Isnin, 12 September 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Robert Pattinson Datang Menemani Tidurku

Posted: 12 Sep 2011 05:48 PM PDT


Semua pembaca lama mesti tahu yang aku ada "guy crush" dengan Robert Pattinson.Semalam sebelum tidur,aku pun melayan filem "Remember Me" lakonan Rob (nama manja aku berikan kepada hero Twilight itu)

Sehinggakan aku termimpi mengenai Rob.

Dalam mimpi itu aku dan dia adalah kawan baik.Aku dan dia berjalan-jalan di taman,aku dan dia berborak-borak dan berbual mengenai macam-macam. Aku rasa ada kitorang gi shopping sekali kat kedai runcit. Anehnya,Robert Pattinson dalam mimpi aku pandai berbahasa Melayu.Mungkin itu terjadi kerana aku adalah seorang penyokong penuh PPSMI dihapuskan di sekolah rendah.

Agak lega bila aku terjaga kerana tidak terjadi apa-apa adegan hangat antara aku dan Rob dalam mimpi aku. Bagaimanakah perasaan aku kalau aku mimpi aku berpegangan tangan dengan Rob? Nasib baik tak terjadi dan kami berdua dalam mimpi aku tau sempadan pergaulan masing-masing.

Duduk bersendirian menunggu isteri habis cuti bersalin kat kampung memang sesuatu pengalaman yang agak lonely dan pelik-pelik. Kaum isteri, jangan dibiarkan suami anda berseorangan lama-lama.

Tiada ulasan: