Khamis, 26 Januari 2012

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


MANTOYA 2 ; Bab 4: KEDEGILAN KERAJAAN BN TERHADAP PETANI KERPAN

Posted: 26 Jan 2012 06:39 AM PST

Kezaliman yang hanya dapat dirasai oleh mereka yang menanggung.(Jentolak pemaju sedang melanyak pokok-pokok padi petani Kerpan untuk projek kolam udang-semuanya angkara kerajaan BN Kedah). usinkata; pic dari buku..



Dalam pelbagai isu yang muncul di negeri Kedah ini,isu Kerpanlah yang paling menarik perhatian saya.

Pertama ,kerana cara "perampasan" tanah dilakukan melalui cara yang amat tidak bertamadun.Tuan tanah tidak dirundingi dan padi yang menunggu masa saja untuk dituai dilanyak tanpa apa-apa perhitungan.

Kedua ,keana kesatuan penduduk terbabit,sehingga ke peringkat mereka bersedia meninggalkan UMNO beramai-ramai untuk mencari wadah baru tempat berlindung iaiu PAS.Jawatankuasa bertindaknya juga bukan calang-calang orang.mereka tidak mudah goyah dengan umpan kebendaan.Saya kagum apabila Setiausaha Badan Bertindak Petani Kerpan menceritakan bahawa beliau pernah didatangi orang yang mendakwa mewakili Menteri Besar,menawarkan sejumlah RM200 ribu dan berbagai lesen.Dengan tegas beliau berkata, "SAYA BUKAN NAK JUAL BANGSA!"

Ketiga ,kerana kedegilan kerajaan BN Kedah beriya-iya sangat untuk meneruskan "perampasan" tanah tersebut walaupun mendapatbantahan dari sebilangan besar penduduk terbabit.

Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Alor Setar memutuskan bahawa pengambilan tanah yang dilakukan oleh kerajaa sebagai tidak sah,Menteri Besarnya terus berdegil untuk meneruskan pengambilan tanah tersebut melalu prosuder yang tidak betul.Tidak timbul langsung soal untuk menimbang semula projek ternakan udang harimau itu.

Untuk unjukan kononya para petani Kerpan menyokong tindakan beliau,dua biji bas dihantar ke Kerpan untuk mengajak para penduduk berdialog dengan beliau.Malangnya sebiji bas pun tidak mampu dipenuhi.Namun akhbar-akhbar harian primitif terus mengemburkan seolah-olah seluruh petani Kerpan telah menokong langkah Osman Aroff.demikian liciknya politik mereka.
Menurut Osman Aroff jika projek itu dibatalkan kerajaan terpaksa menangung kerugian RM600 ribu setahun.Tetapi beliau tidak pernah mengira betapa petani Kerpan terpaksa kerugian RM1.2 juta setahun.

"Kerajaan tanggung kerugian,tapi MB tidak rugi apa-apa,pendapatanya tidak terjejas.Tapi kami petani yang tak dapat usahakan bendang yang terpaksa menderita," ujar seorang petani.
Sehingga buku ini ditulis(1996) sudah tiga musim para petani Kerpan tidak dapat mengusahakan tanah mereka.Terdapat petani yang benar-benar hidup dalam kesempitan.Kepada siapa mereka hendak mengadu,melainkanberdoa kepada ALLAH semoga kerajaan negeri Kedah bertukar tangan kepada kerajaan yang lebih memahami kehendak rakyat.

Travellog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik 2.0

Posted: 25 Jan 2012 11:07 PM PST

Travellog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik ini menceritaka liku-liku perjalanan bagaimana seorang yg pada mulanya "No Body" akhirnya menjadi "Somebody" didalam arus politik di negara Malaysia ini..jom layan...- usinwafer

2.0; Langkah Kedua


Angkara Fitnah
Minyak Petrol Si Batu Api


"Ayah pakai bomoh ke mak?" Tanya aku sewaktu keluar menemui emak di dapur sejurus selepas menyimpan beg pakaian.

"Entahlah...tapi rasa-rasanya tak ada.Emak pun tak tahu sangat sebab masa hari dia orang buat pemilihan tu,mak tak pergi ke dewan pun.."

"Laa...ayah tak mengamuk ke?"

"Mengamuklah juga.Tapi dia mana berani sangat dengan mak.Lagipun emak bukan saja-saja tan nak pergi.Masa tu mak takut...mak bimbang buatnya dia kalah macam mana mak nak mengadap muka Mak Aji Gayah tu.Kau bukan tak tau perangai orang tua tu.."

Ya,aku tahu.Aku tidak perlu bertanya dua kali untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh emakku.Aku kenal Mak Haji Gayah.Aku kenal sangat mulut bini Haji Seman itu.Tanpa perlu memejamkan mata ak sudah boleh membayangkan bagaimana reaksinya selepas mendapat tahu ayahku akan mencabar suaminya.Tetapi aku tidak boleh membayangkan bagaimana reaksinya sekarang,selepas suaminya kalah.

"Sekarang ni? Huh,apa lagi...ke sana ke mari la dia jaja keburukan ayah kau.Dia kata ayah kau menang sebab pakai bomoh,sebab merasuah orang kamung...sebab pakai pengundi hantu."Cerita emak apabila aku bertanya mengenai perkara itu kepadanya.

"Haji Seman pula kata apa?" Tanyaku lagi selepas meneguk kopi panas yang baru disediakan oleh emakku.

"Dah tak berapa boleh nak berkata-kata.Kata orang,sejak dikalahkan leh ayah kau hari tu,dia dah tak berapa nak bercakap dengan orang.

Daripada emak aku dapat tahu yang ayahku menang dengan majoriti yang cukup kecil.
"Dalam kiraan kali pertama,dia menang lapan undi.Bila dikira kali kedua,dia menang lapan undi dan dalam kiraan kali ketiga iaitu yang muktamad dia cuma menang tiga undi."

"Yang ayah tiba-tiba terfikir nak lawan Haji Seman tu kenapa mak? Dulukan dia kamceng sangat dengan orang tua tu?" Tanyaku yang mula hendak menyibuk.tetapi sewajarnya pun aku bertanya soalan itu.

Memang sejak beberapa tahun kebelakangan ini semua orang tahu,ayahku akrab dengan Haji Seman.Malah bagi kebanyakan orang,ayahku dianggap persis tangan kanan Haji Seman sehinggakan kalau ada apa-apa yang Haji Seman hendak bawa,ayah akulah yang jadi tukang angkat.

"Kau agak-agak kenapa?" Emak aku bertanya kembali.

Aku mengangkat bahu."Susah nak agak".

"Ayah kau marah sebab Haji Seman sebarkan cerita kononya dia bayar elaun kat ayah kau sebulan seribu ringgit.Asalnya ayah kau memang tak tahu cerita tu.Emak yang dengar orang cakap.Jadi emak tanyalah ayah kau apa dia buat dengan duit elaun yang Haji tue bagi,sesen pun mak tak pernah dapat".

"Apa ayah kata?' Tanyaku

"Dia menafikan cerita tu sekeras-kerasnya.Mulanya mak tak percaya cakap dia.Yalah,kau tahu sajalah perangai ayah kau tu.Cakapnya mana boleh dipakai sangat.Tapi bila dia bawa dua tiga orang kawanya sebagai saksi,lepas tu beria-ia pula nak bawa mak bersemuka dengan Haji Seman,barulah mak percaya yang dia tak bohong."

"Jadi memang tak betullah cerita tentang elaun tu?"

"Tak.Tu yang ayah kau mengamuk.Dia bengang sebab orang kampung pandang serong padanya.Dia sakit hati sebab orang kata patutlah dia sanggup angkat beg Haji Seman,rupa-rupanya dia memang khadam yang dibayar upah.Kena pula masa tu Haji Seman pergi Haadyai tak ajak dia."

Tetapi kata emak,sebab-sebab itu hanyalah sebahagian daripada ramuan yang menyebabkan berlakunya perebutan kerusi antara ayah dengan Hai Seman.Satu ramuan lain yang lebih penting dan lebih mustahak ialah bila ada orang kampung yang beria-ia mencabar ayah aku supaya melawan suami Mak Haji Gayah itu.

"Kau tau sajalah perangai ayah kau bila dicabar macam tu...hah,mulalah dia main nak kera-kerat kelengkeng.Dengar cerita masa tu dia ada kata,kalau dia tak berani lawan Haji Seman,dia rela kelengkengnya dikerat dan kalau dia melawan lepas tu kalah,dia rela tanganya dipotong."

"Sampai macam tu sekali?" Aku bertanya.

Emak aku mengangguk.

Malam itu,untuk kali yang pertama semenjak beberapa lama,aku berasa bangga menjadi anak kepada ayahku.Dengan perasaan banga itulah semasa AJK-AJK ayahku itu hendak balik kira-kira pukul satu pagi itu,aku keluar bersalam dengan mereka seorang demi seorang.Time tu entah kenapa aku betul-betul terasa macam anak orang besar dan ternama.

usinkata;...adoiii penat la...tunggu sambungan 3.0: Langkah Ketiga yang merupakan langkah terakhir...

Travellog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik

Posted: 25 Jan 2012 07:44 AM PST


Travellog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik ini menceritaka liku-liku perjalanan bagaimana seorang yg pada mulanya "No Body" akhirnya menjadi "Somebody" didalam arus politik di negara Malaysia ini..jom layan...- usinwafer


1.0; Langkah Pertama


My Dad My Hero


From "Zero" To Be A "Hero"


Aku sampai di simpang masuk ke kampung kurang seminit pukul sebelas tiga puluh minit malam.Terkejut besar aku bila dari jauh lagi aku ternampak cahaya lampu di rumahku terang benderang.

Apa yang terjadi?

Dadaku berdebar.Jantungku segera bergetar.Kalau mengikut sejarahnya,sejak tahun -tahun kebelakangan ini lampu dirumah aku tidak pernah terang begitu sehingga lewat malam kecuali jika ada kenduri-kendara atau sakit demam.Dalam keadaan biasa lampu-lampu itu akan padam sekitar pukul sepuluh tiga puluh minit malam.Kalau terpasang pun cuma lampu di ruang tamu,tempat di mana ayah dan adik bongsuku bertapa di hadapan televisyen.Idea menutup lampu awal itu sebenarnya diasaskan oleh emakku sendiri.Alasan yang emak bagi ialah dia tidak larat hendak membancuh kopi.

"Dulu ,masa rumah kita cerah sampai lewat malam mak nak tidur pun tak senang.Ada-ada aja kawan ayah kau datang bertandang.Asal tutup kedai kopi kat simpang itu,hah rumah kitalah jadi tempat mereka bergebang ." Begitu kata emak sewaktu aku bertanya mengenai perubahan peraturan itu suatu ketika dahulu.

Tetapi kenapa malam ini keadaanya berbeza?Kenapa lampu-lampu itu tidak dipadamkan seperti sepatutnya?Adakah kerana ada kenduri-kendara atau kerana sesiapa yang sakit demam?

Aku betul-betul tidak sedap hati.Terasa ringan sahaja jari-jemari aku hendak call ke rumah dan bertanya apa yang terjadi.Tetapi mengenangkan jarak aku dengan rmah ketika itu tidak sampai seratus meter, maka niat bodoh itu aku batalkan.Malaslah aku hendak menolong tauke syarikat telefon yang talianya kesewa itu.Dia pun bukan baik sangat dengan aku.Pantang aku lambat bayar bil,gerenti potong.

Sampai dirumah aku semakin berdebar.Aku lihat dihalaman da tepi rumah terdapat berbuah-buah motosikal.Macam-macam jenis,tetapi kebanyakanya sudah tidak berjenis.Maklumlah motosikal orang kampung.Ada tayar dengan enjin dikira sudah cukup baiklah tu.

Ketibaan keretaku ke halaman rumah itu menarik perhatian orang di dalam rumah.Ada yang keluar menjengah di pintu dan ada juga yang sekadar mengintai dari celah-celah tingkap.
Ayahku keluar menyambutku.Berkerut dahi aku dibuatnya bila mendapati dia berkot diluar kemeja T cap Pagoda.Mujurlah dia cuma berkain pelekat.Dibuatnya dia pakai seluar kelabu yang sedondon dengan kot itu,sudah tentu aku sangka dia demam panas.Yalah,setahu aku dia tidak pernah berpakaian sedemikian,apatah lagi pada waktu malam begitu.Seingat-ingat aku,kot kelabu itu pun baru sekali dipakainya iaitu pada hari konvokesyenku dahulu.Masa itu dia memang cukup bergaya sakan.Mak aku sendiri kata,nampak macam tauke tembakau jawa,

"Ramai orang dalam rumah tu,ayah.Apa halnya? " Tanyaku selepas bersalam dengan ayah.Aku dapat merasakan ada kelainan pada cara ayahku bersalam malam itu.Susahlah aku hendak cakap,tapi realitinya memang lain.

"Ada mesyauarat"

Mensyuarat? Aku tergelak dalam hati.Teruklah emak aku.Nampak gayanya ayah aku sudah mula angkut kawan-kawan kedai kopinya datang bergebang di rumah semula.

"Mesyuarat apa?" aku sengaja bertanya walaupun aku dapat mengagak jawapanya.
Tetapi agakanku itu rupa-rupanya salah.Sangkaan bahawa ayah aku akan menjawab ,"Saja kami bermesyuarat kosong..." langsung tidak menjadi kenyataan.Sebaliknya kata ayahku, "Mesyuarat jawatankuasa parti.."

Aku macam hendak pitam.terkejut sungguh aku mendengar jawapan itu.Kalau dia bukan ayah aku,mahu rasanya aku ulangi soalan tadi lima enam kali supaya jawapanya pun dapat kedengar lima enam kali juga.Bukan apa,aku cuma hendak memastikan apa yang aku dengar itu betul dan tepat.

Mesyuarat jawatankuasa part? Huh,dia bukan ayahku,sure aku akan kata dia cuma buat lawak.Mana pernah ada dalam sejarah orang bermesyuarat tentang parti di rumahku?Kalau mensyuarat hendak main orkes ghazal parti itu adalah.Itu pun lama dahulu,masa aku masih budak-budak.

"Ayah sekarang ni dah dipilih menjadi ketua parti cawangan kampung kita."Beritahu ayah tanpa ditanya.Aku nyaris-nyaris pitam bagi kali kedua.Ayah aku jadi ketua cawangan parti?Ayah aku?My dad?Oh no..bermimpikah aku ini?

"Tu yang dalam rumah tue semunya AJK ayahlah tu.."

Ayah aku ada AJK?Ayah aku?My dad? Isssyyy.payahnya aku hendak percaya!

Tapi realiti tetap realiti.Aku tahu ayah aku.Aku kenal dia.Mungkin cakapnya kadangkala lebih sikit,tetapi yang sah dia tidak akan berbohong.Semua orang kampung tahu hakkat itu.Semua orang percaya kepadanya.Kalau ada pun yang tidak berapa percaya hanya emak aku.Kenapa dan mengapa aku pun tidak tahu.

Dalam soal dilantik menjadi ketua parti cawangan kampung kami itu pun aku cukup yakin ayak aku berkata benar.Dan bertitik tolak daripada keyakinan itu tahu jugalah aku kenapa malam itu pakai kot dan cara bersalamnya pula lain macam benar.Rupa-rupanya kawan sudah ada "pangkat"!

"Habis tu Pak Haji seman macam mana?' tanyaku

"Dia kalah"Dalam tempias lampu di halaman itu aku dapat merasakan betapa kembangnya hidung ayahku ketika itu.

Haji Seman kalah?Orang yang sudah berbelas tahun jadi ketua cawangan itu kalah?Orang yang mengalahkanya pula ayah aku?My dad? Oh pelik!Pelik!

Siapa yang tidak kenal Haji Seman.Kalau dia lalu kucing tak berani mengiau,anjing pun tidak berani menyalak.Dari waktu aku budak-budak lagi namanya sudah tersohor sebagai pemimpin yangdisegani dikampung kami.Dia mewarisi bakat dan kemudian kedudukan daripada bapanya Cikgu Mat Darus Biola.

Sepanjang sejarah penubuhan cawangan parti di kampung itu,kerusi ketua cuma diduduki oleh kedua-dua beranak itu.Mula-mula oleh Cikgu Mat Darus yang digelar cikgu kerana masa muda-mudanya dia mengajar orang bernasyid dan kemudian oleh anaknya Haji Seman.Orang lain jangan kata hendak merasa,hendak berangan menduduki kerusi itu pun tidak mungkin mampu.
Haji Seman kaya.Haji Seman banyak duit.Haji Seman kenal ramai orang besar.Haji Seman pandai main politik.Semua kenyataan itu menjadi sebahagian daripada sebab kenapa kedudukan Haji Seman tidak pernah diusik oleh sesiapa.Orang tidak hanya segan kepadanya,malah orang turut berasa takut.

Dahulu ada sekali kerusi Haji Seman dicabar.Pencabarnya ialah Pak Ali Panjang,bekas rakan konsinya dalam perniagaan Kilang Beras Sri Padi iaitu klang beras tunggal di kampung kami dan kawasan sekitarnya.

Pak Ali Panjang pun kalau hendak dikira termasuk kategori orang kaya.Mampu pakai Mercedes lama macam Haji Seman juga.Pengaruh pun boleh tahan.Banyak kenal orang berpangkat dan orang besar-besar.Tetapi bila pemilihan dibuat,Haji Seman menang besar,Pak Ali Panjang pula malu besar.Haji Seman dapat seratus lima puluh undi,Pak Ali Panjang dapat lima undi.

Tidak lama selepas kekalahan itu,Pak Ali Panjang kerap menghilangkan diri dari kampung.Selepas itu dengar cerita dia sudah kawin baru.Lepas itu dengar pula cerita dia sudah pindah ke kampung halaman bini mudanya.Selepas itu tidak ada sebarang berita lagi mengenai dirinya.Pada Mak Siah bini tuanya,tiada siapa berani bertanya.Takut dia mengamuk sebab masa muda-muda Mak Siah itu pernah gila merian.

Ayah aku berjaya menewaskan orang yang gagal ditewaskan oleh Pak Ali Panjang.Apa yang ayah aku ada? Duit? Jangan kata hendak cari beratus ribu,hendak korek beratus ringgit daripadanya pun aku rasa payah nak dapat.Harta? Sedikit sawah,sedikit kebun getah,sedikit dusun,sedikit lembu kerbau dan sedikit tapak rumah itu ada la.Tetapi kalau dihimpunkan kesemuanya sekalipun aku rasa nilainya tidak sampai satu per beberapa puluh harta Haji Seman.

Haji Seman ada kilang beras,ayah aku,beras pun kena beli di kedai.Haji Seman ada permit lori,ayah aku cuma ada permit bela tekukur api.(cek perlu permit ke tidak).Mercedes? Hehehe..lesen memandu pun ayah aku tidak ada.Dahulu dia memang pernah masuk sekolah memandu.Beria-ia dia hendak ambil lesen kereta.Maka aku pun menawarkan diri untuk jadi sponsornya.Tetapi baru tiga kali pergi belajar,dia sudah mula hendak menampar pengajar sekolah memandu itu.Puncanya aku tidak tahu,tetapi dengar orang kata,ayah aku marah sebab kawan itu asyik hendak tunjuk dia cara pegang stereng.Semenjak peristiwa itu ayah aku tidak pernah bercakap lagi tentang lesen.

Setakat yang aku tahu,ayah aku jua tidak ada contact dengan mana-mana orang besar.Kalau ada pun jumlahnya tidak sebanyak mana.dan standardnya pula tidak setinggi mana.Lebih-lebih,setakat wakil rakyat kawasan kami.

Ilmu politik? Heh,ilmu tampal poster ada la.Memang itu sahaja kerja yang aku rasa dia biasa dan ska buat.Selain daripada itu kalau bab pakai T-shirt berlambangkan parti atau pergi dengar ceramah,dia memang boleh diharap.Hendak lebih dari itu aku tidak jamin.Malah masa pilihanraya umum dahulu pun aku tidak perasan masa mana dia keluar mengundi.Bila aku tanya ,dia kata hendak mengundi pada sebelah petang,bila emak aku tanya pula,dia kata sudah mengundi pada sebelah pagi.

Kalau ada pun satu-satunya kebolehan lain yang agak menyerlah pada ayahku ialah dia mahir mengulas isu-isu semasa.Dalam bab itulah aku memang kagum pada dia.Pengetahuan am ayah aku memang boleh dianggap hebat danluar biasa.Dia mungkin tidak tahu tarikh lahir aku dan tidak ingat tarikh lahirnya sendiri,tetapi dia cukup ingat tarikh lahir mendiang Puteri Diana dan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

Kelebihan luar biasa itu memang tidak datang sendiri.Ia berpunca daripada kerajinan ayahku membaca.Ya,dia jenis manusia yang menjadi ulat dengan apa sahaja yang ada huruf.Kalau dia mlua pegang surat khabar,jawabnya penatlah orang lain hendak menunggu giliran membaca surat khabar yang sama.Dia akan membelek dan membaca apa sahaja,dari berita tentang politik negara sehinggalah berita kecil tentang ahli sukan ponteng latihan.

Dengan sedikit kelebihan dan begitu banyak kekurangan itu,bagaimanakah ayah aku boleh mengalahkan Haji Seman?

usinkata;..bersambung ke Langkah Kedua: Travellog Seorang Ketua Cawangan Parti Politik ..yang akan menceritakan bagaimana politik "Mentimun" boleh menumbangkan "Durian".

Tiada ulasan: