Sabtu, 4 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ULAS KEMENANGAN MAT SABU - PERKASA HURU HARA BUAT KENYATAAN

Posted: 04 Jun 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG hebat sungguh penangan Mat Sabu sehinggakan puak pencacai pun naik `gila' dibuatnya di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Di dalam mengulas kemenangan Mat Sabu tersebut, kenyataan puak-puak pencacai ini bercanggah di antara satu sama lain dek kerana terlalu ghairah untuk memburukkan PAS.

Apa kata raja katak Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa? " Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan dan dicerminkan oleh pengaruh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi" (sumber).

Itu kata Ibrahim al kataki, rengkasnya raja katak mengatakan bahawa Mat Sabu adalah pilihan Tuan Guru Nik Aziz dan Mursyidul Am Pas itu pula mengikut kata Anwar. Agaknya keputusan Tuan Guru Nik Aziz `memberi hadiah' kerusi Parlimen Pasir Mas kepada beliau itu pun dek kerana Anwar yang suruh jika mengikut lojik raja katak tersebut. Lihat betapa cerdiknya Ibrahim Ali di dalam memberi komen. Memang wajar Umporno tidak menawarkannya menjadi ahli parti tersebut kerana beliau terlalu bijak.

Apa pula kata Pak Syed, Setiausaha Agung Perkasa? Beliau berkata kemenangan Mat Sabu pasti mengecewakan Tuan Guru Nik Aziz, Hj Hadi, puak `erdogan' dan Ulamak di dalam PAS. Ertinya, Mat Sabu bukan dari golongan di atas. Habis tu, Mat Sabu di pihak mana? Mat Sabu tidak menyokong Anwar, tambahnya. Kenyataan Pak Syed ini bercanggah pula dengan raja katak Ibrahim Ali. Mana satu yang betul? Sahih, kedua-duanya dari Perkasa itu tidak betul belaka kerana semenjak bila Perkasa itu betul? Bukankah Perkasa selalu temberang?

Nampaknya kali ini Perkasa terlalu ambil berat dengan PAS. Mengapa? Mungkin kerana ingin tumpang publisiti murahan kerana sesiapa sahaja yang mampu memburukkan PAS dan pemimpinnya pasti akan dapat publisiti percuma. Sebelum ini raja katak dapat publisiti percuma apabila `menawarkan' diri untuk berjihad `Perang Salib'. Orang Islam dahulukala sebut `Perang Sabil, atau Fi-Sabilillah', raja katak sebut `Perang Salib' iaitu istilah yang digunakan oleh puak Kristian dahulu. Mahu guna istilah pun tidak tahu, ada hati mahu komen tentang parti lain.

Saya nasihatkan kepada raja katak ini, jika mahu sangat `berjihad', paling senang adalah letak jawatan dari kerusi Parlimen Pasir Mas kerana majoriti pengundi-pengundi yang mengundi beliau dulu tidak redha lagi raja katak menenggek di situ. Jika mahu lepaskan kerusi itu pun raja katak tidak berani, usah bicara pasal `mati syahid' atau `berjihad'. Buat malu saja.

Memang bercelaru puak pencacai itu sekarang kerana hajat mereka tidak kesampaian. Perkasa pula semakin dijauhi orang dari kaum Melayu, lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu. Di dalam PRU ke 13 nanti, raja katak akan sedar dari mimpinya di bawah tempurung. Ketika itu jangan sampai `mati katak' di Pasir Mas pula./wfauzdin.blogspot.com

KALAU PEMIMPIN PAS ITU ADALAH `MALAIKAT' SEKALIPUN, SEKUTU APCO TETAP AKAN BURUKKAN PAS

Posted: 04 Jun 2011 08:50 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI diduga, sekutu Apco hilang arah apabila Mat Sabu kini menjadi orang nombor dua di dalam PAS. Maka, idea dicari untuk memburukkan PAS kerana idea untuk memerangkap pemimpin PAS di dalam video seks agak sukar nak dilakukan kerana video yang ada pun semakin `murah' harganya.Link
Maka, dikatakan bahawa PAS telah jual prinsip dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Dikatakan juga, PAS tidak lagi perlukan Ulamak sebagai pemimpin. Dan, bermacam-macam lagi lah yang sekutu Apco ini merapu di dalam media pencacai milik mereka. Hakikatnya, betapa sakit dihati kerana impian untuk melihat PAS berpecah akibat pemilihan tidak juga berlaku. Bahkan, Presiden PAS menyuarakan rasa bangga dengan pemilihan kali ini. Baca di sini.

Baru sekarang kita lihat sekutu Apco itu begitu bersungguh-sungguh mahu melihat PAS menubuhkan Negara Islam, bukan Negara Berkebajikan. Lucu sungguh. Andaikata, PAS sebut di dalam Muktamarnya kali ini bahawa PAS akan tubuhkan Negara Islam, sekutu Apco ubah modal lain pula. Sekutu Apco yang kuat anti-Islam ini akan hebahkan di media kepada mereka yang bukan Islam bahawa PAS hanya mahu Negara Islam bukan mahu bela nasib atau kebajikan serta keadilan rakyat yang bukan Islam. Itu cara sekutu Apco berpolitik.

Sebenarnya, siapa pun yang jadi pemimpin PAS hatta dipilih dari para `Malaikat' dari langit sekalipun, sekutu Apco ini akan tetap memburukkan PAS. Bukankah sejak azali mereka ini memang anti dengan pergerakan Islam? /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG?

Posted: 03 Jun 2011 10:54 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika.

Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran.



Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'.

Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini.

Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka.

Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: