MIMPI SENJA |
| Penangguhan pelaksanaan cukai 6% hanya untuk PRU 13? Posted: 12 Sep 2011 08:39 AM PDT Mohd Rafizi Ramli | Sep 12, 2011 Walaupun saya berasa lega dengan pengumuman syarikat telekomunikasi bahawa kenaikan harga prabayar akibat cukai 6% akan ditangguhkan, kita juga perlu berhati-hati dengan pengumuman ini. Adakah ini bermakna penangguhan ini hanyalah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 dipanggil untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri? Saya juga tetap berpendapat bahawa cara Najib Razak menangani kemarahan rakyat akibat kenaikan harga tersebut memberi isyarat yang salah kepada golongan niagawan. Ketika ini, saya pasti banyak syarikat lain yang turut menjalankan amanah mengenakan cukai perkhidmatan mengikut undang-undang akan mula merasa bimbang kalau-kalau mereka mendapat panggilan dari Pejabat Perdana Menteri meminta mereka menanggung cukai tersebut. Najib Razak mempunyai peluang untuk memperbaiki imejnya sekiranya beliau ada keberanian untuk mengumumkan pengecualian khidmat telekomunikasi prabayar yang digunakan oleh majoriti golongan berpendapatan rendah dan orang muda dari dikenakan cukai perkhidmatan 6%. Ini akan membawa kepada penurunan kos telekomunikasi yang lebih kekal dan menyumbang mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat. Dengan pengecualian cukai perkhidmatan 6% itu, syarikat telekomunikasi tidak ada pilihan lain kecuali menurunkan tarif panggilan bagi pengguna prabayar, kerana struktur kos panggilan prabayar selama ini sudah mengambil kira cukai perkhidmatan yang perlu ditanggung rakyat. Perdana Menteri tidak perlu menunggu keputusan dari satu lagi makmal yang dikelolakan oleh PEMANDU yang menelan belanja besar, untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Beliau hanya perlu menggunakan sedikit kebijaksanaan orang kebanyakan dan ini boleh dilakukan dengan mengecualikan khidmat telekomunikasi prabayar dari cukai perkhidmatan. Penangguhan kenaikan kos prabayar ini adalah satu lagi bukti kuasa rakyat yang ditunjukkan oleh rakyat kebanyakan apabila ada proses timbang tara di dalam negara. Kehadiran Pakatan Rakyat yang berpengaruh di dalam Dewan Rakyat telah menguatkan suara rakyat menekan kerajaan dan merubah banyak dasar dan tindakan kerajaan yang salah sejak tahun 2008. *Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kiri) selaku Pengarah Strategi PKR. |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











"Lagu ini sebagai pemberitahuan kepada masyarakat untuk daftar sebagai pengundi dan menggalakkan rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Turut disenaraikan ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.



FAKTA
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merasa cukup kesal apabila dikatakan telah mengecap nikmat KEMERDEKAAN selama 54 tahun, kini muncul pernyataan daripada orang yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai seorang yang arif dalam bidang sejarah negara menegaskan bahawa Negara Malaysia selama ini tidak pernah dijajah oleh pihak British melainkan hanya dinaungi oleh kuasa besar tersebut. Inilah sebabnya mengapa UMNO/BN begitu takut apabila diminta supaya sejarah negara ini dikaji semula kerana rakyat akan dapat mengetahui penipuan dan penyelewengan fakta berkenaan sejarah Malaysia yang telah ditutup oleh mereka selama ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menyelar dan mengutuk sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN kerana selama ini telah menipu dan memutarbelitkan fakta sejarah negara kepada seluruh rakyat Malaysia semata-mata untuk mereka mengekalkan kuasa pemerintahan yang ada.
san, Berita Harian, RTM dan TV3, maka isuisu yang agak kontroversi mudah memerangkap PAS.
ad Sabu dan mempertahankan para anggota polis dan orang kampung yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, 61 tahun yang lalu.



KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut 'selera' Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 13 Sept ─ Malaysia Airlines (MAS) yang berhadapan dengan masalah kerugian memilih veteran korporat Ahmad Jauhari Yahya sebagai ketua eksekutif barunya bagi memberi suntikan ke atas syarikat penerbangan kebangsaan ini dan menjelang pelancaran pesawat ekspres yang terbaru, Sapphire pada November ini.





