit dengan dakwaan rasuah di keluarkan oleh PAS sendiri. PAS di bawah Hasan Ali – berusaha untuk menumbangkan MB dan menunjukkan kepada PR bahawa MB Selangor Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan dan PAS sepatutnya menerajui Selangor" (Umno-Reform2).
Apabila kita membaca keseluruhan artikel tersebut, kita seolah-olah dibawa ke dalam satu dunia bacaan humor yang kadangkala tidak lojik tetapi menarik untuk menjadi bahan ketawa. Lojikkah jika berjaya sekalipun usaha untuk menyeret MB Selangor sebagai perasuah, maka PAS akan menjadi MB Selangor? Jika terbukti Tan Sri Khalid melakukan rasuah, sudah tentu calon lain dari PKR akan menjadi MB Selangor, bukannya PAS kerana kedudukan kerusi di dalam Dun Selangor masih dikuasai oleh PKR, belum lagi dicampor dengan kerusi DAP.
Aku bukan mengatakan PAS tidak layak jadi MB Selangor, namun realitinya adalah sekiranya bukan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor, mungkin tokoh lain dari PKR tetap akan menjadi MB Selangor. Justeru itu, tulisan dari artikel berkenaan tidak masuk akal langsung dan hanya ditulis untuk menunjukkan Tuan Guru Hj Hadi adalah puak Dr Hassan Ali. Jika benar begitu, mengapa Presiden PAS tidak merasai apa-apa apabila Dr Hassan Ali dipecat dari PAS? Rengkasnya, tulisan berkenaan bertujuan untuk memerangkap kita agar saling curiga mencurigai sesama PR, terutamanya PAS dan PKR. PAS memang layak menjadi MB mana-mana negeri sekalipun hatta menjadi PM kerana sejarah menunjukkan bahawa pemimpin PAS tidak banyak kerenah atau kontroversi. Selangor bertuah kerana Dr Hassan Ali sudah terpelanting dari PAS. Bayangkan jika beliau masih berada di dalam PAS dan ditakdirkan Selangor diperintah oleh PAS dan Dr Hassan Ali pula menjadi MB Selangor, aku berani jamin bahawa Umno akan berpesta di Selangor./wfauzdin.blogspot.com | ||||||||||||
Berita Baik - Himpunan Bloggers dan Face Booker Pahang yang progresif! Posted: 27 Jan 2012 02:30 AM PST Himpunan Penulis-Penulis Blogger dan Face Booker Pahang yang progresif!
Saya menawarkan diri menjadi Tuan Rumah kepada Perjumpaan para Bloggers dan FaceBookers yang progresif dari Negeri Pahang di Kuala Krau. Perjumpaan ini bukan sahaja bertujuan untuk saling kenal berkenalan diantara satu sama lain, tetapi juga untuk menerima amanah bagi mengenengahkan perjuangan rakyat. Bagaimana para bloggers dan facebookers di Negeri Pahang ini boleh memainkan peranan positif didalam perjuangan rakyat. Di Negeri Pahang ini terdapat ratusan bloggers dan facebookers yang progresif, yang secara sendiri-sendirian berjuang untuk kepentingan rakyat. Mereka terdiri daripada bloggers dan facebookers daripada pelbagai kaum, dan mereka akan mengenali antara satu samalain. Mereka akan menjadi lebih yakin dan seronok kerana ramai dari facebookers ini menggunakan nama-nama samaran, dan didalam Himpunan Bloggers dan Facebookers yang progresif dari Negeri Pahang nanti kita akan bariskan mereka dari semua Daerah, Lipis, Cameron Highlands, Raub, Bentong, Jerantut, Paya Besar, Maran, Temerloh, Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Bera, Rompin, Kuala Krau dan dari Daerah-Daerah/Kawasan Parlimen ini akan hadir bloggers dan facebookers dari kampong-kampong dan dari kalangan Orang Asal. Dari perkampongan Penderas, Sg Mai dan Kg Mendoi akan hadir Sdr Shafei Deris, Sdr Daud Busu, dan Sdr Yusri Ahon yang sentiasa membimbing perjuangan Orang Asal menggunakan facebook masing-masing. Dari rancangan-rancangan Felda di Gugusan Mempaga, Koyan, Jengka, Bera, Keratong dan Paya Besar akan hadir mereka yang berterusan memperjuangkan hak Peneroka Felda. Dari pimpinan Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP akan hadir bersama pengalaman masing-masing. Saya berhajat melantik rakan-rakan dari semua komuniti dari semua Daerah dan dari semua kaum untuk menjadi Penyelaras kepada Himpunan ini agar Perjumpaan ini mendapat success. Insya Allah, kita boleh juga bersantai dengan makanan tradisi Temerloh iaitu masakan Ikan Patin Masak Tempoyak yang akan dimasak oleh Kak Hendon yang juga seorang facebooker. Sila hubungi saya di talian 019 9882115 atau melalui emel: Lksuhaimi@gmail.com dan saya juga adalah blogger lubokkawah.blogspot.com dan facebook saya adalah diatas nama Suhaimi Bin Said dan Haji Suhaimi, manakala Twitter saya menggunakan lksuhaimi./ ----------------------------------------------------------- Oleh: WFAUZDIN NS SAYA amat menyokong penuh cadangan Tuan Hj Suhaimi Said. Dimaklumkan bahawa perjumpaan tersebut dicadangkan pada 24 Feb ini nanti sempena Program Ceramah YB Azmin Ali di K.Krau. Sehubungan itu, kepada semua rakan-rakan Bloggers/Facebookers, mohon majukan nama anda dan blog/facebook anda terus kepada Tuan Hj Suhaimi untuk dikordinasikan. Jangan lepaskan peluang Ikan Patin masak tempoyak!! | ||||||||||||
BLOGGER UMPORNO CABAR ANWAR DEBAT ISU MORAL DENGAN NAJIB Posted: 26 Jan 2012 11:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKU terbaca satu blog pro Umno yang aku malas mahu letak link kat sini sebab aku takut ramai belia kita akan menjadi rosak akhlak apabila membaca blog fitnah dan lucah. Blog tersebut menyarankan agar Anwar dan Najib berdebat di dalam isu `moral', bukannya di dalam isu dasar atau ekonomi negara. Memang puak-puak tu amat suka kepada cerita-cerita seks dan lucah sebab itu muka-muka mereka lah yang selalu hadir ceramah Umi Hafilda yang pastinya boleh membuatkan mereka `resah, panas dan ghairah' mendengar cerita lucah dari betina tua yang bujang itu. Maka, tidak hairanlah mereka tidak peduli soal dasar atau ekonomi negara, yang mereka mahu dengar adalah cerita lucah. Sebab itu, mereka mencadangkan agar debat Anwar dan Najib mesti menjurus ke arah itu. Sebenarnya, mereka ketinggalan bas. Awal-awal lagi Anwar sudah bersedia untuk berdebat dengan Najib atas tajuk apa sekalipun hatta soal moral. Anwar menyebut sedemikian sewaktu Najib pernah berkata sekiranya beliau berdebat dengan Anwar, Ketua Pembangkang ini pasti demam. Anwar telah menjawab bahawa beliau tidak kisah jika demam sekali pun asalkan Najib menjadi `jantan' bukan `betina' yang hanya pandai menyalak di depan media sahaja. Anwar berulangkali menyebut beliau lebih suka berdebat soal negara dan kebaikan rakyat, tetapi jika Najib mahu berdebat di dalam isu moral sekali pun beliau bersedia menerimanya. Oleh yang demikian, Blogger pencacai Umno ini tidak perlulah menampakkan kebodohannya dengan membuat cabaran yang pasti akan menyusahkan bos mereka sendiri iaitu Najib. Anwar telah lama mencabar Najib sebelum Blogger bengap ini membuat cabaran. Sekarang, Blogger bengap dan lembab ini harus memulakan tindakan mendesak agar Najib bertukar menjadi `jantan sejati' untuk menyahut cabaran Anwar berdebat samada di dalam isu ekonomi mahu pun isu moral. Beranikah Najib? Jika Najib berani, esok aku mohon borang Umno !!/wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan