RAKYAT MARHAEN |
- Adab Berjamaah Umpama Solat - Presiden PAS
- Bolehkah Isteri Jadi BIDADARI Syurga ? - Ustaz Azhar Idrus
- Bekas perunding NFCorp hadapi 2 tuduhan baru
- Himpunan Hijau 2.0 besar-besaran protes Lynas pada 26 Feb diKuantan.
- PAS: ‘Lupakan Hasan Ali, fokus PRU-13’
- Syed Husin saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta
- Nik Nazmi: Autonomi untuk universti mesti merangkumi pemansuhan AUKU
- Fears still linger over Lynas plant
- Najib perlu dahului menteri isytihar harta – Jui Meng
- 'Jangan kurang ajar': Police are public servants, please behave like one
- Sekat bantuan pengajian agama untuk kurangkan ulama
- Wang BR1M terus menjadi pertikaian
- Lynas mahu buang sisa dibuang di pulau
- Hukum Tak Bayar ZAKAT - Ustaz Azhar Idrus
- Pergi HAJI Tapi Perangai Tak Berubah - Ustaz Azhar Idrus
- Cara KHUSYUK Salam Solat - Ustaz Azhar Idrus
- Tutup PURDAH Semasa Berdoa - Ustaz Azhar Idrus
- Beri SUSU Dada Tanpa Izin SUAMI - Ustaz Azhar Idrus
- Dr Shafie: Urusan agama lebih lancar di bawah MB
- PRU13 : PAS mahu 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah
- Media baru benteng pertahanan kerajaan Pakatan
- Why the need for a para-military group like RELA? Why continue to give them guns?
- Usaha KTS boleh jejas imej Nabi
- Benarkan Golongan Pengurusan Berkesatuan. Cuepac Bukan Wakili Semua.
- Manifesto Pakatan NS berdepan PRU 13
Adab Berjamaah Umpama Solat - Presiden PAS Posted: 26 Jan 2012 08:56 PM PST |
Bolehkah Isteri Jadi BIDADARI Syurga ? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 26 Jan 2012 08:47 PM PST |
Bekas perunding NFCorp hadapi 2 tuduhan baru Posted: 26 Jan 2012 08:41 PM PST Biarpun masih terlantar di hospital, prosiding ke atas bapa kepada empat anak itu diteruskan dengan kehadiran majistret ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Shamsubahrin, 46, mengaku tidak bersalah menipu seorang pemandu teksi Limat Jonit, 57, untuk membuat pelaburan bernilai RM90,000 dalam syarikat yang diketahuinya tidak wujud. |
Himpunan Hijau 2.0 besar-besaran protes Lynas pada 26 Feb diKuantan. Posted: 26 Jan 2012 08:39 PM PST KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menyokong penuh Himpunan Hijau 2.0, yang akan diadakan akhir bulan depan, sebagai tanda sokongan kepada bantahan pembinaan loji nadir bumi Lynas dekat Kuantan. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan mengerahkan semua ahli dan penyokong berhimpun pada hari itu kerana isu ini melibatkan kepentingan awam. "Ini bukan soal pembangkang atau kerajaan, ini soal keselesaan bersama demi masa depan anak cucu kita, maka kita akan sokong," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Himpunan Hijau 2.0 akan diadakan pada 26 Februari di Padang Majlis Perbandaran Kuantan bermula jam 10 pagi hingga 11.30 pagi. |
PAS: ‘Lupakan Hasan Ali, fokus PRU-13’ Posted: 26 Jan 2012 08:30 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan. "Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita. "Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider. Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti. Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >> |
Syed Husin saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta Posted: 26 Jan 2012 08:28 PM PST KUALA LUMPUR 27 Jan: Mantan Timbalan Presiden KEADILAN, Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. Syed Husin yang juga Senator di Dewan Negara itu juga menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh. Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk 'Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin'. Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku 'Memoir Perjuangan Politik' yang ditulis beliau. Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan. Read More / Baca Lagi >> |
Nik Nazmi: Autonomi untuk universti mesti merangkumi pemansuhan AUKU Posted: 26 Jan 2012 08:25 PM PST Semalam Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan bahawa lima Institusi Pengajian Tinggi Awam - Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia and Universiti Teknologi Malaysia – akan diberikan autonomi. Walaubagaimanapun langkah ini tidak bermakna sekiranya Akta Universiti dan Kolej Universiti yang mencengkam kebebasan universiti masih berkuatkuasa. Selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik. Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini. Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya keputusan UKM 4 yang membuatkan pihak kerajaan menerima hujah ini. |
Fears still linger over Lynas plant Posted: 26 Jan 2012 08:24 PM PST Corporation's 300-page application permit reinforces fears that the RM2.5-billion plant would spell doom for Kuantan residents PETALING JAYA: Two independent experts are standing by their initial apprehension of Lynas Corporation's rare earth plant in Gebeng even after reviewing its lengthy application permit.Epidemiologist, Professor Chan Chee Khoon, and chemical engineer, Professor Tan Ka Khang, both said that Lynas' 300-page document reinforced their fears that the RM2.5-billion plant would spell doom for Kuantan residents. According to Chan, the main issue of Lynas' vague waste management plan remained hanging in the air and the Australian mining giant was still looking into recycling the residue into gypsum boards. Read More / Baca Lagi >> |
Najib perlu dahului menteri isytihar harta – Jui Meng Posted: 26 Jan 2012 08:07 PM PST KUALA LUMPUR 27 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mendahului menteri kabinet lain bagi mengisytihar harta beliau ekoran perbelanjaan mewah yang ditunjukkan isterinya, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng. Jui Meng diminta mengulas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mewajibkan menteri kabinet dan ahli keluarga mereka mengisytiharkan harta kepada badan itu. Beliau turut mengaitkan perbelanjaan Datin Seri Rosmah Mansor sebanyak RM$100,000 (RM325,000) semasa bercuti di Australia, seperti dilapor akhbar The Sydney Morning Herald, baru-baru ini. "Sebab itu perdana menteri perlu mendahului menteri lain bagi mengisytiharkan harta beliau, isteri dan anak-anaknya. "Kita minta supaya pengisytiharan harta perdana menteri dibuat kepada umum, jangan dikecualikan. Ini kerana beliau memberitahu kepada rakyat untuk mewujudkan kerajaan yang bersih. "Kalau berani, Najib perlu isytiharkan harta dan buktikan apa yang dikatakan. Ini satu cabaran kepada beliau," katanya kepada keadilandaily. Read More / Baca Lagi >> |
'Jangan kurang ajar': Police are public servants, please behave like one Posted: 26 Jan 2012 08:06 PM PST If your answer is Barisan Nasional (BN) or Prime Minister Najib Abdul Razak, you are wrong on all counts. And you, like the Inspector-General of Police (IGP) and his men, should all go back to primary school and study the basics to understand the laws of the country and to respect them. What am I talking about? Well, I took my father to lodge an accident report at the traffic police department in Penang's Datuk Keramat police station on Jan 26. I could not help notice at the reception counter, hung on the wall, appropriately, are the photographs of our Yang di-Pertuan Agong and his consort. Next to the King is the photograph of Prime Minister Najib Abdul Razak. All fine and good to show our respect to our King, Queen and prime minister. Read More / Baca Lagi >> |
Sekat bantuan pengajian agama untuk kurangkan ulama Posted: 26 Jan 2012 08:05 PM PST DUNGUN, 27 Jan: Tindakan kerajaan Umno Terengganu menyekat bantuan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang pengajian agama adalah sebenarnya mahu menyekat kelahiran ulama. Read More / Baca Lagi >>Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah (gambar) berkata, ketiadaan ulamak akan menyebabkan rakyat jahil dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Terengganu yang tidak lagi sedia memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang mahu mengambil jurusan agama di luar negara khasnya ke timur tengah. |
Wang BR1M terus menjadi pertikaian Posted: 26 Jan 2012 08:03 PM PST MIRI, 27 Jan: Isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 yang sepatutnya diterima oleh mereka yang layak terus menjadi pertikaian ramai. Read More / Baca Lagi >>Ramai antara mereka yang layak tidak menerima kerana pelbagai masalah yang dihadapi mereka. Antaranya berlaku dekat Miri ini. "Kita mendapat aduan dari orang ramai yang mengatakan cara pengagihan wang tersebut seolah-olah ada unsur-unsur politik dimana mereka yang sepatutnya layak tidak dapat menerima bantuan tersebut dengan berbagai-bagai alasan diberi," kata Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee (gambar bawah). |
Lynas mahu buang sisa dibuang di pulau Posted: 26 Jan 2012 08:02 PM PST Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang. Read More / Baca Lagi >> |
Hukum Tak Bayar ZAKAT - Ustaz Azhar Idrus Posted: 26 Jan 2012 07:43 PM PST |
Pergi HAJI Tapi Perangai Tak Berubah - Ustaz Azhar Idrus Posted: 26 Jan 2012 07:42 PM PST |
Cara KHUSYUK Salam Solat - Ustaz Azhar Idrus Posted: 26 Jan 2012 07:41 PM PST |
Tutup PURDAH Semasa Berdoa - Ustaz Azhar Idrus Posted: 26 Jan 2012 07:41 PM PST |
Beri SUSU Dada Tanpa Izin SUAMI - Ustaz Azhar Idrus Posted: 26 Jan 2012 07:40 PM PST |
Dr Shafie: Urusan agama lebih lancar di bawah MB Posted: 26 Jan 2012 07:39 PM PST |
PRU13 : PAS mahu 12 kerusi Sarawak, 9 Sabah Posted: 26 Jan 2012 07:38 PM PST KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Read More / Baca Lagi >>Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. "Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily. |
Media baru benteng pertahanan kerajaan Pakatan Posted: 26 Jan 2012 07:34 PM PST SHAH ALAM: Lajnah ICT bersama Lajnah Penerangan PAS Selangor berjaya menghimpunkan 100 petugas bagi membincangkan agenda media baru sebagai benteng pertahanan kerajaan Pakat an Rakyat di negeri termaju itu dalam pilihan raya umum ke-13, pada 14 Januari lalu. Program sehari itu dirasmikan Iskandar Abd Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, manakala majlis penutup disempurnakan Suhaimi Embong, Pengarah Jabat an IT Pas Pusat. Iskandar, yang juga Exco Keraja an Negeri Selangor berkata, Pakat an Rakyat bukan sahaja perlu memanfaatkan sepenuhnya me dia-media baru seperti laman web, blog, Facebook, Twitter, SMS dan sebagainya, malah harus mengemaskininya dengan persembahan menarik dan mampu mempengaruhi khalayak. Read More / Baca Lagi >> |
Why the need for a para-military group like RELA? Why continue to give them guns? Posted: 26 Jan 2012 07:33 PM PST The RM6.56 million high-tech virtual shooting range set up at the Rakan Muda Complex recently is nothing more than an overpriced game machine that panders to the trigger-happy fingers of 16-year-old volunteers of the Rela Youth cadets. Money, that is otherwise better spent elsewhere, is instead pumped into a system that hopes to "foster youth interest in security and public order issues through the activity of shooting". Home Minister Hishammuddin Hussein said he hoped trainees would be able to better understand the pressures of being a policeman when faced with a life-or-death scenario. "Maybe the youths will see how difficult it is for the authorities to carry out their duties when faced with certain situations so they won't easily point fingers and accuse the police in certain cases," he told reporters after visiting the centre. |
Usaha KTS boleh jejas imej Nabi Posted: 26 Jan 2012 07:31 PM PST IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyoal siasat lima puluh orang ahli Kelab Taat Suami (KTS) ketika mahu melancarkan kempen 'Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam' di sebuah banglo mewah. "Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan," kata Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin. Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad. "Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan." KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini. |
Benarkan Golongan Pengurusan Berkesatuan. Cuepac Bukan Wakili Semua. Posted: 26 Jan 2012 07:28 PM PST Oleh: umnopenipu "Sudah ramai rakyat Malaysia yang waras menyedari akan kebobrokan dan jenayah UMNO/BN menipu rakyat dan merompak harta negara. Dalam masa yang sama, mereka memperalatkan golongan berpendidikan rendah untuk menjalankan agenda jahat mereka ke atas rakyat. Para Ketua Kampong atau JKKK dilantik untuk misi ini. Mereka ini (majority) adalah samseng kampong UMNO/BN yang 'ber IQ' rendah dan senang diperbodohkan. Mereka ditugaskan untuk menghapuskan musuh UMNO dan menjadi virus yang memecahbelahkan orang Islam dan Melayu. JKKK ini juga berfungsi untuk memastikan bantuan kerajaan kepada orang miskin dinikmati secara eksklusifnya oleh orang-orang UMNO dan pak-kadok, pak-kadok mereka. Dalam masa yang sama mereka menggunakan peruntukan bantuan kerajaan sebagai senjata merasuah dan mengugut rakyat agar mengundi BN. Read More / Baca Lagi >> |
Manifesto Pakatan NS berdepan PRU 13 Posted: 26 Jan 2012 07:09 PM PST Manifesto yang mempunyai sembilan elemen (tonggak) itu diberi nama "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan. Manifesto tersebut dilancarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Manifesto yang mempunyai sembilan elemen (tonggak) itu diberi nama "Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" – Tonggak Nan Sembilan. Sembilan adalah angka sinonim dengan nama Negeri Sembilan itu sendiri yang terbentuk daripada sembilan daerah pada satu ketika dahulu. Nan pula bermaksud 'yang' dalam loghat Negeri Sembilan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan