MIMPI SENJA |
- 4 ditahan di protes Anti Lynas di Kuantan
- Mahkamah Syariah ... antara lain hanya untuk menentukan denda pasangan khalwat
- 3,000 hadir di program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Selayang
- RM38.4 juta untuk benda haramjadah ni?
- Isu Kristian - "Tidak boleh diterima akal" - YAB Guan Eng
- Rumah MP BN Batu Sapi kena rompak, lebih RM500 ribu beb ....
- macamana nak percaya kat menteri UMporNO? ... kerje depa kencing rakyat
- Cakap tak serupa bikin, cakap bagi rakyat sedap hati dari Muyidin
- TGNA diminta berkata benar isu video seks - Muyidin
4 ditahan di protes Anti Lynas di Kuantan Posted: 14 May 2011 10:11 PM PDT Four arrested at anti-Lynas protest By S Pathmawathy May 15, 11 | Malaysiakini At least four people were arrested in Kuantan, Pahang today during at a rally organised by the anti-Lynas Advanced Material Plant (LAMP) movement. The protestors had gathered in front of DAP's service centre in the state capital at about 11.30am. Barely 10 minutes into the demonstration, the police had moved in. DAP Pahang publicity secretary Chow Yu Hui and organising secretary Lee Chin Chen as well as Khor Huey Ying and Thing Siew Shuen, from the DAP's headquarters were arrested. The proposed construction of the anti-rare earth plant in Gebeng, some 25km northeast of Kuantan, has sparked much public outrage over fears of potential radiation poisoning and its effects on the communities living in and around the industrial area. Both the Australia-Lynas and the government have given assurances that the plant's operations would produce only negligible levels of radiation. They also said the project would differ from the controversial Asian Rare Earth factory run by Mitsubishi Chemical in Bukit Merah, Perak, that operated in the 1980s and 1990s. However, opponents of the project stressed that concerns over radiation poisoning were inevitable as there has so far been no clear plan on how and where the plant's waste materials – said to be a major source of radiation – would be disposed. Proponents recently announced that the UN nuclear agency, the International Atomic Energy Agency (IAEA), would set up an expert panel to advise it on the potential radiation risks of the plant. |
Mahkamah Syariah ... antara lain hanya untuk menentukan denda pasangan khalwat Posted: 14 May 2011 10:46 AM PDT Iltizam Laksana Syariah Longlai Oleh Wira Arjuna Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan sekali lagi menzahirkan keperluan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sumpah laknat bersabit isu video lucah. Alasannya ialah Datuk Sharyzl Eskay sudah berbuat demikian dan Anwar harus ikut sama. Kenyataan itu dibuat pada forum membabitkan ulama-ulama Umno sempena ulangtahun ke 65 parti itu. Seorang menteri Umno yang lain, Datuk Seri Jamil Baharom Khir turut memberi hujah sama sebelum ini. Terlalu banyak telah ditulis sebelum ini mengenai kesesuaian menggunakan masjid dan lafaz sumpah laknat untuk isu-isu yang membabitkan fitnah. Persoalan lebih penting susulan komen terbaru Ahmad Maslan (atas, kiri) ialah komitmen kerajaan dan Umno mengangkat undang-undang syariah di negara ini. Sekiranya Umno, yang menyambut ulangtahun ke-65 semalam mahu mengukur kejayaannya sebagai parti yang mendokong kaum Melayu dan Islam, maka sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah penting dan kritikal. Apakah mungkin agenda Melayu tercapai tanpa memastikan umat Islam dipacu dengan ajaran Al-Quran dan undang-undang syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan di bumi ini demi menjamin syurga di akhirat? Amat mendukacitakan apabila Umno, dengan lebih lima dekad dihabiskan menerajui Malaysia, masih belum menegakkan syiar Islam secara tuntas, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga. Undang-undang syariah dijadikan tidak relevan kepada kehidupan harian umat di Malaysia, kecualilah jika mereka ditangkap khalwat, bercerai atau jika orang mati mempunyai harta untuk diagihkan. Bersalut debu Iltizam politik sering disuarakan dengan begitu lantang oleh pemimpin-pemimpin Umno namun apabila berdepan dengan "ujian' yang boleh menonjol kebesaran undang-undang syariah sebagai sebuah sistem yang adil dan sempurna, Umno berundur dengan memberi pelbagai alasan. Pada tahun 1998, peluang Umno menyerlahkan keagungan undang-undang syariah datang apabila Anwar didakwa meliwat bukan satu, tetapi tiga orang Islam (Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar). Namun undang-undang syariah bersabit Qazaf yang secara khusus diturunkan untuk menangani isu-isu fitnah dan zina tidak diambil peduli oleh Umno pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Menteri Hal-Ehwal Agama tidak terpanggil untuk bangkit menyatakan undang-undang syariah adalah cukup sempurna bagi menangani pertuduhan dan menentukan sama ada Anwar mangsa fitnah atau sebaliknya. Pada tahun 2008, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan liwat, setelah beliau dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sivil dan memimpin pembangkang bagi menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di Parlimen. Pakatan Rakyat juga menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu serta mengekalkan kuasa di Kelantan. Sekali lagi buku undang-undang Qazaf dibiarkan bersalut debu dalam kamar Mahkamah Syariah. Sekali lagi Menteri Agama Jamil Baharom berdolak dalih menjelaskan kenapa undang-undang Islam tidak digunakan untuk mengadili Anwar. Tentunya bukan kerana hukum syariah mempunyai kepincangan atau tidak lengkap, atau tidak boleh digunapakai dalam era moden semasa. Menabur fitnah, menutup aib Tentunya Al-Quran dan hukum syariah mempunyai nas-nas kukuh untuk meletakkan syarat-syarat begitu ketat bagi pertuduhan fitnah dan zina disabitkan. Ini kerana ia melibatkan soal maruah dan kewibawaan orang yang dituduh berserta dengan keluarganya. Justeru undang-undang Qazaf melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah kerana pertuduhan itu amat berat sekali. Rasional undang-undang qazaf ini, malah perundangan syariah umumnya, ialah untuk menonjolkan Islam sbagai sebuah agama yang indah dan adil dalam ertikata sebenarnya. Ia adalah agama yang menghindari umatnya daripada menabur fitnah, malah menggalakkan mereka menutup aib pihak lain, jika ada. Namun segala pertimbangan ini diketepikan dalam kes liwat Anwar pada 1998, 2008 dan sekali lagi tahun ini bersabit isu video lucah. Tidak cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Umno lain mendabik dada dan mencanang diri sebagai pendokong Islam dan pejuang Melayu di bumi ini. Tidak cukup sekadar memperkenalkan undang-undang syariah seperti Qazaf tetapi tidak melaksanakannya apabila semua pihak yang terbabit beragama Islam . Sebaliknya, seperti kes-kes terhadap Anwar membuktikan, agenda politik menjadi pertimbangan utama pemimpin Umno dalam memilih undang-undang atau amalan syariah yang mana harus diamalkan dan yang mana ditolak. 'Mempulun' Anwar Tentunya sumpah laknat menjadi pilihan yang lebih bagus apabila yang membuatnya tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Karektor dan perwatakan yang membuat sumpah juga tidak perlu diperinci oleh pihak masjid. Sipolan-sipolan seperti Eskay hanya perlu menghadirkan diri di masjid (berpakaian vest kalis peluru). Jika mereka memegang Al-Quran terbalik, itu akan diperbetulkan. Pada masa sama parti pemerintah akan mengatur liputan media arus perdana secara besar-besaran untuk memastikan pihak yang membuat sumpah itu diangkat sebagai makhluk yang soleh, lurus, ikhlas serta bersih. Media sama juga akan memastikan babak memegang Al-Quran terbalik tidak akan dilaporkan. Mengulas sumpah laknat Eskay itu, Presiden Umno Najib Razak berkata itu hak beliau melakukannya . Pada masa sama. Najib dan Menteri-Menteri Umno lain ghairah "mempulun" Anwar kerana tidak mengikut jejak Eskay mengambil sumpah laknat. Yang cuba ditenggelamkan oleh Najib dan juak-juaknya adalah ketegasan Anwar untuk membela dirinya dalam mahkamah syariah mengikut hukum qazaf terhadap tuduhan-tuduhan jijik yang dibuat oleh Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim. Ruang ditutup Namun ruang ini ditutup oleh Umno menerusi cengkamannya ke atas pejabat pendakwaraya Mahkamah Syariah. Anda tidak perlu menjadi seorang cendekiawan untuk meneka kenapa begitu. Apabila ruang ini ditutup, bagaimana Umno sendiri akan menjadi benteng kepada penerapan cara hidup Islam di dalam umatnya di negara ini. Bukankah dasar Umno mengamalkan dakwaan terpilih dengan sebegini mencalar kesucian agama Islam? Pada tahun 2007, Ketua Hakim Negara ketika itu supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa. Malah Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail ketika itu menyifatkan undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama. "Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak," kata Gani ketika itu. Tiada iltizam politik Malangnya lima tahun berlalu, cadangan Ahmad Fairuz (kanan) dan kata-kata berani Gani Patail tinggal begitu sahaja–kata-kata berani tanpa disokong oleh iltizam politik. Akibatnya mahkamah-mahkamah syariah di negara ini dibataskan kepada menyelesaikan soal cerai, pengagihan harga waris dan mendenda pasangan berkhalwat. Walaupun mahkamah syariah diangkat ke tahap di mana kuasa dan keputusannya di luar bidang semakan mahkamah sivil, pelaksanaan undang-undang syariah dibiarkan luntur dan hanya mencakupi perkara-perkara asas orang Melayu. Sayang kerana undang-undang syariah jauh lebih besar daripada skop sebegitu. Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan. Jadi janganlah dipersalahkan sesiapa jika memandang undang-undang syariah di Malaysia hanya setara dengan undang-undang adat masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak. Umno terpaksa bertanggungjawab kepada Raja-Raja Melayu, ulama dan mufti serta umat keseluruhannya jika tanggapan sedemikian semakin menebal dalam realiti politik Malaysia. |
3,000 hadir di program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Selayang Posted: 14 May 2011 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 orang hadir pada program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang, malam ini, termasuk pimpinan utama Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) . Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah Perdana di samping pimpinan lain termasuk Pengerusi Saf Anti Fitnah, Azmi Abd Hamid. Slot utama program malam ini ialah tazkirah yang akan disampaikan ulama terkenal dunia yang juga bekas Mufti Syria, Dr Sheikh Wahbah. Turut hadir ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohammad Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Senator Dr Syed Husin Ali. Dr Wehbah mengimami solat Maghrib bersama ribuan umat Islam di Malaysia Dalam tazkirah Maghrib kira-kira jam 7.30 malam tadi, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengingatkan semua pihak betapa haiwan dan tumbuh-tumbuhan pun mendapat pembelaan dalam Islam, apatah lagi manusia. Beliau berkata, konsep keadilan itu bukan sahaja dari sudut pengurusan kes pertikaian semata-mata tetapi meliputi keadilan apabila seseorang itu menghadapi sebarang pertuduhan. "Ia tidak boleh dibuat di padang-padang, bahkan ia juga tidak boleh dibuat masjid-masjid. Setiap warga mesti punya hak pembelaan manakala kerja mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab semua. "Justeru, yang paling jelas pemerintah adalah wajib memberikan keadilan, apatah lagi dalam soal kepentingan ummah dan negara," katanya. (Laporan Lanjut Menyusul) Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13352 |
RM38.4 juta untuk benda haramjadah ni? Posted: 14 May 2011 06:57 AM PDT Ipoh: Kerajaan UMNO BN membelanjakan jutaan ringgit untuk membina monumen 1Malaysia, dan DAP menyelarnya serta menganggap ia sebagai satu pembaziran terhadap dana awam, apa tah lagi di ketika rakyat Malaysia sedang sengsara dengan kenaikan harga akibat pemotongan subsidi terhadap beberapa barangan keperluan. "Mereka menyatakan bahawa mereka terpaksa bertindak demikian kerana masalah kewangan dan supaya penjimatan dapat dilakukan dengan pemotongan subsisdi gula dan minyak, tetapi RM38.4 juta dibelanjakan untuk tugu yang tak mendatangkan apa-apa faedah semata-mata untuk mempromosikan imej politik Perdana Menteri," kata Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Penolong Bendahari DAP. Nga mendakwa di Pantai Remis sahaja terdapat lima struktur tugu berkenaan dan jarak setiap satunya tak sampai satu kilometer. Beliau menganggarkan setiap satunya berharga sekurang-kurangnya RM5,000 untuk dibina. Beliau khuatir ia akan menjadi seperti monumen Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir Mohamad yang akhirnya semuanya musnah. "Wang cukai dibazirkan dengan slogan kosong dan tugu kaku kononnya untuk mendokong aspirasi 1Malaysia, yang tak pernah pun menjadi kenyataan," tambahnya. Wang yang dibelanjakan itu sepatutny boleh digunakan untuk projek-projek prasarana asas di luarbandar, katanya. "Harga gula telah naik sebanyak empat kali dalam setahun, dan harga minyak telah naik enam kali. "Tetapi Barisan Nasional membelanjakan secara rakus dana awam untuk projek-projek gajah putih ini, seperti membina monumen 1Malaysia yang tak bermenafaat di beberapa kawasan bandar dan luarbandar," ujarnya. - Kelab Greenboc |
Isu Kristian - "Tidak boleh diterima akal" - YAB Guan Eng Posted: 14 May 2011 05:04 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam. Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu -- tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha. Lim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam. "Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang. "Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya. "Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya." - mkini |
Rumah MP BN Batu Sapi kena rompak, lebih RM500 ribu beb .... Posted: 14 May 2011 03:03 AM PDT KOTA KINABALU: Police have arrested three men in connection with the robbery at Batu Sapi MP Datin Linda Tsen Thau Lin's house, during which about RM500,000 in cash and jewellery were stolen. Kota Kinabalu City deputy police chief Supt Ramli Ali Mat said the men were with an air-conditioning service company and had worked at the house a day before it was ransacked on May 11. Ramli said the suspects, aged between 20 and 40, were arrested on Friday. He also stressed that the break-in was not politically motivated. Tsen, who was in Sandakan when masked men broke into her house here, had reported to the police that an iron safe containing, among others, cash and jewellery, her passport and the birth certificates of her four children, had been carted away. Supt Ramli said the loot included RM50,000 cash, between US$20,000 and US$30,000 cash, and $4,000 in Australian currency. The men, armed with parang, had forced open the back door of Tsen's house after tying up the maid and cutting off the CCTV's wires. They then ransacked the house and escaped in a car. Supt Ramli said Tsen's maid and driver were detained and released after being cleared of any involvement. Tsen was elected as Batu Sapi MP in November last year to replace her husband Datuk Edmund Chong, who was killed in a road accident a month earlier. All her children are studying in Australia. |
macamana nak percaya kat menteri UMporNO? ... kerje depa kencing rakyat Posted: 14 May 2011 02:45 AM PDT Kenyataan Mae Sabri di petik BERNAMA semalam Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Harga Petrol RON 95 Buat Masa Ini - Ismail Sabri KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia. "Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya. -DI SINI Kenyataan yang juga dipetik BERNAMA hari ni Ismail Sabri: Govt Cannot Guarantee Petrol, Diesel Prices Will Remain Stable BERA, 14 MAY, 2011: Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the government cannot guarantee that the prices of petrol, diesel and gas would remain the same if global crude oil prices continue to rise. Ismail said the government is expected to fork out RM17 billion in oil subsidy following an increase in the price of crude oil in the global market. - DI SINI STONE : Baru semalam Mae kata KERAjaan jamin minyak khasnya RON95 tak akan dinaikan, hari ni pula dia kata KERAjaan tak jamin minyak tak akan naik. Bila dia sebut minyak tu termasuk lah RON95 kan. Macam tu hangpa nak percaya? Rentikan lah .... tu yang kata KERAjaan HARAMJADAH. Depa bleh ubah cakap bila-bila masa saja ikut kesesuain keadaan. Sapa berani kata apa kat depa. Semua depa betoi. Rakyat/pembangkang saja yang selalu buat tak betoi. |
Cakap tak serupa bikin, cakap bagi rakyat sedap hati dari Muyidin Posted: 14 May 2011 02:07 AM PDT Kerajaan Sentiasa Cari Langkah Kurangkan Beban Rakyat - Muhyiddin KUANTAN: Kerajaan memahami kesusahan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan sentiasa mencari langkah untuk mengurangkan bebanan itu, kata Timbalan Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat. "Kenaikan harga barangan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan untuk menuduh kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak buat sesuatu untuk kepentingan rakyat. "Tidak ada kerajaan lain yang kawal harga, kalau negara lain, mereka bayar dengan harga pasaran sebenar," katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di Kampung Sungai Ular sempena lawatan kerja sehari di sini, Sabtu. Turut hadir bersama kira-kira 1,500 penduduk ialah Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein. Pada majlis itu, Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan walaupun dalam keadaan hujan lebat. Muhyiddin berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Isnin ini untuk membincangkan langkah jangka panjang menambah bekalan makanan dalam negara. Beliau berkata kenaikan harga barangan berlaku disebabkan faktor global termasuk perubahan iklim yang menjejaskan negara pengeluar bahan makanan selain pengeluaran minyak dunia yang berkurangan sehingga dirasai semua negara. "Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya. Bagaimanapun katanya, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan langkah transformasi kerajaan dan ekonomi, pertumbuhan ekonomi negara semakin baik dan pelabur asing melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan. "Walaupun berlaku kenaikan harga barangan, rakyat dapat menikmati limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang ada ekoran kemasukan pelaburan asing," katanya. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM4.4 juta untuk mendirikan masjid baru bagi kemudahan penduduk di Kampung Sungai Ular. -BERNAMA STONE : Bila kerajaan cari jalan nak kurangkan harga gula, harga minyak? .... yang depa dok cari jalan macamana nak kekalkan kuasa Umno haramjadah tu, tak dak masa pun nak cari jalan nak kurangkan harga barangan ... mampiuh pi la kat rakyat ... hangpa nak idup hangpa cari la makan sendiri, tak dak masa kerajaan nak layan hangpa, kerajaan hanya sibuk nak pegang kuasa. Pasai apa yang depa marah sangat dengan DSAI? Pasai depa tengok DSAI boleh buat bagi depa hilang kuasa .....piiiiirrrraaah lah Din .. cakap lu tak serupa bikin la |
TGNA diminta berkata benar isu video seks - Muyidin Posted: 14 May 2011 01:30 AM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu "berkata benar walaupun pahit" berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak pernah mengeksploitasikan isu video seks berkenaan, sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan "seseorang yang ternama". "Bila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama, ketua pembangkang, sudah tentu ramai nak tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, kumum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama warga pendidik Pahang, di Kuantan, hari ini. Mengulas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan "tak masuk syurga tuduh Anwar" terbabit dalam video seks berkenaan, Muhyiddin berkata: "(Ini) fatwa baru dia (Nik Aziz), saya fikir Nik Aziz biasa(nya) begitulah, dia menjawab lebih kepada bahasa politik bukan kepada hukum," katanya. Muhyiddin berkata apa yang penting ketika ini ialah mencari kebenaran berhubung isu video seks berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah dan tohmahan. "Yang penting ialah mencari hak, kebenaran, katalah benar walaupun yang benar itu pahit, jadi penting bagi kita menjelaskan hal itu, dan kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik," kata beliau. Menjawab soalan berkenaan kenyataan Nik Aziz sekalipun polis mengesahkan bahawa pakar-pakar asing menyatakan bahawa video seks itu tulen, Muhyiddin berkata: "Nik Aziz mudah saja, tak ada jalan, cari pada hukum, memang kita faham apa hukum, tetapi ini soal yang besar, yang pasti penting bagi pihak kita cari jalan setidak-tidaknya cari jalan, beri, cari bukti yang sah, bukti fakta sebenar untuk elak tohmahan, fitnah dan sebagainya," kata Muhyiddin. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar semalam berkata rakaman video seks membabitkan pelaku mirip Anwar telah disahkan tulen oleh pakar pengimejan video dari luar negara. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan