Ahad, 22 Mei 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO JANGAN BERTINDAK DAYUS

Posted: 22 May 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BUKAN juga untuk menuduh, tetapi sama seperti DS Anwar yang bertanya mengapa PERKASA boleh tahu apa yang bakal berlaku kepada keretanya berbulan sebelum kereta Ketua Pembangkang itu mengalami kemalangan yang dikatakan akibat sabotaj itu?

DS Anwar menyoal , " PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya (Malaysiakini).

Ramalan itu benar, baru-baru ini kereta tersebut yang dinaiki oleh isteri beliau DS Wan Azizah mengalami kemalangan kecil akibat kerosakan pada skru tayar kereta berkenaan. Laporan Polis telah dibuat oleh Pemandu DS Anwar memandangkan hasil pemeriksaan mekanikal menunjukkan tayar kereta berkenaan terdapat unsur-unsur sabotaj.

Terdapat gesaan dari PERKASA agar kerajaan menarik balik passport DS Anwar kununnya beliau akan melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di luar negara. Gesaan ini pernah dibuat oleh `raja sesumpah' Ezam Mohd Noor. Betapa baculnya mereka untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR ini. Tiadakah jalan lain selain dari bertindak sedayus itu? Sudahlah berdebat tentang ekonomi negara pun pemimpin Umno takut, kini cuba bertindak seperti `pondan'.

Sampai bila Umno ingin gunakan kuasa kerajaan untuk menyekat Pembangkang? Berbagai perkara telah cuba kamu lakukan, alhamdulillah, rakyat semakin jauh dari kamu. Apabila gagal mengemukakan hujah, mereka bertindak sehingga kadangkala di luar batas seorang manusia apatah lagi sebagai seorang Islam.

Apa pun yang bakal kamu rancang dan lakukan, PR kini sudah menetapkan niat untuk terus memberitahu rakyat bahawa sudah cukup tempoh dan masa zaman kezaliman Umno/Bn memerintah negara ini. Rakyat kini tidak sabar untuk berada di dalam negara yang penuh dengan keharmonian kaum, telus dan berkebajikan./wfauzdin.blogspot.com

MB PERAK AKAN DATANG MELAYU DARI DAP ?

Posted: 22 May 2011 10:29 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAHID Hamidi meramalkan bahawa DAP Perak akan meletakkan calon Melayu untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum nanti bagi membolehkan MB Perak nanti dilantik dari parti DAP. Saya pun meramalkan demikian dan sekiranya benar secara tidak langsung ini menunjukkan Naib Presiden Umno itu kini sedar bahawa DAP bukan parti `ekstremis Cina'.

Melihat kepada kenyataan Zahid Hamidi di Malaysiakini, tergambar kegusaran pemimpin Umno tersebut untuk mempertahankan Perak yang dirampas secara tidak demokratik selepas PRU yang lalu. Kebimbangan Zahid Hamidi ini cuba dikongsikan bersama parti sekutu di dalam PR iaitu PAS dan PKR, mudah-mudahan kedua-dua parti sekutu di dalam PR ini akan menjauhkan diri dari DAP dan tentunya memberi laluan mudah kepada Umno untuk meneruskan kuasanya di Perak. Mudah dibaca strategi politik Zahid ini.

Sekiranya memang benar DAP akan menamakan calon Melayu Islam dari parti tersebut untuk dinamakan sebagai MB Perak, apa yang menjadi masalah kepada Umno? Masalahnya ialah Umno tentu akan kehabisan modal lagi untuk bermain dengan isu perkauman. Apa yang kita lihat, kepimpinan DAP di P.Pinang di bawah Lim Guan Eng ternyata jauh lebih baik dan berintegriti dari kerajaan terdahulu di bawah Gerakan. Oleh yang demikian, tiada sebab kita bimbang orang Melayu berugama Islam dipilih menjadi MB Perak sekiranya kita boleh terima pemimpin Cina di P.Pinang berpuluh tahun sehingga sekarang.

Itu pun jika ramalan Zahid Hamidi itu benar. Apa kata jika kita membayangkan bahawa DAP akan tetap menyokong YB Nizar (mantan MB Perak) untuk ditabalkan sekali lagi sebagai MB Perak selepas PRU nanti jika PR berjaya kembali menguasai Perak? Bukankah sebelum ini berkali-kali Pengerusi DAP Perak Ngeh Ko Ham berkata DAP tetap menyokong YB Nizar sebagai MB Perak?Link
Hakikatnya, Umno amat bimbang tentang situasi terkini di Perak. Paling membimbangkan mereka adalah sokongan kaum Cina semakin meningkat terhadap PR hasil daripada tingkah laku Umno dan kerajaan selama ini. Sokongan kaum Melayu pula kini sedang diburu oleh PAS terutamanya dan PAS dibantu oleh PKR mempunyai banyak bahan untuk dihidangkan kepada kaum Melayu di Perak agar mereka tidak lagi percaya kepada Umno. Ini yang merisaukan Zahid sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Anak Yatim Mati Tertimbus Syahid

Posted: 22 May 2011 03:49 PM PDT

Merenung Sejenak

Anak yatim maut tertimbus syahid


SHAH ALAM - Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis se-perti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.

"Mereka dapat syafaat Allah, itu janjiNya," katanya.

Beliau mengulas kematian anak-anak yatim penghuni Rumah Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, petang semalam.

Bagaimanapun menurut Mohd Tamyes, jenazah mereka masih perlu diurus seperti jenazah mati biasa, iaitu mandi, kafan dan disolatkan.

Beliau mengingatkan pengasas rumah kebajikan, termasuk rumah anak yatim di seluruh negara, pastikan bangunan mereka tiada risiko musibah.

"Jangan bina di lereng bukit atau berhampiran dekawasan bahaya kepada penghuni," katanya.

Cari N3 lama-lama disini

Mahathir Dan Kejahilannya Akan Merosakkan Ummah

Posted: 22 May 2011 04:08 AM PDT

Isu Semasa


Gambar ini saya capture dari Majalah al Islam,(dibawah kelolaan Astora Al Jabat) bulan Mac 2011... (kalau tak silap) Apa pandangan anda tentang apa yang diutarakan oleh Mahathir di sini.. Semoga kita berhati-hati dengan serangan pemikiran Sekularisme.
Kejahilan rakyat biasa hanya akan menyesatkan dirinya dan keluarganya sahaja,tapi kejahilan pemimpin akan memudaratkan rakyat jelata.
Cari N3 lama-lama disini

Lembu Makan Ayam

Posted: 22 May 2011 03:13 AM PDT

Gambar hiasan

Di, Kolkata, India, seorang petani menyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. 

Petani ni pun mula buat rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya.

Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha

Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Alhamdulillah ... Seorang lagi artis rock dapat hidayah dari Nya

Posted: 22 May 2011 09:32 PM PDT

Sham Kamikaze, merupakan pemain gitar utama Kamikaze dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.

Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan perembahan terbuka atau pun di stesen stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan. Antara tugasan yang pernah di pikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.

Satu kelainan yang ditonjolkan. Kali ini, Sham Kamikaze berceritakan pengalamannya mendapat hidayah dalam rakaman video berdurasi 12:42 di

Perjanjian IPP rugikan negara, untungkan kroni Umno

Posted: 22 May 2011 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.

"Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.

"Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya," ujarnya.

Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.

Idea tersebut yang dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.

Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.

"Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.

"Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.

"Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air," ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.

Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.

"Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.

"Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP," ujarnya.

Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.

Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bilion diperuntukkan sebagai subsidi kepada syarikat berkenaan iaitu menyamai 65 peratus dari pendapatan TNB sendiri.

Dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik.

Kerajaan menerusi TNB terpaksa membeli tenaga elektrik dari IPP meskipun mempunyai 40 peratus kapasiti simpanan berjumlah 19,000 MW. Kos TNB adalah 25 hingga 30 peratus lebih murah berbanding IPP yang menikmati pulangan IRR 20 hingga 25 peratus.

IPP akan berakhir kontraknya berperingkat-peringkat pada penghujung 2014, 2015 dan 2017.


STONE : Aku tak faham. Apakah projek IPP ini untuk memperkayakan kroni? Kerajaan terpaksa membayar lebih dengan bantuan subsidi, manakala rakyat juga terpaksa menbayar harga yang tinggi untuk bekalan eletrik. Yang untungnya pemilik IPP. Dengar khabar tarif bekalan eletrik bakal dinaikan. Jadi dimana keuntungan di pihak rakyat?  Yang aku tahu setiap projek pengswastaan dibuat untuk mengurangkan belanja kerajaan. Tak faham .....

Tanah runtuh Hulu Langat : Ambil iktibar untuk perbaiki masa depan - DSWA

Posted: 22 May 2011 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan jutaan takziah kepada keluarga, pewaris mangsa dan pihak rumah anak yatim yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini semalam.

Beliau turut menggesa kajian menyeluruh dilakukan ke atas bangunan dan kawasan sekitar insiden kerana bencana melibatkan kehilangan nyawa katanya tidak boleh diambil mudah.

Ia penting kata Azizah bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan nyawa dan semualah yang telah ditimpa malapetaka ini tetapi kita mesti redha.

"(Namun) kita mesti cari penyelesaian kerana kalaulah tragedi ini berulang dan berlaku banyak kali, jadi kita mesti tengok puncanya. Apakah dengan pembangunan bangunan yang tanpa mengira persekitaran?," katanya kepada TV Selangor selepas melawat mangsa yang terselamat di Hospital Ampang petang tadi.

Beliau turut diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, Exco Selangor Rodziah Ismail dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Haniza Talha.

Dalam kejadian tanah runtuh semalam, 16 mangsa maut manakala sembilan lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan stabil kini.

Azizah turut mengingatkan tentang amalan beringat yang bersifat sementara di kalangan masyarakat.

Katanya, semua pihak seharusnya melihat dan belajar terhadap apa yang berlaku serta menjadikanya panduan supaya boleh mengharungi masa depan dengan lebih baik.

Jelasnya, peristiwa malang yang berlaku ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar serta di kalangan mereka yang masih anak-anak.

"Kadang kala kita nampak macam beringat sedikit bila lepas tragedi untuk seketika tetapi kejadian yang sama masih berulang.

"Nyawa (yang diambil seharusnya) menjadi pelajaran tetapi kita tak belajar dari pelajaran ini," katanya.


Tanah runtuh Hulu Langat : Kaki 2 mangsa terpaksa dipotong

Posted: 22 May 2011 04:56 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kesemua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat kelmarin dan sedang dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lapan mangsa dirawat di Hospital Ampang manakala seorang lagi mangsa dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, enam mangsa kejadian di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas di Hospital Ampang manakala dua lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Dua mangsa berumur 13 dan 33 tahun kini stabil di ICU walaupun kaki masing-masing terpaksa dipotong akibat kecederaan teruk," kata Rosnah sambil menangis kerana sebak dengan kejadian itu.

Malaysians from all walks of life bring food and cheer

HULU LANGAT: Scores of Malaysians gave up their leisurely Sunday to make a trip to the site of the landslide tragedy, bringing food and drinks as well as hope for those affected.

Pandan Squad Sayang commander Juliana Badri said there was an endless supply of food and drinks from individuals, corporations, ministries and non-governmental bodies.

"About 30 of us have been here since 4.30pm on Saturday, taking turns to receive the contributions and distribute them to those involved in the rescue mission.

"I am really touched by the kindness shown and I am glad to be able to lend a helping hand," said Juliana, who looked overwhelmed by the support.

Several Yayasan Salam Malaysia members, coming from as far as Shah Alam, Klang and Semenyih, had to spend a night at their Petaling Jaya office after cooking for rescue workers at the site.

Companies like Nestle also set up makeshift stalls offering free instant noodle meals and cereal drinks to help rescue workers keep up their strength.

Sharifah Hamidah Syed Hussin, 54, from Kampung Desa Pandan, said she came to the site with the hope of offering help.

"I found out about the tragedy through updates on Facebook and I was shocked. I wanted to donate to the victims but there wasn't any channel available here," she said.

Che Shaharuddin Yunus, who came with his wife and son from Setiawangsa, said the family was praying for those in the tragedy.

"I brought my son along, so he will learn to sympathise over the plight of others," he said.
Malaysian Hindu Sangam Association Ampang Jaya chairman Suppiah Suppan, who came with three members, said he hoped to lend a helping hand.

He said although the food supply for rescue workers and those affected by the tragedy was sufficient for now, he planned to contact the orphanage in order to provide aid in the future.

"We are here to help regardless of religion because we are all Malay-sians," he said. - The Star

GEMPAR : 120,000 Pemuda Umno tak boleh mengundi ... hahaha

Posted: 22 May 2011 03:51 AM PDT

2011/05/22

GEORGETOWN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti. "Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih.

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya. - BERNAMA

Tanah runtuh : Kerajaan P Pinang sumbang RM25,000.00

Posted: 22 May 2011 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.

Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.

Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.

"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan

Mahfuz gesa Najib minta maaf pada rakyat

Posted: 21 May 2011 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa "membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya."

"Ini sebuah kerajaan yang lemah, yang tidak boleh mengurangkan defisitnya tanpa membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan kini mengambil wang daripada saku rakyat untuk membayar defisitnya.

Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memanggil pilihan raya tergempar tahun ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu meneruskan langkah pemotongan subsidi bagi mengurangkan beban subsidi yang dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini.

Mahfuz juga mengkriitk Najib kerana menggambarkan subsidi sebagai "candu" ketika bercakap di depan khalayak luar negara.

"Beliau memberitahu komuniti antarabangsa bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi. Ini satu penghinaan dan beliau seharusnya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf," kata beliau.

Dalam satu kenyataan di London 16 Mei lalu, Najib berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

"Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan," katanya lagi.

Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

Minggu lalu, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.

Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa dua minggu lalu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, subsidi kepada barang-barang keperluan asas seperti minyak dan gula tidak seharusnya dilihat sebagai herot-benyot kepada pasaran, sebaliknya ia "tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan beban orang ramai."

"Ia satu mekanisme bagi pengagihan kekayaan. Kerajaan harus mengurangkan perbelanjaannya sendiri daripada menarik balik hak rakyat," kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim berkata kerajaan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan agar memotong perbelanjaan ekoran peningkatan kos. - TMI

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Amanat Mursyidul Am Sempena Muktamar PAS ke 57

Posted: 22 May 2011 06:09 PM PDT

Oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


FIRMAN Allah yang bermaksud:

* "Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada

kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8);
* Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih

bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9).
* Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia

bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)

(10)."

(Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai

pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda

dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang

'al-amiin' sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW

sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda

seorang yang benar-benar 'boleh diharap' sama ada di dunia mahu pun di

akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah

diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman

Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih

diri sebagai tangga kejayaan.

Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah

dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu

tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.

Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan

'taqwa.' Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat

percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa

sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus

kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.

Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat

baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah,

berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang

kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan

amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan

asas melakukan muhasabah diri.

Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira'

selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah

menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan

tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi:

"Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan

kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali

persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi

keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa

musibah."

Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa

oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu

penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya)

menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan

dakwah, contoh kepada semua orang.

Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat

ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau

suasana ke'Islam'an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut

syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan

dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.

Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat

bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim

dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke

hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat

didiami.

Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri

berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak

ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan,

seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi

dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan

Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru,

RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).

Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah

mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam

kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut

berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan

Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam

menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.

Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan

hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman

dan sejahtera.

Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah

memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad

SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan

telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan

tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia

ada.

Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika

di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan

kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah

(berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.

Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam

(Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan

politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23

tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.

Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat

'berlawan arus' atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi

berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti

ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.

Di sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan

tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang

yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi

dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada

sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas

bantuan orang lain.

Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya

semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan 'peribadi Nabi' sebagai khudwah.

Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi

tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang.

Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan

sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam.

Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar

sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan

Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam.

Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?

Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai

khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh

menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Beri saya masa untuk bertenang, kata YDP rumah anak yatim

Posted: 22 May 2011 04:46 PM PDT


HULU LANGAT, 22 Mei — "Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia)."
Itulah ayat yang mampu dikatakan oleh Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 dekat ini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, semalam.
Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media.
"Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi.
"Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa," katanya kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Mummy Rokiah rentap jambul Shaharizat

Posted: 22 May 2011 04:42 PM PDT

Rakyat masih lagi diselubungi kesedihan atas musibah yang menimpa penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat. Maklumat terakhir mencatatkan 16 terkorban tragedi yang tidak diduga. Semoga Roh mereka dihimpun bersama-sama para Syuhada dan Anbia dan kaum keluarga terus tabah menerima ujian Allah.
Pada ketika Rakyat bersama-sama kaum keluarga, berhadapan dengan suasana kepayahan dan kesedihan, menteri rekon Shaharizat Jalil mempersoalkan hukum 'halal-haram' status rumah anak yatim berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan

Posted: 22 May 2011 04:41 PM PDT

KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.

Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Zeti untuk IMF: Cadangan PAS dapat sokongan DAP

Posted: 22 May 2011 04:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Cadangan agar kerajaan Malaysia mencadangkan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz (gambar) dilantik menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kini mendapat sokongan PAS dan DAP.

Namun, menurut penasihat DAP, Lim Kit Siang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar dicalonkan menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) susulan peletakkan jawatan pengarah urusannya Dominique Strauss-Kahn beberapa hari lalu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat Zeti Akhtar mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa harus disamak

Posted: 22 May 2011 04:36 PM PDT

Hebat sungguh mereka beria - ia mempertahankan Utusan Malaysia yang terang - terang menyebarkan berita palsu yang membolehkan rusuhan agama tercetus.
Beria - ria ahli mereka yang gemuk - gemuk berdemo di depan pejabat Utusan Malaysia. Langkah mayat mereka dahulu sebelum nak bantah Utusan?
Kepada ahli - ahli gemuk PERKASA, bagi aku tahap pemikiran dan perjuangan kamu semua harus disamak. Jijik, mual dan menyampah! Aku tak faham kenapa PERKASA boleh wujud. Apakah kerana mahu mengembalikan kuasa kepada Umno? Mahu membantu Umno memenangi Pilihanraya Umum ke-13?
Read More / Baca Lagi >>

Video : BN Ketagih Candu Keuntungan

Posted: 22 May 2011 04:35 PM PDT

Buku Jingga jamin hak, kebajikan pekerja

Posted: 22 May 2011 04:34 PM PDT

SHAH ALAM: Golongan buruh terus tertindas selagi kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) memanipulasi pekerja bagi memastikan mereka kaya-raya manakala rakyat kekal miskin, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam forum 'Buruh Mengikut Pandangan Buku Jingga', Rafizi berkata, kerajaan Umno BN hanya mementing golongan pemodal berikutan dasar ini dipelopori bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Tun Mahathir bertanggungjawab memulakan gerakan untuk melemahkan pekerja apabila membentuk polisi ekonomi berasaskan ekuiti.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kg Baru: Referendum diputus selepas taklimat Putrajaya, kata MAS

Posted: 22 May 2011 04:32 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Mei — Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru berkata keperluan mengenai referendum berkaitan isu pembangunan semula kawasan itu termasuk Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 hanya akan diketahui selepas ia dibentang kepada pemilik dan pewaris tanah. Sebelum ini Putrajaya bercadang mengadakan referendum dimaksudkan bulan ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk perbahasan.
Oleh itu kata Setiausaha Agungnya Shamsuri Suradi, rang undang-undang yang sudah siap dipinda akan dibentangkan kepada pemilik dan pewaris tanah bermula minggu ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Banding Harga Minyak Dengan Negara Pengeluar

Posted: 22 May 2011 03:37 AM PDT

Video : Tarik Pelabur Asing Najib Hidup Dalam Khayalan,

Posted: 22 May 2011 03:36 AM PDT

Mahfuz sah pertahan jawatan Naib Presiden PAS

Posted: 22 May 2011 03:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini.
Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.
Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
"Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz gesa Najib minta maaf label rakyat ‘ketagih subsidi’

Posted: 22 May 2011 03:34 AM PDT


Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR, 22 Mei — PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa "membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya."
Read More / Baca Lagi >>

Presiden NUJ: Tutup Utusan Malaysia

Posted: 22 May 2011 03:33 AM PDT

penang media forum 220511hata wahariPresiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari menggesa supaya bekas majikannya - Utusan Malaysia - ditutup dan editornya dibiarkan menderita kerana menyiarkan berita tidak berasas pada 7 Mei lalu, sehingga mencetuskan ketegangan agama di negara ini.

Hata yang menghadiri forum kebebasan akhbar anjuran Centre
for Independent Journalism (CIJ), berkata, ini adalah satu-satu cara untuk membuat editor dan wartawannya bertanggungjawab di atas penyiaran berita yang tidak berasas itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak

Posted: 22 May 2011 03:32 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi  Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.

Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Bagaimana PERKASA tahu kereta disabotaj?

Posted: 22 May 2011 01:30 AM PDT

NONEKetua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan bagaimana Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dapat mengetahui mengenai kerosakan yang berlaku kereta yang dinaiki anggota keluarganya – berbulan-bulan sebelum insiden berkenaan berlaku.

Anwar berkata, PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang
dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya.

Ketua pembangkang itu berkata, PERKASA kini perlu tampil dengan penjelasan ekoran ancaman yang diterima oleh isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan juga anaknya Nurul Izzah.
Read More / Baca Lagi >>