Sabtu, 14 Mei 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Kroni masih "disumbat"...Subsidi Rakyat terus "disekat"

Posted: 14 May 2011 06:27 PM PDT

Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.
Penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.


"Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

"BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.

sumber;http://www.keadilandaily.com/harga-gula-bn-selamatkan-163-kali-subsidi-ipp-untuk-kroni/

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Rapatkan Saf Solat, Sunnah Yang Makin Dilupakan

Posted: 14 May 2011 10:48 PM PDT

Soal Jawab Agama
Contoh saf yang tidak betul
Assalamualaikum dan salam blogger,
Sama ada anda perasan atau tidak,saf dalam solat jemaah sekarang makin lama-makin renggang,jika dulu sebelum solat antara perkara yang sangat ditekankan oleh imam ialah rapatkan saf sehingga bahu bertemu bahu dan kaki bertemu kaki.

Dalam islam setiap perkara itu walaupun nampak kecik tapi sebenarnya akan memberikan kesan yang besar jika diamalkan atau sebaliknya (ditinggalkan)Antara sebab orang Islam sekarang semakin kurangnya rasa ukhuah dan kesepakatan ialah kerana saf solat yang renggang dan bengkang bengkok.

Ada sebuah hadis tentang hal ini yang maksudnya lebih kurang,
Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).

Saya dah lama terfikir benda ni dan secara kebetulan terjumpa hadis ini dalam blog ustaz Azhar yang saya kira baik untuk disebarkan.

CARA MELURUSKAN SAF
Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: "Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut.

Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf:

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.
2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.
3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.
Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar.

Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut:
* Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud).

* Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda:
(Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari).

Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia.
Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan.

Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut.
Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini.
Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan.
Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia.

HIKMAH MERAPATKAN SAF
1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim).
2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud).

Menurut Syaikh Abu Ubaidah
Masyhur:
"Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat.

-ijoks2009-
Jika nak tengok bagaimana perhubungan antara penduduk sebuah kampung,taman perumahan  atau negeri ,tengoklah pada saf solatnya,Semakin renggang saf solat semakin rengganglah hati-hati mereka.

saya teringat masa kecik-kecik dulu arwah ayah selalu bawa kami bersolat jemaah di masjid ,betapa susahnya saya nak bersujud disebabkan rapatnya saf-saf solat.situasi itu sudah berbeza sekarang,saf-saf makin renganag menandakan makin jaunya rasa kasih sayang antara hati-hati kita.

Ayuh kita hidupkan kembali sunnah Rasulullah s.a.w.

-baca artikel penuh disini-
Cari N3 lama-lama disini

13 Mei Yang Menggemparkan

Posted: 14 May 2011 03:50 AM PDT

Santai

Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang masih belum menjadi ahli keluarga besar Islam 

Pada tarikh 13hb May 2011 merupakan hari yang paling gempar kepada blogger blogger yang mengunakan hosting blogspot.com.

Masing masing tidak dapat log in dan ini menyebabkan ramai tiada entri baru pada 13 hb May 2011.
Kami juga tidak dapat mengomen blog blog dari hosting blogspot.com
Malahan nasib kami bertambah malang kerana entri yang kami buat pada 12 hb May juga hilang meninggalkan kami.
Di sebabkan proses maintainence yang di buat oleh blogger.com ramai yang kecewa, marah dan lemah semangat.
Harap masalah seperti ini tidak berlaku lagi
Itu kisah 13 Mei2011,tahukah anda sejarah hitam negara juga  pernah berlaku pada Tanggal 13 Mei.
(petikan laporan dari miecyber)


Perkataan 13 Mei mengingatkan saya tentang sejarah hitam negara yang pernah saya baca juga pada tarikh yang sama.
Bagi blogger-blogger yang dah berumur mungkin masih mengingati peristiwa itu tapi bagi kami anak-anak muda hanya membaca cerita tersebut dari mediamasa sahaja.
dibawah ini saya petik serba sedikit sejarah hitam 13 Mei 1969
Dari wikipedia

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung.
Baca lagi Disini
http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KALAU `PANDI KUTTI' BOLEH BERCAKAP PASTI ANWAR DIMARAHI

Posted: 14 May 2011 11:58 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DULU saya tidak tahu apa ertinya di dalam bahasa Melayu `Pandi Kutti' itu, tetapi apabila ianya mula diperkenalkan oleh DS Anwar terhadap golongan fasik yang derhaka kepada Allah dan zalim itu, baru saya mengetahui makna perkataan tersebut.

`Pandi Kutti' bermakna anak babi, sejenis binatang yang diharamkan oleh Islam untuk dimakan termasuk keturunan atau yang bersubahat dengannya. Ertinya, jika seekor babi dikacukkan dengan seekor kambing yang halal dimakan, maka kambing itu dan juga termasuk anak hasil kacukan tersebut jatuh haram untuk dimakan dan menjadi najis berat (mughallazah) jika disentuh. Begitulah pandangan Islam terhadap binatang bernama babi ini.

Bagaimana pula seseorang manusia yang lahir di muka bumi ini atas sifat hamba kepada Allah, tetapi derhaka dan engkar kepada hukum hakam yang Allah turunkan? Mereka bukan sahaja engkar, bahkan pada sesuatu ketika mereka menghina hukum yang Allah turunkan di dalam Al-Quran. Mereka menghina hukum Allah apabila memilih hukum lain yang akan mendatangkan keuntungan kepada mereka sedangkan mereka berakal. Ini berbeza dengan seekor babi yang tidak Allah kurniakan akal fikiran seperti manusia.

Mereka ini mengaku Islam, tetapi sanggup memperlekehkan hukum Islam. Apabila Islam melarang melakukan kezaliman, mereka lakukan juga sehingga sanggup mengadakan satu hukum atau undang-undang yang nyata sama sekali bertentangan dengan hukum Islam. Siapakah yang berakal dan beriman kepada Allah boleh menerima Undang-Undang zalim seperti Akta ISA itu? Jika seekor babi yang diharamkan oleh Allah itu pun di dalam Islam tidak boleh dizalimi atau disiksa, apatah lagi menzalimi seorang manusia. Akta ISA adalah zalim kerana hak seorang manusia itu telah dirampas untuk mempertahankan dirinya.

Manusia yang suka melakukan fitnah sesama manusia, mengaibkan sesama bangsa dan ugama malahan dilakukan berulang-ulang dan bangga dengannya, tentulah lebih hina dari seekor babi. Manusia jenis ini tidak lagi menghargai maruah seseorang, apa yang penting pada mereka hanyalah kepentingan diri sendiri serta memenuhi dendam kesumat dan busuk hati terhadap orang lain. Islam mempunyai hukum-hakam yang lebih adil yang tidak terfikir oleh kita hikmah hukum yang Allah perturunkan kepada manusia ciptaannya itu. Malangnya, manusia seangkatan Firaun laknatullah ini merasakan mereka lebih bijak dari Maha Pencipta.

Justeru itu, saya menganggap gelaran `Pandi Kutti' yang dianugerahkan oleh DS Anwar kepada golongan zalim ini terlalu sopan dan beradab. Seandainya binatang bernama babi ini boleh berkata, nescaya babi ini akan memarahi DS Anwar kerana menyamakan keturunan babi dengan golongan itu kerana babi tidak diberi akal seperti manusia. Di dalam ertikata lain, babi lebih mulia dari manusia yang berterusan melakukan kezaliman. /wfauzdin.blogspot.com

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang

Posted: 13 May 2011 11:48 PM PDT



15 Mei 2011 (Ahad)

Program 1

2.30 – 5.30 ptg – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang

Lokasi : Restoran Tanjong, Galing, Kuantan

Ahli Panel:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Dauk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman (Moderator)

Program 2

7.15 – 8.30 mlm –

- Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Pahang Untuk DS Anwar Ibrahim

- Tazkirah Maghrib Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Masjid Batu 1 Temerloh, Pahang

Program 3

7.30 – 10.30 mlm – Majlis Makan Malam

Lokasi : Dewan Seri Kerayong, Bandar Bera

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YB Leong Ngah Ngah
  4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
  5. YB Gobind Singh Deo

Program 4

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi : Markas PAS FELDA Purun, Pahang

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
  5. YBhg Haji Abas Awang

Sumber: Anwaribrahim.blog

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


4 ditahan di protes Anti Lynas di Kuantan

Posted: 14 May 2011 10:11 PM PDT

Four arrested at anti-Lynas protest

By S Pathmawathy
May 15, 11 | Malaysiakini

At least four people were arrested in Kuantan, Pahang today during at a rally organised by the anti-Lynas Advanced Material Plant (LAMP) movement.

The protestors had gathered in front of DAP's service centre in the state capital at about 11.30am.

Barely 10 minutes into the demonstration, the police had moved in.

DAP Pahang publicity secretary Chow Yu Hui and organising secretary Lee Chin Chen as well as Khor Huey Ying and Thing Siew Shuen, from the DAP's headquarters were arrested.
The proposed construction of the anti-rare earth plant in Gebeng, some 25km northeast of Kuantan, has sparked much public outrage over fears of potential radiation poisoning and its effects on the communities living in and around the industrial area.

Both the Australia-Lynas and the government have given assurances that the plant's operations would produce only negligible levels of radiation.

They also said the project would differ from the controversial Asian Rare Earth factory run by Mitsubishi Chemical in Bukit Merah, Perak, that operated in the 1980s and 1990s.

However, opponents of the project stressed that concerns over radiation poisoning were inevitable as there has so far been no clear plan on how and where the plant's waste materials – said to be a major source of radiation – would be disposed.

Proponents recently announced that the UN nuclear agency, the International Atomic Energy Agency (IAEA), would set up an expert panel to advise it on the potential radiation risks of the plant.

Mahkamah Syariah ... antara lain hanya untuk menentukan denda pasangan khalwat

Posted: 14 May 2011 10:46 AM PDT

Iltizam Laksana Syariah Longlai

Oleh Wira Arjuna

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan sekali lagi menzahirkan keperluan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sumpah laknat bersabit isu video lucah.

Alasannya ialah Datuk Sharyzl Eskay sudah berbuat demikian dan Anwar harus ikut sama. Kenyataan itu dibuat pada forum membabitkan ulama-ulama Umno sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Seorang menteri Umno yang lain, Datuk Seri Jamil Baharom Khir turut memberi hujah sama sebelum ini.

Terlalu banyak telah ditulis sebelum ini mengenai kesesuaian menggunakan masjid dan lafaz sumpah laknat untuk isu-isu yang membabitkan fitnah.

Persoalan lebih penting susulan komen terbaru Ahmad Maslan (atas, kiri) ialah komitmen kerajaan dan Umno mengangkat undang-undang syariah di negara ini.

Sekiranya Umno, yang menyambut ulangtahun ke-65 semalam mahu mengukur kejayaannya sebagai parti yang mendokong kaum Melayu dan Islam, maka sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah penting dan kritikal.

Apakah mungkin agenda Melayu tercapai tanpa memastikan umat Islam dipacu dengan ajaran Al-Quran dan undang-undang syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan di bumi ini demi menjamin syurga di akhirat?

Amat mendukacitakan apabila Umno, dengan lebih lima dekad dihabiskan menerajui Malaysia, masih belum menegakkan syiar Islam secara tuntas, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Undang-undang syariah dijadikan tidak relevan kepada kehidupan harian umat di Malaysia, kecualilah jika mereka ditangkap khalwat, bercerai atau jika orang mati mempunyai harta untuk diagihkan.
Bersalut debu

Iltizam politik sering disuarakan dengan begitu lantang oleh pemimpin-pemimpin Umno namun apabila berdepan dengan "ujian' yang boleh menonjol kebesaran undang-undang syariah sebagai sebuah sistem yang adil dan sempurna, Umno berundur dengan memberi pelbagai alasan.

Pada tahun 1998, peluang Umno menyerlahkan keagungan undang-undang syariah datang apabila Anwar didakwa meliwat bukan satu, tetapi tiga orang Islam (Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar).

Namun undang-undang syariah bersabit Qazaf yang secara khusus diturunkan untuk menangani isu-isu fitnah dan zina tidak diambil peduli oleh Umno pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Menteri Hal-Ehwal Agama tidak terpanggil untuk bangkit menyatakan undang-undang syariah adalah cukup sempurna bagi menangani pertuduhan dan menentukan sama ada Anwar mangsa fitnah atau sebaliknya.

Pada tahun 2008, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan liwat, setelah beliau dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sivil dan memimpin pembangkang bagi menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pakatan Rakyat juga menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

Sekali lagi buku undang-undang Qazaf dibiarkan bersalut debu dalam kamar Mahkamah Syariah.

Sekali lagi Menteri Agama Jamil Baharom berdolak dalih menjelaskan kenapa undang-undang Islam tidak digunakan untuk mengadili Anwar.

Tentunya bukan kerana hukum syariah mempunyai kepincangan atau tidak lengkap, atau tidak boleh digunapakai dalam era moden semasa.

Menabur fitnah, menutup aib

Tentunya Al-Quran dan hukum syariah mempunyai nas-nas kukuh untuk meletakkan syarat-syarat begitu ketat bagi pertuduhan fitnah dan zina disabitkan.

Ini kerana ia melibatkan soal maruah dan kewibawaan orang yang dituduh berserta dengan keluarganya.

Justeru undang-undang Qazaf melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah kerana pertuduhan itu amat berat sekali.

Rasional undang-undang qazaf ini, malah perundangan syariah umumnya, ialah untuk menonjolkan Islam sbagai sebuah agama yang indah dan adil dalam ertikata sebenarnya.

Ia adalah agama yang menghindari umatnya daripada menabur fitnah, malah menggalakkan mereka menutup aib pihak lain, jika ada.

Namun segala pertimbangan ini diketepikan dalam kes liwat Anwar pada 1998, 2008 dan sekali lagi tahun ini bersabit isu video lucah.

Tidak cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Umno lain mendabik dada dan mencanang diri sebagai pendokong Islam dan pejuang Melayu di bumi ini.

Tidak cukup sekadar memperkenalkan undang-undang syariah seperti Qazaf tetapi tidak melaksanakannya apabila semua pihak yang terbabit beragama Islam .

Sebaliknya, seperti kes-kes terhadap Anwar membuktikan, agenda politik menjadi pertimbangan utama pemimpin Umno dalam memilih undang-undang atau amalan syariah yang mana harus diamalkan dan yang mana ditolak.

'Mempulun' Anwar

Tentunya sumpah laknat menjadi pilihan yang lebih bagus apabila yang membuatnya tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Karektor dan perwatakan yang membuat sumpah juga tidak perlu diperinci oleh pihak masjid.
Sipolan-sipolan seperti Eskay hanya perlu menghadirkan diri di masjid (berpakaian vest kalis peluru). Jika mereka memegang Al-Quran terbalik, itu akan diperbetulkan.

Pada masa sama parti pemerintah akan mengatur liputan media arus perdana secara besar-besaran untuk memastikan pihak yang membuat sumpah itu diangkat sebagai makhluk yang soleh, lurus, ikhlas serta bersih.

Media sama juga akan memastikan babak memegang Al-Quran terbalik tidak akan dilaporkan.

Mengulas sumpah laknat Eskay itu, Presiden Umno Najib Razak berkata itu hak beliau melakukannya .

Pada masa sama. Najib dan Menteri-Menteri Umno lain ghairah "mempulun" Anwar kerana tidak mengikut jejak Eskay mengambil sumpah laknat.

Yang cuba ditenggelamkan oleh Najib dan juak-juaknya adalah ketegasan Anwar untuk membela dirinya dalam mahkamah syariah mengikut hukum qazaf terhadap tuduhan-tuduhan jijik yang dibuat oleh Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim.

Ruang ditutup

Namun ruang ini ditutup oleh Umno menerusi cengkamannya ke atas pejabat pendakwaraya Mahkamah Syariah. Anda tidak perlu menjadi seorang cendekiawan untuk meneka kenapa begitu.

Apabila ruang ini ditutup, bagaimana Umno sendiri akan menjadi benteng kepada penerapan cara hidup Islam di dalam umatnya di negara ini.

Bukankah dasar Umno mengamalkan dakwaan terpilih dengan sebegini mencalar kesucian agama Islam?

Pada tahun 2007, Ketua Hakim Negara ketika itu supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.

Malah Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail ketika itu menyifatkan undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

"Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak," kata Gani ketika itu.

Tiada iltizam politik

Malangnya lima tahun berlalu, cadangan Ahmad Fairuz (kanan) dan kata-kata berani Gani Patail tinggal begitu sahaja–kata-kata berani tanpa disokong oleh iltizam politik.

Akibatnya mahkamah-mahkamah syariah di negara ini dibataskan kepada menyelesaikan soal cerai, pengagihan harga waris dan mendenda pasangan berkhalwat.

Walaupun mahkamah syariah diangkat ke tahap di mana kuasa dan keputusannya di luar bidang semakan mahkamah sivil, pelaksanaan undang-undang syariah dibiarkan luntur dan hanya mencakupi perkara-perkara asas orang Melayu.

Sayang kerana undang-undang syariah jauh lebih besar daripada skop sebegitu.

Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan. Jadi janganlah dipersalahkan sesiapa jika memandang undang-undang syariah di Malaysia hanya setara dengan undang-undang adat masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Umno terpaksa bertanggungjawab kepada Raja-Raja Melayu, ulama dan mufti serta umat keseluruhannya jika tanggapan sedemikian semakin menebal dalam realiti politik Malaysia.

3,000 hadir di program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Selayang

Posted: 14 May 2011 07:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang hadir pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam ini, termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) .

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah Perdana di samping pimpinan lain termasuk Pengerusi Saf Anti Fitnah, Azmi Abd Hamid.

Slot utama program malam ini ialah tazkirah yang akan disampaikan ulama terkenal dunia yang juga bekas Mufti Syria, Dr Sheikh Wahbah.

Turut hadir ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohammad Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Senator Dr Syed Husin Ali.


Dr Wehbah mengimami solat Maghrib bersama ribuan umat Islam di Malaysia
Dalam tazkirah Maghrib kira-kira jam 7.30 malam tadi, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengingatkan semua pihak betapa haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun mendapat pembelaan dalam Islam, apatah lagi manusia.

Beliau berkata, konsep keadilan itu bukan sahaja dari sudut pengurusan kes pertikaian semata-mata tetapi meliputi keadilan apabila seseorang itu menghadapi sebarang pertuduhan.

"Ia tidak boleh dibuat di padang-padang, bahkan ia juga tidak boleh dibuat masjid-masjid. Setiap warga mesti punya hak pembelaan manakala kerja mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab semua.

"Justeru, yang paling jelas pemerintah adalah wajib memberikan keadilan, apatah lagi dalam soal kepentingan ummah dan negara," katanya.

(Laporan Lanjut Menyusul)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13352

RM38.4 juta untuk benda haramjadah ni?

Posted: 14 May 2011 06:57 AM PDT

Ipoh: Kerajaan UMNO BN membelanjakan jutaan ringgit untuk membina monumen 1Malaysia, dan DAP menyelarnya serta menganggap ia sebagai satu pembaziran terhadap dana awam, apa tah lagi di ketika rakyat Malaysia sedang sengsara dengan kenaikan harga akibat pemotongan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan.

"Mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa bertindak demikian kerana masalah kewangan dan supaya penjimatan dapat dilakukan dengan pemotongan subsisdi gula dan minyak, tetapi RM38.4 juta dibelanjakan untuk tugu yang tak mendatangkan apa-apa faedah semata-mata untuk mempromosikan imej politik Perdana Menteri," kata Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Penolong Bendahari DAP.

Nga mendakwa di Pantai Remis sahaja terdapat lima struktur tugu berkenaan dan jarak setiap satunya tak sampai satu kilometer.

Beliau menganggarkan setiap satunya berharga sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dibina.

Beliau khuatir ia akan menjadi seperti monumen Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad yang akhirnya semuanya musnah.

"Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tugu kaku kononnya untuk mendokong aspirasi 1Malaysia, yang tak pernah pun menjadi kenyataan," tambahnya.

Wang yang dibelanjakan itu sepatutny boleh digunakan untuk projek-projek prasarana asas di luarbandar, katanya.

"Harga gula telah naik sebanyak empat kali dalam setahun, dan harga minyak telah naik enam kali.

"Tetapi Barisan Nasional membelanjakan secara rakus dana awam untuk projek-projek gajah putih ini, seperti membina monumen 1Malaysia yang tak bermenafaat di beberapa kawasan bandar dan luarbandar," ujarnya. - Kelab Greenboc

Isu Kristian - "Tidak boleh diterima akal" - YAB Guan Eng

Posted: 14 May 2011 05:04 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu --
tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

Lim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.

"Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

"Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya." - mkini

Rumah MP BN Batu Sapi kena rompak, lebih RM500 ribu beb ....

Posted: 14 May 2011 03:03 AM PDT

KOTA KINABALU: Police have arrested three men in connection with the robbery at Batu Sapi MP Datin Linda Tsen Thau Lin's house, during which about RM500,000 in cash and jewellery were stolen.

Kota Kinabalu City deputy police chief Supt Ramli Ali Mat said the men were with an air-conditioning service company and had worked at the house a day before it was ransacked on May 11.

Ramli said the suspects, aged between 20 and 40, were arrested on Friday.
He said police had yet to recover the stolen items.

He also stressed that the break-in was not politically motivated.

Tsen, who was in Sandakan when masked men broke into her house here, had reported to the police that an iron safe containing, among others, cash and jewellery, her passport and the birth certificates of her four children, had been carted away.

Supt Ramli said the loot included RM50,000 cash, between US$20,000 and US$30,000 cash, and $4,000 in Australian currency.

The men, armed with parang, had forced open the back door of Tsen's house after tying up the maid and cutting off the CCTV's wires. They then ransacked the house and escaped in a car.

Supt Ramli said Tsen's maid and driver were detained and released after being cleared of any involvement.

Tsen was elected as Batu Sapi MP in November last year to replace her husband Datuk Edmund Chong, who was killed in a road accident a month earlier.

All her children are studying in Australia.

macamana nak percaya kat menteri UMporNO? ... kerje depa kencing rakyat

Posted: 14 May 2011 02:45 AM PDT

Kenyataan Mae Sabri di petik BERNAMA semalam

Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Harga Petrol RON 95 Buat Masa Ini - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

"Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya. -DI SINI

Kenyataan yang juga dipetik BERNAMA hari ni

Ismail Sabri: Govt Cannot Guarantee Petrol, Diesel Prices Will Remain Stable

BERA, 14 MAY, 2011: Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the government cannot guarantee that the prices of petrol, diesel and gas would remain the same if global crude oil prices continue to rise.

Ismail said the government is expected to fork out RM17 billion in oil subsidy following an increase in the price of crude oil in the global market. - DI SINI

STONE : Baru semalam Mae kata KERAjaan jamin minyak khasnya RON95 tak akan dinaikan, hari ni pula dia kata KERAjaan tak jamin minyak tak akan naik. Bila dia sebut minyak tu termasuk lah RON95 kan.
Macam tu hangpa nak percaya? Rentikan lah .... tu yang kata KERAjaan HARAMJADAH.
Depa bleh ubah cakap bila-bila masa saja ikut kesesuain keadaan. Sapa berani kata apa kat depa. Semua depa betoi. Rakyat/pembangkang saja yang selalu buat tak betoi.

Cakap tak serupa bikin, cakap bagi rakyat sedap hati dari Muyidin

Posted: 14 May 2011 02:07 AM PDT

Kerajaan Sentiasa Cari Langkah Kurangkan Beban Rakyat - Muhyiddin

KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat.

"Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat.

"Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di sini, Sabtu.

Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Muhyiddin berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara.

Beliau berkata kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara.

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

"Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular. -BERNAMA

STONE : Bila kerajaan cari jalan nak kurangkan harga gula, harga minyak? .... yang depa dok cari jalan macamana nak kekalkan kuasa Umno haramjadah  tu, tak dak masa pun nak cari jalan nak kurangkan harga barangan ... mampiuh pi la kat rakyat ... hangpa nak idup hangpa cari la makan sendiri, tak dak   masa kerajaan nak layan hangpa, kerajaan hanya sibuk nak pegang kuasa.
Pasai apa yang depa marah sangat dengan DSAI? Pasai depa tengok DSAI boleh buat bagi depa hilang kuasa .....piiiiirrrraaah lah Din .. cakap lu tak serupa bikin la

TGNA diminta berkata benar isu video seks - Muyidin

Posted: 14 May 2011 01:30 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama".

"Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, kumum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang, di Kuantan, hari ini.

Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan "tak masuk syurga tuduh Anwar" terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata:

"(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan.

"Yang penting ialah mencari hak, kebenaran, katalah benar walaupun yang benar itu pahit, jadi penting bagi kita menjelaskan hal itu, dan kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik," kata beliau.

Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata:

"Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. - BERNAMA

dollah yankee

dollah yankee


Kerajaan Penang,kerajaan penyayang!

Posted: 14 May 2011 05:42 PM PDT

Kini ibu-ibu tunggal, kak-kak janda dan mak-mak janda, tak kira yang tua atau yang muda, yang berhias atau tidak, bersama-sama dengan orang-orang dari kumpulan warga-warga OKU di Pulau Pinang sahaja lahhh... kini boleh menamakan waris mereka untuk menerima skim 1,000 ringgit sebagai bantuan sokongan dari kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika mereka meninggal dunia.


Skim ini adalah lebih kurang macam mana skim yang telah dilaksanakan olih kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebelum ini kepada warga-warga emas dimana waris mereka akan menerima sekali bayaran bantuan sokongan sebanyak 1,000 ringgit jika warga emas ini meninggal dunia.


Buat masa ini warga-warga emas, ibu-ibu tunggal dan orang-orang yang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang diberi sebanyak 100 ringgit setiap tahun sebagai penghargaan dan bantuan sokongan kepada mereka.

Untuk mereka-mereka yang boleh dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan ini, pendaftaran masih diterus dibuka dan masih sedang berjalan. Sesiapa yang berminat masih boleh mendapatkan borang-borang pendaftaran dari mana-mana pejabat ADUN Pakatan Rakyat, daripada ahli-ahli majlis pihak-pihak berkuasa tempatan, pejabat-pejabat koordinator Pakatan Rakyat dan juga daripada mana-mana JKKK.


dollah yankee-
gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh kata yang warga-warga emas, ibu-ibu tunggal dan OKU dari negeri-negeri lain mesti berbulu punya lahhh dengan sahabat-sahabat mereka di-sini.

Lawak malam minggu!!!

Posted: 14 May 2011 05:40 AM PDT

sumber gambar dan cerita di-sini...

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..