Ahli perniagaan hadapi tuduhan menipu Pengarah NFC
KLANG - Bekas perunding National Feedlot Corporation (NFCorp), Datuk Shamsulbahrin Ismail berhadapan dengan dua tuduhan baru hari ini - melakuan penipuan wang pelaburan RM90,000 milik seorang pemandu teksi dua tahun lalu.
Biarpun masih terlantar di hospital, prosiding ke atas bapa kepada empat anak itu diteruskan dengan kehadiran majistret ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah.
Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah menipu seorang pemandu teksi Limat Jonit, 57, untuk membuat pelaburan bernilai RM90,000 dalam  syarikat yang diketahuinya tidak wujud.