Ahad, 22 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Alhamdulillah ... Seorang lagi artis rock dapat hidayah dari Nya

Posted: 22 May 2011 09:32 PM PDT

Sham Kamikaze, merupakan pemain gitar utama Kamikaze dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.

Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan perembahan terbuka atau pun di stesen stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan. Antara tugasan yang pernah di pikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.

Satu kelainan yang ditonjolkan. Kali ini, Sham Kamikaze berceritakan pengalamannya mendapat hidayah dalam rakaman video berdurasi 12:42 di

Perjanjian IPP rugikan negara, untungkan kroni Umno

Posted: 22 May 2011 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Penjana Tenaga Bebas (IPP) menyebabkan negara mengalami kerugian apabila sejumlah RM19 bilion diperuntukkan setahun untuk membayar subsidi kepada pihak terbabit.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayaran subsidi yang diterima IPP, dikembalikan semula kepada perbendaharaan Umno dalam pelbagai cara dan bentuk.

"Dalam jangka panjang, jumlah wang terpaksa ditanggung rakyat secara keseluruhan yang dibayar kepada IPP sebenarnya dipulangkan kepada Umno. Ia sudah berlaku berbelas tahun, dari zaman Dr Mahathir.

"Dalam keadaan Dr Mahathir menyatakan Melayu perlu dibuang tongkat, rupanya dalam diam subsidi yang diberikan kepada IPP akhirnya masuk semula ke kantong Umno dalam bentuk kick back, pemberian komisyen kepada syarikat kroni dan sebagainya," ujarnya.

Menurut Azan, sehingga kini tidak ada pendedahan tentang intipati perjanjian membekal tenaga kepada TNB.

Idea tersebut yang dicetuskan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menguntungkan 26 syarikat IPP yang merupakan kroni kepada Umno-Barisan Nasional.

Antaranya YTL Power Generation Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Powertek Bhd Port Dickson Power Sdn Bhd dan Malakoff.

"Subsidi menimbulkan tandatanya, apa perlunya kerajaan mewujudkan IPP secara penswastaan dengan cara kerajaan atau TNB membayar kepada IPP. Ini amat tidak logik dan telah dipertikai banyak kali dan bukan perkara baru.

"Setiap tahun jumlah saluran subsidi kepada IPP menimbulkan tandatanya besar. Subsidi tidak diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan sebaliknya diberi kepada syarikat besar seperti ini.

"Akhirnya yang menaggung derita adalah rakyat. Bukan sahaja kenaikan harga barangan, tetapi dalam tempoh ini rakyat terpaksa membayar kos kenaikan hampir semua jenis perkhidmatan, telefon, tarif elektrik dan air," ujarnya kepada Keadilandaily.com.

Menurut Azan, sekiranya, fungsi dan peranan IPP diambil alih TNB, beliau percaya kapasiti penjanaan tenaga elektrik mampu mencapai 100 peratus dan kos menjadi lebih efisyen.

Justeru itu, kerajaan sepatutnya merunding semula Power Purchase Agreement (PPA) yang merugikan negara dan rakyat.

"Ia dapat memaksimumkan dan mencapai tahap paling efisyen dan kadar tenaga akan menjadi lebih murah. Sekiranya kerajaan menamatkan perkhidmatan IPP, ia sekaligus dapat memaksimakan aktiviti penjanaan tenaga sekiranya ia diuruskan TNB sendiri.

"Kita dapat menjimatkan dalam dua keadaan, mencapai tahap maksima dan kos efektif. Kedua, menyelamatkan beberapa ratus juta yang diberikan kepada sesebuah syarikat-IPP," ujarnya.

Untuk rekod, IPP membekalkan 1,400 MW kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Power Purchase Agreements (PPA) di mana TNB membayar IPP sebanyak RM78.3 bilion dari tahun 2001 hingga 2010.

Pada 2010 sahaja, sebanyak RM19 bilion diperuntukkan sebagai subsidi kepada syarikat berkenaan iaitu menyamai 65 peratus dari pendapatan TNB sendiri.

Dalam masa yang sama, Petronas pula memberikan subsidi gas kepada IPP dan TNB untuk menjana tenaga elektrik.

Kerajaan menerusi TNB terpaksa membeli tenaga elektrik dari IPP meskipun mempunyai 40 peratus kapasiti simpanan berjumlah 19,000 MW. Kos TNB adalah 25 hingga 30 peratus lebih murah berbanding IPP yang menikmati pulangan IRR 20 hingga 25 peratus.

IPP akan berakhir kontraknya berperingkat-peringkat pada penghujung 2014, 2015 dan 2017.


STONE : Aku tak faham. Apakah projek IPP ini untuk memperkayakan kroni? Kerajaan terpaksa membayar lebih dengan bantuan subsidi, manakala rakyat juga terpaksa menbayar harga yang tinggi untuk bekalan eletrik. Yang untungnya pemilik IPP. Dengar khabar tarif bekalan eletrik bakal dinaikan. Jadi dimana keuntungan di pihak rakyat?  Yang aku tahu setiap projek pengswastaan dibuat untuk mengurangkan belanja kerajaan. Tak faham .....

Tanah runtuh Hulu Langat : Ambil iktibar untuk perbaiki masa depan - DSWA

Posted: 22 May 2011 06:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 MEI : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan jutaan takziah kepada keluarga, pewaris mangsa dan pihak rumah anak yatim yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini semalam.

Beliau turut menggesa kajian menyeluruh dilakukan ke atas bangunan dan kawasan sekitar insiden kerana bencana melibatkan kehilangan nyawa katanya tidak boleh diambil mudah.

Ia penting kata Azizah bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan nyawa dan semualah yang telah ditimpa malapetaka ini tetapi kita mesti redha.

"(Namun) kita mesti cari penyelesaian kerana kalaulah tragedi ini berulang dan berlaku banyak kali, jadi kita mesti tengok puncanya. Apakah dengan pembangunan bangunan yang tanpa mengira persekitaran?," katanya kepada TV Selangor selepas melawat mangsa yang terselamat di Hospital Ampang petang tadi.

Beliau turut diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, Exco Selangor Rodziah Ismail dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Haniza Talha.

Dalam kejadian tanah runtuh semalam, 16 mangsa maut manakala sembilan lagi mengalami kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan stabil kini.

Azizah turut mengingatkan tentang amalan beringat yang bersifat sementara di kalangan masyarakat.

Katanya, semua pihak seharusnya melihat dan belajar terhadap apa yang berlaku serta menjadikanya panduan supaya boleh mengharungi masa depan dengan lebih baik.

Jelasnya, peristiwa malang yang berlaku ini amat menyedihkan kerana ia melibatkan kehilangan nyawa yang besar serta di kalangan mereka yang masih anak-anak.

"Kadang kala kita nampak macam beringat sedikit bila lepas tragedi untuk seketika tetapi kejadian yang sama masih berulang.

"Nyawa (yang diambil seharusnya) menjadi pelajaran tetapi kita tak belajar dari pelajaran ini," katanya.


Tanah runtuh Hulu Langat : Kaki 2 mangsa terpaksa dipotong

Posted: 22 May 2011 04:56 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kesemua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat kelmarin dan sedang dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lapan mangsa dirawat di Hospital Ampang manakala seorang lagi mangsa dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, enam mangsa kejadian di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas di Hospital Ampang manakala dua lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Dua mangsa berumur 13 dan 33 tahun kini stabil di ICU walaupun kaki masing-masing terpaksa dipotong akibat kecederaan teruk," kata Rosnah sambil menangis kerana sebak dengan kejadian itu.

Malaysians from all walks of life bring food and cheer

HULU LANGAT: Scores of Malaysians gave up their leisurely Sunday to make a trip to the site of the landslide tragedy, bringing food and drinks as well as hope for those affected.

Pandan Squad Sayang commander Juliana Badri said there was an endless supply of food and drinks from individuals, corporations, ministries and non-governmental bodies.

"About 30 of us have been here since 4.30pm on Saturday, taking turns to receive the contributions and distribute them to those involved in the rescue mission.

"I am really touched by the kindness shown and I am glad to be able to lend a helping hand," said Juliana, who looked overwhelmed by the support.

Several Yayasan Salam Malaysia members, coming from as far as Shah Alam, Klang and Semenyih, had to spend a night at their Petaling Jaya office after cooking for rescue workers at the site.

Companies like Nestle also set up makeshift stalls offering free instant noodle meals and cereal drinks to help rescue workers keep up their strength.

Sharifah Hamidah Syed Hussin, 54, from Kampung Desa Pandan, said she came to the site with the hope of offering help.

"I found out about the tragedy through updates on Facebook and I was shocked. I wanted to donate to the victims but there wasn't any channel available here," she said.

Che Shaharuddin Yunus, who came with his wife and son from Setiawangsa, said the family was praying for those in the tragedy.

"I brought my son along, so he will learn to sympathise over the plight of others," he said.
Malaysian Hindu Sangam Association Ampang Jaya chairman Suppiah Suppan, who came with three members, said he hoped to lend a helping hand.

He said although the food supply for rescue workers and those affected by the tragedy was sufficient for now, he planned to contact the orphanage in order to provide aid in the future.

"We are here to help regardless of religion because we are all Malay-sians," he said. - The Star

GEMPAR : 120,000 Pemuda Umno tak boleh mengundi ... hahaha

Posted: 22 May 2011 03:51 AM PDT

2011/05/22

GEORGETOWN: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengingatkan pemimpin pergerakan itu di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran kerana masih terdapat kira-kira 120,000 ahlinya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya, ahli pergerakan yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap melakukan "dosa politik" dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Beliau berkata, jika ahli pergerakan itu dengan sengaja enggan mendaftar sebagai pemilih, maka satu tindakan susulan haruslah diambil kerana ia membawa kerugian kepada parti. "Kami belum cadangkan sebarang bentuk hukuman atau tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak berdaftar sebagai pengundi, namun hakikatnya ialah mereka yang belum mendaftar ini adalah satu kerugian yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Khairy berkata, setakat ini Pergerakan Pemuda UMNO mempunyai 600,000 ahli dan 120,000 didapati tidak mendaftar sebagai pemilih.

Katanya, Pemuda UMNO Perak berjaya mengurangkan sebanyak 50 peratus daripada jumlah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata, semua ahli parti haruslah meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan diri atau puak dalam parti kerana tidak ada maknanya seseorang itu berebut untuk memegang jawatan sebagai pemimpin dalam parti sekiranya parti itu kalah dalam pilihan raya. - BERNAMA

Tanah runtuh : Kerajaan P Pinang sumbang RM25,000.00

Posted: 22 May 2011 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.

Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.

Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.

"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan

Mahfuz gesa Najib minta maaf pada rakyat

Posted: 21 May 2011 11:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa "membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya."

"Ini sebuah kerajaan yang lemah, yang tidak boleh mengurangkan defisitnya tanpa membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan kini mengambil wang daripada saku rakyat untuk membayar defisitnya.

Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memanggil pilihan raya tergempar tahun ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu meneruskan langkah pemotongan subsidi bagi mengurangkan beban subsidi yang dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini.

Mahfuz juga mengkriitk Najib kerana menggambarkan subsidi sebagai "candu" ketika bercakap di depan khalayak luar negara.

"Beliau memberitahu komuniti antarabangsa bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi. Ini satu penghinaan dan beliau seharusnya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf," kata beliau.

Dalam satu kenyataan di London 16 Mei lalu, Najib berkata, subsidi bahan api ibarat "candu" kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

"Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan," katanya lagi.

Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

Minggu lalu, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.

Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa dua minggu lalu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, subsidi kepada barang-barang keperluan asas seperti minyak dan gula tidak seharusnya dilihat sebagai herot-benyot kepada pasaran, sebaliknya ia "tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan beban orang ramai."

"Ia satu mekanisme bagi pengagihan kekayaan. Kerajaan harus mengurangkan perbelanjaannya sendiri daripada menarik balik hak rakyat," kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim berkata kerajaan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan agar memotong perbelanjaan ekoran peningkatan kos. - TMI

Tiada ulasan: