WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
Posted: 22 May 2011 09:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS BUKAN juga untuk menuduh, tetapi sama seperti DS Anwar yang bertanya mengapa PERKASA boleh tahu apa yang bakal berlaku kepada keretanya berbulan sebelum kereta Ketua Pembangkang itu mengalami kemalangan yang dikatakan akibat sabotaj itu? DS Anwar menyoal , " PERKASA perlu menjelaskan laporan polis yang dibuat pada 11 Februari lalu berhubung kebimbangan bahawa ketua pembangkang itu akan melakonkan satu kemalangan jalan raya (Malaysiakini). Ramalan itu benar, baru-baru ini kereta tersebut yang dinaiki oleh isteri beliau DS Wan Azizah mengalami kemalangan kecil akibat kerosakan pada skru tayar kereta berkenaan. Laporan Polis telah dibuat oleh Pemandu DS Anwar memandangkan hasil pemeriksaan mekanikal menunjukkan tayar kereta berkenaan terdapat unsur-unsur sabotaj. Terdapat gesaan dari PERKASA agar kerajaan menarik balik passport DS Anwar kununnya beliau akan melarikan diri untuk mendapatkan suaka politik di luar negara. Gesaan ini pernah dibuat oleh `raja sesumpah' Ezam Mohd Noor. Betapa baculnya mereka untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR ini. Tiadakah jalan lain selain dari bertindak sedayus itu? Sudahlah berdebat tentang ekonomi negara pun pemimpin Umno takut, kini cuba bertindak seperti `pondan'. Sampai bila Umno ingin gunakan kuasa kerajaan untuk menyekat Pembangkang? Berbagai perkara telah cuba kamu lakukan, alhamdulillah, rakyat semakin jauh dari kamu. Apabila gagal mengemukakan hujah, mereka bertindak sehingga kadangkala di luar batas seorang manusia apatah lagi sebagai seorang Islam. Apa pun yang bakal kamu rancang dan lakukan, PR kini sudah menetapkan niat untuk terus memberitahu rakyat bahawa sudah cukup tempoh dan masa zaman kezaliman Umno/Bn memerintah negara ini. Rakyat kini tidak sabar untuk berada di dalam negara yang penuh dengan keharmonian kaum, telus dan berkebajikan./wfauzdin.blogspot.com |
MB PERAK AKAN DATANG MELAYU DARI DAP ? Posted: 22 May 2011 10:29 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ZAHID Hamidi meramalkan bahawa DAP Perak akan meletakkan calon Melayu untuk bertanding di dalam Pilihanraya Umum nanti bagi membolehkan MB Perak nanti dilantik dari parti DAP. Saya pun meramalkan demikian dan sekiranya benar secara tidak langsung ini menunjukkan Naib Presiden Umno itu kini sedar bahawa DAP bukan parti `ekstremis Cina'. Melihat kepada kenyataan Zahid Hamidi di Malaysiakini, tergambar kegusaran pemimpin Umno tersebut untuk mempertahankan Perak yang dirampas secara tidak demokratik selepas PRU yang lalu. Kebimbangan Zahid Hamidi ini cuba dikongsikan bersama parti sekutu di dalam PR iaitu PAS dan PKR, mudah-mudahan kedua-dua parti sekutu di dalam PR ini akan menjauhkan diri dari DAP dan tentunya memberi laluan mudah kepada Umno untuk meneruskan kuasanya di Perak. Mudah dibaca strategi politik Zahid ini. Sekiranya memang benar DAP akan menamakan calon Melayu Islam dari parti tersebut untuk dinamakan sebagai MB Perak, apa yang menjadi masalah kepada Umno? Masalahnya ialah Umno tentu akan kehabisan modal lagi untuk bermain dengan isu perkauman. Apa yang kita lihat, kepimpinan DAP di P.Pinang di bawah Lim Guan Eng ternyata jauh lebih baik dan berintegriti dari kerajaan terdahulu di bawah Gerakan. Oleh yang demikian, tiada sebab kita bimbang orang Melayu berugama Islam dipilih menjadi MB Perak sekiranya kita boleh terima pemimpin Cina di P.Pinang berpuluh tahun sehingga sekarang. Itu pun jika ramalan Zahid Hamidi itu benar. Apa kata jika kita membayangkan bahawa DAP akan tetap menyokong YB Nizar (mantan MB Perak) untuk ditabalkan sekali lagi sebagai MB Perak selepas PRU nanti jika PR berjaya kembali menguasai Perak? Bukankah sebelum ini berkali-kali Pengerusi DAP Perak Ngeh Ko Ham berkata DAP tetap menyokong YB Nizar sebagai MB Perak? Hakikatnya, Umno amat bimbang tentang situasi terkini di Perak. Paling membimbangkan mereka adalah sokongan kaum Cina semakin meningkat terhadap PR hasil daripada tingkah laku Umno dan kerajaan selama ini. Sokongan kaum Melayu pula kini sedang diburu oleh PAS terutamanya dan PAS dibantu oleh PKR mempunyai banyak bahan untuk dihidangkan kepada kaum Melayu di Perak agar mereka tidak lagi percaya kepada Umno. Ini yang merisaukan Zahid sebenarnya./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan