dollah yankee |
Kerajaan Penang,kerajaan penyayang! Posted: 14 May 2011 05:42 PM PDT Kini ibu-ibu tunggal, kak-kak janda dan mak-mak janda, tak kira yang tua atau yang muda, yang berhias atau tidak, bersama-sama dengan orang-orang dari kumpulan warga-warga OKU di Pulau Pinang sahaja lahhh... kini boleh menamakan waris mereka untuk menerima skim 1,000 ringgit sebagai bantuan sokongan dari kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika mereka meninggal dunia. Skim ini adalah lebih kurang macam mana skim yang telah dilaksanakan olih kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sebelum ini kepada warga-warga emas dimana waris mereka akan menerima sekali bayaran bantuan sokongan sebanyak 1,000 ringgit jika warga emas ini meninggal dunia. Buat masa ini warga-warga emas, ibu-ibu tunggal dan orang-orang yang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang diberi sebanyak 100 ringgit setiap tahun sebagai penghargaan dan bantuan sokongan kepada mereka. Untuk mereka-mereka yang boleh dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan ini, pendaftaran masih diterus dibuka dan masih sedang berjalan. Sesiapa yang berminat masih boleh mendapatkan borang-borang pendaftaran dari mana-mana pejabat ADUN Pakatan Rakyat, daripada ahli-ahli majlis pihak-pihak berkuasa tempatan, pejabat-pejabat koordinator Pakatan Rakyat dan juga daripada mana-mana JKKK. dollah yankee- gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh kata yang warga-warga emas, ibu-ibu tunggal dan OKU dari negeri-negeri lain mesti berbulu punya lahhh dengan sahabat-sahabat mereka di-sini. |
Posted: 14 May 2011 05:40 AM PDT |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan