Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ULAS KEMENANGAN MAT SABU - PERKASA HURU HARA BUAT KENYATAAN

Posted: 04 Jun 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG hebat sungguh penangan Mat Sabu sehinggakan puak pencacai pun naik `gila' dibuatnya di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu tersebut, kenyataan puak-puak pencacai ini bercanggah di antara satu sama lain dek kerana terlalu ghairah untuk memburukkan PAS.

Apa kata raja katak Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa? " Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi" (sumber).

Itu kata Ibrahim al kataki, rengkasnya raja katak mengatakan bahawa Mat Sabu adalah pilihan Tuan Guru Nik Aziz dan Mursyidul Am Pas itu pula mengikut kata Anwar. Agaknya keputusan Tuan Guru Nik Aziz `memberi hadiah' kerusi Parlimen Pasir Mas kepada beliau itu pun dek kerana Anwar yang suruh jika mengikut lojik raja katak tersebut. Lihat betapa cerdiknya Ibrahim Ali di dalam memberi komen. Memang wajar Umporno tidak menawarkannya menjadi ahli parti tersebut kerana beliau terlalu bijak.

Apa pula kata Pak Syed, Setiausaha Agung Perkasa? Beliau berkata kemenangan Mat Sabu pasti mengecewakan Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi, puak `erdogan' dan Ulamak di dalam PAS. Ertinya, Mat Sabu bukan dari golongan di atas. Habis tu, Mat Sabu di pihak mana? Mat Sabu tidak menyokong Anwar, tambahnya. Kenyataan Pak Syed ini bercanggah pula dengan raja katak Ibrahim Ali. Mana satu yang betul? Sahih, kedua-duanya dari Perkasa itu tidak betul belaka kerana semenjak bila Perkasa itu betul? Bukankah Perkasa selalu temberang?

Nampaknya kali ini Perkasa terlalu ambil berat dengan PAS. Mengapa? Mungkin kerana ingin tumpang publisiti murahan kerana sesiapa sahaja yang mampu memburukkan PAS dan pemimpinnya pasti akan dapat publisiti percuma. Sebelum ini raja katak dapat publisiti percuma apabila `menawarkan' diri untuk berjihad `Perang Salib'. Orang Islam dahulukala sebut `Perang Sabil, atau Fi-Sabilillah', raja katak sebut `Perang Salib' iaitu istilah yang digunakan oleh puak Kristian dahulu. Mahu guna istilah pun tidak tahu, ada hati mahu komen tentang parti lain.

Saya nasihatkan kepada raja katak ini, jika mahu sangat `berjihad', paling senang adalah letak jawatan dari kerusi Parlimen Pasir Mas kerana majoriti pengundi-pengundi yang mengundi beliau dulu tidak redha lagi raja katak menenggek di situ. Jika mahu lepaskan kerusi itu pun raja katak tidak berani, usah bicara pasal `mati syahid' atau `berjihad'. Buat malu saja.

Memang bercelaru puak pencacai itu sekarang kerana hajat mereka tidak kesampaian. Perkasa pula semakin dijauhi orang dari kaum Melayu, lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu. Di dalam PRU ke 13 nanti, raja katak akan sedar dari mimpinya di bawah tempurung. Ketika itu jangan sampai `mati katak' di Pasir Mas pula./wfauzdin.blogspot.com

KALAU PEMIMPIN PAS ITU ADALAH `MALAIKAT' SEKALIPUN, SEKUTU APCO TETAP AKAN BURUKKAN PAS

Posted: 04 Jun 2011 08:50 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI diduga, sekutu Apco hilang arah apabila Mat Sabu kini menjadi orang nombor dua di dalam PAS. Maka, idea dicari untuk memburukkan PAS kerana idea untuk memerangkap pemimpin PAS di dalam video seks agak sukar nak dilakukan kerana video yang ada pun semakin `murah' harganya.Link
Maka, dikatakan bahawa PAS telah jual prinsip dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Dikatakan juga, PAS tidak lagi perlukan Ulamak sebagai pemimpin. Dan, bermacam-macam lagi lah yang sekutu Apco ini merapu di dalam media pencacai milik mereka. Hakikatnya, betapa sakit dihati kerana impian untuk melihat PAS berpecah akibat pemilihan tidak juga berlaku. Bahkan, Presiden PAS menyuarakan rasa bangga dengan pemilihan kali ini. Baca di sini.

Baru sekarang kita lihat sekutu Apco itu begitu bersungguh-sungguh mahu melihat PAS menubuhkan Negara Islam, bukan Negara Berkebajikan. Lucu sungguh. Andaikata, PAS sebut di dalam Muktamarnya kali ini bahawa PAS akan tubuhkan Negara Islam, sekutu Apco ubah modal lain pula. Sekutu Apco yang kuat anti-Islam ini akan hebahkan di media kepada mereka yang bukan Islam bahawa PAS hanya mahu Negara Islam bukan mahu bela nasib atau kebajikan serta keadilan rakyat yang bukan Islam. Itu cara sekutu Apco berpolitik.

Sebenarnya, siapa pun yang jadi pemimpin PAS hatta dipilih dari para `Malaikat' dari langit sekalipun, sekutu Apco ini akan tetap memburukkan PAS. Bukankah sejak azali mereka ini memang anti dengan pergerakan Islam? /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG?

Posted: 03 Jun 2011 10:54 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika.

Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.



Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'.

Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini.

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka.

Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

kalam Perantau

0
sumber :-

kalam Perantau


Kabinet PRU ke-13 PAS diterima rakyat?

Posted: 04 Jun 2011 06:25 PM PDT

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Kali ini agak lama saya tidak menulis dalam akhbar Siasah ini. Jika saya menulis, tentu saya tidak akan lari dari menyentuh tentang pemilihan PAS. Seingat saya, hanya satu artikel sahaja saya menulis tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan Pemilihan PAS secara sepintas lalu sahaja.

Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun 2010) dan PAS (pada 3-5 Jun, 2011) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Analisa Pemilihan PAS

Pasca Pemilihan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu media ketika diminta mengulas tentang keputusan pemilihan PAS 2011 bahawa beliau telah mendapat kabinet pilihanraya.  Kita akan lihat sama ada kabinet PAS kali ini yang penuh dengan professional menggantikan ulamak akan memaukau rakyat atau tidak untuk memilih PAS menggantikan UMNO dalam PRU-13 nanti untuk menuju ke Putrajaya? 

Seperti dilaporkan dalam HarakahDaily, “Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak,  dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat,” katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Dalam pemilihan kali ini, satu kejutan telah dilakukan oleh perwakilan PAS bilamana mereka menobatkan Hj. Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang secara tidak langsung memecah rekod kepimpinan PAS apabila beliau menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.

Mohamad menang pada pemilihan kali ini apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Pada pemilihan 2009, Nasharudin mendapat 480 undi diikuti Husam dengan 281 undi dan Mohamad 261 undi.
Jika dilihat pada kedua-dua keputusan pertandingan Timbalan Presiden ini, ternyata Husam seorang strategis politik yang hebat, bila kawasan Kubang Kerian yang dipimpinnya mencalonkan Mohamad Sabu, saingannya untuk kerusi Timbalan Presiden pada 2009 sebagai calon Timbalan Presiden pada kali ini dan beliau hanya bertanding Naib Presiden di saat-saat akhir.

Ternyata percaturan Husam dan Mat Sabu berjaya kali ini berbanding dengan pemilihan 2009. Pada saya tidak susah untuk perwakilan untuk mengembalikan beliau semula kepada salah satu daripada 3 kerusi Naib Presiden dan meletakkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, bila perwakilan kerana mereka "keliru" sama ada untuk memilih Nasharuddin Mat Isa atau Tuan Ibrahim untuk meneruskan tradisi yang dipegang sebelum ini.

Subky Latif, seorang pengamat politik terkenal tanahair ketika mengulas perkara ini menyebut,  Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi ‘akar ini akar tunjang yang menjalar merata’. Katanya, “Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan…tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata,”

Bagi kerusi Naib Presiden pula, Salahudin Ayub mendapat 753 undi, Husam Musa (660), Mahfuz Omar (616), Idris Ahmad (491), Nik Mohd Amar (321) dan Nizar Jamaluddin (217). Kehadiran Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS  dan Mohd Amar Nik  Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) serta Mohd Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak)  tidak cukup untuk menyakin perwakilan bagi meletakkannya sebagai Naib Presiden PAS.

Mohd Amar juga tidak bernasib baik kerana masih ada Husam Musa juga calon dari Kelantan. Beliau dilihat masih dibelakang Husam bagi politik PAS peringkat nasional. Jika tiada Husam,yang turut bertanding kerusi Naib Presiden, peluang beliau mungkin lebih baik.

Walaupun Idris Ahmad seorang ulamak muda yang dinamik serta dilihat seorang yang 'perfom' sebagai Ketua Penerangan PAS, beliau gagal untuk mengikut jejak bekas Ketua Penerangan PAS apatah lagi bagi menyaingi kewibawaan Datuk Mahfuz Omar, yang mempertahankan kedudukan Naib Presiden bagi penggal kedua.

Sementara Sallehuddin Ayub pula dilihat sebagai  'Mr nice guy' yang berjaya memukau perwakilan PAS setelah Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat tidak dapat mempertahankan prinsip awalnya untuk tidak bertanding kerusi Timbalan Presiden dan hanya mempertahankan kerusi Naib Presiden yang telah disandangnya.

Pemerhati politik melihat, Ir Nizar telah melepaskan peluang keemasannya untuk mencuba kerusi menjadi Naib Presiden PAS ketika popularitinya memuncak pada pemilihan 2009. Pada tahun itu, jika beliau menyertainya, peluangnya adalah lebih baik dari pada 2011 ini ketika ahli PAS telah melupai kehebatan bekas Menteri Besar Perak tersebut.

Sementara bagi 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013 tiada muka baru kecuali Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam serta Ustazah Nuridah Salleh, bekas Ketua Muslimat PAS. Keputusan penuh adalah seperti berikut :1) Mazlan Aliman (804), 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765), 3) Datuk Kamarudin Jaafar (739), 4) Hanipa Maidin (735), 5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), 6) Dr Zulkefly Ahmad (702), 7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651), 8) Khalid Samad (643), 9) Abdul Ghani Shamsuddin (579), 10) Amiruddin Hamzah (576), 11) Abdul Wahid Endut (556), 12) Abu Bakar Chik (527), 13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470), 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445), 15) Datuk Mahfodz Mohamed (449), 16) Datuk Hassan Ali (437), 17) Abdul Ghani Abd Rahman (430), 18) Nuridah Salleh (416)

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah



Kami Sokong Tokguru

0
sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Tak Lama Lagi Mampuslah Rakyat Miskin

Posted: 04 Jun 2011 04:43 PM PDT

Semua barang dah naik harga,berpunca dari kenaikan harga minyak ,
terbaru subsidi minyak untuk nelayan pula ditarik balik,harga ikan pula bakal melambung tinggi


 Akhirkata sama-sama renungkan hadis dibawah,rasulullah s.a.w tak mengaku ummat bagi sesiapa dikalangan orang islam yang bersetongkol dengan pemimpin zalim.

Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.
Cari N3 lama-lama disini

Lelaki maut Ditetak Kerana Calarkan Kereta

Posted: 04 Jun 2011 03:30 PM PDT


TAWAU - Gara-gara mencalarkan kenderaan, seorang lelaki maut dipercayai akibat ditetak beberapa kali dbahagian badan dalam satu kejadian di sini pada Selasa lepas.

Ketua Polis Tawau ACP Ibrahim Chin berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 malam, selepas lelaki berusia lingkungan 30-an itu mencalarkan kenderaan yang diletak di Lorong 9, Taman Semarak, di sini.

Lelaki itu yang dipercayai melakukan vandalisme ke atas dua kenderaan terbabit dikejar oleh seorang lelaki lain menghala ke Lorong 2, yang kemudian bertindak menetaknya, kata Ibrahim kepada Bernama, di sini hari ini.

Akibat tetakan tersebut, mangsa putus satu jari tangan namun dia masih berupaya melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan pemuda yang menyedari perbuatannya sebelum itu.

Mangsa kemudian terjatuh dan dipercayai sekali lagi ditetak bertalu-talu sebelum kejadian disedari orang ramai yang menghantarnya ke Hospital Tawau dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi.

Sehubungan itu, Ibrahim meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan. - Bernama


Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Umno, gergasi yang luka parah, boleh ditumbangkan - DSWA

Posted: 04 Jun 2011 09:50 PM PDT

SHAH ALAM: Kemantapan jentera Penerangan KEADILAN mampu membantu Pakatan Rakyat mengalahkan Umno yang diibarat sebagai gergasi yang luka parah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Apatah lagi, katanya, KEADILAN memiliki banyak peluru berbentuk isu yang mampu menumbangkan gergasi, antara kenaikan harga barang, petrol, penyelewengan kuasa dan gejala rasuah.

Namun, beliau mengingatkan jentera penerangan parti betapa gergasi yang parah akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kemenangannya tetap berpihak di tangannya.

"Gergasi itu kini luka parah. Tindakannya mungkin tidak terjangkau imaginasi kita. Justeru, kita harus sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan.

"Dulu, ingat habis kes Fitnah I, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dah kena dakwa, kena penjara kemudian bebas, habislah. Rupa-rupanya tak juga. Ada pula kes Fitnah II.

"Tidak cukup dengan kes mahkamah. Mereka (Umno) sebar video lucah. Tak habis-habis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Konvensyen Khas Penerangan KEADILAN 5 Jun lalu. Sejak penubuhan parti pada April 1999, ini adalah julung kalinya Konvensyen Penerangan dianjur.

Kira-kira 300 ketua penerangan peringkat negeri dan cabang mahupun sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan wanita dari seluruh negara menghadiri konvensyen di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, semalam.

Azizah berkata, peranan jentera penerangan penting kerana media arus perdana mengamal pendekatan 'black out' terhadap usaha parti dalam membela rakyat.

"Sesungguhnya, (konvensyen) ini bertepatan kerana 'media blackout' dikenakan ke atas perjuangan kita. Parti sedang meningkat dewasa, tekanan juga bukan kepalang besarnya.

"Usaha berterusan dan tindakan kreatif dalam menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat harus digalas dengan iltizam yang kuat. Disubur secara berterusan," katanya.

Kata Azizah, Malaysia wajib diselamatkan lantaran ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat terhimpit dan KEADILAN berperanan untuk memulihkannya seluruh sistem bernegara.

"Badan kehakiman, institusi polis, SPR, SPRM nampaknya semakin teruk walau setelah 13 tahun kita berjuang. Perjuangan ini wajib kita teruskan. Selamatkan Malaysia," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14758

Anwarisme tentukan hala tuju PAS ... Anwariyyun ... PAS berpecah ... antara kata-kata dari akhbar pencacai Umno

Posted: 04 Jun 2011 09:26 PM PDT

Mat Sabu pecah dominasi ulama jawatan nombor dua

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

"Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

"Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai 'kacau daun' menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun," katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.
"Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua," katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional - BH

"Layan macam pelacur" - Dr Rohaya

Posted: 04 Jun 2011 08:42 PM PDT

Isteri 'dingin' di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

"Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

"Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

"Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami," katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. - BH

Pelajar jadikan seks hobi masa lapang - 4/5 kali seminggu

Posted: 04 Jun 2011 07:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

"Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

"Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.

Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

"Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.

"Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.

Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

"Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.

"Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat.

"Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya.

Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

"Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.

"Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya.

Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.

"Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.

"Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya.

Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.

"Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.

"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.

"Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Santai mlm : Adinda Evans - "aku da pernah maen!"

Posted: 04 Jun 2011 10:20 AM PDT

e

korang nak baca lebih lagi sila ke SINI

Mat Said Terengganu beli sejadah RM1 juta?

Posted: 04 Jun 2011 08:09 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

"Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

"Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan. Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah," ujarnya. - buletin online

Terburainya propaganda Najib

Posted: 04 Jun 2011 04:49 AM PDT

Perwakilan PAS tuntut perubahan
Lim Hong Siang | Jun 04, 2011 12:41:00 pm

Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS. Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti dalam konteks politik terkini.

Terburainya propaganda UMNO

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya. Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas. Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO.

Kini, Mohamad Sabu berjaya memahat sejarah untuk tampil sebagai Timbalan Presiden yang bukan dari latar belakang ulama, selepas konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an untuk menjatuhkan Presiden PAS ketika itu, Asri Muda. Mat Sabu, 56, pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi dan pendiriannya yang jelas dalam perjuangan politiknya.

Namun, makna yang tersirat di sebaliknya lebih jauh daripada itu. Sesungguhnya sesetengah perwakilan masih belum terkeluar dari sentimennya untuk mengekalkan ulama pada dua jawatan tertinggi dalam parti, lebih-lebih lagi diasak dengan propaganda UMNO yang mengombak. Keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding mungkin disebabkan perkiraan terhadap senario di atas, lantas menawarkan diri kepada perwakilan yang mahukan "ulama", tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi penyandang, Nasharuddin Mat Isa.

Bagaimanapun, Mat Sabu berjaya melepasi halangan kali ini, dengan sokongan kira-kira 40% perwakilan yang menuntut agar pimpinan tinggi menunjukkan pendirian yang lebih jelas dalam perjuangan. Mat Sabu, sekurang-kurangnya menjamin hubungan yang lebih erat antara PAS dengan parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Malah, pemimpin yang terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan ini mempunyai hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang belum menyertai Pakatan Rakyat.

Mengisi kekurangan Presiden

Kemenangan Mat Sabu juga perlu dibaca dalam konteks pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang. Hadi Awang, pernah disifatkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi versi PAS", berikutan sikapnya yang tidak tegas dalam pendirian politik, misalnya isu rundingan bersama UMNO. Untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi Awang, beliau tidak melakukan "kesilapan" yang besar sehingga wujud keperluan untuk "digulingkan", dan banyak juga perubahan yang diberi lampu hijau dalam zaman pemerintahannya, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Baru-baru ini, Khalid Samad, pemimpin terserlah yang dilabel sebagai "Erdogan", membela Hadi bahawa Presiden perlu mengambil kira semua pandangan dari aliran/sekta yang berbeza, dan mungkin ada baiknya jikalau Hadi selaku orang nombor satu tidak memainkan peranan kontroversi untuk membawa perubahan mendadak.

Bagaimanapun, Mat Sabu kini diamanahkan untuk mengisi kekurangan Hadi Awang. Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran - ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini. Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia.

Nizar tewas dengan undi terendah

Namun demikian, kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin dengan undi terendah mungkin ditafsirkan sebagai kecacatan dalam kesempurnaan keputusan pemilihan ini. Untuk masyarakat bukan Melayu/Islam yang kurang prihatin terhadap PAS, Nizar Jamaluddin mungkin satu-satu nama pemimpin PAS yang mampu disebutnya. Barangkali Nizar tewas atas sebab-sebab tertentu, antaranya senioriti beliau dalam PAS, namun ia semestinya mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu/Muslim terhadap PAS seandainya bekas MB ini menang sebagai Naib Presiden.

Secara keseluruhannya, saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan perubahan zaman. Perwakilan dianggap matang dan berani, apabila memilih empat pemimpin bukan ulama untuk mengisi lima jawatan tertinggi, sementara satu pertiga daripada 18 AJK Pusat adalah pemimpin dari latar belakang ulama.

Kemenangan pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Hanipa Maidin, Dzulkifly Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, bakal menampilkan pimpinan yang berkemampuan untuk berdebat dalam soal dasar pentadbiran (dan bukan hanya berdakwah) kepada masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, sesetengah pengamat politik masih gusar dengan saf pimpinan Dewan Pemuda PAS, yang ditunjangi Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat. Nasrudin tertonjol dengan imejnya yang konservatif dari kaca mata penduduk bandar, sementara Nik Abduh yang menang dengan 260 daripada 655 undi, dalam pertandingan empat penjuru - dilihat sebagai pemimpin yang pro-kerjasama UMNO.

Nik Abduh pernah menuduh bahawa ayahandanya menolak konsep "kerajaan perpaduan" kerana dipengaruhi "pembantu-pembantunya yang berpakaian serba tahu" - dan kenyataan ini membuatkan beliau digolong sebagai pemimpin yang masih ingin membuka pintu rundingan kepada UMNO.

Apa yang "memberangsangkan" mungkin berlaku dalam Dewan Muslimat, apabila pemilihannya menyaksikan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Dewan Muslimat dan Siti Mariah Mahmud sebagai Timbalannya. Kedua-dua orang pemimpin wanita ini mungkin menggilap semula pimpinan muslimat, untuk menyuntik elemen baru dalam perjuangan PAS.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Nik Aziz 'lambung' abang Mat, Umno makin resah

Posted: 04 Jun 2011 06:00 PM PDT

Malam tadi, seluruh hadirin ceramah perdana yang menghimpunkan saf kepimpinan baharu PAS Pusat sesi 2011-2013, terpegun dengan telahan rasa yang dilahirkan Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bangga dengan pemilihan Haji Mohammad Sabu (Abg Mat) selaku Timbalan Presiden PAS yang baru.

Nik Aziz menyifatkan 'umno tak lena tidur' tak sedap duduk dengan pemilihan Abg Mat, malah pasukan yang mengiringinya termasuk Dato' Husam Musa, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub memberi kekuatan kepada PAS untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Abg Mat adalah ayam tambatan PAS sejak dahulu yang teruji dengan ujian berat termasuk dihumban ke tirai besi ISA dua kali, malah beliau juga antara yang kerap dihadapkab ke mahkamah kerana gerakan menentang dasar kerajaan yang zalim.

Nik Aziz sendiri dilihat cukup gembira dengan pemilihan Abg Mat selaku Timbalan kerana baginta pasukan yang ada hari ini akan memberi kesan besar kepada perjuangan PAS.


Takbirrr

Jangan 'bertenggek' atas nama kepimpinan ulama jika bukan ulama yang sebenar - Mohammad Sabu

Posted: 04 Jun 2011 03:43 AM PDT

Wawancara Ekslusif Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu di Bilik Wawancara, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, selepas pengumuman saf kepimpinan baru PAS sessi 2011-2013.


HARAKAH : PAS melakar sejarahnya tersediri dengan kali ini saf kepimpinan baru yang terdiri daripada kalangan aktivis dan profesional mendominasi jawatan dalam PAS, apa pandangan saudara?

Mohammad Sabu : Saya melihat saf kepimpinan yang dipilih perwakilan ini, perwakilan lebih cenderung kepada aktivis.Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat, samada Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden yang dipilih.

Namun pada saya bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan yang dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (menggangkat aktivis).

Signalnya ialah, apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), diantaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau (Mazlan) dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka). Walaupun secara umumnya ANAK belum berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori Mazlan dan rakan-rakan dapat penghargaan daripada perwakilan seluruh negara.Begitu juga kemenangan
pimpinan yang lain-lain seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, 'trend' ini berlaku kerana muktamar kali ini tempohnya sangat dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13, sehubungan itu ahli dan penyokong mahu mereka
yang terlibat sepenuhnya dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan.


Harakah : Bagaimana perasaan Saudara setelah ditabalkan selaku pemenangan?

MS : Ya memanglah gembira, dan terharu, namun terbayanglah tanggungjawab yang akan dipikul oleh saya dan rakan-rakan terutama agenda apa yang disbeut tawaran saya untuk bersama Presiden mengepalai parti untuk kembangkan pengaruh PAS kepada
non malay dan non parti yang saya nampak untuk menang pilihan raya mereka ini perlu kita dapatkan sokongan daripada mereka.Jadi beban ini terpikul keada saya dan rakan-rakan kerana ini adalah tawaran kita untuk menjadi Timbalan Presiden, dan sudah tentu segala apa yang disebeut itu akan diperhitung oleh ahli dan perwakilan di muktamar akan datang, inilah yang sebenrnya kita berat.

Harakah : Apakah akan berlaku sebarang perubahan dalam lajnah-lajnah, dan jabatan tertentu dalam PAS?

MS : Secara menyelruh tidaklah, tetapi mungkin perubahan yang berlaku adalah dalam konteks siapa yang mengepalai sesuatu lunjah menjelang pilihan raya umum akan datang ini.,Daru segi Pakatan Rakyat pula, kedudukan PAS cukup teguh dan ianya akan diperteguhkan lagi.Saya mahu hubungan dengan NGO kita mantapkan, dan arah tuju parti telah kita gariskan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar begitu baik menuju kepada negara kebajikan yang diterima semua kaum dalam negara kita ini, saya tak nampak berubah hala tuju.

Harakah : Adakah kemenangan Saudara ini memberi kesan besar kepada Umno-BN?

MS : Saya tidak buat analisa itu tetapi saya lihat surat khabar milik kepada Umno, maaf saya cakap bahawa mereka tidak memihak kepada saya dalam masa menjelang pemilihan,.Saya hairan kenapa tiba-tiba sahaja Utusan Malaysia diluat cukup sayang kepada kepimpinnan ulama, sedangkan merekalah yang mencerca kepimpinan Ulama khasnya Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun menjelang muktamar mereka seolah-olah membuat laporan dengan menimbulkan sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan tauke kepada Utusan Malaysia (Umno) hanya ada biro sahaja untuk ulama ini yang hanya kelasnya seperti lajnah dalam PAS.Kita di peringkat PAS, kita sayangkan ulama, kita hormatkan ulama kita letak ulama di peringkat Majlis Syura Ulama, dan kita ada Dewan Ulama PAS Pusat yang meletakkan ulama ini ditempat yang tinggi, kuat teguh dan berwibawa.Perana utusan ini boleh dianalisis oleh sesiapa apa niat mereka yang sebenarnya. Barangkali pada mereka peralihan kepimpinan ini boleh mengubah persepsi umum kepada PAS dengan kita tidak lari teras kita jaga parti dibawah Majlis Syura Ulama.


Harakah : Saudara adalah antara pihak yang mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982 apakah saudara masih mempunyai agenda memperkasakan kepimpinan ulama?

MS : Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Dato' Fadil Noor.Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-yebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan.

Ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam.Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusana sijil ugama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum diatas kehebatan beliau kumpul sokongan muslim dan bukan Islam di lubnan dengan meniup semangat jihad menentang Israel.Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rrodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel.Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama.Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad Saw, iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W,.Jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan Ulama ini.


Harakah : Apa harapan yang mahu dilahirkan kepad ahli lebih-lebih lagi kita berdepan dengan musuh menjelang pilihan raya umum ke-13?

MS : Kita harap selepas ini (Muktamar) ahli dan pemimpin akan terus bekerja menterjemahkan apa sahaja Ucapan Dasar Presiden yang telah digariskan dan disetujui untuk laksnakan dengan bersama Pakatan Rakyat menuju Putrjaya.Kita juga harus bekerja untuk memenangi negeri-negeri yang kita belum menang, selain mempertahankan negeri yang telah kita menang.Itulah harapan kita kerana masa begitu singkat dengan Pilihan Raya Umum ke-13.Saya ucapkan jutaa terima kasih kerana perwakilan memilih saya untuk julung kalinya selaku Timbalan Presiden PAS.Terima kasih.

Cursing Malay : Terus Terang

0
sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Bahagian 01 - Local Porn Bersijil Halal JAKIM

Posted: 04 Jun 2011 07:12 PM PDT


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT