Kopitiam Bang Nan |
- JADUAL KULIAH MASJID BUKIT INDAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1432H/2011
- Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
- Orang kampongpun dah tak nak Najib...Hehe!!
JADUAL KULIAH MASJID BUKIT INDAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1432H/2011 Posted: 31 Jul 2011 05:18 AM PDT 1/8 (1 Ramadhan) - Ustaz Rashdan Yunus (Nazir Masjid al Aman, Lembah Jaya) - Membentuk Muslim Yang Taat Menerusi Ibadah Puasa. 2/8 (2 Ramadhan) - Ustaz Husni Harun - Bagaimana Menjadi Muslim Yang Bertanggungjawab Dengan Islam. 3/8 (3 Ramadhan) - Ustaz Hasrizal bin Jamil (Saifulislam Consultant) - Cinta Kepada Allah Dalam Semua Kegiatan. 4/8 (4 Ramadhan) - Ustaz Badrul Amin - Kekuatan Qiyamullail Kepada Muslim. 5/8 (5 Ramadhan) - Khutbah Jumaah - Us Hamzah Ngah (Terengganu), Tazkirah - Us Ridhzuan Md Nor - Bulan Puasa Bulan Jihad (Peperangan2 Dlm Bulan Ramadhan). 6/8 (6 Ramadhan) - Subuh - Us Idris Ahmad, Tazkirah - Us Khairul Anuar (Pengajaran Dari Kematian). 7/8 (7 Ramadhan) - Subuh - Us Hadi Talhah, Tazkirah - Us Azariza (Kelantan) - Menyelurusuri Kegiatan Alim Ulama Dalam Bulan Ramadhan. 8/8 (8 Ramadhan) - Us Shamsul Hakim (Garis antara Iman dan Kufur). 9/8 (9 Ramadhan) - Us Asmadi (Zakaria) Abd Rahman (Menyediakan diri sebagai seorang pejuang Islam). 10/8 (10 Ramadhan) - Dr Zawawi Ismail (Pendidikan Yang Berkesan Dari Peristiwa Peperangan Badar). 11/8 (11 Ramadhan)- Us Zulkifli Suhaimi (Kaedah-kaedah Pendekatan Islam Terhadap Orang Bukan Islam). 12/8 (12 Ramadhan - Jumaat)- Us Sidiq Nor (Menjadi Mukmin Yang Sanggup Berkorban Demi Kerana Agamanya). 13/8 (13 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Jafaruddin, Tazkirah - Us Mohd Nazrul (Memori Peperangan Khanndak, dalam konteks pengorbanan Terhadap Allah). 14/8 (14 Ramadhan - Ahad) - Subuh Tuan Guru Nik Radhi Nik Mat, Tazkirah - Us Sharhan Humaizi (Persaudaraan islam Membentuk Kekuatan Ummah). Program Tadarrus Remaja Muslimat, anjuran Lajnah Muslimat MBI dengan kerjasama Nisa' Ampang, program bermula dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari. 15/8 (15 Ramadhan - Isnin) - Us Khairuddin Mokhtar (Hikmah Diturunkan al Quran secara beransur-ansur). 16/8 (16 Ramadhan - Selasa) - Us Hanafiah Nawawi (Yang Halal Bukan Makanan Sahaja....). 17/8 (17 Ramadhan - Rabu Cuti Nuzul Quran) - Subuh Us Ibrahim Zakaria, Tazkirah - Us Sobri Mat (al Quran Bukan sekadar bacaan....) Forum Sempena Nuzul Quran selepas Solat Zohor. 18/8 (18 Ramadhan - Khamis) - (Rahsia Kejayaan Solahuddin al Ayyubi Dalam Peperangan dengan Tentera Solib). 19/8 (19 Ramadhan - Jumaat) - Us Ismail Abbas (Bagaimana Jihad Boleh Menjana Mukmin Supaya Rajin Bertaqarrub dengan Allah) Tazkiran & Berbuka Puasa Bersama Dengan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, bermula dari 5.30 petang hingga 7.30 malam. 20/8 (20 Ramadhan - Sabtu) - Subuh Us Arif Mahari, Tazkirah - Us Shahril Azman(Ketokohan Sultan Mohd Al fateh Dalam Peperangan). 21/8 (21 Ramadhan - Ahad)- Subuh - Us Rahimi Md Saat, Tazkirah - Us Fauzi Husin (Kenapa bala' Allah itu datang). 22/8 (22 Ramadhan - Isnin) Us Shamsul Hakim (Penyakit Muslim Masa Kini). 23/8 (23 Ramadhan - Selasa) Majlis Khatam al Quran. 24/8 (24 Ramadhan - Rabu) Us Abdullah Man (Tanda-tanda Kedatangan Dajjal). 25/8 (25 Ramadhan - Khamis) Us Solehin Muhyi (Sifat-sifat Imam Mahdi Yang ditunggu). 26/8 (26 Ramadhan - Jumaat) Us Zamerey Razak (Keberkesanan Sistem Muamalat Islam di Malaysia dewasa ini). 27/8 (27 Ramadhan - Sabtu) Subuh Us Ahmad Husni Dato' Abd Rahman, Tazkirah Us Mazlan Awang (Kaedah Beraya Dalam Islam). 28/8 (28 Ramadhan - Ahad) Subuh Us Shauqi Othman, Tazkirah (Aidil Fitri Sebagai Suatu Kemenangan). |
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak... Posted: 31 Jul 2011 05:08 AM PDT |
Orang kampongpun dah tak nak Najib...Hehe!! Posted: 31 Jul 2011 03:36 AM PDT Pagi tadi aku balik kampong. Kampong Parit Semo, kubu UMNO paling kuat di dunia. Semalam orang kampong naikkan model fighters yang hilang injin di bumbung pintu gerbang kat pangkal kampong. Tak taulah apa angan2 dia orang. Kat sebelahnya ada tayar buruk yang dilampiaskan dengan nombor 1. Nampak macam 1Malaysia 1Cincin pulak...Hehe... Aku terserempak dengan seorang kawan lama (tak nak sebutlah nama, naya pulak nanti) di tepi jalan. Sempat tegur tanya2 khabar sambil tanya apa makna kedua2 replika tu? "Saja nak ingatkan Najib dan Rosmah. Jangan lebih2 sangat...!" Ringkas jawapnya penuh makna. Hehe...akupun meneruskan perjalanan ke rumah keluarga. Najib liabiliti paling besar buat Umno, kata MP PAS Oleh Syed Mu'az Syed Putra July 31, 2011 KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat. Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa. "Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini. "Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Dr Mahathir Mohamad) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau. Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia. "Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu. "Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara. "Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian. "Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya. Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu. Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib. "Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. "Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009. Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat. Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan