MIMPI SENJA |
- Umno, gergasi yang luka parah, boleh ditumbangkan - DSWA
- Anwarisme tentukan hala tuju PAS ... Anwariyyun ... PAS berpecah ... antara kata-kata dari akhbar pencacai Umno
- "Layan macam pelacur" - Dr Rohaya
- Pelajar jadikan seks hobi masa lapang - 4/5 kali seminggu
- Santai mlm : Adinda Evans - "aku da pernah maen!"
- Mat Said Terengganu beli sejadah RM1 juta?
- Terburainya propaganda Najib
Umno, gergasi yang luka parah, boleh ditumbangkan - DSWA Posted: 04 Jun 2011 09:50 PM PDT SHAH ALAM: Kemantapan jentera Penerangan KEADILAN mampu membantu Pakatan Rakyat mengalahkan Umno yang diibarat sebagai gergasi yang luka parah, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Apatah lagi, katanya, KEADILAN memiliki banyak peluru berbentuk isu yang mampu menumbangkan gergasi, antara kenaikan harga barang, petrol, penyelewengan kuasa dan gejala rasuah. Namun, beliau mengingatkan jentera penerangan parti betapa gergasi yang parah akan berbuat apa sahaja untuk memastikan kemenangannya tetap berpihak di tangannya. "Gergasi itu kini luka parah. Tindakannya mungkin tidak terjangkau imaginasi kita. Justeru, kita harus sentiasa bersedia menerima sebarang kemungkinan. "Dulu, ingat habis kes Fitnah I, (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dah kena dakwa, kena penjara kemudian bebas, habislah. Rupa-rupanya tak juga. Ada pula kes Fitnah II. "Tidak cukup dengan kes mahkamah. Mereka (Umno) sebar video lucah. Tak habis-habis," katanya. Beliau berkata demikian ketika menutup Konvensyen Khas Penerangan KEADILAN 5 Jun lalu. Sejak penubuhan parti pada April 1999, ini adalah julung kalinya Konvensyen Penerangan dianjur. Kira-kira 300 ketua penerangan peringkat negeri dan cabang mahupun sayap Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan wanita dari seluruh negara menghadiri konvensyen di Dewan Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, semalam. Azizah berkata, peranan jentera penerangan penting kerana media arus perdana mengamal pendekatan 'black out' terhadap usaha parti dalam membela rakyat. "Sesungguhnya, (konvensyen) ini bertepatan kerana 'media blackout' dikenakan ke atas perjuangan kita. Parti sedang meningkat dewasa, tekanan juga bukan kepalang besarnya. "Usaha berterusan dan tindakan kreatif dalam menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat harus digalas dengan iltizam yang kuat. Disubur secara berterusan," katanya. Kata Azizah, Malaysia wajib diselamatkan lantaran ekonomi dan kualiti kehidupan rakyat terhimpit dan KEADILAN berperanan untuk memulihkannya seluruh sistem bernegara. "Badan kehakiman, institusi polis, SPR, SPRM nampaknya semakin teruk walau setelah 13 tahun kita berjuang. Perjuangan ini wajib kita teruskan. Selamatkan Malaysia," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14758 |
Posted: 04 Jun 2011 09:26 PM PDT Mat Sabu pecah dominasi ulama jawatan nombor dua KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang. Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu. "Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu. "Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai 'kacau daun' menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun," katanya. Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin. "Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua," katanya. Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional - BH |
"Layan macam pelacur" - Dr Rohaya Posted: 04 Jun 2011 08:42 PM PDT Isteri 'dingin' di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. "Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. "Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. "Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami," katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam. Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan. Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. - BH |
Pelajar jadikan seks hobi masa lapang - 4/5 kali seminggu Posted: 04 Jun 2011 07:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun. Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah 'tidur' dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu. Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan. "Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya. "Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada," katanya ketika ditemui Metro Ahad. Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya. Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan. "Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru. "Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru," katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini. Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran. "Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya," katanya. Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah. Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. "Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa... kawan menjadi penyelamat. "Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain," katanya. Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya. "Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah. "Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam," katanya. Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain. "Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat. "Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah," katanya. Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki. Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain. Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit. "Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi. "Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran. "Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga," katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu. |
Santai mlm : Adinda Evans - "aku da pernah maen!" Posted: 04 Jun 2011 10:20 AM PDT |
Mat Said Terengganu beli sejadah RM1 juta? Posted: 04 Jun 2011 08:09 AM PDT KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta. Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu. Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli. Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu. Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit. Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00. Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini. Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau. Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet. "Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini. "Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan. Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah," ujarnya. - buletin online |
Posted: 04 Jun 2011 04:49 AM PDT Perwakilan PAS tuntut perubahan Lim Hong Siang | Jun 04, 2011 12:41:00 pm Keputusan pemilihan PAS 2011 memperlihatkan bahawa perwakilan PAS telah mencipta sejarah apabila berjaya menangkis serangan propaganda UMNO, dan bangkit untuk menuntut perubahan yang jelas dalam PAS. Saf pimpinan yang terpilih kini bukan untuk melanjutkan nafas PAS semata-mata, malah lebih dekat dengan denyutan nadi masyarakat Malaysia keseluruhannya. Sesungguhnya Mohamad Sabu akan didakwa menang di celah-celah retakan undi perwakilan yang menuntut agar "ulama" dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Presiden, namun rekod sejarah ini tetap bermakna jikalau diteliti dalam konteks politik terkini. Terburainya propaganda UMNO Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, Utusan Malaysia milikan UMNO kelihatan lebih ghairah untuk mendukung "kepimpinan ulamak" dalam wacananya. Malah, UMNO secara terang-terang mempertahankan "gandingan Hadi-Nasha", dan niatnya cukup jelas. Bertopengkan "kepimpinan ulamak", Utusan Malaysia-UMNO pada hakikatnya lebih selesa dengan "Hadi-Nasha", kerana sering terperangkap dalam isu kerjasama/rundingan bersama UMNO. Kini, Mohamad Sabu berjaya memahat sejarah untuk tampil sebagai Timbalan Presiden yang bukan dari latar belakang ulama, selepas konsep "kepimpinan ulama" diketengahkan pada zaman 1980-an untuk menjatuhkan Presiden PAS ketika itu, Asri Muda. Mat Sabu, 56, pemimpin veteran yang sudah 34 tahun melibatkan diri dalam PAS, terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi dan pendiriannya yang jelas dalam perjuangan politiknya. Namun, makna yang tersirat di sebaliknya lebih jauh daripada itu. Sesungguhnya sesetengah perwakilan masih belum terkeluar dari sentimennya untuk mengekalkan ulama pada dua jawatan tertinggi dalam parti, lebih-lebih lagi diasak dengan propaganda UMNO yang mengombak. Keputusan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding mungkin disebabkan perkiraan terhadap senario di atas, lantas menawarkan diri kepada perwakilan yang mahukan "ulama", tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi penyandang, Nasharuddin Mat Isa. Bagaimanapun, Mat Sabu berjaya melepasi halangan kali ini, dengan sokongan kira-kira 40% perwakilan yang menuntut agar pimpinan tinggi menunjukkan pendirian yang lebih jelas dalam perjuangan. Mat Sabu, sekurang-kurangnya menjamin hubungan yang lebih erat antara PAS dengan parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Malah, pemimpin yang terkenal untuk mengatur demonstrasi jalanan ini mempunyai hubungan yang erat dengan badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang belum menyertai Pakatan Rakyat. Mengisi kekurangan Presiden Kemenangan Mat Sabu juga perlu dibaca dalam konteks pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang. Hadi Awang, pernah disifatkan sebagai "Abdullah Ahmad Badawi versi PAS", berikutan sikapnya yang tidak tegas dalam pendirian politik, misalnya isu rundingan bersama UMNO. Untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi Awang, beliau tidak melakukan "kesilapan" yang besar sehingga wujud keperluan untuk "digulingkan", dan banyak juga perubahan yang diberi lampu hijau dalam zaman pemerintahannya, misalnya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Baru-baru ini, Khalid Samad, pemimpin terserlah yang dilabel sebagai "Erdogan", membela Hadi bahawa Presiden perlu mengambil kira semua pandangan dari aliran/sekta yang berbeza, dan mungkin ada baiknya jikalau Hadi selaku orang nombor satu tidak memainkan peranan kontroversi untuk membawa perubahan mendadak. Bagaimanapun, Mat Sabu kini diamanahkan untuk mengisi kekurangan Hadi Awang. Kepetahan beliau berceramah, keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan, malah kebolehannya untuk menterjemahkan perjuangan Islam kepada nilai sejagat, menjelmakan Islam dalam dasar pentadbiran - ditaruh harapan tinggi untuk mempercepatkan langkah PAS dalam arus perubahan ini. Seandainya Mat Sabu berjaya menunjukkan prestasi yang terserlah dalam tempoh jawatannya, maka PAS akan berubah menjadi parti politik yang lebih terbuka dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia. Nizar tewas dengan undi terendah Namun demikian, kekalahan bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin dengan undi terendah mungkin ditafsirkan sebagai kecacatan dalam kesempurnaan keputusan pemilihan ini. Untuk masyarakat bukan Melayu/Islam yang kurang prihatin terhadap PAS, Nizar Jamaluddin mungkin satu-satu nama pemimpin PAS yang mampu disebutnya. Barangkali Nizar tewas atas sebab-sebab tertentu, antaranya senioriti beliau dalam PAS, namun ia semestinya mengubah persepsi masyarakat bukan Melayu/Muslim terhadap PAS seandainya bekas MB ini menang sebagai Naib Presiden. Secara keseluruhannya, saf pimpinan yang dibariskan perwakilan kali ini cukup ampuh untuk PAS berdepan dengan perubahan zaman. Perwakilan dianggap matang dan berani, apabila memilih empat pemimpin bukan ulama untuk mengisi lima jawatan tertinggi, sementara satu pertiga daripada 18 AJK Pusat adalah pemimpin dari latar belakang ulama. Kemenangan pemimpin seperti Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mohamed Hanipa Maidin, Dzulkifly Ahmad, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, bakal menampilkan pimpinan yang berkemampuan untuk berdebat dalam soal dasar pentadbiran (dan bukan hanya berdakwah) kepada masyarakat Malaysia. Bagaimanapun, sesetengah pengamat politik masih gusar dengan saf pimpinan Dewan Pemuda PAS, yang ditunjangi Nasrudin Hassan Tantawi dan Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat. Nasrudin tertonjol dengan imejnya yang konservatif dari kaca mata penduduk bandar, sementara Nik Abduh yang menang dengan 260 daripada 655 undi, dalam pertandingan empat penjuru - dilihat sebagai pemimpin yang pro-kerjasama UMNO. Nik Abduh pernah menuduh bahawa ayahandanya menolak konsep "kerajaan perpaduan" kerana dipengaruhi "pembantu-pembantunya yang berpakaian serba tahu" - dan kenyataan ini membuatkan beliau digolong sebagai pemimpin yang masih ingin membuka pintu rundingan kepada UMNO. Apa yang "memberangsangkan" mungkin berlaku dalam Dewan Muslimat, apabila pemilihannya menyaksikan kemenangan Siti Zailah Mohd Yusof selaku Ketua Dewan Muslimat dan Siti Mariah Mahmud sebagai Timbalannya. Kedua-dua orang pemimpin wanita ini mungkin menggilap semula pimpinan muslimat, untuk menyuntik elemen baru dalam perjuangan PAS. *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan