MIMPI SENJA |
- Ku Li ganti DSAI hanya lawak : TGNA
- JALAN-JALAN : Pulau Danawan, pulau tanpa negara
- Najib seangkatan Ben Ali
- BN hilang Perak, Negeri Sembilan di pilihanraya olok-olok
- Jangan temberanglah, Najib - Lucius Goon
- BERSIH 2.0 : Suhardi dipanggil beri keterangan
- SG PETANI : PAS ke Keadilan ke cuba pi tengok sat Puan Rohani ni ..... jangan masa dekat nak mengundi saja
Ku Li ganti DSAI hanya lawak : TGNA Posted: 31 Jul 2011 11:33 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka. Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia. "Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. " Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook. Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu. Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat. Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang. Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat. Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh. Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan. Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar. "Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan. "Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya. - Harakah |
JALAN-JALAN : Pulau Danawan, pulau tanpa negara Posted: 31 Jul 2011 10:32 PM PDT Rumah-rumah dipesisir pantai Pulau Danawan HANYA berkeluasan 0.63 kilometer persegi, Pulau Danawan tidak sebesar mana. Kedudukannya jauh dari perairan Semporna di Timur Sabah. Malah ia kelihatan lebih menghampiri Filipina daripada Semporna. Yang pasti, pulau ini bukanlah destinasi pelancongan. Jika hendak melancong sekali pun tidak boleh kerana tidak ada perkhidmatan bot secara komersial atau feri dari tanah besar Sabah menuju ke pulau tersebut. Dan di atas pulau tersebut tidak ada hotel mahu pun rumah tumpangan. Tiada juga jalan mahupun kenderaan. Tidak ada elektrik dan bekalan air yang dirawat apatah lagi pasar raya besar seperti Giant, Carrefour, Tesco atau pusat membeli-belah seperti The Mall, Pavillion, The Curve, Plaza Bukit Bintang atau pawagam. - seterusnya |
Posted: 31 Jul 2011 09:25 PM PDT KUALA LUMPUR 23 JULAI : Tindakan kerajaan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak mengusir keluar peguam Perancis, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis membariskan beliau antara pemimpin diktator dunia. Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak betapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini. "Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua. "Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene," kata beliau kepada yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini. Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam. Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang. Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo. Manakala Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam. Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang рοрυƖаr sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara. Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri. "Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon," kata Ketua Cabang Rembau itu. Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/07/halau-bourdon-najib-seangkatan-ben-ali.html |
BN hilang Perak, Negeri Sembilan di pilihanraya olok-olok Posted: 31 Jul 2011 06:44 PM PDT Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR). Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008. Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat. Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas. "Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu," kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider. Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh. "Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi," kata pemimpin Umno itu. Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini. Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13. "Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan," kata sumber Umno ketika itu. Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi. "Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar," kata sumber Umno. Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen. Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan. "Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis," katanya lagi. Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen. Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno. |
Jangan temberanglah, Najib - Lucius Goon Posted: 31 Jul 2011 07:59 AM PDT JULY 31 — I have watched from afar how the prime minister and his administration have squirmed and twisted and justified their handling of Bersih 2.0 and shown their reluctance to discuss meaningful electoral reform. Very little has surprised me about an administration that is bereft of principle and function on the basis of spin and half-truths. It is quite obvious that the government believed that it could kill off Bersih by tough action and threats of intimidation. When this did not happen, Najib tried a different tack: that the government was reasonable but Bersih was bent on causing havoc on the streets. His administration also spread the word that if the electoral system was skewed, there is no way the Opposition could have snared five states. Today, while speaking to student leaders, Najib added to the spin, saying that if the government really controlled the Election Commission, it could have easily won Kelantan in 2004 where a few seats were lost by a few votes. SETERUSNYA |
BERSIH 2.0 : Suhardi dipanggil beri keterangan Posted: 31 Jul 2011 07:05 AM PDT Suhardi Mat Isa yang dilaporkan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas, bersetuju untuk memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Suhardi telah menghubungi pihak polis untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut. Untuk itu pihaknya akan memanggil Suhardi untuk memberi keterangaRDIn dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog mengenai isu keselamatan dengan penduduk Bandar Sri Damansara di Kuala Lumpur petang tadi. Khalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas. "Dia sepatutnya datang bila videonya ditunjukkan, maka dia patut datang dan jelaskan keadaan," katanya. Polis telah menjalankan siasatan mengenai perkara tersebut setelah menerima dua laporan mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan Cheras, di bawah seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan juga Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. Gambar Suhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak dengan mendakwa dia adalah Allahyarham Baharudin yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia dalam satu sesi tayangan video mengenai perhimpunan itu menjelaskan bahawa gambar Suhardi bukanlah individu sebenar Baharudin - malaysiakini |
Posted: 31 Jul 2011 12:36 AM PDT Puan Rohani rayu bantuan 2011/07/31 SUNGAI PETANI: Seorang ibu tunggal yang menanggung lima orang anak dan empat anak saudara serta seorang ibu yang uzur merayu simpati orang ramai untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebannya. Rohani Abu Hassan, 41, dari Kampung Tepi Sungai, Kota Kuala Muda di sini, berkata dia yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah rendah berdekatan amat memerlukan bantuan terutama untuk belanja persekolahan semua anak dan anak saudaranya itu yang juga yatim piatu. "Saya sudah berpisah dengan suami setahun yang lalu tetapi suami tak pernah bagi nafkah untuk anak-anak, kemudian selepas adik perempuan saya meninggal dunia tiga bulan lalu, empat anak lelakinya berada di bawah jagaan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini. Selain menjaga lima anak sendiri dan empat anak saudaranya yang berumur lima hingga 16 tahun, Rohani turut menjaga ibunya Salasiah Said, 70, yang juga seorang ibu tunggal. Rohani berkata, dia berasa sangat sedih kerana tidak mampu menyediakan wang yuran sekolah anak-anaknya dan anak saudaranya itu kerana pendapatannya RM400 sebulan hanya dapat menampung perbelanjaan harian keluarga. "Seorang sahaja anak sudah bayar yuran, yang lainnya yuran tak dapat bayar lagi, saya tidak cukup wang, pihak sekolah bagi penangguhan untuk bayar secara ansuran. "Dulu ibu saya ini buat kerja kampung boleh juga tampung sikit-sikit keperluan keluarga, tetapi sejak lima bulan lalu dia sudah tidak bekerja lagi sebab sakit lutut," katanya. Rohani berkata, dia tidak pernah mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan sangat berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarganya. "Budak-budak ini saya bekalkan makanan ke sekolah, kadang-kadang ada juga masa mereka tidak makan di sekolah, balik rumah baru makan, itu pun makan secara ala kadar sahaja sebab kena jimat," katanya. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Haji atas nama anak perempuan Rohani, Nur Izaitul Intan Syazliana Zamani, bernombor 040202-0000-14477 atau menghubunginya di talian 012-4819528. - BH |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan