WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Tutup Operasi Esso Di M'sia, Bukti Kegagalan Najib Yakinkan Pelabur Asing
- 170,000 Pelayar Facebook Desak Najib Berundur
- Bersih 2.0 : Tindakan Polis Cabuli Hak Asasi, Kata Suhakam
- MAK AI MAHAL NYA CINCIN....
- Nik Aziz: Saya sokong Bersih 3.0 jika tuntutan tak dilayan
- Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan
- Pakai Kuning Setiap Sabtu Sebagai Sokongan, Ajak Ambiga
Tutup Operasi Esso Di M'sia, Bukti Kegagalan Najib Yakinkan Pelabur Asing Posted: 13 Jul 2011 03:49 AM PDT SHAH ALAM 13 JULAI : Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara. "Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya. "Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor. Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini. Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan. Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc. Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit. Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas. Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?. "Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya. Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah. "Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya. "Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi. |
170,000 Pelayar Facebook Desak Najib Berundur Posted: 13 Jul 2011 03:37 AM PDT KUALA LUMPUR 13 JULAI : Petisyen Facebook bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan telah mendapat sokongan daripada 170,000 orang. Laman "100,000 People Request Najib Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini. Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu. Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 172,868 "likes" pada pagi ini. Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis. Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari. "Saya tidak faham mengapa polis perlu memukul dan melepaskan gas pemedih mata," kata seorang penyokong BERSIH 2.0 Sofie Muhammad di laman itu. "Orang ramai langsung tidak membaling batu ke arah kedai. Mengapa kerajaan takut? Kami hanya mahu pilihan raya yang bebas." Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu. "Najib mula hilang pengaruh. Beliau tidak memahami keperitan terkena gas pemedih mata dan kesakitan akibat air berkimia ataupun ketika ditendang dan dipukul pleh polis," kata Longyao Phang dalam tulisannya di blog itu. |
Bersih 2.0 : Tindakan Polis Cabuli Hak Asasi, Kata Suhakam Posted: 13 Jul 2011 03:27 AM PDT SHAH ALAM 13 JULAI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengecam kekerasan dan keganasan yang dilakukan polis ketika bertindak menangkap peserta Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, sambil menyifatkan ia pencabulan hak asasi manusia. Pesuruhjayanya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, oleh yang demikian semua mangsa yang dizalimi polis pada hari kejadian dinasihatkan agar tampil ke depan bagi mengemukakan aduan secara terus supaya Suhakam boleh memperkukuhkan bahan bukti yang diperolehi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS. Katanya, ini kerana tindakan yang dilakukan polis untuk menangani peserta perhimpunan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab malah ia merupakan tindakan penyalahgunaan kuasa dan ia jelas bertentangan dengan hak asasi manusia. "Kalau pihak lain soal pun kami ada bukti yang tidak boleh dinafikan," katanya memberitahu Tvselangor. Pada Sabtu lalu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat ditahan. Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu. Sha'ani yang turut memantau perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menegaskan tindakan polis menangkap peserta dan menempatkan mereka di Balai Polis Jinjang dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) juga merupakan satu pencabulan. Dalam pada itu, beberapa peserta himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu yang ditemui Tvselangor berkesempatan menceritakan detik-detik cemas mereka ketika dikasari, diherdik malah dihertet ke dalam trak polis. Rata-rata peserta yang ditemui, kesal dengan tindakan ganas polis ketike berdepan dengan perhimpunan aman Bersih sambil mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa itu dalam menjamin keselamatan rakyat di negara ini. "Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia(peserta Bersih 2.0) buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu," kata seorang pembantu doktor, Abu Bakar Abdul Rahman yang kesal dengan tindakan anggota polis apabila dilihat dengan sengaja menendang salah seorang peserta Bersih 2.0 ketika sedang bersujud bagi memohon keredhaan Allah S.W.T diatas sebatang jalan raya. Katanya lagi, beberapa peserta himpunan juga turut kelihatan dibelasah pihak berkuasa hingga patah kaki namun tiada sebarang bantuan dihulurkan oleh anggota polis yang berada disekitar kawasan terbabit. Turut sama berkongsi cerita Himpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu ialah pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN), Rajaretinam Armuggan yang juga merupakan salah seorang saksi kejadian ketika Allahyarham Baharuddin Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya akibat terkena semburan gas pemedih mata dan water canon. "Dua anggota polis yang berada di depan kami hanya melihat sahaja arwah dalam kesusahan, namun apabila saya minta bantuan polis tersebut untuk memanggil ambulan, ia tidak diendahkan dan hanya melihat kami ini sebagai pesalah. Kesilapan saya tidak ambil nombor (baju) polis tersebut," katanya dengan kesal. Tambah Mazwan Johar seorang peguam PAS, tindakan polis memakai baju pelindung seragam ketika melakukan penangkapan bukan saja menyukarkan peserta himpunan untuk mendapatkan nombor anggota terbabit malah ia sengaja berbuat demikian. "Jaket tersebut menutup tanda nama dan pangkat mereka. Kami sebagai peguam yang tahu apa yang perlu dibuat pun, tidak dapat berbuat apa-apa (sebab tidak tahu identiti polis itu)," ujarnya dengan nada kesal. |
Posted: 13 Jul 2011 03:23 AM PDT GEORGETOWN 13 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mengimport sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta tanpa cukai dari Amerike Syarikat April lalu. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada SPRM di Pulau Pinang bersabit dakwaan itu dengan mengemukakan apa yang disebut beliau sebagai salinan dokumen import yang diperolehi daripada sebuah sumbernya. Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata cetakan dokumen itu daripada skrin komputer mengandungi maklumat terperinchi mengenai cincin berkenaan dan butiran penuh mengenai pengimportnya. Antara maklumat tertera adalah cetakan komputer itu adalah : Nama Barangan : Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York Nama Pengimpot : Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee Tarikh Impot : 6-04-2011 Tempat Impot : KLIA Sehubungan dengan itu, Chegu Bard menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan. "Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia." Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan. "Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau. "Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu. Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya. Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisythiaran Kastam yang diperolehi. Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri. "Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam websitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor,"katanya. Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu. "Adakah suami individu yang dinamakan diatas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu," tanya beliau. |
Nik Aziz: Saya sokong Bersih 3.0 jika tuntutan tak dilayan Posted: 13 Jul 2011 03:20 AM PDT July 13, 2011 KUALA LUMPUR, 13 Julai – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea mengadakan Himpunan Bersih 3.0 jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih berkeras untuk tidak melaksanakan tuntutan dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Nik Aziz (gambar), yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi memastikan keadilan dan ketelusan dalam sistem pilihan raya negara. Tegas beliau, sistem pilihan raya yang bersih dan adil perlu diadakan kerana ia dituntut dalam Islam, selain melibatkan soal pentadbiran negara. "Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal... apa lagi soal mentadbir negara," katanya dipetik HarakahDaily hari ini. Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi mengingatkan SPR agar melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0. Jelas beliau, empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta. Mengenai dakwaan media arus perdana yang mengatakan Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlaku mengalami kecederaan ketika menyertai Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu, Nik Aziz berkata, "hanya rakyat yang boleh menjadi hakim." "Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS) tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insya-Allah," katanya. Kata pemimpin veteran ini, perhimpunan yang didakwa disertai 50,000 peserta akan berjalan secara aman sekiranya pihak keselamatan tidak diperalatkan Umno yang mahu menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka. "Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan. Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, saya setuju selagi sistem pilihan raya di negera ini tidak berjalan lancar. "Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ia perlu disokong oleh semua, selagi pilihan raya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun. "Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih," ujar Nik Aziz. Jelas beliau, pentadbiran Najib perlu memberi jaminan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil sekiranya tidak mahu menerima balasan buruk di akhirat. Menurutnya, peniaga yang dikatakan mengalami kerugian besar akibat perhimpunan itu disebabkan tindakan Barisan Nasional (BN) yang membuat provokasi. "Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demonstrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku," ujarnya. |
Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan Posted: 12 Jul 2011 10:08 PM PDT Perbicaraan Anwar, Hakim Tetapkan 8-26 Ogos Depan KUALA LUMPUR 13 JULAI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan bagi mendengar perbicaraan kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas kes tersebut dibawa untuk sebutan hari ini. 6 Julai lalu, Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Mohamad Zabidin sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu. Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Bagaimanapun, peguambelaKetua Pembangkang itu, Karpal Singh dan Sankara Nair menegaskan pihaknya akan membuat permohonan bagi menemubual dan mendapat senarai saksi yang dipanggil pada perbicaraan akan datang. "Perbicaraan ditetapkan pada 8 hingga 26 Ogos depan, tetapi kami akan buat permohonan untuk menebual saksi, " kata Karpal kepada media lobi kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini. Anwar menyatakan kekecewaanya kerana masih tidak diberi peluang itu walaupun sering dituduh kerajaan cuba melambatkan kes. "Kita nak sediakan pembelaan Þkita tapi mereka masih tak beri saksi," kata beliau. Anwar yang hadir memakai pemaut leher akibat kecederaan ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, merupakan orang pertama memberi keterangan dikandang saksi pada yang perbicaraan bermula 8 Ogos depan. Laporan penuh menyusul... |
Pakai Kuning Setiap Sabtu Sebagai Sokongan, Ajak Ambiga Posted: 12 Jul 2011 10:05 PM PDT KUALA LUMPUR 12 JULAI : Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu untuk menunjukkan sokongan secara berterusan dalam usaha mereformasikan proses pilihan raya di negara ini. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya menjemput Bersih untuk berdebat mengenai tuntutan tersebut. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan