MIMPI SENJA |
- Rakyat didahulukan : Subsidi rakyat depa potong, tau-tau Si Katek beli cincin RM
- BERSIH 2.0 : Najib sedang menerajui Malaysia di jalan yang salah
- BERSIH 2.0 : Ketua Polis yang penipu hang mai tengok apa doktor2 ni kata kat hampa ...
- Kami tak ingin seperti di Mesir - Nurul
- Najib boleh belah setiap 5 saat -
- Najib tiba di Britain tanpa permaidani merah
- TGNA sokong BERSIH 3.0
Rakyat didahulukan : Subsidi rakyat depa potong, tau-tau Si Katek beli cincin RM Posted: 13 Jul 2011 09:41 PM PDT Rosmah, Najib ke Amerika untuk beli cincin RM24.4 juta Julai 14, 2011 by KeadilanDaily KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Amerika Syarikat bermula 10 hingga 16 April- tarikh yang sama berlian berharga RM24.4 juta dibeli. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, mereka terbang ke negara itu untuk lawatan kerja ke Washington dan New York. Mengikut laporan media 9 April lalu, Najib bersama Rosmah, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Mereka turut diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri ketika di lapangan terbang. Semalam, SAMM membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengenai bukti yang mengaitkan Rosmah dengan pembelian berlian berkenaan. Malaysiakini hari ini melaporkan berlian berkenaan berharga RM73 juta. Namun Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, berdasarkan data dan maklumat yang diperoleh beliau, harga berlian itu bernilai RM24 juta. Maklumat itu diperolehi pada 16 April lalu melalui satu unit belian "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang dibawa masuk melalui KLIA. Belian itu dieksport dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York Nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00, dengan catatan cukai RM0. "Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan," kata Chegu Bard dalam kenyataan medianya semalam. Menurut Chegu Bard, belian tanpa cukai itu mengingatkan kembali kepada usaha kerajaan memansuhkan cukai pakaian dan perhiasan yang dibentangkan di parlimen. "Keadaan ini sudah tentu mengimbau kenangan kita dengan tetangga yang pernah punya wanita pertama yang bernama Imelda Marcos yang bermewah ketika rakyat sedang merintih kesempitan hidup," katanya. |
BERSIH 2.0 : Najib sedang menerajui Malaysia di jalan yang salah Posted: 13 Jul 2011 05:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Julai — Kerajaan Malaysia perlu mengadakan sisasatan yang telus dan terbuka dengan segera mengenai dakwaan penggunaan pendekatan keras dalam menangani perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu lalu, kata badan pemantau antarabangsa Human Rights Watch hari ini. Timbalan pengarah rantau Asia Human Rights Watch, Phil Robertson, berkata pentadbiran Najib juga sewajarnya menghentikan segala bentuk ugutan dan tindakan menakut-nakutkan pihak penganjur, dan pada masa yang sama membebaskan kesemua mereka yang ditahan. "Tindakan pihak berkuasa menghalang perhimpunan Bersih menunjukkan bahawa kebebasan asas kini bertembung dengan kuasa pemerintah," kata Robertson sambil menambah bahawa kerajaan tidak menghormati ruang hak asasi. "Nampaknya di Malaysia, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan hanya dibenarkan apabila mereka (peserta perhimpunan) menyokong pihak kerajaan," kata beliau dalam satu kenyataan. Selepas kerajaan tidak berkompromi dengan hasrat penganjur mahu menggunakan Stadium Merdeka, penyokong-penyokong Bersih 2.0 turun di jalan untuk mengadakan perarakan aman ke stadium tersebut. Bagaimanapun pihak polis menyambut mereka dengan air berasid dan gas pemedih mata selain menahan 1,697 orang. Selain itu pihak polis juga masih menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia di bawah Ordinan Darurat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pula menafikan pasukan polis yang menyerang peserta terlebih dahulu. Pada Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengugut untuk menggambil tindakan ke atas media domestik dan antarabangsa atas alasan laporan-laporan yang tidak berasas. Menurut Robertson, janji kerajaan Malaysia untuk memenuhi obligasi antarabangsa sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB berhadapan dengan ujian sejak kebelakangan ini. "Rakan-rakan antarabangsa Malaysia perlu memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa beliau sedang menerajui negara di laluan yang salah," katanya lagi. |
BERSIH 2.0 : Ketua Polis yang penipu hang mai tengok apa doktor2 ni kata kat hampa ... Posted: 13 Jul 2011 07:48 AM PDT Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital. Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang. Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang. Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia. "Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air," kata mereka. Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu. - MKINI |
Kami tak ingin seperti di Mesir - Nurul Posted: 13 Jul 2011 05:50 AM PDT "Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri," tegasnya. PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perhimpunan jalanan mungkin tidak berlaku lagi kerana tidak mahu apa yang berlaku di Mesir atau Syria berlaku di negara ini. "Kami ni masih cintakan Malaysia. Dan apa pun masalah yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN), bila kami menang, tentu kami yang akan mewarisinya. "Semangat kami adalah semangat memperbaiki keadaan," katanya dalam temubual dengan akhbar Jawa Pos. Beliau ditanya mengenai perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih. Kata Nurul Izzah, anak sulung pemimpin pembangkang utama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihaknya memang melihat proses transisi di Indonesia, Mesir dan beberapa negara lainnya. "Kami mengambil pelajarannya. Tapi, penerapannya di Malaysia akan kami sesuaikan sendiri," tegasnya. Tetapi Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya memang tidak ingin kehilangan momentum rakyat dari perhimpunan tersebut. Kekalkan momentum Beliau akan menyegerakan bertemu dengan para pemimpin lain untuk membincangkan bagaimana hendak mengekalkan momentum rakyat itu. "Ini momentum yang sangat berharga dan sudah ada kemalangan jiwa (kematian) Baharuddin (Ahmad). Kami tak menyia-nyiakannya. Program ceramah, sokongan di internet, akan kami imbangi juga dengan aksi demonstrasi. Tapi ingat bahwa tetap yang kami depankan adalah 'peaceful rally' (aksi damai)," katanya. Nurul Izzah meyakinkan masyarakat Malaysia akan meneruskan perjuangan dan tidak akan berhenti hanya setelah diberi janji-janji. "Not enough." Harus ada bukti kukuh bahawa pelaksanaan pilihan raya nanti terjamin kebersihan dan keadilannya," tambahnya. Beliau berkata, beliau dan warga Malaysia menuntut perubahan sistematik di bidang politik Malaysia, terutama dalam hal pilihan raya. Tuntutan ini, katanya bukan tuntutan yang mengada-ada kerana orang tahu bahawa pilihan raya di Malaysia kurang adil - FMT |
Najib boleh belah setiap 5 saat - Posted: 13 Jul 2011 02:48 AM PDT Julai 13, 2011 by KeadilanDaily KUALA LUMPUR: Mengikut pemerhatian Keadilandaily.com, secara purata rakyat Malaysia yang menyertai laman peminat Facebook untuk mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, bertambah setiap lima saat apabila butang 'refresh' ditekan. Sementara menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit untuk menekan butang like (suka) pada satu-satu masa- dengan sasarannya mendapatkan 100,000 penyokong. Sehingga kini, lebih 170,000 pengguna Facebook menyukai laman itu sejak ia diwujudkan pada Sabtu lalu- iaitu satu jumlah yang telah melebihi sasaran pentadbir laman berkenaan. Tepat pada jam 5.22 petang tadi, seramai 176,176 pengguna Facebook menyukai laman itu dan menggesa Najib meletakkan jawatan. Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan kemungkinan mencapai angka 200,000 selepas tengah malam ini- iaitu satu jumlah yang dapat memenuhi dua buah Stadium Nasional Bukit Jalil. Sementara itu, hanya sekitar 51 orang sahaja menyokong Najib kekal sebagai Perdana Menteri dalam laman peminat yang dibina khusus penyokongnya. Ia merupakan satu reaksi dan tamparan hebat terhadap kepimpinan Najib- selepas rejim di bawahnya bertindak ganas menangani perhimpunan aman Bersih Sabtu lalu- mengakibatkan lebih 1,600 ditangkap pihak berkuasa |
Najib tiba di Britain tanpa permaidani merah Posted: 13 Jul 2011 12:41 AM PDT Ramai memberikan perhatian ketibaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Britain hari ini yang tidak disambut dengan hamparan permaidini merah seperti lazim diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa negara tersebut. Gambar-gambar yang disiarkan oleh Bernama hari ini lansung tidak menunjukkan keadaan tapak lapangan terbang, malah foto-foto itu diambil tanpa menunjukkan kaki-kaki Perdana Menteri dan lain-lain menjejaki tanah mungkin bagi mengelakkan ternampaknya ketiadaan permaidani merah berkenaan. Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan. Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan hanya disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong. Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham. Semalam, Amnesty International telah mendesak Britain supaya memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang didakwa menyaksikan tindakan keras kerajaan Malaysia ke atas peserta perhimpunan. Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka. Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan. "Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat. "Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan," katanya. Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0. "Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan karpet merah untuk perdana menteri Malaysia. "David Cameron harus memberitahu perdana menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima," katanya. Sebelum itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut membidas kerajaan Malaysia dan telah menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi. Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah "menghadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan." Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam kelmarin. Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013. Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi. SUMBER : Kelab Greenboc |
Posted: 13 Jul 2011 12:04 AM PDT Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya. Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara. "Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi. Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya. "Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya. Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut. Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan. Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar. "Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,"ujarnya. "Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,"ujarnya. Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti. Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu. "Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,"ujarnya. Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat. - HD |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan