Khamis, 26 Januari 2012

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Nukilan khas buat sahabatku 'Safri pejuang yang sedang kegeringan!!!

Posted: 25 Jan 2012 11:24 PM PST


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Nukilah buat seorang sahabat......Pejuang Yang Sedang Kegeringan...


MOHD SHAFRI SHAMSUDDIN seorang sinar baharu yang menyertai Harakah Editorial sejak awal tahun 2011 sebagai wartawan.Sebelum ini beliau seorang Layout Artist yang sentiasa menghiaskan wajah Siasah dan pernah berkhidmat di Harakah suatu ketika dahulu.

Pernah menyertai Watan dan beberapa syarikat penerbitan.Jiwanya dengan penerbitan sangat dekat, meskipun semasa menjadi kakitangan Layout, namun jiwa politiknya tidak pernah tersembunyi.

Safri pernah bersama-sama penulis sewaktu membuat liputan Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau di Pahang awal tahun 2011 dan beliau cukup tekun dan komited dalam bekerja.

Keletahannya bercakap tidak pernah menjadikan suasana sunyi.Ada sahaja yang mahu diperkatakannya dan ada sahaja senda guraunya mengusik penulis dan sahabat-sahabat lain.

Kali terakhir beliau bersama penulis semasa tugasan luar ialah semasa membuat fokus pilihan raya di Negeri Sembilan tiga bulan lalu.beliau cukup teruja dalam setiap kerja yang dilakukan.

Terbaharu, dalam kes membabitkan pemecatan Dr Hassan Ali dari PAS, Safri adalah pihak yang paling kuat mengkritik bekas PJ Selangor yang pernah menjadi pujaannya itu.

Beliau cukup berang dengan sikap Hassan Ali yang cukup tidak komited menjadi wakil rakyat di kawasan yang didiami Safri iaitu Gombak Setia.

Beberapa kali beliau mengulangi hujahnya bahawa Hassan memang tidak layak dicalonkan di Gombak Setia kerana 'tidak service' kawasannya itu.

Hujahnya berdengkah-dengkah jika mahu menyatakan kebenaran apa yang dipertahannya.Namun disebalik wajah cerianya, beliau sendiri tidak dapat menyembunyikan keresahan jiwanya yang sedang bertarung dengan masalah kesihatan yang meruncing.

Pada awal bulan 12 lalu, beliau dinasihatkan rakan-rakan Bilik Berita Harakah agar membuat pemeriksaan kesihatan berikutan kelihatan semakin kurus.

Safri kemudiannya membuat pemeriksaan selepas mengadu kesakitan dan mendapati beliau hanya menghidapi penyakit batu karang dan masalah buah pinggang.

Beliau kembali bertugas untuk dua minggu selepas pemeriksaan kesihatan, namun minggu lalu kesihatannya semakin parah.Bukan sekadar tiada selera makan, beliau semakin cengkung dan pucat.

Namun Safri kini terlantar di Wad 5 Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak beberap hari lalu kerana kesihatannya semakin teruk.

Terkini, penulis mendapat maklumat bahawa beliau berkemungkinan menghidapi masalah hati dan pengesahan akan dibuat 3 minggu lagi,

Ya Allah, kau selamatkanlah sahabatku ini.Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada isteri dan anak-anaknya dalam menghadapi cabaran yang amat perit ini, sesungguhnya Engkaulah yang maha pemurah dan maha menyembuhkan, sembuhkanlah kesakitan yang dihadapi sahabatku MOHD SHAFRI SHAMSUDDIN....Amin...

Tiada ulasan: