Kopitiam Bang Nan |
Akhlak Islam Ahli PAS taut hati pemuda cina... Posted: 13 Jul 2011 06:31 PM PDT Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah peluang paling baik untuk berdakwah. Walk the talk. Di sinilah medannya untuk kita menunjukkan akhlak islam sebenarnya yang selama ini telah dihijack dan diputarbelit oleh Umno. Barisan kepimpinan baru PAS terbukti berjaya memberikan keyakinan dan nafas baru kepada ahlinya dengan melakarkan road map yang jelas bukan sahaja kepada ahli tetatpi rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sekelian. Jangan dipersiakan kepercayaan yang sudah mula berputik kerana peluang mungkin tidak datang dua kali. Di bawah ini ialah satu kisah yang dipetik dari Portal Merdeka Review, pengalaman dan pandangan seorang anak muda cina mengenai BERSIH 2.0.... Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS Chen Shu Yong Jul 12, 2011 06:36:14 pm ... Seorang pakcik yang berkopiah menuju ke arah saya, "Di manakah stadium?" Saya menuding jari ke depan. Lantas beliau berjalan ke arah sana, tanpa sebarang keraguan. Saya merasakan diri saya amat tidak berguna pada ketika itu. Mengapa tidak saya bertindak sebagaimana pakcik itu? Berarak adalah hak kita. Mengapa pula saya takut? Saya tetap berdiri di situ, menyaksikan bagaimana orang tua itu dihalang polis, dan kemudian beliau terus berjalan ke depan. Kemudian saya berjalan, dan terserempak dengan seorang polis muda. Beliau bertanya untuk apa saya berada di situ, saya sekadar jawab, tak ada, cuma jalan-jalan. Beliau menunjuk ke arah Jalan Sultan, mengarahkan saya beredar dari situ, atau saya akan ditangkap. Saya tahu beliau cuba menakutkan saya. Masih awal lagi, saya tidak mahu timbul hal, maka saya pun beredar. Saya nampak sekumpulan orang di kedai KL Commercial Book Co., semacam orang PAS, maka saya berjalan menuju ke arah mereka. Pada hakikatnya, saya amat yakin dengan mereka. Saya rasa diri saya berselindung di dalam kelompok mereka pada ketika itu. Ya, saya rasa sangat selamat. Seterusnya di sini |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan