Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Ku Li ganti DSAI hanya lawak : TGNA

Posted: 31 Jul 2011 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"
Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.

"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya. - Harakah

JALAN-JALAN : Pulau Danawan, pulau tanpa negara

Posted: 31 Jul 2011 10:32 PM PDT

Rumah-rumah dipesisir pantai Pulau Danawan

HANYA berkeluasan 0.63 kilometer persegi, Pulau Danawan tidak sebesar mana. Kedudukannya jauh dari perairan Semporna di Timur Sabah. Malah ia kelihatan lebih menghampiri Filipina daripada Semporna. Yang pasti, pulau ini bukanlah destinasi pelancongan. Jika hendak melancong sekali pun tidak boleh kerana tidak ada perkhidmatan bot secara komersial atau feri dari tanah besar Sabah menuju ke pulau tersebut. Dan di atas pulau tersebut tidak ada hotel mahu pun rumah tumpangan. Tiada juga jalan mahupun kenderaan. Tidak ada elektrik dan bekalan air yang dirawat apatah lagi pasar raya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco atau pusat membeli-belah seperti The Mall, Pavillion, The Curve, Plaza Bukit Bintang atau pawagam. - seterusnya

Najib seangkatan Ben Ali

Posted: 31 Jul 2011 09:25 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia.

Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini.

"Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua.

"Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene," kata beliau kepada yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Manakala Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang рοрυƖаr sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

"Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon," kata Ketua Cabang Rembau itu.

Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/07/halau-bourdon-najib-seangkatan-ben-ali.html

BN hilang Perak, Negeri Sembilan di pilihanraya olok-olok

Posted: 31 Jul 2011 06:44 PM PDT

Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

"Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu," kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.
"Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi," kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan," kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar," kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis," katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Jangan temberanglah, Najib - Lucius Goon

Posted: 31 Jul 2011 07:59 AM PDT

JULY 31 — I have watched from afar how the prime minister and his administration have squirmed and twisted and justified their handling of Bersih 2.0 and shown their reluctance to discuss meaningful electoral reform.

Very little has surprised me about an administration that is bereft of principle and function on the basis of spin and half-truths. It is quite obvious that the government believed that it could kill off Bersih by tough action and threats of intimidation.

When this did not happen, Najib tried a different tack: that the government was reasonable but Bersih was bent on causing havoc on the streets. His administration also spread the word that if the electoral system was skewed, there is no way the Opposition could have snared five states.

Today, while speaking to student leaders, Najib added to the spin, saying that if the government really controlled the Election Commission, it could have easily won Kelantan in 2004 where a few seats were lost by a few votes.  SETERUSNYA

BERSIH 2.0 : Suhardi dipanggil beri keterangan

Posted: 31 Jul 2011 07:05 AM PDT

Suhardi Mat Isa yang dilaporkan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas, bersetuju untuk memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Suhardi telah menghubungi pihak polis untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut.

Untuk itu pihaknya akan memanggil Suhardi untuk memberi keterangaRDIn dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog mengenai isu keselamatan dengan penduduk Bandar Sri Damansara di Kuala Lumpur petang tadi.

Khalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas.

"Dia sepatutnya datang bila videonya ditunjukkan, maka dia patut datang dan jelaskan keadaan," katanya.

Polis telah menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut setelah menerima dua laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras, di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Gambar Suhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak dengan mendakwa dia adalah Allahyarham Baharudin yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia dalam satu sesi tayangan video mengenai perhimpunan itu menjelaskan bahawa gambar Suhardi bukanlah individu sebenar Baharudin - malaysiakini

SG PETANI : PAS ke Keadilan ke cuba pi tengok sat Puan Rohani ni ..... jangan masa dekat nak mengundi saja

Posted: 31 Jul 2011 12:36 AM PDT

Puan Rohani rayu bantuan

2011/07/31

SUNGAI PETANI: Seorang ibu tunggal yang menanggung lima orang anak dan empat anak saudara serta seorang ibu yang uzur merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Rohani Abu Hassan, 41, dari Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda di sini, berkata dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah rendah berdekatan amat memerlukan bantuan terutama untuk belanja persekolahan semua anak dan anak saudaranya itu yang juga yatim piatu. "Saya sudah berpisah dengan suami setahun yang lalu tetapi suami tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak, kemudian selepas adik perempuan saya meninggal dunia tiga bulan lalu, empat anak lelakinya berada di bawah jagaan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Selain menjaga lima anak sendiri dan empat anak saudaranya yang berumur lima hingga 16 tahun, Rohani turut menjaga ibunya Salasiah Said, 70, yang juga seorang ibu tunggal.

Rohani berkata, dia berasa sangat sedih kerana tidak mampu menyediakan wang yuran sekolah anak-anaknya dan anak saudaranya itu kerana pendapatannya RM400 sebulan hanya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Seorang sahaja anak sudah bayar yuran, yang lainnya yuran tak dapat bayar lagi, saya tidak cukup wang, pihak sekolah bagi penangguhan untuk bayar secara ansuran.

"Dulu ibu saya ini buat kerja kampung boleh juga tampung sikit-sikit keperluan keluarga, tetapi sejak lima bulan lalu dia sudah tidak bekerja lagi sebab sakit lutut," katanya.
Rohani berkata, dia tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan sangat berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya.

"Budak-budak ini saya bekalkan makanan ke sekolah, kadang-kadang ada juga masa mereka tidak makan di sekolah, balik rumah baru makan, itu pun makan secara ala kadar sahaja sebab kena jimat," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji atas nama anak perempuan Rohani, Nur Izaitul Intan Syazliana Zamani, bernombor 040202-0000-14477 atau menghubunginya di talian 012-4819528. - BH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Pelukis logo 'ADIL' Syed Ahmad meninggal dunia

Posted: 30 Jul 2011 11:18 PM PDT

Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di Kuala Lumpur, kira-kira 10 malam semalam.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedMenurut Bernama, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Beliau dianugerahkan Hadiah Seni Negara pada 1995, dan pelbagai hadiah lain sepanjang penglibatannya dalam seni visual.

Allayarham sangat dikenali dengan keberaniannya merakamkan peristiwa-peristiwa kemanusiaan termasuk politik negara dan dunia.

Beliau menerima pelbagai tanggapan berikutan lukisannya yang menyentuh kemerdekaan, pembangunan negara dan politik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, perjuangan Palestin, peristiwa politik 1998 dan tsunami pada 2004.

Beliau enggan menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak mengelak daripada menyuarakan pandangan dan mengambil pendirian terhadap isu-isu kritikal.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedSyed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.

Tindakan itu menyaksikan penyokong tegar Umno yang tidak berpuas hati dan menuntut gelaran Seniman Negara yang dianugerahkan kepadanya ditarik balik.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

national art laureate 1995 datuk syed ahmad syed jamal diedBeliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


UMNO lebih bahaya dari Wahabi

Posted: 31 Jul 2011 04:35 AM PDT

Tuan Ibrahim Tuan Man
 Keghairahan Umno melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

Umno dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menanggap politik suku agama suku.

Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia. Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.

Cuma yang agak menghairankan bilamana ulama muda Umno juga tergolong senarai pengganas? Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong BERSIH 2.0?

Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam Umno. Tidak terfikirkah bahawa apabila ulama Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja membunuh kerjaya politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO POLITIK `SELUAR DALAM DAN COLI' DI P.PINANG

Posted: 31 Jul 2011 06:27 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI yang pernah saya sebut sebelum ini, nampaknya Umno di P.Pinang sudah semakin cerca merba politik mereka untuk memburukkan imej kepimpinan KM Lim Guan Eng. Apabila PR mengambil alih teraju kerajaan negeri diketuai oleh DAP, awal mula lagi Umno P.Pinang mula meroyan memainkan isu perkauman. Maka, DAP dituduh anti-Melayu dan Islam.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA P.Pinang pula merosakkan modal Umno P.Pinang. MCA mendakwa Lim Guan Eng terlalu membela Melayu di negeri tersebut. Bayangkan hampir kesemua kontrak/tender kerajaan negeri diperolehi oleh kaum Bumiputera di dalam keadaan Umno mendakwa DAP anti-Melayu. Inilah puncanya Wanita MCA P.Pinang berang.

Melucukan juga ada pihak berjiwa `lucah dan jijik' cuba meraih publisiti murahan yang memalukan. Pihak yang tidak bertamaddun ini menggunakan `seluar dalam dan coli belang' untuk memperjuangkan nasib Bumiputera di P.Pinang. Secara tidak langsung pihak yang bengap ini menjatuhkan imej dan menghina kaum wanita. Begitu jijik sekali perlakuan mereka dan malu rasanya mengaku Melayu P.Pinang.

Begitulah apa yang saya maksudkan betapa Umno sudah kehabisan modal mereka untuk menyerang kerajaan negeri di bawah PR. Itulah tanda-tanda jelas Umno semakin menghampiri liang lahad mereka./wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Didakwa Menjadi 'Liabiliti' Paling Besar Kepada Umno, Najib Cari 'Talian Hayat

Posted: 31 Jul 2011 08:23 PM PDT





SHAH ALAM 31 JULAI : Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

"Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.
"Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya.

Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia.

"Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

"Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

"Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

"Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib.

"Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.

Nik Aziz Seru Anak Kelantan Pulang Mengundi PRU 13

Posted: 30 Jul 2011 09:32 PM PDT

PETALING JAYA 31 JULAI: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata atas dasar tanggungjawab untuk mengekalkan kerajaan Islam, seluruh anak jati negeri itu yang kini berada di perantauan diseru untuk pulang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu berkata, rakyat negeri itu perlu pulang mengundi walau di mana mereka berada dan dengan apa cara sekalipun.

"Kalau ada duit naik kapal terbang, kalau tidak naik kereta, kalau tak dapat juga naik bas.

"Saya tak boleh jamin nak bayar duit, kena tanya bendahari la, kalau ada kita bagi," katanya di hadapan kira-kira 2,000 anak-anak Kelantan yang hadir.

Hadir sama pada majlis perasmian itu kesemua ahli mesyuarat kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Ahli-ahli parlimen dan Adun-adun Kelantan.

Selain mereka, wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari yang juga Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan negeri turut bersama.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim juga hadir pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan ekoran kepulangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Kepulangan mereka itu jelasnya telah membantu kemenangan PAS untuk terus memerintah negeri itu.

Mengimbau kembali sejarah empat tahun lalu, beliau berkata kedudukan PAS di Kelantan agak genting sebelum PRU 2008 apabila hanya berkelebihan satu kerusi berbanding BN iaitu 23 PAS dan 22 BN.

Bagaimanapun, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU 2008 itu telah menyebabkan PAS kembali memperteguh kedudukan dengan mendapat 38 kerusi.

Sehubungan itu, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU akan datang sangat-sangat diharapkan.

Dalam pada itu,Nik Aziz sekali lagi menegaskan bahawa beliau menolak hasrat kerajaan pusat untuk menggunakan sistem biometrik pada PRU ke-13 akan datang.

Menurutnya, sistem itu bukan sahaja diragui banyak pihak malah terdedah dengan manipulasi oleh pihak yang berkepentingan.

"Umno guna biometrik bagi orang luar (dapat kerakyatan) boleh mengundi. Orang Bangladesh pun boleh mengundi nanti.

"Ini bukti Umno yakin orang Melayu dah tolak dia. Kalau PM (perdana menteri) menang pilihan raya pun nanti, kita kata ini PM Bangladesh," katanya disambut ketawa hadirin.

Sistem biometrik yang digunapakai kepada warga asing juga tegasnya boleh mengancam rakyat negara ini dari sudut kerjaya mereka.

Ini kerana, kebanyakan majikan tentunya akan mengambil orang asing bekerja kerana gaji mereka lebih murah.

Oleh itu, beliau mahu kerajaan menilai semula cadangan itu ataupun kembali kepada tuntutan asal Bersih 2.0 iaitu menggunakan dakwat kekal bagi menghalang penipuan undi berganda dan undi hantu.

Sementara itu, Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung satu hari yang bermula jam 9 pagi tadi menyaksikan hampir 10,000 rakyat Kelantan berkunjung ke stadium itu.

Selain dapat bersemuka dengan anggota exco kerajaan negeri dan wakil rakyat yang lain, oarang ramai juga boleh mengenali lebih dekat anak syarikat di bawah kerajaan negeri yang turut serta mengadakan pameran mereka hari ini.

Hadirin juga turut dihidangkan nasi gulai kawah serta pelbagai buah-buahan tempatan yang rata-ratanya disumbang oleh anak-anak Kelantan sendiri.

Kami Bebas Kerana Sokongan Rakyat, Kata Dr Jeyakumar

Posted: 30 Jul 2011 09:31 PM PDT




IPOH 30 JULAI : Kesemua enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan semalam selepas ditahan tanpa bicara mengikut Ordinan Darurat (EO) selama 28 hari, percaya bahawa kuasa rakyat terus-menerus mengenakan tekanan terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) adalah faktor utama yang membawa kepada pembebasan mereka.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Naib Presiden PSM M Sarasvathy, Ahli Jawatankuasa Pusat, Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Ketua Pemuda R Saratbabu dan Setiausaha Cawangan Sungai Siput, A Letchumanan.
Malah Ahli Parlimen Sg Siput Dr Jeyakumar berkata, beliau tidak gentar dengan penahanan itu dan label komunis yang cuba dikaitkan dengan dirinya.
"Kalau tiada kuasa rakyat, kami tak akan keluar. Terima kasih semua,"katanya selepas beberapa jam dibebaskan semalam.
Justeru itu, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya meneruskan perjuangan untuk menghapuskan Ordinan Darurat.

"Kita kena baik pulih polis, oleh itu kita kena tukar pemerintah. Kita mahu polis yang betul-betul tangkap penjenayah, kalau polis tangkap orang yang tak salah lepas itu bohong rakyat...apa guna jadi polis? soalnya.

"Kita kena pulih sistem kehakiman yang semakin terhakis, kerana agensi itu perlu seimbang dalam melaksanakan undang-undang, tetapi sebaliknya pula yang berlaku," ujarnya.

Jelasnya, beliau masih teguh pendirian dan kerja-kerjanya dengan PSM serta akan berjuang demi menuntut keadilan terhadap mangsa tahanan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurut Dr Jeyakumar lagi, pembebasan mereka kali ini adalah bukti jelas bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah berani bangkit menentang kezaliman pemerintahan Umno-Barisan Nasional(BN) yang selama ini hanya bertindak untuk memperbodohkan rakyat.
Tambah Dr Jeyakumar lagi, penahananya enam aktivis PSM kali ini perlu dijadikan ikhtibar oleh semua rakyat Malaysia agar hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan perlu dihormati kerajaan pimpinan Najib supaya tidak sekali-kali cuba untuk merampas hak tersebut.
Sejak jam 7.45 malam, Pusat Perkhidmatan PSM di Sungai Siput dipenuhi kira-kira 100 orang yang menunggu enam pimpinan PSM atau EO6 yang baru dibebaskan dari tahanan sekitar jam 5.30 petang semalam.

Mereka dibebaskan di balai polis Jinjang dan dijadual ke KLSCAH yang mulanya dijadual sebagai lokasi program nyalaan lilin sebagai desakan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak supaya membebaskan mereka.
Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya berkata, berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Keenam-enam aktivis PSM itu ditahan dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara pada 9 Julai lepas.

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.


dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Lepas 2 election baru lu mari,itu time kita orang tengok apa macam!

Posted: 31 Jul 2011 05:35 PM PDT

Ooo..patut pun BN/umno di Penang sejak 2 tahun terakhir ini mereka main 'die battle'...walaupun 'patah sayap,mereka terbang jua'. Untuk semangat berperang yang macam ini, gurkah-gurkah bangun dan tabik springggg!! Atau salut kata blogger tukartiub. Rupa-rupanya mereka dah tau lama dah...buat lah apa pun, buat lah macam mana pun...NO WAY! BN/umno boleh datang ambil balik Penang.

"Gerakan is way behind", ini kata vice-president Gerakan tau ka?? Bukan nya kata Mail Mat Basah yang jadi jaga kat kilang Fastron di Bayan Lepas tuuu...

"Kalau kita cakap... kita Penang Gerakan sudah siap mau 'surrender', mau angkat bendera putih 'for this coming general election', itu Najib sama Koh Tsu Koon boleh gasak kita punya pungkok woo.., tapi 'that's the fact'. Siapa pun dalam ini Gerakan tarak berani dan kita rasa kita belum sampai 'time' mau lawan sama itu Guan Eng 'and' PR".

"Potong ayam tokong punya depan, i cakap sama you... the party was way behind in its preparation. Kalau kita dalam Gerakan mau 'over-prepared' pun boleh juga, tapi i cakap sama you 'that we are far from ready' ". 

"itu tiap-tiap 13 kerusi Gerakan kita kalah tahun 2008 dulu... 'it very difficult seat'. Sepatutnya 'at this time' itu cawangan semua sudah 'propose' candidate punya nama dan hantar sama state working committee, tapi sampai sekarang kita tak ada nampak pun. Tak ada orang berani mau 'offer' mau lawan sama itu Guan Eng, sama itu PR".


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..ayo-yo..
ini macam kalu, lagi banyak demonstrasi laa itu BN/umno sama itu NGO bikin!!

Ya Ramadhan Al Mubarak

Posted: 31 Jul 2011 09:05 AM PDT

dari dollahyankee kepada kawan-kawan,sahabat handai,adik beradik,orang-orang kampung dodoi,Din PBL7,Anuar Pos Malaysia, Karim Asap, Ali Kunju, Halim Md.Ali di KL, abang dia Kader Md.Ali. Mail Mat Basah, Inspektor Abd.Rahim Ismail,Pak Ku Jaafar yang dok ulang alik dari Sg.Petani ke Penang hari-hari, Ameruddin yang bila pun tarak apa! di Bukit Gedung, Ghani Jiman a.k.a 'Ghani kulit komtar' yang selalu buat demo tu, Md.Deris Jones Road, Pak Lah parti Gerakan, Mat Jepp, Lah dengan Non sebelah rumah, Cik Ayu yang baru jadi janda,Nurmashita Abd Latif receptionist di CPI Bayan Lepas, Tun Rahman Abbas Gabenor(cukup teringin nak boleh main golf dengan dia), Ismail Tok Arab, Mat Sait drebar bas Rapid Penang,Amir Burung MPPP, Mat Burit, Liza Burung Hantu yang semakin seksi dan seksa, Roky Din & The Evergreen penyanyi 60an tuu,Mat Rodi Perwira Habib Bank Taman Selat Butterworth, JR Perusahaan Cinta,Bon,Shidi,Halim Kepala Besaq,YB Malik Kassim dan juga kepada BFF yang juga gurkah-gurkah politik yang tiap-tiap pagi mati dekat 'port', Yusup Abbas MD Productive Base Sdn.Bhd., dan last sekali kepada Chin kepala butuh...dan banyak lagi yang tertinggal tak boleh nak ingat daa banyak sangat!

Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


JADUAL KULIAH MASJID BUKIT INDAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1432H/2011

Posted: 31 Jul 2011 05:18 AM PDT

1/8 (1 Ramadhan) - Ustaz Rashdan Yunus (Nazir Masjid al Aman, Lembah Jaya) - Membentuk Muslim Yang Taat Menerusi Ibadah Puasa.

2/8 (2 Ramadhan) - Ustaz Husni Harun - Bagaimana Menjadi Muslim Yang Bertanggungjawab Dengan Islam.

3/8 (3 Ramadhan) - Ustaz Hasrizal bin Jamil (Saifulislam Consultant) - Cinta Kepada Allah Dalam Semua Kegiatan.

4/8 (4 Ramadhan) - Ustaz Badrul Amin - Kekuatan Qiyamullail Kepada Muslim.

5/8 (5 Ramadhan) - Khutbah Jumaah - Us Hamzah Ngah (Terengganu), Tazkirah - Us Ridhzuan Md Nor - Bulan Puasa Bulan Jihad (Peperangan2 Dlm Bulan Ramadhan).

6/8 (6 Ramadhan) - Subuh - Us Idris Ahmad, Tazkirah - Us Khairul Anuar (Pengajaran Dari Kematian).

7/8 (7 Ramadhan) - Subuh - Us Hadi Talhah, Tazkirah - Us Azariza (Kelantan) - Menyelurusuri Kegiatan Alim Ulama Dalam Bulan Ramadhan.

8/8 (8 Ramadhan) - Us Shamsul Hakim (Garis antara Iman dan Kufur).

9/8 (9 Ramadhan) - Us Asmadi (Zakaria) Abd Rahman (Menyediakan diri sebagai seorang pejuang Islam).

10/8 (10 Ramadhan) - Dr Zawawi Ismail (Pendidikan Yang Berkesan Dari Peristiwa Peperangan Badar).

11/8 (11 Ramadhan)- Us Zulkifli Suhaimi (Kaedah-kaedah Pendekatan Islam Terhadap Orang Bukan Islam).

12/8 (12 Ramadhan - Jumaat)- Us Sidiq Nor (Menjadi Mukmin Yang Sanggup Berkorban Demi Kerana Agamanya).

13/8 (13 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Jafaruddin, Tazkirah - Us Mohd Nazrul (Memori Peperangan Khanndak, dalam konteks pengorbanan Terhadap Allah).

14/8 (14 Ramadhan - Ahad) - Subuh Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat, Tazkirah - Us Sharhan Humaizi (Persaudaraan islam Membentuk Kekuatan Ummah).

Program Tadarrus Remaja Muslimat, anjuran Lajnah Muslimat MBI dengan kerjasama Nisa' Ampang, program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari.

15/8 (15 Ramadhan - Isnin) - Us Khairuddin Mokhtar (Hikmah Diturunkan al Quran secara beransur-ansur).

16/8 (16 Ramadhan - Selasa) - Us Hanafiah Nawawi (Yang Halal Bukan Makanan Sahaja....).

17/8 (17 Ramadhan - Rabu Cuti Nuzul Quran) - Subuh Us Ibrahim Zakaria, Tazkirah - Us Sobri Mat (al Quran Bukan sekadar bacaan....)
Forum Sempena Nuzul Quran selepas Solat Zohor.

18/8 (18 Ramadhan - Khamis) - (Rahsia Kejayaan Solahuddin al Ayyubi Dalam Peperangan dengan Tentera Solib).

19/8 (19 Ramadhan - Jumaat) - Us Ismail Abbas (Bagaimana Jihad Boleh Menjana Mukmin Supaya Rajin Bertaqarrub dengan Allah)
Tazkiran & Berbuka Puasa Bersama Dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam.

20/8 (20 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Arif Mahari, Tazkirah - Us Shahril Azman(Ketokohan Sultan Mohd Al fateh Dalam Peperangan).

21/8 (21 Ramadhan - Ahad)- Subuh - Us Rahimi Md Saat, Tazkirah - Us Fauzi Husin (Kenapa bala' Allah itu datang).

22/8 (22 Ramadhan - Isnin) Us Shamsul Hakim (Penyakit Muslim Masa Kini).

23/8 (23 Ramadhan - Selasa) Majlis Khatam al Quran.

24/8 (24 Ramadhan - Rabu) Us Abdullah Man (Tanda-tanda Kedatangan Dajjal).

25/8 (25 Ramadhan - Khamis) Us Solehin Muhyi (Sifat-sifat Imam Mahdi Yang ditunggu).

26/8 (26 Ramadhan - Jumaat) Us Zamerey Razak (Keberkesanan Sistem Muamalat Islam di Malaysia dewasa ini).

27/8 (27 Ramadhan - Sabtu) Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman, Tazkirah Us Mazlan Awang (Kaedah Beraya Dalam Islam).

28/8 (28 Ramadhan - Ahad) Subuh Us Shauqi Othman, Tazkirah (Aidil Fitri Sebagai Suatu Kemenangan).

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Posted: 31 Jul 2011 05:08 AM PDT



Orang kampongpun dah tak nak Najib...Hehe!!

Posted: 31 Jul 2011 03:36 AM PDT

Pagi tadi aku balik kampong. Kampong Parit Semo, kubu UMNO paling kuat di dunia.

Semalam orang kampong naikkan model fighters yang hilang injin di bumbung pintu gerbang kat pangkal kampong. Tak taulah apa angan2 dia orang. Kat sebelahnya ada tayar buruk yang dilampiaskan dengan nombor 1. Nampak macam 1Malaysia 1Cincin pulak...Hehe...

Aku terserempak dengan seorang kawan lama (tak nak sebutlah nama, naya pulak nanti) di tepi jalan. Sempat tegur tanya2 khabar sambil tanya apa makna kedua2 replika tu?

"Saja nak ingatkan Najib dan Rosmah. Jangan lebih2 sangat...!" Ringkas jawapnya penuh makna.

Hehe...akupun meneruskan perjalanan ke rumah keluarga.

Najib liabiliti paling besar buat Umno, kata MP PAS
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
July 31, 2011

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

"Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini.

"Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Dr Mahathir Mohamad) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia.

"Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

"Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

"Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

"Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya.

Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib.

"Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

"Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat.

Cursing Malay : Terus Terang

0
sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Ramadhan Datang Lagi

Posted: 31 Jul 2011 09:29 PM PDT


Ramadhan datang lagi.
Puasa siang hari,
Berlapar dahaga,
Ketika matahari menanti

Ramadhan datang lagi,
Tapi berapa orang kira dengan jari,
Berapa hari lagi Ramadhan di sisi
Tak sabar tunggu Syawal kembali

Ramadhan datang lagi
Berapa kilo naik bulan ni?

Ramadhan datang lagi
Berapa orang berkira bershopping ganti itu ini?

Ramadhan datang lagi,
Tapi kenapa tiap-tiap waktu Ramadhan,
Hari raya pulak yang ditekankan?

Ramadhan datang lagi
Waktu ni lah nak sedarkan diri
Selama ni mudah salahkan syaitan sana sini
Bulan ni,buat silap,salahkanlah diri sendiri

Ramadhan datang lagi,
Cepatlah dia berlalu pergi
Seksa bang puasa 30 hari...
Nikmat raya tak sabar dinanti...

Ramadhan datang lagi
Tunggu la 10 hari
Dalam TV tak sabar-sabar suruh
Bulan Ramadhan cepat pergi..

ps-mulai esok aku hanya nak menulis cerpen bersiri selama sepanjang bulan Ramadhan.Selamat Berpuasa..


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT