Sabtu, 14 Mei 2011

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Kroni masih "disumbat"...Subsidi Rakyat terus "disekat"

Posted: 14 May 2011 06:27 PM PDT

Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada Syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding RM116 juta pemotongan subsidi gula yang menyusahkan rakyat.
Penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.


"Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah Sektor Tenaga 1997 dan Sektor Bukan Tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

"BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan. DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.

sumber;http://www.keadilandaily.com/harga-gula-bn-selamatkan-163-kali-subsidi-ipp-untuk-kroni/

Tiada ulasan: