RAKYAT MARHAEN |
- Ada profesor ‘juling sejarah’ – pensyarah
- Video : Seluruh negeri akan adakan Konvensyen Negara Berkebajikan
- Video : Libya's new leader calls for civil state
- Video: Gadhafi Son Thought to Be in Niger
- Chandra Muzaffar: Malaysia secara ‘de facto’ dijajah British, sebab itu merdeka dituntut
- Ilmuwan anjur Wacana Merdeka 16 Sept di Kuala Terengganu.
- Diluluskan pada bajet 2011 : Caj 6% prabayar, kerajaan berdrama lagi
- Mana filem 8 orang askar mati pertahan kedaulatan Malaysia?
- Di Bongkar Lagi Sejarah Tanah Melayu Yg Di Tipu Penjajah
- Malaysia : Sejarah Yang Mengelirukan
- Isu kemerdekaan: Dedahkan tembelang Umno
- Umno bela pejuang kemerdekaan?
- Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan
- Khazanah dari Bukit Larut
- PRU 13 : Sekutu Umno tercari-cari kerusi untuk bertanding
- Klip Lingam: Penemuan suruhanjaya diraja tidak boleh disemak
- Jins: Saya tak buat filem Bukit Kepong ikut ‘selera’ Umno
- Sumber: Ahmad Jauhari dilantik Pengarah Urusan MAS
- We were a British colony: A response to Zainal Kling
- Egyptians fear attack may set back reform
- Official arrogance will bring Najib down
- Isu dijajah: Umno dibayangi sindrom penafian, kata pakar
- 2 mega deals, Nazir Razak and the Umno elite's rush to cash out
- Peniaga Cina tak puas hati subsidi dipotong....ia sebabkan inflasi yang tinggi..!!
- 'Calon boleh menang' akan timbulkan masalah...kata Presiden Malaysia..!!!
Ada profesor ‘juling sejarah’ – pensyarah Posted: 12 Sep 2011 09:19 PM PDT KOTA BHARU, 13 Sept: Kenyataan Majlis Profesor Negara kononnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi British disifatkan tokoh sejarah dari Universiti Malaya sebagai 'juling sejarah'. "Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begitu," kata Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar. Menurutnya sejarah kalau tidak dinilai semula hanya akan diboloti pihak-pihak tertentu sahaja. "Saya masih ingat kata-kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail meminta dinilai golongan kiri yang turut berjuang menuntut kemerdekaan," katanya pada forum rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV malam tadi. Read More / Baca Lagi >> |
Video : Seluruh negeri akan adakan Konvensyen Negara Berkebajikan Posted: 12 Sep 2011 09:06 PM PDT |
Video : Libya's new leader calls for civil state Posted: 12 Sep 2011 09:03 PM PDT |
Video: Gadhafi Son Thought to Be in Niger Posted: 12 Sep 2011 09:02 PM PDT |
Chandra Muzaffar: Malaysia secara ‘de facto’ dijajah British, sebab itu merdeka dituntut Posted: 12 Sep 2011 09:01 PM PDT Secara realiti, kata beliau, negeri-negeri Tanah Melayu telah berhadapan dengan segala bentuk ketidakadilan yang ada kaitan dengan pemerintahan penjajah. "Disebabkan wujudnya penjajahan 'de facto', Umno pada tahun 1950-an dan Parti Kebangsaan Melayu sejak 1940-an telah menggerakkan perjuangan kemerdekaan daripada British. "Mereka (pihak yang mendakwa tidak ada penjajahan) memfokus kepada isu — berbanding bentuk pemerintahan British," kata Chandra (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. Pengerusi Yayasan 1 Malaysia ini mengulas pandangan dua profesor mengenai polemik sama ada negara ini dijajah oleh British ataupun sebagainya. Read More / Baca Lagi >> |
Ilmuwan anjur Wacana Merdeka 16 Sept di Kuala Terengganu. Posted: 12 Sep 2011 08:59 PM PDT KUALA TERENGGANU, 13 Sept: Satu Wacana Kemederakaan dijangka akan dianjurkan oleh Ikatan Ilmuwan Nasional (Ilmuwan) pada 16 September bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-54. Menurut pengarah program, Sheikh Mohd Hanafi Abdul Aziz, program selepas soolat Maghrib di Masjid Pengadang Baru itu akan melibatkan dua ahli panel dari Universiti Kebangsaan Malaysia, iaitu pakar dalam bidang sejarah, Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusof, yang juga Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) dan pakar dalam bidang dakwah, Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir yang merupakan Timbalan Presiden Ilmuwan. Katanya, seorang lagi ahli panel dari Persatuan Ulama Malaysia, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang akan membincangkan tajuk 'Benarkah Negara Tak Pernah Dijajah?' akan dimoderatorkan oleh Setiausaha Perantau, Mohd Shuhaimi Al-Maniri. Read More / Baca Lagi >> |
Diluluskan pada bajet 2011 : Caj 6% prabayar, kerajaan berdrama lagi Posted: 12 Sep 2011 08:54 PM PDT Akhbar utama pro-Umno, Utusan Malaysia menjadikan tajuk kejayaan penanguhan pelaksanaan caj itu di muka hadapan, dengan berita lanjut yang memberi gambaran positif kepada kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Umno dan penyokong termasuk beberapa kumpulan dan blog memperlihatkan penentangan terhadap rancangan itu sejak mula diumumkan minggu lalu. Menteri dari parti pemerintah itu turut mempersoalkan caj itu secara terbuka sejurus cadangan itu diumumkan. Utusan Malaysia juga meletakkan tajuk Bantah Caj 6% Prabayar di muka hadapan pada keluaran 9 September lalu, memberi gambaran pendirian Umno dan kerajaan. Read More / Baca Lagi >> |
Mana filem 8 orang askar mati pertahan kedaulatan Malaysia? Posted: 12 Sep 2011 08:53 PM PDT Oleh: rozmal "Sepatutnya sempena Hari Malaysia yang diperingati sempena pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 disiarkan filem sejarah keberanian Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia di Sabah. Dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah pada 29 Dis 1963 , seramai 8 orang anggota 3 RAMD telah terkorban mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru dibentuk. Bagaimanakan nasib waris mangsa serangan Kem Kalabakan ketika ini? Tiada bajetkah untuk membuat filem Pertempuran Kalabakan agar generasi kini dapat menghargai pejuang negara khususnya Askar Melayu yang berkorban mempertahankan negara ini dari dijajah oleh komunis dan tentera asing? Read More / Baca Lagi >> |
Di Bongkar Lagi Sejarah Tanah Melayu Yg Di Tipu Penjajah Posted: 12 Sep 2011 08:51 PM PDT "FAKTA NAMA ASAL : SEMENANJUNG MELAKA NAMA DIBERIKAN PENJAJAH : TANAH MELAYU/MALAYSIA AGAMA RASMI : ISLAM KHALIFAH ISLAM SEMENANJUNG MELAKA TERAKHIR : TUANKU LONG JAAFAR (MATI DIBUNUH) ANAK KEPADA PANGLIMA BUKIT GANTANG-SULTAN ALAUDIN RIAYAT SYAH. KETURUNAN SULTAN MUZAFFAR SYAH 1(GELARAN MERONG MAHAWANGSA-CUCUNDA MAHARAJA SAI TEE SUNG DARI DINASTI TANG YG DIISLAMKAN SAAD IBNU WAQAS PADA 650MASIHI) Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia : Sejarah Yang Mengelirukan Posted: 12 Sep 2011 08:49 PM PDT Oleh MOHD SANY BIN HAMZAN Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merasa cukup kesal apabila dikatakan telah mengecap nikmat KEMERDEKAAN selama 54 tahun, kini muncul pernyataan daripada orang yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai seorang yang arif dalam bidang sejarah negara menegaskan bahawa Negara Malaysia selama ini tidak pernah dijajah oleh pihak British melainkan hanya dinaungi oleh kuasa besar tersebut. Inilah sebabnya mengapa UMNO/BN begitu takut apabila diminta supaya sejarah negara ini dikaji semula kerana rakyat akan dapat mengetahui penipuan dan penyelewengan fakta berkenaan sejarah Malaysia yang telah ditutup oleh mereka selama ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini menyelar dan mengutuk sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN kerana selama ini telah menipu dan memutarbelitkan fakta sejarah negara kepada seluruh rakyat Malaysia semata-mata untuk mereka mengekalkan kuasa pemerintahan yang ada. Read More / Baca Lagi >> |
Isu kemerdekaan: Dedahkan tembelang Umno Posted: 12 Sep 2011 08:48 PM PDT Oleh ANTIKARAT OLEH kerana PAS tidak mempunyai media harian seperti Umno mempunyai Utusan, Berita Harian, RTM dan TV3, maka isuisu yang agak kontroversi mudah memerangkap PAS. Ini termasuklah isu terkini berkaitan hero kemerdekaan sebenar seperti yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang telah diputarbelit secara ganas oleh Utusan Malaysia dan konco-konconya. Ada juga pemimpin dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat sendiri yang pening kepala dengan isu ini. Ada yang kecewa kerana isu ini umpama memberi peluru hidup kepada Umno dalam keadaan PAS tidak mempunyai media harian yang mampu membuat penerangan dan pembelaan diri. Penulis juga cemas dalam mengikuti isu ini. Kemudian rasa cemas itu beransur-ansur hilang apabila dapat pengesahan bahawa ucapan Mat Sabu telah ditokok tambah dan diputarbelit oleh akhbar laknatullah. Dari sehari ke sehari, penulis semakin jelas akan isu pokoknya. Malah rasa terkilan pula andaikata polemik ini putus sekerat jalan setelah Umno mula menyedari senjata makan tuan. Read More / Baca Lagi >> |
Umno bela pejuang kemerdekaan? Posted: 12 Sep 2011 08:46 PM PDT Oleh SAFAR JUMAAT BERIYA-IYA sangat mereka yang mahu menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan mempertahankan para anggota polis dan orang kampung yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong, 61 tahun yang lalu. Satu perkara yang tak pernah mereka lakukan, menziarahi pusara bekas polis yang terkorban itu, terpaksa mereka lakukan dengan Utusan Malaysia menjadi media rasmi untuk menyiarkan laporan mengenainya. Read More / Baca Lagi >> |
Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan Posted: 12 Sep 2011 08:45 PM PDT "Pandangan saya sebelum ini adalah, negara ini akan menjadi baik seandainya kita melakukan kerja masing-masing dengan baik. Justeru itu, sebagai seorang pengarah filem, saya hanya mahu membikin filem yang baik. Namun, saya mendapati lambat laun kita menjadi majoriti yang berdiam diri (silent majority). Dan golongan majoriti yang berdiam diri inilah, mungkin menjadi rakan subahat kepada kerajaan tanpa disedari." Demikianlah kata-kata pengarah filem, Tan Chui Mui (gambar kanan) yang kini melibatkan diri dalam gerakan membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Anak tempatan Kuantan ini memaklumkan isu Lynas kepada sahabat handainya, dengan harapan agar ia mencungkil perhatian mata dunia. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 12 Sep 2011 08:42 PM PDT Oleh Wan Larut Wan Muda Bila MSK menulis pasai bau-bauan, aku teringatkan arwah Pak Long Mid aku yang meninggal pada bulan puasa baru-baru ini. Arwah meninggal ketika usianya hampir menjangkau 70an. Sempat juga aku menziarahi jenazahnya di Sungai Relong, Kamunting sebelum dibawa pulang ke Batu Kurau untuk dikebumikan di sana. Arwah semasa mudanya bekerja di sebuah kilang tekstil di Kamunting. Arwah mula bekerja semenjak kilang dibuka pada awal tahun 70an dengan gaji hanya RM 1.80 sehari sehinggalah bersara. Khabarnya duit EPF arwah melebihi RM 100 ribu juga dan dengan duit EPF itu arwah membesarkan rumahnya serta berkahwin seorang lagi. Read More / Baca Lagi >> |
PRU 13 : Sekutu Umno tercari-cari kerusi untuk bertanding Posted: 12 Sep 2011 08:38 PM PDT Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, kebanyakan bakal calon mula mengintai-intai kerusi idaman mereka. Read More / Baca Lagi >>Tidak terkecuali berbuat demikian adalah keempat-empat pemimpin utama parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang masih tercari-cari kerusi yang sesuai sekiranya, presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bercadang mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini. Ini kali pertama di mana presiden empat parti komponen BN akan menghadapi pilihan raya umum tanpa status sebagai wakil rakyat, apabila diri mereka dan parti yang diwakili tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008. |
Klip Lingam: Penemuan suruhanjaya diraja tidak boleh disemak Posted: 12 Sep 2011 08:36 PM PDT PUTRAJAYA, 13 Sept — Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa hasil laporan suruhanjaya diraja siasatan berkaitan klip video kontroversial V.K. Lingam tidak boleh disemak balik memandangkan anggota inkuiri hanya mengemukakan penemuan, bukannya satu keputusan. Read More / Baca Lagi >>Peguam Datuk V.K. Lingam mahukan Mahkamah Rayuan mengkaji semula penemuan suruhanjaya itu bahawa beliau telah melakukan jenayah salah salah, yang menurutnya ia satu serangan serius ke atas reputasi beliau dan telah berhadapan dengan kesan yang buruk. Hakim Raus Sharif memutuskan bahawa Lingam dan dua bekas ketua hakim negara tidak berhadapan dengan kesan teruk ekoran penemuan suruhanjaya itu. Ketua Hakim Malaya Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan panel tiga hakim. Raus merupakan Presiden Mahkamah Rayuan dan seorang lagi ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Abdull Hamid Embong. Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan ia akan membuat pendirian sama ada keputusan inkuiri suruhanjaya diraja boleh disemak atau tidak. |
Jins: Saya tak buat filem Bukit Kepong ikut ‘selera’ Umno Posted: 12 Sep 2011 08:26 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Jins Shamsuddin menafikan beliau menghasilkan filem Bukit Kepong tiga dekad yang lalu berdasarkan perspektif dan mengikut 'selera' Umno sebagaimana didakwa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Malah, beliau juga mendakwa tragedi Bukit Kepong sebenarnya diarahkan oleh Ahmad Indera yang turut dikenali sebagai Mat Indera, yang dikaitkan sebagai ahli Parti Komunis Malaya (PKM). Minggu lalu, keluarga Mat Indera menafikan dia seorang ahli PKM dan mahu kerajaan membersihkan namanya. Sambil mengaku beliau seorang ahli Umno, Jins (gambar), 75, yang berasal dari Taiping, Perak mempertahankan beliau menghasilkan filem tersebut berdasarkan penyelidikan ke atas peristiwa bersejarah yang berlaku lebih enam dekad lalu. Filem yang diarah dan dilakonkan oleh beliau sendiri serta diterbitkan oleh Jins Shamsudin Productions menerima tujuh anugerah pada Pesta Filem Malaysia Ketiga pada 1982. "Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu (Mohamad) bahawa filem itu dihasilkan berdasarkan perspektif Umno hanya kerana saya ahli Umno. |
Sumber: Ahmad Jauhari dilantik Pengarah Urusan MAS Posted: 12 Sep 2011 08:22 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept ─ Malaysia Airlines (MAS) yang berhadapan dengan masalah kerugian memilih veteran korporat Ahmad Jauhari Yahya sebagai ketua eksekutif barunya bagi memberi suntikan ke atas syarikat penerbangan kebangsaan ini dan menjelang pelancaran pesawat ekspres yang terbaru, Sapphire pada November ini. Beliau dipilih daripada kalangan empat nama yang disenaraipendekkan, kata sumber. Ahmad Jauhari juga dijangka menggunakan kedudukan sepenuhnya untuk menyelesaikan isu membabitkan tiga kesatuan sekerja yang minggu lalu menegaskan kecewa dengan rancangan MAS mengadakan perkhidmatan baru Sapphire. "Ada empat nama tetapi Ahmad Jauhari (gambar) ada kelebihan untuk memotivasikan para pekerja demi masa depan syarikat penerbangan ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
We were a British colony: A response to Zainal Kling Posted: 12 Sep 2011 08:19 PM PDT COMMENT Dr. Zainal Kling together with National Professors' Council (MPN), which claims up to 1500 members, recently argued that Malaysia was never colonized by the British. As reported in Malaysiakini and Berita Harian, Their argument in essence reads as follows: Read More / Baca Lagi >>1. Malaya was a British protectorate, not a colony. 2. But the British did have administrative powers in the fields of finance and the exploitation of Malaya's natural resources. 3. Despite this, Zainal still maintains that Malay sovereignty (kedaulatan Melayu) was still protected. 4. Therefore, what is now Malaysia (with the exception of Malaka and Penang) was never colonized by the British. The problems with Dr. Zainal's argument are as follows: |
Egyptians fear attack may set back reform Posted: 12 Sep 2011 08:18 PM PDT Egyptians worry the security crackdown following the attack on the Israeli embassy will undermine political freedoms gained since the uprising. CAIRO: An attack on the Israeli embassy in Cairo last week could set back political gains since Hosni Mubarak was toppled in a popular uprising this year, as the ruling army council takes measures to tighten security around the country. Protesters scaled the building where Israel occupies the top two floors, replacing the Israeli flag with Egypt's and seizing embassy documents from a storeroom on a lower floor before tossing them from a window to cheering crowds below. |
Official arrogance will bring Najib down Posted: 12 Sep 2011 08:16 PM PDT When he took over as prime minister, Najib Tun Razak said he will listen to the people but his officers have turned a deaf ear to the promise with their arrogance. One such example of refusing to listen to the rakyat was displayed through the insensitive remark by the Federal Territories and Urban Well-Being Minister Raja Nong Chik Raja Zainal. In February this year, Raja Nong Chik had admonished the Bukit Jalil estate workers who turned to him for help in trying to avoid being evicted from their homes. The minister told the residents that they should be contented with the Little India project when they wanted to negotiate compensation. Read More / Baca Lagi >> |
Isu dijajah: Umno dibayangi sindrom penafian, kata pakar Posted: 12 Sep 2011 08:12 PM PDT KUALA LUMPUR - Umno dan penyokongnya berada dalam sindrom penafian apabila mengetepikan kenyataan sendiri bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh kuasa asing termasuk British, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari. Read More / Baca Lagi >>Merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri semalam, Aziz berkata, "tapi apa yang berlaku beberapa hari ini menunjukkan Umno dan juak-juak mereka tidak berprinsip; mereka berdolak-dalik. Sekejap begitu, sekejap begini." "Semua orang Umno dan para penyokong mereka benar-benar dalam sindrom penafian. Nafi kenyataan dan nafi apa yang mereka sendiri pernah katakan," kata beliau. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. |
2 mega deals, Nazir Razak and the Umno elite's rush to cash out Posted: 12 Sep 2011 08:11 PM PDT Nazir Abdul Razak has been a busy man these past few months. The youngest son of the second prime minister, Tun Abdul Razak and the brother of the current Prime Minister Najib Razak, Nazir is the go-to man-of-the-hour when it comes to business deals. Nazir may now be in the shadow of his famous dad and elder brother, but he is no slouch. No one can say is he a self-made banker as he never had to rise from the ranks, but still, his knowledge of the financial world and his management vision is envied by many top professional bankers in the country and few would begrudge his many titles and awards. In 2006, Nazir was named one of Asia's 50 most influential figures of the past decade by FinanceAsia. He was also named "Best Top Executive in Malaysia" by Asiamoney for two consecutive years, in 2009 and 2010. He had joined the corporate advisory unit of the Commerce International Merchant Bankers Berhad in 1999, and is currently the managing director and chief executive of CIMB Group, one of the largest financial services providers in Malaysia. |
Peniaga Cina tak puas hati subsidi dipotong....ia sebabkan inflasi yang tinggi..!! Posted: 12 Sep 2011 08:09 PM PDT Lebih 80 peratus daripada komuniti perniagaan Cina yakin bahawa pengurangan subsidi akan menyebabkan inflasi yang lebih tinggi dalam jangka masa terdekat. Dan, walaupun bersikap optimistik mengenai prospek ekonomi antara sekarang hingga 2013, mereka menjangkakan pertumbuhan yang lebih perlahan akan diumumkan bagi separuh pertama tahun ini.Read More / Baca Lagi >> |
'Calon boleh menang' akan timbulkan masalah...kata Presiden Malaysia..!!! Posted: 12 Sep 2011 08:07 PM PDT Pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat akar umbi, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan