Kami Sokong Tokguru |
Rapatkan Saf Solat, Sunnah Yang Makin Dilupakan Posted: 14 May 2011 10:48 PM PDT Soal Jawab Agama
Sama ada anda perasan atau tidak,saf dalam solat jemaah sekarang makin lama-makin renggang,jika dulu sebelum solat antara perkara yang sangat ditekankan oleh imam ialah rapatkan saf sehingga bahu bertemu bahu dan kaki bertemu kaki. Dalam islam setiap perkara itu walaupun nampak kecik tapi sebenarnya akan memberikan kesan yang besar jika diamalkan atau sebaliknya (ditinggalkan)Antara sebab orang Islam sekarang semakin kurangnya rasa ukhuah dan kesepakatan ialah kerana saf solat yang renggang dan bengkang bengkok. Ada sebuah hadis tentang hal ini yang maksudnya lebih kurang, Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud). Saya dah lama terfikir benda ni dan secara kebetulan terjumpa hadis ini dalam blog ustaz Azhar yang saya kira baik untuk disebarkan. CARA MELURUSKAN SAF Meluruskan saf dalam solat berjemaah merupakan sunah Nabi s.a.w. Malah ada ulama yang memandang penyempurnaan saf dalam solat adalah wajib. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani: "Mendirikan dan meluruskan saf hukumnya wajib kerana terdapat perintah yang berasal daripada Rasulullah. Kalimat perintah itu pada asalnya bererti wajib, kecuali ada qarinah (petunjuk lain) yang mengalihkan daripada pengertian wajib tersebut. Namun, terlalu sedikit di kalangan masyarakat kita yang mengamalkannya. Pada tanggapan mereka kesempurnaan saf hanyalah dengan mempastikan barisan solat itu lurus. Sebenarnya ada beberapa perkara lain yang juga telah diperintahkan oleh Rasulullah berkaitan kesempurnaan saf: 1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya. 2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya. 3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya. Hanya dengan mempraktikkan perkara-perkara di atas barulah tercapai kesempurnaan saf dalam solat berjemaah dalam erti kata sebenar. Hadis-hadis berkaitan dengan perkara di atas adalah seperti berikut: * Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya (buku lali) dengan mata kaki saudaranya." (Riwayat Abu Daud). * Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda: (Pada waktu solat) setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki saudaranya. (Riwayat Bukhari). Sunah Nabi s.a.w. ini seakan-akan sudah lenyap dari masjid-masjid di Malaysia. Penulis pernah cuba mempraktikkan sunah ini dalam solat berjemaah di beberapa masjid, namun hasilnya amat mengecewakan. Ramai dari kalangan jemaah akan menjauhkan buku lali dan lutut masing-masing ketika penulis cuba merapatkan saf tersebut. Mereka seolah-olah tidak selesa merapatkan dan meluruskan saf dengan cara begini. Namun begitu kita sebenarnya tidak boleh menyalahkan mereka kerana sunah ini memang tidak disebarkan secara meluas di Malaysia, apalagi untuk dipraktikkan. Penulis yakin sekiranya sunah ini diajar secara meluas di dalam kelas-kelas atau kitab-kitab fardu ain nescaya ia akan diamalkan di seluruh masjid di Malaysia. HIKMAH MERAPATKAN SAF 1. Ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kesempurnaan solat. Sabda Rasulullah: Luruskan saf kamu, kerana meluruskan saf merupakan sebahagian kesempurnaan solat. (Riwayat Muslim). 2. Ia adalah faktor yang boleh menyatukan hati umat Islam. Sabda Rasulullah: Luruskan saf solat kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dalam mendirikan saf), akan tercera-berai hati kamu. (Riwayat Muslim). Sabda Baginda lagi: Tegakkanlah saf-saf kamu sekalian sebanyak tiga kali, demi Allah (kamu diperintah agar) merapatkan/meluruskan saf-saf kamu, atau Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. (Riwayat Abu Daud). Menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur: "Dalam perintah meluruskan dan merapatkan saf merupakan unsur pendekat jiwa yang akan menjalinkan hubungan persaudaraan dan keinginan saling menolong. Bagaimana tidak! Bukankah bahu si miskin berhimpitan dengan bahu si konglomerat, kaki si kuat melekat dengan kaki si lemah. Dan semuanya berada dalam satu saf, bagaikan bangunan yang tersusun sangat rapat. -ijoks2009- Jika nak tengok bagaimana perhubungan antara penduduk sebuah kampung,taman perumahan atau negeri ,tengoklah pada saf solatnya,Semakin renggang saf solat semakin rengganglah hati-hati mereka. saya teringat masa kecik-kecik dulu arwah ayah selalu bawa kami bersolat jemaah di masjid ,betapa susahnya saya nak bersujud disebabkan rapatnya saf-saf solat.situasi itu sudah berbeza sekarang,saf-saf makin renganag menandakan makin jaunya rasa kasih sayang antara hati-hati kita. Ayuh kita hidupkan kembali sunnah Rasulullah s.a.w. -baca artikel penuh disini- | ||
Posted: 14 May 2011 03:50 AM PDT Santai Assalamualaikum dan salam blogger bagi yang masih belum menjadi ahli keluarga besar Islam Pada tarikh 13hb May 2011 merupakan hari yang paling gempar kepada blogger blogger yang mengunakan hosting blogspot.com. Masing masing tidak dapat log in dan ini menyebabkan ramai tiada entri baru pada 13 hb May 2011. Kami juga tidak dapat mengomen blog blog dari hosting blogspot.com Malahan nasib kami bertambah malang kerana entri yang kami buat pada 12 hb May juga hilang meninggalkan kami. Di sebabkan proses maintainence yang di buat oleh blogger.com ramai yang kecewa, marah dan lemah semangat. Harap masalah seperti ini tidak berlaku lagi Itu kisah 13 Mei2011,tahukah anda sejarah hitam negara juga pernah berlaku pada Tanggal 13 Mei. (petikan laporan dari miecyber) Perkataan 13 Mei mengingatkan saya tentang sejarah hitam negara yang pernah saya baca juga pada tarikh yang sama. Bagi blogger-blogger yang dah berumur mungkin masih mengingati peristiwa itu tapi bagi kami anak-anak muda hanya membaca cerita tersebut dari mediamasa sahaja. dibawah ini saya petik serba sedikit sejarah hitam 13 Mei 1969 Dari wikipedia Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu rujukan] Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Baca lagi Disinihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan