Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Rakyat didahulukan : Subsidi rakyat depa potong, tau-tau Si Katek beli cincin RM

Posted: 13 Jul 2011 09:41 PM PDT

Rosmah, Najib ke Amerika untuk beli cincin RM24.4 juta

Julai 14, 2011 by KeadilanDaily
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Amerika Syarikat bermula 10 hingga 16 April- tarikh yang sama berlian berharga RM24.4 juta dibeli.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, mereka terbang ke negara itu untuk lawatan kerja ke Washington dan New York.

Mengikut laporan media 9 April lalu, Najib bersama Rosmah, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Mereka turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ketika di lapangan terbang.

Semalam, SAMM membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengenai bukti yang mengaitkan Rosmah dengan
pembelian berlian berkenaan.

Malaysiakini hari ini melaporkan berlian berkenaan berharga RM73 juta.

Namun Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh beliau, harga berlian itu bernilai RM24 juta.

Maklumat itu diperolehi pada 16 April lalu melalui satu unit belian "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang dibawa masuk melalui KLIA.

Belian itu dieksport dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York

Nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00, dengan catatan cukai RM0.

"Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan," kata Chegu Bard dalam kenyataan medianya semalam.

Menurut Chegu Bard, belian tanpa cukai itu mengingatkan kembali kepada usaha kerajaan memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan di parlimen.

"Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup," katanya.

BERSIH 2.0 : Najib sedang menerajui Malaysia di jalan yang salah

Posted: 13 Jul 2011 05:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Kerajaan Malaysia perlu mengadakan sisasatan yang telus dan terbuka dengan segera mengenai dakwaan penggunaan pendekatan keras dalam menangani perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini.

Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata pentadbiran Najib juga sewajarnya menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan menakut-nakutkan pihak penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan.

"Tindakan pihak berkuasa menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan bahawa kebebasan asas kini bertembung dengan kuasa pemerintah," kata Robertson sambil menambah bahawa kerajaan tidak menghormati ruang hak asasi.

"Nampaknya di Malaysia, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan hanya dibenarkan apabila mereka (peserta perhimpunan) menyokong pihak kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Selepas kerajaan tidak berkompromi dengan hasrat penganjur mahu menggunakan Stadium Merdeka, penyokong-penyokong Bersih 2.0 turun di jalan untuk mengadakan perarakan aman ke stadium tersebut.

Bagaimanapun pihak polis menyambut mereka dengan air berasid dan gas pemedih mata selain menahan 1,697 orang.

Selain itu pihak polis juga masih menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula menafikan pasukan polis yang menyerang peserta terlebih dahulu.

Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengugut untuk menggambil tindakan ke atas media domestik dan antarabangsa atas alasan laporan-laporan yang tidak berasas.

Menurut Robertson, janji kerajaan Malaysia untuk memenuhi obligasi antarabangsa sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB berhadapan dengan ujian sejak kebelakangan ini.

"Rakan-rakan antarabangsa Malaysia perlu memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa beliau sedang menerajui negara di laluan yang salah," katanya lagi.

BERSIH 2.0 : Ketua Polis yang penipu hang mai tengok apa doktor2 ni kata kat hampa ...

Posted: 13 Jul 2011 07:48 AM PDT

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan  telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu. - MKINI

Kami tak ingin seperti di Mesir - Nurul

Posted: 13 Jul 2011 05:50 AM PDT

"Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri," tegasnya.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perhimpunan jalanan mungkin tidak berlaku lagi kerana tidak mahu apa yang berlaku di Mesir atau Syria berlaku di negara ini.

"Kami ni masih cintakan Malaysia. Dan apa pun masalah yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN), bila kami menang, tentu kami yang akan mewarisinya.

"Semangat kami adalah semangat memperbaiki keadaan," katanya dalam temubual dengan akhbar Jawa Pos.

Beliau ditanya mengenai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih.

Kata Nurul Izzah, anak sulung pemimpin pembangkang utama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya memang melihat proses transisi di Indonesia, Mesir dan beberapa negara lainnya.

"Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri," tegasnya.

Tetapi Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya memang tidak ingin kehilangan momentum rakyat dari perhimpunan tersebut.

Kekalkan momentum

Beliau akan menyegerakan bertemu dengan para pemimpin lain untuk membincangkan bagaimana hendak mengekalkan momentum rakyat itu.

"Ini momentum yang sangat berharga dan sudah ada kemalangan jiwa (kematian) Baharuddin (Ahmad). Kami tak menyia-nyiakannya.

Program ceramah, sokongan di internet, akan kami imbangi juga dengan aksi demonstrasi. Tapi ingat bahwa tetap yang kami depankan adalah 'peaceful rally' (aksi damai)," katanya.

Nurul Izzah meyakinkan masyarakat Malaysia akan meneruskan perjuangan dan tidak akan berhenti hanya setelah diberi janji-janji.

"Not enough." Harus ada bukti kukuh bahawa pelaksanaan pilihan raya nanti terjamin kebersihan dan keadilannya," tambahnya.

Beliau berkata, beliau dan warga Malaysia menuntut perubahan sistematik di bidang politik Malaysia, terutama dalam hal pilihan raya.

Tuntutan ini, katanya bukan tuntutan yang mengada-ada kerana orang tahu bahawa pilihan raya di Malaysia kurang adil - FMT

Najib boleh belah setiap 5 saat -

Posted: 13 Jul 2011 02:48 AM PDT

 Julai 13, 2011  by KeadilanDaily

KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang 'refresh' ditekan.

Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong.

Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan.

Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya.

Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa

Najib tiba di Britain tanpa permaidani merah

Posted: 13 Jul 2011 12:41 AM PDT

Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut.

Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan.

Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.

Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Semalam, Amnesty International telah mendesak Britain supaya memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang didakwa menyaksikan tindakan keras kerajaan Malaysia ke atas peserta perhimpunan.

Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan.

"Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

"Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan," katanya.

Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

"Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia.

"David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima," katanya.

Sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membidas kerajaan Malaysia dan telah menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah "menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan."

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam kelmarin.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

TGNA sokong BERSIH 3.0

Posted: 13 Jul 2011 12:04 AM PDT

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

"Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

"Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,"ujarnya.

"Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,"ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

"Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,"ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat. - HD



WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KABINET BOHONG SAMA SEPERTI TUANNYA

Posted: 13 Jul 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA semua Pak Menteri berpakat menipu kesemuanya berkaitan kesan daripada Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini? Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin kata PDRM tidak bertindak ganas seperti yang dilaporkan melalui media pro Pembangkang termasuk media asing walaupun jelas dibuktikan melalui gambar dan video.Link
Semalam, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai pula berkata tiada semburan gas atau bom asap yang menghala ke dalam kawasan Hospital semasa rejim menggempur pejuang-pejuang BERSIH. Malaysiakini melaporkan 11 orang Doktor bersedia untuk membuat akuan bersumpah bahawa sememangnya Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu telah diserang dengan bahan-bahan merbahaya yang digunakan oleh kumpulan rejim. Siapa yang berbohong sebenarnya?

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalTindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang dan ini membuktikan negara ini tidak bertamaddun samasekali. Kuno.

Malahan, di dalam peperangan sekalipun kawasan Hospital adalah kawasan yang diharamkan untuk diserang apatah lagi hanya kerana satu perhimpunan yang mulanya aman tetapi akibat sombong, rakus dan zalim Sang Penguasa maka mereka bebas melakukan apa sahaja.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka (Malaysiakini).

Mungkin Menteri Kesihatan ingin mengampu dan membodek pemimpin Kerajaan, tetapi kita tidak terfikir sehingga sanggup menggadai nyawa pesakit-pesakit di Hospital berkenaan. Oleh kerana Hospital tersebut majoriti pesakitnya adalah terdiri dari kaum Cina, saya yakin kaum Cina semakin meluat dan marah dengan pemimpin MCA yang membodek ini.

azlanKalau Tok Jib laknatullah kata Anwar berpura-pura sakit, Hishamuddin pula berkata PDRM tidak bertindak ganas, Liow pula berkata asap yang memasuki ruang kawasan Hospital itu sebenarnya dibawa oleh angin. Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Lupakah beliau sekarang ini zaman IT, zaman canggih di mana kita di bumi boleh nampak dan lihat Angkasawan yang berada di bulan. Apatah lagi kejadian yang berlaku di depan mata dan di negara kita sendiri. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Di antara Doktor-Doktor yang bersetuju untuk membuat pengakuan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali," kata mereka.

`Bangkai gajah boleh di sorok'. Kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengaku bersalah dan bertindak segera untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertamaddun itu. Kejadian ini amat memalukan negara ini dari pandangan dunia luar yang lebih bertamaddun.

Selepas ini, kita tidak tahu mana satukah Menteri yang akan bertindak berbohong sepertimana tok Jib laknatullah, Hishamuddin dan Liow. Jika sebelum ini mereka mendakwa Anwar kaki bohong, nah, sekarang kita sudah tahu kabinet yang ada sekarang adalah kabinet `kaki bohong'. Kita akan terus membongkar kejelekan dan kezaliman mereka walau dengan apa cara sekalipun kerana kita tidak mahu negara ini dipimpin oleh pemimpin atau puak yang zalim. /wfauzdin.blogspot.com

ANWAR BERBOHONG ?, SPR JANGAN JADI LEBIH LEMBU DARI LEMBU

Posted: 13 Jul 2011 06:49 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini seperti biasa TV 3 suku meroyan lagi pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang baru-baru ini berjaya memalukan Tok Jib laknatullah. Maka berkatalah media lidah syaitan ini bahawa Anwar pembohong tentang cerita penangkapan Tok Guru Hj Hadi. Sebelum itu saya mahu bertanya, semenjak bila TV 3 suku menyebut Anwar tidak berbohong?


Anwar dan Pengawal Peribadinya berpura-pura kena pukul dan sakit...

Untuk menguatkan hujah bodohnya itu, maka dibawalah beberapa pak yek-pak yek yang lapar duit dan lapar publisiti yang sanggup jadi pencacai murahan untuk menunjukkan Anwar itu pembohong. Berebut-rebutlah umpama anjing dapat tulang beberapa pencacai termasuk seorang India mabuk bernama Nalla memberikan ulasan. Sudah lama kita kenal muka-muka pencacai tu semua.

Hj Hadi `sukarela' bukan diseret ke Balai.... dibawa dengan
kenderaan `pacuan 4 roda' seperti KJ naik?

TV 3 suku pun menyiarkan sedutan ceramah Anwar yang menyebut betapa tidak patutnya Tok Guru Hj Hadi ditangkap dan diseret sewaktu Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu. Seorang Ulamak dilayan sedemikian hina oleh puak rejim. Kemudiannya, TV 3 suku siarkan pula ucapan Hj Hadi yang mengucapkan `terima kasih' kepada pihak rejim yang `melayani'nya dengan baik sehingga `hantar sampai ke rumah'. Itulah hujah TV 3 suku untuk menunjukkan Anwar berbohong. Maksudnya, Tok Guru Hj Hadi memang dilayan baik oleh rejim.


Foto di atas sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan negara kita. Negara kita pihak keselamatan berbudi bahasa dan sentiasa melayan rakyat dengan baik...

Benarkah Anwar berbohong? Apakah bohong jika Anwar menyebut Tok Guru Hj Hadi tidak patut dilayan sedemikian kerana apa salah Presiden PAS itu? Usahkan disakiti atau dipukul, jika ditangkap dan dipaksa ke Balai Polis sekalipun memang tidak wajar dan zalim kerana Tok Guru Hj Hadi tidak melakukan kesalahan. Apakah seorang Ulamak seperti Tok Guru Hj Hadi layak untuk ditangkap seperti penjenayah? Adakah Anwar berbohong bahawa Tok Guru Hj Hadi `diseret' ke Balai Polis? Bukan seorang dua saksi yang menyaksikan betapa Tok Guru Hj Hadi `dipaksa' untuk ke Balai Polis. Diseret ertinya di`paksa' ke Balai Polis, bukannya dengan sukarela. Adakah TV 3 suku ingin gambarkan bahawa Tok Guru Hj Hadi `menawarkan' diri untuk ditahan? Jika KJ, Ketua Patriot mungkin lojik juga beliau `sukarela' untuk ditangkap akibat tidak tahan dengan semburan gas.

TV 3 suku siarkan pula ucapan Tok Guru Hj Hadi yang menyebut `berterima kasih atas layanan Polis yang baik sehingga menghantar sampai ke rumah". Nampaknya TV 3 suku begitu bodoh untuk memahami sindiran Tok Guru Hj Hadi. Anwar sendiri berkali-kali pernah menyindir betapa beliau amat berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang 24 jam melindunginya sewaktu beliau menjadi TPM sehingga sekarang beliau menjadi Ketua Pembangkang. Anwar selalu menyebut, ke mana pun beliau pergi sekarang akan sentiasa diekori oleh SB-SB atau pasukan keselamatan. Sindiran sebegitu pun boleh membuatkan TV 3 suku perasan?

Hakikatnya, mereka ingin rakyat lupakan kezaliman pihak rejim. Mereka mahu tonjolkan kebaikan dan kemuliaan mereka dengan menceritakan kisah layanan baik terhadap Tok Guru Hj Hadi, layanan terhadap tahanan yang kununnya makan enak sehingga berbelanja RM25 setiap satu kepala. Setelah kita `belasah' orang, kemudian kita kasi dia makan dan hantar balik ke rumah, itu tanda kita baikkah?


Gambar Hiasan untuk membezakan `manusia dan lembu'

Bukankah kita selalu dengar Perogol akan menghantar mangsa rogolnya balik ke rumah? Baik sungguhkah perogol itu? Fokus kita sekarang bukan kepada berapa banyak makanan yang diberi samada lazat atau tidak, sebab kita hadir puluhan ribu bukan untuk makan sedap di Balai Polis. Kita hadir untuk menyuarakan hak kita, kita berhimpun untuk mendesak agar SPR tidak menjadi lebih `lembu dari lembu'. /wfauzdin.blogspot.com

Cursing Malay : Terus Terang

0
sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Orang Kata Budak Kecik Nampak Hantu Dia Menangis,Betul Ke?

Posted: 13 Jul 2011 05:49 PM PDT


Betul la kot?
Kalau 2 orang serentak nangis?


...............................

Semalam,lepas berita TV3...

Ada promo,
"Najib sejak kecil lagi dilatih untuk menjadi Perdana Menteri
menggantikan bapa beliau."


Aku baru tau jawatan PM Malaysia ni
memang boleh main pass2 aje bagi anak beranak.

Lepas ni ...anak dia pulak nak naik tau.

Kopitiam Bang Nan

0
sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Akhlak Islam Ahli PAS taut hati pemuda cina...

Posted: 13 Jul 2011 06:31 PM PDT

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah peluang paling baik untuk berdakwah. Walk the talk. Di sinilah medannya untuk kita menunjukkan akhlak islam sebenarnya yang selama ini telah dihijack dan diputarbelit oleh Umno.

Barisan kepimpinan baru PAS terbukti berjaya memberikan keyakinan dan nafas baru kepada ahlinya dengan melakarkan road map yang jelas bukan sahaja kepada ahli tetatpi rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sekelian.

Jangan dipersiakan kepercayaan yang sudah mula berputik kerana peluang mungkin tidak datang dua kali.

Di bawah ini ialah satu kisah yang dipetik dari Portal Merdeka Review, pengalaman dan pandangan seorang anak muda cina mengenai BERSIH 2.0....

Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS
Chen Shu Yong Jul 12, 2011 06:36:14 pm

... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan.

Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar.

Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Seterusnya di sini

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tutup Operasi Esso Di M'sia, Bukti Kegagalan Najib Yakinkan Pelabur Asing

Posted: 13 Jul 2011 03:49 AM PDT

SHAH ALAM 13 JULAI : Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.

"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.

Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.

Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.

Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas.

Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.

"Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.

"Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya.

"Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi.



170,000 Pelayar Facebook Desak Najib Berundur

Posted: 13 Jul 2011 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 JULAI : Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 170,000 orang.

Laman "100,000 People Request Najib Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.

Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 172,868 "likes" pada pagi ini.

Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis.

Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari.

"Saya tidak faham mengapa polis perlu memukul dan melepaskan gas pemedih mata," kata seorang penyokong BERSIH 2.0 Sofie Muhammad di laman itu.

"Orang ramai langsung tidak membaling batu ke arah kedai. Mengapa kerajaan takut? Kami hanya mahu pilihan raya yang bebas."

Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu.

"Najib mula hilang pengaruh. Beliau tidak memahami keperitan terkena gas pemedih mata dan kesakitan akibat air berkimia ataupun ketika ditendang dan dipukul pleh polis," kata Longyao Phang dalam tulisannya di blog itu.

Bersih 2.0 : Tindakan Polis Cabuli Hak Asasi, Kata Suhakam

Posted: 13 Jul 2011 03:27 AM PDT





SHAH ALAM 13 JULAI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengecam kekerasan dan keganasan yang dilakukan polis ketika bertindak menangkap peserta Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sambil menyifatkan ia pencabulan hak asasi manusia.

Pesuruhjayanya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, oleh yang demikian semua mangsa yang dizalimi polis pada hari kejadian dinasihatkan agar tampil ke depan bagi mengemukakan aduan secara terus supaya Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS.

Katanya, ini kerana tindakan yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab malah ia merupakan tindakan penyalahgunaan kuasa dan ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia.

"Kalau pihak lain soal pun kami ada bukti yang tidak boleh dinafikan," katanya memberitahu Tvselangor.

Pada Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat ditahan.

Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Sha'ani yang turut memantau perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga merupakan satu pencabulan.

Dalam pada itu, beberapa peserta himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang ditemui Tvselangor berkesempatan menceritakan detik-detik cemas mereka ketika dikasari, diherdik malah dihertet ke dalam trak polis.

Rata-rata peserta yang ditemui, kesal dengan tindakan ganas polis ketike berdepan dengan perhimpunan aman Bersih sambil mempersoalkan kegagalan
pihak berkuasa itu dalam menjamin keselamatan rakyat di negara ini.

"Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia(peserta Bersih 2.0) buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu," kata seorang pembantu doktor, Abu Bakar Abdul Rahman yang kesal dengan tindakan anggota polis apabila dilihat dengan sengaja menendang salah seorang peserta Bersih 2.0 ketika sedang bersujud bagi memohon keredhaan Allah S.W.T diatas sebatang jalan raya.

Katanya lagi, beberapa peserta himpunan juga turut kelihatan dibelasah pihak berkuasa hingga patah kaki namun tiada sebarang bantuan dihulurkan oleh anggota polis yang berada disekitar kawasan terbabit.

Turut sama berkongsi cerita Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu ialah pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN), Rajaretinam Armuggan yang juga merupakan salah seorang saksi kejadian ketika Allahyarham Baharuddin Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya akibat terkena semburan gas pemedih mata dan water canon.

"Dua anggota polis yang berada di depan kami hanya melihat sahaja arwah dalam kesusahan, namun apabila saya minta bantuan polis tersebut untuk memanggil ambulan, ia tidak diendahkan dan hanya melihat kami ini sebagai pesalah. Kesilapan saya tidak ambil nombor (baju) polis tersebut," katanya dengan kesal.

Tambah Mazwan Johar seorang peguam PAS, tindakan polis memakai baju pelindung seragam ketika melakukan penangkapan bukan saja menyukarkan peserta himpunan untuk mendapatkan nombor anggota terbabit malah ia sengaja berbuat demikian.

"Jaket tersebut menutup tanda nama dan pangkat mereka. Kami sebagai peguam yang tahu apa yang perlu dibuat pun, tidak dapat berbuat apa-apa (sebab tidak tahu identiti polis itu)," ujarnya dengan nada kesal.






MAK AI MAHAL NYA CINCIN....

Posted: 13 Jul 2011 03:23 AM PDT

GEORGETOWN 13 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mengimport sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta tanpa cukai dari Amerike Syarikat April lalu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada SPRM di Pulau Pinang bersabit dakwaan itu dengan mengemukakan apa yang disebut beliau sebagai salinan dokumen import yang diperolehi daripada sebuah sumbernya.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata cetakan dokumen itu daripada skrin komputer mengandungi maklumat terperinchi mengenai cincin berkenaan dan butiran penuh mengenai pengimportnya.

Antara maklumat tertera adalah cetakan komputer itu adalah :

Nama Barangan : Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot : Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot : 6-04-2011
Tempat Impot : KLIA

Sehubungan dengan itu, Chegu Bard menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisythiaran Kastam yang diperolehi.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam websitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor,"katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan diatas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu," tanya beliau.

Nik Aziz: Saya sokong Bersih 3.0 jika tuntutan tak dilayan

Posted: 13 Jul 2011 03:20 AM PDT

July 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea mengadakan Himpunan Bersih 3.0 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berkeras untuk tidak melaksanakan tuntutan dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Nik Aziz (gambar), yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara.

Tegas beliau, sistem pilihan raya yang bersih dan adil perlu diadakan kerana ia dituntut dalam Islam, selain melibatkan soal pentadbiran negara.

"Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal... apa lagi soal mentadbir negara," katanya dipetik HarakahDaily hari ini.

Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi mengingatkan SPR agar melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0.

Jelas beliau, empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta.

Mengenai dakwaan media arus perdana yang mengatakan Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku mengalami kecederaan ketika menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, Nik Aziz berkata, "hanya rakyat yang boleh menjadi hakim."

"Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS) tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insya-Allah," katanya.

Kata pemimpin veteran ini, perhimpunan yang didakwa disertai 50,000 peserta akan berjalan secara aman sekiranya pihak keselamatan tidak diperalatkan Umno yang mahu menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

"Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan. Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, saya setuju selagi sistem pilihan raya di negera ini tidak berjalan lancar.

"Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ia perlu disokong oleh semua, selagi pilihan raya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun.

"Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih," ujar Nik Aziz.

Jelas beliau, pentadbiran Najib perlu memberi jaminan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil sekiranya tidak mahu menerima balasan buruk di akhirat.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan mengalami kerugian besar akibat perhimpunan itu disebabkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang membuat provokasi.

"Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demonstrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku," ujarnya.

Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan

Posted: 12 Jul 2011 10:08 PM PDT

Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan

KUALA LUMPUR 13 JULAI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut dibawa untuk sebutan hari ini.

6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, peguambelaKetua Pembangkang itu, Karpal Singh dan Sankara Nair menegaskan pihaknya akan membuat permohonan bagi menemubual dan mendapat senarai saksi yang dipanggil pada perbicaraan akan datang.

"Perbicaraan ditetapkan pada 8 hingga 26 Ogos depan, tetapi kami akan buat permohonan untuk menebual saksi, " kata Karpal kepada media lobi kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar menyatakan kekecewaanya kerana masih tidak diberi peluang itu walaupun sering dituduh kerajaan cuba melambatkan kes.

"Kita nak sediakan pembelaan Þkita tapi mereka masih tak beri saksi," kata beliau.

Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, merupakan orang pertama memberi keterangan dikandang saksi pada yang perbicaraan bermula 8 Ogos depan.


Laporan penuh menyusul...

Pakai Kuning Setiap Sabtu Sebagai Sokongan, Ajak Ambiga

Posted: 12 Jul 2011 10:05 PM PDT





KUALA LUMPUR 12 JULAI : Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu untuk menunjukkan sokongan secara berterusan dalam usaha mereformasikan proses pilihan raya di negara ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

"Sehingga reformasi pilihan raya dilakukan, kita meminta rakyat memakai warna kuning setiap hari Sabtu. Tak kiralah baju, atau sarung tangan atau apa-apapun yang berwarna kuning," kata beliau.

Sabtu lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di pusat bandar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis bertindak ganas dalam menyuraikan mereka dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut di media arus perdana.

Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Ambiga turut menyambut baik tawaran untuk berbincang dengan Pemuda Umno mengenai sistem pilihan raya di Malaysia.

Menurut Ambiga, ia satu perkara yang sihat dan menyatakan Bersih bersedia menjemput sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan terbuka termasuk Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengenai tuntutan mereka.

"Kami bersedia untuk berbincang dan berdebat secara terbuka dengan sesiapa pun. Saya rasa ia perkara yang sihat," kata beliau.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya menjemput Bersih untuk berdebat mengenai tuntutan tersebut.

Khairy turut menyatakan beliau dijadualkan mengadakan dialog bersama SPR dalam masa dua minggu dan menyatakan ianya lebih berkesan dari apa yang dilakukan Bersih.

Khairy pada hari sama dengan Bersih, memimpin 500 pemuda Umno yang dinamakan Patriot berarak sejauh 200 meter di Bukit Bintang bagi membantah himpunan Bersih 2.0.


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bersihkan negara daripada keganasan polis

Posted: 13 Jul 2011 09:08 PM PDT

KITA hidup dalam negara Malaysia yang berdaulat, mempunyai keluhuran undang-undang, berada dalam suasana yang aman lagi sejahtera.

Negara kita mempunyai sistem. Sistem yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip demokrasi, yang seharusnya diamalkan dengan jujur dan adil oleh semua pihak, demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama.

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat diberikan hak untuk bersuara dan berhimpun, selama mana perlakuan mereka tidak mencetuskan sebarang tindakan ganas atau mengancam keselamatan negara.

Malaysia menyaksikan banyak sisi perhimpunan rakyat, antaranya isu Bersih, isu PPSMI, isu ISA, isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w, isu kekejaman Amerika Syarikat, isu Palestin, isu kejahatan Israel dan sebagainyaRead More / Baca Lagi >>

An amazing experience

Posted: 13 Jul 2011 09:07 PM PDT

Emmanuel Joseph

JULY 14 — I woke up like many Malaysians on Saturday morning, resolute to attend the rally in Kuala Lumpur, but, also like many Malaysians, worried. Worried I could not make it into the city, worried that I would be detained, worried about the new depths which the police were willing to sink to this time around. After all, the pre-emptive measures taken to prevent this rally from happening up to that point had been without precedence. I would not have been surprised if the stringent roadblocks exposed Osama Bin Laden, had he not already been killed by the US.
I decided I could not forgive myself if I did not go, so I took a Komuter to KL. The station I boarded (a minor train stop, really) had three police officers manning a guard post and another walking around the station. It looked a bit like a scene from a WW2 movie, but I did not carry any bags with me so as not to arouse suspicion.
I carried all I was advised to carry in a six-pocket baggy quarterpants. I even had a dental appointment card as an "alibi." As much as I wanted to wear yellow and don a Bersih headband, I needed to get in the city to make it count. So instead, I wore a T-shirt saying "Stop Following Me", and hoped the police would do as the T-shirt said. But as expected, it didn't really help.
Read More / Baca Lagi >>

Henti tangkap rakyat pakai baju-T Bersih

Posted: 13 Jul 2011 09:03 PM PDT

TEMERLOH, 14 Julai: Meskipun Himpunan Bersih 2.0 sudah berlalu Sabtu lalu, namun pasukan keselamatan masih menangkap orang awam yang memakai baju T Bersih berwarna kuning.
Seorang aktivis PAS Suhaimi Abdullah ditangkap ketika berniaga di pasar malam di sini, kelmarin kerana memakai baju kuning Bersih.
"Kira-kira pukul 6.40 petang ketika saya sedang berniaga, empat orang anggota polis menghampiri lalu menahan saya kerana kesalahan Seksyen 47 Akta Pertubuhan.
Read More / Baca Lagi >>

Judi: Exco Melaka hina kaum Cina

Posted: 13 Jul 2011 08:58 PM PDT

MELAKA, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar tindakan Adun Ayer Molek, Datuk Mohd Yunos Husin yang menghina kaum Tionghua dengan mengatakan budaya judi menjadi budaya kaum tersebut.
Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, tindakan menyamakan budaya judi sebahagian budaya Cina adalah suatu yang tidak wajar dan ianya tindakan yang menghina kaum itu.
Adun Barisan Nasional  itu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyatakan sedemikian dalam menjawab soalan tambahan pembangkang di dalam sidang dewan undangan negeri yang bersidang kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Gambar terbaru mangsa peluru gas pemedih mata, Fayad Al-Bakri

Posted: 13 Jul 2011 08:47 PM PDT





MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.
Read More / Baca Lagi >>

Umno gagal halang Himpunan Bersih 2.0

Posted: 13 Jul 2011 08:45 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHAFRI SHAMSUDIN

KUALA LUMPUR: Berbagai usaha dilakukan oleh Umno bagi menggagalkan Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dalam negara.

Pelbagai cara digunakan bagi menyekat rakyat daripada menghadiri perhimpunan itu namun himpunan itu tetap berjaya diadakan.

Kehadiran lebih 100,000 peserta sebagaimana dilaporkan oleh TV AlJazeera membuktikan Umno gagal dalam usahanya dan ini sudah pasti menggerunkan mereka dalam membuat persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Rakyat dilihat tidak lagi takut dengan momokan pemerintah sebaliknya mereka semakin berani dan yakin menuntut hak sebagai warganegara yang merdeka.

Read More / Baca Lagi >>

For sure, Umno is more evil towards the Monarchy than Bersih

Posted: 13 Jul 2011 08:30 PM PDT

For sure, Umno is more evil towards the Monarchy than BersihUMNO-owned Utusan Malaysia's delusional statement that Bersih and the Selangor government had disrespected and were guilty of treason against the Sultan of Selangor and the Agong is laughable and an insult to the monarchy itself.
It is clear that Utusan Malaysia is merely mouthing such accusations in order to drum up public support against the Pakatan-led government of Selangor much in the same way that it drew support to amend the Federal Constitution back in 1993 to strip the Royals of their immunity, and thus subjugate the Sultans and the Agong under the thumb of UMNO which was at that time led by Mahathir Mohamad.
The changes, which saw the amendments of Articles 32, 38, 42, 63, 72 and 181 in the Constitution of Malaysia, was implemented in March 1993. The rulers were extremely unhappy with the government's calls for the removal of legal immunity, and initially dissented with the government.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO - kalau tidak berubah, ia akan tersadai.

Posted: 13 Jul 2011 08:29 PM PDT

Oleh Aspan Alias
Apa yang berlaku di dalam negara kita akhir-akhir ini memang satu keadaan yang saya dan ramai yang lain susah hendak percaya akan berlaku, tetapi ianyahttp://4.bp.blogspot.com/_te7ny0N-LSA/SRAMcgqLyUI/AAAAAAAAAa8/i3MZsGF887U/s400/logo+umno berlaku. Hampir 1700 orang di tahan pihak berkuasa kerana berjalan ke Stadium Negara untuk berhimpun secara aman. Perarakan yang aman menuju ke Stadium itu Belum pun peserta rally itu sempat menunjukan bukti yang mereka hanya akan berhimpun secara aman Polis telah menahan mereka termasuk pemimpin-pemimpin parti-parti politik dan penganjur rally itu.

Read More / Baca Lagi >>

Post-Bersih protests turn to Facebook with colourful demands

Posted: 13 Jul 2011 08:28 PM PDT

Post-Bersih protests turn to Facebook with colourful demandsKUALA LUMPUR - Shut out from and derided daily by the mainstream media, supporters of electoral reforms coalition Bersih 2.0 have taken the next phase of the protests to the internet, with several Facebook pages set up on a plethora of calls.

One of the first such pages has todate managed to gather 165,000 'Likes' within days, calling for prime minister Najib Razak's resignation. Buoyed by its popularity, others have set up similar pages urging for other BN leaders' resignation, especially those who had been at the forefront of attacks against the massive Bersih  rally last Saturday/

Read More / Baca Lagi >>

Pasaca Bersih : Tindakan Lagak Yahudi Laknatullah!

Posted: 13 Jul 2011 08:23 PM PDT

Oleh P Hayat
Sebak menonton Buletin Utama TV3 yang melaporkan perkembangan Himpunan bersih 2.0 di Kuala Lumpur baru inii. Kalau lima puluh sen harga set tv itusilap hari tiada pasal hancur tv itu.
Memang sudah sehari suntuk berdebar mengikuti perkembangan dari jauh himpunan itu dengan iringan doa moga ia berupaya menjadi pemangkin ke arah pilihanraya bersih dan adil di dalam negara tercinta ini.


Bagi rakyat yang mahu membuka sedikit minda agar bebas dari media konkongan pemerintah, amat mudah membaca modus operandi tindakan polis bagi menggagalkan himpunan aman tersebut.
TV3 melaporkan keluhan warga kota terutama peniaga yang rugi jutaan ringgit kerana tiada pelanggan atau premis terpaksa ditutup, lantas dipersalahkan himpunan Bersih 2.0 sebagai punca.
Hakikatnya, pihak polislah yang bertindak membabi buta menutup berpuluh-puluh jalan utama masuk ke Kuala Lumpur dan memberi amaran keras untuk menangkap semua peserta himpunan. Pengangkutan awam juga diarah dihadkan operasi atau membatalkan seluruh operasinya di pusat bandar Kuala Lumpur pada hari itu.
Skrin-skrin digital di lebuhraya juga buat pertama kalinya memaparkan amaran pihak polis agar rakyat tidak pergi ke perhimpunan itu. Ternyata ia adalah ugutan untuk menakut-nakutkan rakyat yang hendak pergi ke perhimpunan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu / Kelantan - 15-7-2011

Posted: 13 Jul 2011 07:59 PM PDT




DEMI RAKYAT


15 Julai 2011 (Jumaat)


Program 1 – Besut, Terengganu


9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat


Lokasi : -  Kampong Amir , Alor Lintang, Besut


Penceramah:
1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.      YB Azan Ismail
3.      YB Khalid Samad

Program 2 – Tanah Merah, Kelantan


9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat


Lokasi :- Padang Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan


Penceramah:
1.      YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
2.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
3.      YB Saifuddin Nasution
4.      YB Husam Musa
5.      YB Amran Abdul Ghani

Bersih's memorandum to the King

Posted: 13 Jul 2011 07:49 PM PDT

Bersih's memorandum to the KingMengadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, yang bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia dengan segala kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

Patik sekalian merafak sembah Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memohon izin untuk mengusulkan rayuan kami mengenai penambahbaikan sistem dan proses pilihanraya di Malaysia.


Your Majesty,

The Coalition for Free and Fair Elections 2.0 (BERSIH 2.0) which comprises sixty-two (62) civil society organisations are grateful to Your Majesty for granting us an audience on 5 July 2011.

BERSIH 2.0 believes that the time has come for electoral reofrm in Malaysia. A successful democracy is one that is built based on elections that are clean, free and fair. The right to vote is enshrined in Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Voting is important to allow the rakyat an active voice in government and to ensure the protection of other fundamental rights.

However, a system of clean, free and fair elections must exist so that voters may fully enjoy their right to vote and in order for their votes to be accurately reflected in the governance of the country. A clean, free and fair election would also avoid disputes of election results which, if allowed to occur, may jeopardise the peace and prosperity of the country.

It is the desire and intent of BERSIH 2.0, together with thousands of Your Majesty's subjects gathered this day, Saturday, 9 July 2011, to appeal to Your Majesty for the establishment of a Royal Commission of Inquiry to comprehensively study the weaknesses in, and to propose improvements to, the existing electoral system and process. BERSIH 2.0 requests that this Royal Commission of Inquiry comprise members of calibre and who represent all stakeholders.

Your Majesty,

Given that a general election may be called at any time, BERSIH 2.0 together with thousands of Your Majesty's subjects gathered on this day, humbly invite Your Majesty's attention to the following eight (8) short-term measures that should be implemented before the 13th General Election.

1. Clean the electoral roll

The electoral roll must be immediately revised and updated to ensure existing irregularities such as impersonation and 'phantom voters' are removed.
In the longer term, BERSIH 2.0 suggests for the establishment of an automated voter registration system which is based on the National Registration Department database.

2. Reform postal ballot

The current system of postal ballot needs to be reformed. Disenfranchisement of absent voters can be solved by extending the option to vote by postal ballot or in advance to ALL voters if absent from their constituency on polling day, regardless of whether they are in Malaysia or abroad. In addition, police, military and civil servants must vote normally like other voters if not on duty on polling day. To ensure transparency of the postal voting process, party agents must be allowed to monitor the entire process of postal or advanced voting.

3. Use of indelible ink

Indelible ink is a simple, inexpensive and effective solution to voter fraud used in other parts of the world to minimise voter fraud.

4. Minimum 21 days campaign period

Minimum 21 days campaign period would allow voters more time to gather information and deliberate on their choices.

5. Free and fair access to media

All media agencies, especially state-funded media agencies such as Radio and Television Malaysia (RTM) and Bernama, should allocate proportionate and objective coverage for all political parties. Public debates between candidates should be broadcasted.

6. Strengthen public institutions

The EC must perform its constitutional duty to act independently and impartially so as to enjoy public confidence. The EC must take independent and proactive measures to uphold the integrity of the electoral process and enforce the Election Offences Act 1954 as mandated by the Elections Act 1958. The EC's repeated mention that they have no power to act is neither accurate in law nor does it inspire the confidence of the people in their ability to fulfil their constitutional role.

Apart from the EC, the public demand that the institutions of this country such as the Judiciary, Attorney-General, Royal Malaysian Police and Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC) act independently, impartially and with integrity at all times in the execution of their duties and in accordance with the Federal Constitution.

7. Stop corruption

All forms of vote-buying during elections, including promises of financial allocations for development projects by Federal and State elected representatives holding administrative positions during the campaign period must stop. Stern action must be taken against those who commit any form of vote-buying.

8. Stop dirty politics

Malaysian citizens are tired of dirty politics that has been the main feature of the Malaysian political arena. All political parties and politicians must put an end to gutter politics. As citizens and voters, we are not interested in gutter politics; we are interested in policies that affect the nation.

Your Majesty,

On this day, Saturday, 9 July 2011, at Kuala Lumpur, BERSIH 2.0 together with thousands of Your Majesty's subjects have united in a peaceful assembly in order to realise electoral reform, uphold democratic principles and claim the right for clean, free and fair elections for Malaysia.

Your Majesty's subjects have experienced numerous obstacles and difficulties only because we wish to make elections in Malaysia the best in the world.

There are many amongst us who have been detained or made subject to legal action. Your Majesty's subjects gathered on this day, humbly beseech Your Majesty that all those who have been detained because of their support for BERSIH 2.0 should be released and all legal action against them withdrawn.

BERSIH 2.0 together with thousands of Your Majesty's subjects humbly beseech Your Majesty that the six leaders of Parti Sosialis Malaysia (PSM), including Member of Parliament Dr. Michael Jayakumar Devaraj, who has been detained under the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969, be released immediately or charged in court.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun,

Sekian sahaja kami patik-patik sembah maklum, diiringi dengan salam takzim jua adanya. Amin Ya-Rabbal-Alamin dan Jazakallahu Khairan Kathira.

Mohon di ampun,

Wassalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersih Steering Committee, representing your majesty's subjects:
1. Dato' Ambiga Sreenevasan (Chairperson)
2. Andrew Khoo
3. Arul Prakkash
4. Arumugam K.
5. Dr Farouk Musa
6. Haris Ibrahim
7. Liau Kok Fah
8. Maria Chin Abdullah
9. Richard Y W Yeoh
10. Dr Subramaniam Pillay
11. Dato' Dr Toh Kin Woon
12. Dr Wong Chin Huat
13. Dato' Yeo Yang Poh
14. Zaid Kamaruddin

- Bersih

It’s too late, Najib

Posted: 13 Jul 2011 07:48 PM PDT

But working with Bersih to improve the electoral system could make a difference to the prime minister's battered image

There is a Malay saying to the effect that you can profit from your regret only if you heed it before doing something to cause it. The wisdom of this saying should be hitting Najib and Co as they attempt to repair their battered image in the wake of mindlessly violent suppression of citizens' right to peacefully assemble and express their dissatisfaction.
Damage control at this point is just too late. Even as Barisan Nasional called former prime minister Abdullah Ahmad Badawi out of retirement to spew propaganda on its behalf, visual images and eyewitness reports of harsh police action are already all over cyberspace, and condemnations by international organisations and in the foreign press have continued.
Indeed, the Jakarta Post has printed an editorial that supports Bersih 2.0's demands, as if spitting in the face of Foreign Minister Anifah Amin, who is on a damage control trip in Indonesia.
Even the United Nations has accused Malaysian authorities of undermining democracy.
Read More / Baca Lagi >>

Warna kuning terus jadi isu, larian Relay For Life ‘mangsa’ terbaru

Posted: 13 Jul 2011 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Warna kuning terus menjadi isu, kali ini penganjur program Larian Untuk Kehidupan atau Relay For Life menafikan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Selain mengharamkan Bersih 2.0, Putrajaya juga mengisytiharkan bahawa kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej tuntutan pembaharuan pilihan raya juga diharamkan.
Larian anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu akan berlangsung di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia pada Sabtu dan Ahad ini.
Penasihat Kehormat NCSM Datuk Zuraidah Atan berkata, warna kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan program ini telah masuk kali ketujuh.
"Kebetulan tahun ini kami memilih warna kuning untuk baju larian," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM digesa siasat cincin RM73 juta Rosmah

Posted: 13 Jul 2011 07:43 PM PDT

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalaui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis RAJA di Malaysia. Tarak tipu punya...

Posted: 13 Jul 2011 07:41 PM PDT


Polis RAJA di Malaysia....

Bersurai... Kalau tidak kami tembak!!

Hospital Tung Shin....

Yang tak boleh bersurai amacam?? Kenapa tembak jugak??

Polis RAJA di Malaysia....

Aku tak peduli!! Nak gas pemedih mata!! Nah air asid!!

Hospital Tung Shin....

Cilakak...!!

Kecoh.... Kecoh.... Kecoh....

Polis RAJA di Malaysia.....

Read More / Baca Lagi >>

Kisah Tauladan Seorang Bekas Polis FRU!

Posted: 13 Jul 2011 07:40 PM PDT

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama. tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!Read More / Baca Lagi >>

TERKINI DARI LONDON

Posted: 13 Jul 2011 07:39 PM PDT

NOTA

satu tamparan
temu janji makan tengah hari dengan pm britain di batalkan
kah kah kah

dalam bahasa diplomatik
ini cilako
kah kah kah

tak cukup dengan itu
ada demo pulak
kah kah kah

padan muka
kah kah kah


DEPAN NO 10 JALAN DOWNING
DARI WARTAWAN TT DI LONDON

We have been writing to the Home Secretary here (Theresa May) and the UK Parliamentary Working Group on Malaysia and Human rights. Today we received a response from Bill Cash (Chair of the UK PArliamentary Working Group on malaysia) to say he will take up this matter urgently with the Foreign Office.

We also got a small group together to protest today during lunchtime outside Downing Street as Cameron was meant to have lunch with Najib (But think it was cancelled as Cameron got bogged down with PM question time).
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Natijah dari kejayaan Himpunan Bersih 2.0

Posted: 13 Jul 2011 07:38 PM PDT


Oleh ABD SHUKUR HARUN
 
Walaupun Perhimpunan Bersih 2.0 secara aman di Ibunegara baru-baru ini telah berjaya, namun perjuangan menegakkan demokrasi dan pilihan raya bersih serta adil masih belum berakhir. Seperti kata Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang, sejurus selepas dibebaskan, bahawa "sekiranya Barisan Nasional (BN) melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 maka "kebangkitan lebih besar" akan berlaku.
Perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang didukung oleh 62 NGO telah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat perlabagi kaum dan agama telah berhimpun secara daman, tidak ada ada harta benda awam yang rosak.
Menurut Presiden PAS itu, rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik, walaupun diprovokasi oleh pihak tertentu, mereka tetap bersabar.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Kerajaan Israel Pun Pandai Jaga Rakyat dia...Kerajaan Malaysia??

Posted: 13 Jul 2011 07:36 PM PDT

SK menyokong penuh sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan yang telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Doktor-doktor yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Dakwaan mereka tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Human Rights Watch gesa Putrajaya adakan siasatan terbuka

Posted: 13 Jul 2011 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Kerajaan Malaysia perlu mengadakan sisasatan yang telus dan terbuka dengan segera mengenai dakwaan penggunaan pendekatan keras dalam menangani perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini.
Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata pentadbiran Najib juga sewajarnya menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan menakut-nakutkan pihak penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan.
"Tindakan pihak berkuasa menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan bahawa kebebasan asas kini bertembung dengan kuasa pemerintah," kata Robertson sambil menambah bahawa kerajaan tidak menghormati ruang hak asasi.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih :Tung Shin "Mangsa" Sindrom Penafian Kerajaan

Posted: 13 Jul 2011 07:33 PM PDT


KUALA LUMPUR 14 JULAI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua menyifatkan kenyataan Hospital Tung Shin menafikan hospital itu menjadi sasaran tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia polis pada perhimpunan Bersih Sabtu lalu sebagai hasil tekanan kerajaan.

Penafian oleh Lembaga Pengarah hospital itu dibuat ekoran pertemuan mereka dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai Isnin lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PASCA BERSIH : ANWAR BERBOHONG ?, SPR JANGAN JADI LEBIH LEMBU DARI LEMBU

Posted: 13 Jul 2011 09:06 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini seperti biasa TV 3 suku meroyan lagi pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang baru-baru ini berjaya memalukan Tok Jib laknatullah. Maka berkatalah media lidah syaitan ini bahawa Anwar pembohong tentang cerita penangkapan Tok Guru Hj Hadi. Sebelum itu saya mahu bertanya, semenjak bila TV 3 suku menyebut Anwar tidak berbohong?


Anwar dan Pengawal Peribadinya berpura-pura kena pukul dan sakit...

Untuk menguatkan hujah bodohnya itu, maka dibawalah beberapa pak yek-pak yek yang lapar duit dan lapar publisiti yang sanggup jadi pencacai murahan untuk menunjukkan Anwar itu pembohong. Berebut-rebutlah umpama anjing dapat tulang beberapa pencacai termasuk seorang India mabuk bernama Nalla memberikan ulasan. Sudah lama kita kenal muka-muka pencacai tu semua.

Hj Hadi `sukarela' bukan diseret ke Balai.... dibawa dengan
kenderaan `pacuan 4 roda' seperti KJ naik?
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Doktor kecam polis tembak gas ke hospital

Posted: 13 Jul 2011 08:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu.

Menyatakan bahawa hospital sepatutnya menjadi 'santuari yang selamat untuk semua' dan 'tempat yang dikhaskan untuk perlindungan' bahkan semasa masa perang, sebelas doktor dan pakar bedah, ada yang di antaranya berkhidmat di hospital berkenaan telah mengutuk keras tindakan polis yang memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Kekerasan polis: Suhakam nafi kenyataan Tiong Lai

Posted: 13 Jul 2011 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak berasas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menafikan tindakan kekerasan pihak polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Sebaliknya, pihak Suhakam sendiri turut melihat sendiri penggunaan kekerasan melampau pihak polis terhadap para peserta, apabila Suhakam dengan 35 orang pegawainya turut memantau perhimpunan tersebut.
Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah menegaskan, malah beliau sendiri yang turut turun ke perhimpunan itu bagi melakukan pemantauan turut melihat dengan jelas tindakan kekerasan pihak polis terhadap para peserta termasuk di lokasi yang dinafikan oleh Tiong Lai.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT