Selasa, 12 April 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Bab 2 : Perubahan Hidup Aku

Posted: 12 Apr 2011 05:38 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Ayuh selamatkan Sarawak dan Salam Reformasi

Posted: 11 Apr 2011 06:25 PM PDT

Marilah kita semua berdoa dan berharap yang 'sarawakians' akan mengundi untuk hambat Taib dan kerajaan BN keluar dari bumi Sarawak. Ini akan menjadi satu hari yang cukup istimewa dan hari yang paling gembira bagi gurkah-gurkah politik di'port' disini jika PR dapat membentuk satu kerajaan baru disana.

Sebenarnya BN langsung tidak menjangkakan keadaan akan jadi kacau bilau macam ni, dan sebenarnya mereka (BN) juga sudah hilang akal bagaimana mahu menghalang tsunami politik yang dijangka melanda Sarawak. Segala formula dan perancangan mereka gagal. Antara rancangan yang gagal ialah bila kes video klip aksi seks mirip Anwar yang mahu digunakan pada pilihanraya negeri ini sebagai satu senjata mereka. Bila rencana itu gagal mereka cuba mengganggu gugat ceramah-ceramah PR! ini terus menyebabkan orang-orang Sarawak 'panas' kerana jelas nampak yang BN cukup takut PR akan melondehkan segala-galanya kepada orang-orang Sarawak! Lagi banyak BN menghasut, mengacau, mengganggu ceramah-ceramah PR dan Anwar ini, lagi ramai akan mengundi PR. BN, bolehkah jadi lebih kreatif?? Teruskan lah usaha anda untuk menganggu ceramah-ceramah Anwar dan PR, please..!!

Orang-orang Sarawak sudah jelas dan paham dan sudah dapat mesej supaya menidakkan majority 2/3 BN, tetapi kalau kerja keras dan usaha yang lebih sikit lagi, pembentukan satu kerajaan baru Sarawak olih PR tidak mustahil boleh dan dijamin akan berlaku.
Tanda-tanda dan alamat untuk Taib dan BN jatuh sudah banyak yang jelas bila Najib dalam ceramahnya dengan penyokong-penyokong yang dibawa masuk dari luar dengan berpuluh buah bas, dan bila yang datang dengan bas itu pula keluar dari majlis itu setelah mengutip 'hadiah dan goodie bag' masing-masing. Bila dah tak tau nak cakap apa lagi, Najib hanya suruh orang Sarawak percaya dekat dia, sampaikan orang Sarawak pun tertanya-tanya apa yang dah Najib buat dekat mereka hinggakan 'Sarawakians' ini tak percaya dekat Najib dan BN lagi??? 

Marilah kita semua pakat-pakat tunggu lagi 2-3 hari, macam-macam boleh jadi dalam masa 2-3 hari ni. Yang menariknya ialah Dayak-dayak disini dah tak boleh pandang dekat Taib dan BN.

Apa?? Salah kah?? kalau Dayak-Dayak ini dah meluat dekat BN?? Sebab selama ini BN anggap yang Dayak-Dayak ini semua 'mangkuk hayun'. Tak ada pigi sekolah!Kepada orang-orang Sarawak, terimalah apa juga cenderahati atau 'goodie-bag' yang diberi BN dan kalau boleh minta banyak lagi, TETAPI masa nak pangkah nanti JANGAN LUPA PANGKAH PAKATAN RAKYAT!!! Ingat! Baru Bian sebagai Ketua Menteri baru anda dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baru kita.

Selamatkan Sarawak  dan Salam Reformasi! buat semua orang-orang Sarawak.

dollah yankee -
datang lah juga ke-Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) untuk Maybank 'Malaysian Open' 2011, sampai 17hb.
Untuk beli tiket sila tel: +603-7880 7999

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Masa RPK ada di Malaysia (kau kata) bagi rasuah. Masa RPK dah x ada ni, kau nak saman pulak...Pelik2!!

Posted: 12 Apr 2011 09:14 PM PDT

Entah apa2lah si Deepak ni?

Lagi satu nak bagi tau...terima dan bagi rasuah sama saja HARAM. Salah di sisi undang-undang negara mahupun undang2 agama (Islam).

Baik Deepak yang bagi atau menantu (bekas) PM yang bagi, kedua2nya telah bersalah.

Lagi satu, kalau apa yang RPK tulis tak betul apa pasal nak bagi rasuah suruh keluarkan tulisan tu? Pergi samanlah...

Macam2.

Apa2pun kita tunggu jawapan RPK.

Nak tau berita lanjut, cari sendiri di Malaysiakini dan Malaysia Today. x boleh link pulak hari ni!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mufti Perak: Fatwa haramkan poco-poco belum diwarta

Posted: 12 Apr 2011 04:36 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 April — Tan Sri Harussani Zakaria mengakui sesiapa yang terlibat dalam tarian poco-poco di Perak boleh dikenakan tindakan termasuk  ditangkap hanya selepas fatwa berkenaan, yang diputuskan Februari lalu, digazetkan.
Bagaimanapun Mufti Perak itu berkata, proses untuk menggazetkan keputusan pengharaman tarian poco-poco mengambil masa selain perlu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama negeri.
Kata Harussani (gambar), beliau juga perlu menjelaskan pengharaman tarian poco-poco kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan pandangan.
"Belum digazetkan lagi... belum lagi... bila isu ini timbul saya akan bincang dulu, saya akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti. Saya perlu jelaskan dulu alasan kenapa saya haramkan tarian poco-poco di Perak," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Kuantan Tetap Membantah Pembinaan Loji Tanah Jarang di Gebeng

Posted: 12 Apr 2011 04:28 PM PDT




SHAH ALAM 12 APRIL : Dakwaan Lynas Corporation bahawa Loji Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan hanya mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' pada kadar minimum tidak boleh diterima Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Menurut Fuziah, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel atau Bq per gram memang rendah tetapi akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang terbabit.
"Kita mempersoalkan tahap kumulatif Thoriumnya. Kalau 61 bq per gram memanglah di bawah tahap bahaya. Tapi kita cakap pasal kumulatif. Bila kita cakap mengenai 100 tan metrik setiap tahun, dan dikumpulkan lebih 10 tahun, malah dalam artikelnya 24 tahun. Kita persoalkan jumlah (Thorium) itu secara keseluruhan," katanya kepada TV Selangor hari ini.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.
Read More / Baca Lagi >>

Buku sejarah: Pemimpin Perkasa ‘canggah’ pendirian, kata pakar

Posted: 12 Apr 2011 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April – Pakar sejarah Dr Ranjit Singh Malhi menyifatkan kenyataan Datin Paduka Professor Dr Ramlah Adam bercanggah dengan dirinya sendiri apabila mengatakan buku teks sejarah sudah "seimbang" dan menafikan sumbangan orang bukan Melayu ke atas sejarah negara.
Ranjit juga mendakwa ahli jawatankuasa tertinggi Perkasa itu telah "silap" apabila mengatakan beliau dibayar untuk "memeriksa sukatan pelajaran" sambil berkata, beliau dilantik sebagai pakar rujuk untuk menentukan ketepatan fakta buku-buku teks sejarah.
"Dr. Ramlah Adam membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan dirinya sendiri. Dari satu segi, beliau kata 'sukatan pelajaran sejarah seimbang' dan 'tidak ada kesalahan' dengan sukatan pelajaran sejarah semasa untuk sekolah menengah.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden

Posted: 12 Apr 2011 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.
Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.
"Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.
"PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.
"Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Dituduh Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan

Posted: 12 Apr 2011 02:33 AM PDT



KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009.
Utusan didakwa memindahkan lebih RM70 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.
Menurut laporan audit tersebut, pada 2009, Utusan mengalami kerugian sebanyak RM 26.1 juta.
Namun menurut peguam mereka Ravindran Murugavell,  terdapat laporan yang menyatakan jumlah yang diberikan kepada anak syarikat bernilai lebih RM 76 juta.
Jelas Ravindran, tindakan ini amat tidak adil kepada pekerja Utusan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Sarbaini: Keluarga tertekan, percaya Allahyarham bukan bunuh diri

Posted: 12 Apr 2011 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup "membunuh diri" seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media.
"Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti.
Read More / Baca Lagi >>

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DAP: Suasananya umpama Pulau Pinang sebelum BN tumbang

Posted: 12 Apr 2011 06:22 AM PDT

Suasana Sarawak kini umpama Pulau Pinang sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang pada 8 Mac 2008, kata Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP. Bagaimanapun, beliau berkata DAP memerlukan sokongan Iban yang melebihi paras 30% untuk memenangi kesemua 15 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Hanya peralihan sokongan Iban kepada DAP akan meningkatkan peluangnya untuk memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, kata Liew Chin Tong ketika mengulas kenyataan SUPP bahawa seandainya DAP memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, maka kesemuanya dalah kawasan majoriti Cina.

"Kami memerlukan sekurang-kurangnya 25% atau 30% undi Iban, barulah kami menaruh harapan untuk mengambil 15 kerusi. Malah di Sibu, seandainya kami tidak mempunyai lebih daripada 30% undi Iban, kami gagal menang keempat-empat DUN di bawah Sibu," ulas Liew Chin Tong.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga calon DUN Bukit Assek, DAP memperolehi sokongan kira-kira 22% daripada pengundi Iban dalam PRK Sibu 2010, maka mereka masih memerlukan 8% untuk memenangi kesemua 15 kerusi. Ahli parlimen Sibu ini berkata, mereka mendapat sambutan yang agak baik dari kawasan orang asli, jadi tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan terhadap DAP akan meningkat.

Sokongan Iban untuk PKR juga meningkat

Seandainya DAP mampu meningkatkan sokongan Iban kepada 30% atau lebih, maka undi kepada PKR berkemungkinan lebih daripada DAP. "Jikalau DAP mampu mendapat 30% undi Iban, maka DAP bukan hanya menang di kawasan Cina. Dan kerusi lain BN juga akan tumbang. Dengan kata lain, penafian dua pertiga atau membentuk kerajaan baru di Sarawak menjadi sesuatu yang mungkin," kata Liew Chin Tong.

Liew (gambar kanan) menambah, tempoh kempen PRN kini memasuki hari keenam, dan suasananya seolah-olah Pulau Pinang sebelum tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Pada ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon tidak tahu untuk melantik siapa sebagai penggantinya, dan keadaan inilah yang sedang dihadapi Taib Mahmud sekarang.

Beliau berkata, Taib tidak tahu bagaimana untuk berundur, gagal menentukan penggantinya, malah tidak menentukan masanya walaupun digesa Perdana Menteri. Jadi, PR perlu menafikan majoriti dua pertiga atau menumbangkan BN, barulah Taib Mahmud boleh berundur dari jawatannya.

Selain itu, ketika ditanya isu Baru Bian sebagai Ketua Menteri seandainya PR menang dalam PRN Sarawak, Wong Ho Leng berkata, rancangan mereka kekal, iaitu Baru Bian tetap calon utama seandainya PR berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun demikian, Baru Bian perlu juga menang di kawasan DUN Ba'kelalan.

"Jikapun kami (DAP) menang 15 kerusi, kita masih memerlukan 21 kerusi lagi. Jika DAP mendapat 15 kerusi, PKR 15, kami masih memerlukan enam kerusi dari PAS. Namun kemungkinan ini rendah." Wong berkata PKR perlu memenangi kerusi yang lebih daripada DAP untuk Baru Bian menjadi Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau enggan menyebut "mustahil", sekadar berkata, "Kami telah bersedia."

SUPP cuba raih undi simpati

Wong Ho Leng seterusnya berkata, SUPP sendiri mengakui bahawa keadaan mereka semakin meruncing, melalui iklan yang dimainkan. Wong berkata SUPP kini cuba meraih undi simpati daripada khalayak umum, termasuk menangis ketika berucap.

Wong (gambar kiri) cuba menenangkan orang Cina bahawa hak mereka tidak tergugat, walaupun calon SUPP kecundang. Beliau mengambil contoh bagaimana negeri Perak yang sebelum ini dimenangi DAP di 18 kawasan Cina. Akhirnya, tujuh EXCO keturunan Cina dilantik dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Selepas rampasan kuasa berlaku, MCA-BN yang hanya memenangi satu kerusi dijadikan EXCO keturunan Cina yang tunggal dalam kerajaan negeri BN di Perak. Dasar yang mesra kepada komuniti Cina sebelum ini tidak terjejas, kerana BN sedar bahawa komuniti Cina adalah kingmaker.

*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

BN Didakwa Guna Provokasi Agama Di Sarawak

Posted: 12 Apr 2011 06:02 AM PDT



KUCHING 12 APRIL : Barisan Nasional dikatakan mula membakar sentimen perkauman dan keagamaan rakyat Sarawak dalam cubaan terdesak mencari sokongan dengan kempen pilihanraya negeri yang cuma tinggal empat hari lagi.

Kain rentang tertera "Kalau undi PKR bermakna undi negara Islam" dan "Mengundi PKR adalah mewujudkan negara Kristian" dilaporkan kelihatan di beberapa tempat di sekitar Sarawak untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa BN untuk menghentikan kempen provokasi sedemikian kerana ia adalah "taktik murahan yang membahayakan rakyat Sarawak sendiri."

"Jika BN ikhlas tidak mahu rakyat tunduk kepada sebarang provokasi, maka BN sendiri harus berhenti menggunakan agama dan kaum untuk menakut-nakutkan mereka,' tegas beliau.

Rafizi berkata PKR akan terus berkempen seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan.

Pada masa sama, ceramah penerangan juga terus memberi fokus kepada kepincangan Sarawak akibat 30 tahun pemerintahan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Rafizi berkata Taib yang menegaskan beliau akan terus memerintah Sarawak untuk jangka masa terdekat, jelas tidak mahu melepaskan kerusi Ketua Menteri walaupun menerima isyarat daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Pendirian bercanggah yang dibuat oleh dua pemimpin itu menimbulkan persoalan siapa yang memimpin kempen BN di Sarawak.

"Dia (Taib) kata: dia memerlukan dua sehingga tiga tahun untuk berundur."Kita (PKR) dari awal-awal lagi menganggap Taib tidak akan berundur kecuali rakyat mengubah pemerintah,' kata Rafizi.

Rafizi berkata jika ikhlas, Taib harus mengumumkan tarikh baru beliau akan berundur setelah gagal melaksanakan janji untuk meletak jawatan pada tahun 2000.

Dalam pada itu, Rafizi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berani menyiasat BN bersabit perbelanjaan parti itu pada pilihanraya negeri ini.

"Dah terlalu banyak (perbelanjaan Barisan Nasioanl) sehingga tidak terhitung oleh kami. Rakyat boleh menilai sendiri. Kalau layak untuk masuk ke Malaysia Book's of Record, harap Barisan Nasional boleh usahakan, kata beliau.

Selain itu, Rafizi turut mempersoal peranan pasukan Taib dalam menggodam Free Radio Sarawak dan sesawang Sarawak report yang menjadi sumber bertia alternatif bagi rakyat negeri ini.

Beliau membidas BN kerana mengekang sumber-sumber maklumat yang memerinchi dasar-dasar BN di bawah Taib untuk Sarawak.

"Apakah mereka (pentadbiran Taib) bertanggungjawab atas serangan sehingga melumpuhkan radio Sarawak dan sesawang Sarawak Report," tanya beliau lagi.

"Jangan mengambil tindakan keras dengan halang media-media ini," beliau menambah.

Bridget Welsh:Musim bunga di Sarawak?

Posted: 12 Apr 2011 06:00 AM PDT


Bridget Welsh

Semasa angin perubahan menggoncang Timur Tengah daripada Tunisia ke Yemen, ramai yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku di Malaysia. Kerajaan BN yang mempunyai rekod pentadbiran yang baik, dengan semua ketidakseimbangan dalam lapangan pertarungan, telah mengadakan satu pilihanraya yang kompetitif.

Namun, dengan berlangsungnya kempen di Sarawak, ia semakin jelas bahawa perubahan sedang berlaku. Pentadbiran 30 tahun Abdul Taib Mahmud yang sama panjang dengan kekuasaan regim Hosni Mubarak sudah memberi inspirasi yang tidak pernah dilihat di bumi kenyalang.

Dengan rekod jumlah pengunjung ke ceramah di seluruh pelusok negeri, pintu perubahan sudahpun terbuka, dengan Perdana Menteri Najib Razak menyuruh semua anggota kabinet turun berkempen di Sarawak yang sudah menjadi satu ujian kertas litmus negara yang penting.

Pilihanraya ke 10 Sarawak bakal menjadi medan ujian yang sebenar selepas Mac 2008 samada Malaysia bakal menyaksikan satu lagi musim bunga atau membantutkan angin perubahan.

Hilang kepercayaan terhadap pimpinan Sarawak

Terdapat beberapa persamaan yang penting antara Sarawak dan Timur Tengah selain tempoh kekuasaan kepimpinan yang lama. Yang paling ketara ialah ketidakpuashatian yang semakin mendalam terhadap pimpinan negeri di mana semakin banyak rakyat Sarawak telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Dengan keputusan Taib Mahmud untuk bertanding dan tidak menawarkan satu pelan pemindahan kuasa yang nyata, fokus tetap terpaku kepada keperibadian dan kekayaan keluarganya. Usaha untuk menyekat laman Sarawak Report sudahpun terlalu lewat.

Dengan ramai yang masih tetap setia kepada Taib, terutamanya dari golongan Melayu/Melanau dan pada tahap yang lebih rendah di antara beberapa komuniti Iban, isu rasuah dan nepotisme telah menjadi fokus utama sehingga menjadikan ianya pusat berbanding dengan keadaan di pilihanraya negeri 2006.

Isu-isu ini telah dibincangkan di rumah panjang dan kedai kopi secara terang-terangan, dengan rujukan kepada contoh-contoh konkrit yang membolehkan isu-isu tersebut menyerap luas ke dalam masyarakat. Terdapat pengundi yang merasakan dirinya dikhianati dan ditipu sehingga ada pemimpin negara dan BN yang hilang kredibiliti mereka.

Apa yang berbeza ialah perbualan kedai kopi daripada pilihanraya yang lepas ialah skop perbincangan dan peningkatan mendadak terhadap kepercayaan mengenai "excesses" (kelampauan salah tadbir negeri), ialah persis kelampauan.

Keadaan ekonomi yang tidak baik

Masa pilihanraya negeri kali ini tidak memihak kepada BN, dan memberikan lagi kesan terhadap faktor kelampauan. Inflasi tetap pada kadar yang tinggi (lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia), dan kesan pertumbuhan di bawah pentadbiran Najib, contohnya Model Ekonomi Baru (NEM), tidak dirasai pada kadar yang sama.

Pembangunan di Sarawak sudah terbantut untuk beberapa tahun yang lepas, di mana pertumbuhan telah mundur dan pendapatan tidak naik-naik. Manfaat ekonomi negeri dilihat tertumpu pada tangan golongan elit Taib. Ekonomi Sarawak – selain daripada pelancongan dan pembangunan pelabuhan berkaitan dengan gas asli, secara umumnya kurang dinamik.

Bahkan harga komoditi yang lebih tinggi untuk barang-barang seperti minyak kelapa sawit tidak menetes ke bawah dalam cara yang sama seperti Semenanjung Malaysia, kerana ini didominasi oleh syarikat yang menguruskan ladang (banyak di tangan elit politik dan orang dari Semenanjung Malaysia) daripada petani kecil.

Sektor runcit pula tersepit oleh pengurangan pembelanjaan, disebabkan kesinambungan upah rendah, yang tetap berada di tahap rendah mengejutkan dalam sektor perkhidmatan dan pertanian khususnya, dengan pekerja mendapat kurang dari RM500 satu bulan di pasaran pelanggan yang boleh dikatakan sekurang-kurangnya 30 peratus lebih mahal daripada Semenanjung Malaysia.

Isu sekuriti makanan juga telah muncul sebagai masalah, dengan perubahan dalam pengeluaran pertanian dan inflasi, mengurangkan kualiti makanan, terutama di kawasan luar bandar.

Tahap kemiskinan melampau walaupun mungkin telah turun dari tahun 1980, namun pada saat ini kadar kemiskinan relatif tetap tinggi, dengan rekod kedua tertinggi di negara. Jurang antara kaya dan miskin di Sarawak telah meningkat dan bertambah lebih luas - meskipun seseorang percaya hanya beberapa laporan kekayaan elit ahli politik negeri itu - daripada Semenanjung Malaysia.

Kesulitan ekonomi dan perbezaan jauh lebih menonjol dalam pemilihan ini dan ini juga sedang dibicarakan secara terbuka.

Hilangnya rasa takut

Perbincangan terbuka ini telah mula mengubah satu lagi elemen penting yang telah menjadi sebahagian integrasi dari politik Sarawak iaitu rasa ketakutan.

Walaupun ada kebimbangan yang cukup bahawa proses pungutan suara tidak rahsia (yang difahami dalam masyarakat penduduknya lebih sedikit), ada juga kesediaan yang lebih tinggi untuk keluar dan berkumpul, dan, seperti yang berlaku di jalanan di Kaherah, dinamik ini sedang mendapat momentum.

Banyak pemilih, yang berdiam diri dalam menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak pembangkang, yang mendapat keberanian untuk menghadapi kesan sampingan dan menghadiri perhimpunan. Mereka memberikan sokongan kewangan di beberapa bandar yang menyamai sumbangan tahun pilihan raya Mac 2008.

Sementara BN yang menunjuk ke arah ketidakstabilan - mengingatkan pada pilihanraya 2001 selepas 11 September - ini tidak mempunyai kesan sama sekali, kerana pemilih di Sarawak seperti di Mesir, lebih bersifat engkar.

Kempen Internet lebih dinamik

Ini kerana sebahagian daripada alasannya berkaitan dengan sumber-sumber maklumat baru, iaitu akses pada sumber maklumat alternatif. Blog, website seperti Malaysiakini, YouTube dan banyak lagi telah menjadi sebahagian integral daripada kempen pilihanraya. Ini tidak berlaku dahulu, bahkan pada Mac 2008.

Kempen siber sangat panas, bahkan mungkin lebih panas daripada rally ceramah. Adalah penting untuk menghargai bahawa penetrasi internet di Sarawak jauh lebih terhad daripada Semenanjung Malaysia, di mana ia hanya tertumpu di bandar-bandar besar. Maklumat walaupun secara tapisan tersebar ke daerah semi-luar bandar dan luar bandar, akan tetapi secara perlahan-lahan dan tanpa impak yang besar sehingga sampai saat ini.

Ironisnya, ini adalah situasi di Timur Tengah juga, kerana perkongisan maklumat hanya tertumpu di kawasan bandar. Golongan kelas menengah dan profesional itu merupakan saluran yang amat penting dan pemimpin perbincangan, dan dinamik ini tampaknya akan bermain di Sarawak juga.

Peranan diaspora yang kritikal

Kesamaan terkini sebagai faktor penentuan melibatkan peranan penting dari diaspora (penduduk Sarawak di luar kawasan) Sarawak. Ada sekurang-kurangnya 300,000 pengundi Sarawak berada di luar negeri. Majoriti yang keluar kerana kurangnya peluang pekerjaan dan mereka tertumpu di Singapura dan Kuala Lumpur.

Mereka telah mengikuti pilihanraya kali ini dari jauh, memberikan sokongan dan kepulangan mereka untuk memilih akan menjadi faktor penting dalam membentuk keputusan di kawasan-kawasan yang sengit. Berapa ramaikah mereka yang akan kembali bakal menjadi penentuan dalam keputusan akhir.

Masalah yang sama juga bermain di dalam negeri, di mana pemilih muda di Kuching, Miri dan Bintulu akan membentuk kempen masyarakat luar bandar (apabila mereka pulang).

Pertandingan yang amat sengit


Walaupun perkara-perkara di atas menunjukkan gelombang ke arah perubahan, terdapat beberapa lagi cabaran penting yang membuatkan pilihanraya kali ini sebuah pertandingan yang paling kompetitif dalam sejarah Sarawak. Kemenangan pembangkang pada tahun 2006 dimenangi dengan margin yang sangat kecil, dan jumlah kecil keseluruhan pemilih di konstituensi membuatkan banyak pertandingan menjadi sengit.

Tiada satu pun dari kerusi pembangkang yang "selamat", dengan sengitnya pertandingan kali ini, lebih banyak kerusi menjadi pertandingan terbuka. Hampir separuh daripada 71 kerusi di dalam ruang, dengan jumlah pemilih atas pagar yang sangat tinggi, terutama di daerah Iban dan di kerusi semi-luar bandar. Keputusan di semua kerusi akan ditentukan pada saat terakhir, termasuk setiap kerusi pembangkang.

Jentera dan kewangan BN

BN akan terus bergantung kepada kelebihan tradisinya iaitu sumber kewangan. Jentera BN - termasuk penggunaan jabatan kerajaan – bergerak dengan baik dan BN mempunyai akses kepada kawasan luar bandar, yang membolehkannya mendapat sebuah kawasan selamat – beberapa kawasan yang "pasti" menang.

Wang tersebut telahpun mengalir keluar, dengan rumah-rumah menerima RM1,000, individu RM200 dan individu yang berpengaruh sebanyak RM5, 000. Sebelum ini mereka ini hanya dibayar sebanyak RM20. Apa yang akan menarik untuk dilihat adalah, jika benar wang terus menjadi kuasa penentuan, yang telah terjadi dalam pilihan raya sebelum ini, adalah berapa banyak lagi wang yang perlu disalurkan.

Penyaluran kewangan awal telah dibuat untuk menjadikan ini satu pilihanraya yang mahal. Meningkatnya penggunaan insentif kewangan untuk mendapatkan sokongan memberikan gambaran terhadap cabaran yang sedang dihadapi BN di dalam usaha memperkukuhkan dan dalam beberapa kes untuk mendapatkan kembali kesahihannya. Laungan janji pembangunan di Sarawak nampaknya tidak mempunyai kesan yang sama.

Pada peringkat ini, adalah amat sukar bagi BN untuk mengadakan pilihanraya umum.

Pertalian peribadi dan pertikaian parti

Penerusan budaya 'perlindungan' membezakan musim bunga yang mungkin melanda Malaysia daripada perubahan di Timur Tengah. Di Sarawak, dengan penduduk yang lebih kecil, terutama di kawasan luar bandar, ikatan mereka lebih bersifat peribadi. Ada banyak dalam masyarakat luar bandar yang mempunyai rasa kesetiaan yang kuat kepada Ketua Menteri Taib, kerana hidup dan mata pencarian mereka terikat pada pemerintahannya.

Tidak seperti pertalian akar umbi Umno di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia yang sudah musnah, hubungan peribadi adalah lebih kuat di Sarawak, dan menghasilkan kesetiaan.

Melintasi jambatan ke tempat yang tidak diketahui – terutamanya dengan ketidakpastian di dalam kepimpinan di segelintir golongan pembangkang – bukanlah langkah yang sanggup harungi oleh banyak pihak. Hal ini memberikan BN kekuatan, meskipun telahpun tercemar.

Salah satu alasan mengapa SUPP sedang menghadapi cabaran untuk mempertahankan nyawa ikannya ialah kerana parti itu telah kehilangan sentuhan peribadi di kawasan bandar. Hal ini tidak menghairankan apabila logo kempen mereka cuba untuk menggunakan daya tarikan ini, walaupun dengan kesan yang terhad sampai saat ini.

Satu lagi elemen hubungan peribadi dalam kempen Sarawak adalah hubungan peribadi calon dengan masyarakat. Calon diketahui, daripada yang bebas kepada menteri-menteri BN. Mereka sangat bergantung kepada sokongan keluarga besar dan persahabatan peribadi. Dalam komuniti kecil, isu-isu ini memainkan peranan yang penting.

Semakin banyak pertikaian dalam sesebuah kerusi tertentu, dengan calon bebas yang mempunyai pangkalan mereka sendiri dan ketidakpuasan hati untuk bertarung, ia akan meningkatkan ketidaktentuan dalam perlumbaan-perlumbaan yang sudahpun sengit. Pertikaian telah menyebabkan PKR, Snap dan PBB bertembung dalam pertandingan tiga penjuru dimana calon bebas turut bertarung. Secara keseluruhan, ini membantu BN dalam tahap yang lebih besar daripada pembangkang.

Politik etnik yang mengerikan


Apa yang membezakan kempen dari yang sebelumnya di luar mobilisasi besar pengundi adalah dari sudut etnik dalam kempen kali ini. Secara tradisinya, dinamik etnik di Sarawak hanya dimainkan di peringkat elit, dengan pertikaian kepimpinan yang jarang diperluaskan ke dalam masyarakat. Sementara itu, walaupun nasionalisme Iban juga penting, ia mempunyai kesan yang kecil pada pilihanraya negeri kali ini.

Sekarang semuanya telah berubah. Pertama, politik perkauman sedang digunakan dalam/daerah Melayu Melanau, dengan alasan bahawa sokongan mereka sangat penting untuk menentukan kedudukan komuniti tersebut dalam kepimpinan Sarawak.

Dengan foto Baru Bian daripada PKR yang diedarkan dan mesej yang halus dihantar dalam kempen, isu 'Ketuanan Melayu' akan mempunyai kesan.

Hujah halus yang disebut-sebut seperti orang Cina tidak setia kerana menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan beberapa pemilih, yang melihat politik etnik Semenanjung Malaysia telah dibawa ke Sarawak sebagai tidak bersesuaian. Hal ini terjadi pada masa yang sama orang Kristian - Iban, Cina, Dayak dan beberapa orang Melanau – berada dalam keadaan sangat marah atas pengendalian Alkitab dan isu-isu 'Allah'.

Agama telah lebih terjalin dengan etnik dan dalam negeri ini, yang majoritinya Kristian, soalan kebebasan beragama telah menimbulkan riak politik, seperti yang berlaku pada bulan Mac 2008 di Semenanjung Malaysia.

Lebih merumitkan dinamik etnik adalah masalah tanah, yang telah terikat pada marginalisasi yang sedang dirasai masyarakat Iban dan Dayak, dengan mengorbankan masyarakat lain dan pihak luar.

Kurangnya kemajuan dalam masalah-masalah tanah adat mempunyai kesan dalam komuniti tertentu dan masalah ini sahaja memiliki arti-penting di lebih daripada 15 kerusi - dari Ba'Kelalan ke Belaga.

Menjadikan pertandingan seadil mungkin


Yang menarik untuk diamati dalam pertandingan ini adalah apakah pilihan raya akan terus dijalankan dalam keadaan terhormat dan adil. Orang Sarawak secara tradisinya akan mengelak konfrontasi dan polarisasi politik. Sementara wang telah diterima sebagai satu norma, masalah lain seperti proses pemilihan juga telah muncul.

Pemilih inginkan, dan patut diberi, satu pertandingan yang adil. Mereka ingin suara mereka diambil kira. Ura-ura bahawa telah ada pemindahan pemilih antara kawasan mengundi, masalah dengan senarai pemilih, cabaran undi pos, kad pengenalan yang didakwa telah diserahkan untuk pembayaran bagi seseorang untuk mengundi individu tertentu, pembatalan permit polis, tekanan pada pemilik kedai untuk membolehkan perbincangan politik telah meningkatkan kebimbangan mengenai integriti dan pendapat.

Apapun yang terjadi ketika keputusan akhir datang, adalah penting bahawa proses pilihanraya ini kredibel. Ramai rakyat Sarawak berharap bahawa seruan BN untuk berkelakuan baik dalam kempen di Sarawak akan dipanjangkan ke proses pungutan undi juga.

Peranan berkecuali dan profesionalisme di antara pegawai negeri di Malaysia dalam pilihan raya Sarawak, adalah sama pentingnya dengan tindakan kerajaan di Timur Tengah.

Ujian kepimpinan Najib


Pada hari-hari terakhir kempen, PM Najib telah membuat langkah berani untuk melibatkan dirinya dalam pilihanraya kali ini. Kehadirannya di bumi Sarawak lebih daripada perdana menteri yang lain kerana ini adalah pertarungan kalah-mati untuk mendapatkan mandat beliau nanti.

Adalah penting untuk melihat apakah beliau mampu mengalihkan kecemasan terhadap kerajaan negeri dan menyalurkan undi terhadap BN.

Pola bersejarah ini sememangnya menjadi salah satu kekuatan Taib daripada pemimpin BN yang lain. Namun segalanya bertukar tempat di pertandingan kali ini. Satu perbandingan selari boleh dibuat ke Tunisia dan Mesir apabila para pemimpin lain datang untuk mengelakkan pembangkang diarahkan dari arah atas.

Target dan kemungkinan


Cabaran di kedua-dua belah pihak sangat besar kerana pertandingan kali ini mempunyai kepentingan yang lebih besar sebagaimana yang disaksikan dalam kempen yang telah berlangsung. BN, Taib dan SUPP sedang menghadapi referendum penentuan yang akan mempengaruhi masa depan mereka, dan mereka harus memegang majoriti dua pertiga dan sekurang-kurangnya kerusi masing-masing.

Bagi pembangkang, apa jua kemenangan yang melebihi 15 kerusi berbanding tahun 1987 adalah prestasi yang besar. Menghalang BN daripada dua pertiga majoriti walaupun tidak mustahil, namun perjuangan ini amatlah sukar bagi semua pihak, dan keunggulan tetap berada di pihak BN walaupun ramainya yang menyerbu ceramah pembangkang.

Setiap undi adalah penting. Musim bunga masih belum tiba ke Sarawak, tapi dengan perubahan yang berlaku di bumi kenyalang, ia masih berada dalam keadaan serba mungkin.
------------------------------------
Bridget Welsh adalah profesor sains politik di sebuah universiti di Singapura. Tulisan asal berbahasa Inggeris disiarkan dalam laman web Malaysiakini. Terjemahan dibuat oleh Li Fook Gao.


Anwar : Taib Harus Undur, Sistem Pemerintahan Mesti Ditukar

Posted: 12 Apr 2011 05:59 AM PDT



KUCHING 12 APRIL : Pembaharuan politik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah untuk menerapkan sistem pemerintahan yang beramanah dan berwibawa di Sarawak , bukan semata-mata untuk menuntut pengunduran Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertukaran pucuk pimpinan harus seiring dengan perubahan dalam sistem pemerintahan yang mencorak dasar sesebuah negara atau negeri.

"Politik ini bukan soal peralihan kuasa. Perdana Menteri dan Ketua Menteri silih berganti tapi yang kita mahu ubah ialah sistem," kata Anwar dalam ceramahnya di Satok.

"Yang kita suruh berhenti bukan Taib seorang, tapi seluruh kekuatan Barisan Nasional Sarawak," tegas Anwar, disahut tepukan gemuruh hadirin yang rata-rata masyarakat kaum Melayu.

Anwar yang berada di Sarawak sejak minggu lalu kini giat menjelajah ke seluruh pelusok Sarawak untuk membantu calon-calon Pakatan Rakyat melakukan kejutan pada pilihanraya negeri Sabtu ini.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, PKR meletakkan calon muda, Ahmad Nazib Johari untuk pertandingan satu lawan satu menentang calon veteran BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Abang Johari mempertahankan kerusi itu untuk penggal ke lapan.

Dalam ucapannya, Anwar mengupas soal hak kesamarataan yang dinafikan kepada penduduk Sarawak.

Beliau membidas pemimpin-pemimpin BN yang berjuang atas nama Melayu namun membiarkan kaum itu hidup dalam kedaifan di bumi Sarawak.

Justeru Ketua Pembangkang itu, pengundi Sarawak tidak harus membenarkan BN pimpinan Taib terus-menerus memperlekehkan rakyat.

Beliau berkata masa sudah sampai untuk Sarawak membebaskan diri daripada cengkaman Taib yang selama ini memperalatkan rakyat demi memperkayakan diri.

"Jangan orang lain berani bodohkan dan menjadikan rakyat kuli mereka," tegas Anwar.

Anwar turut isu kitab Injil versi Bahasa Malaysia (Alkitab) yang mencetuskan kemarahan rakyat beragama Kristian kerana setiap penyelesaian yang ditawarkan Umno berpandukan kepada mencari kelebihan politik semata-mata.

Katanya, sejak zaman kebangkitan Islam, penganut islam dan Kristian sering bertolak ansur demi menjaga keharmonian dengan mempercayai prinsip agama masing-masing sekaligus menolak perhambaan keatas umat manusia.

Anwar seterusnya berkata, sekiranya rakyat Sarawak memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri itu pada pilihanraya negeri kali ini, maka
perubahan sistem dan dasar kesaksamaan akan dijulang sekaligus mengembalikan hak semua kaum.

"Dia kata kalau Anwar, Tok Guru Nik Aziz kalau perintah beri semua kepada Cina. Itu kempen dia (BN). Saya kata hak dia kita beri, saya tidak bimbang. Saya mahu jawab kalau kami perintah, Insyallah pada ketikanya, kami akan adil kepada Melayu, Cina, Iban dan India," ujarnya lagi.

Pilihanraya negeri Sarawak ke 10 kali ini dijangka sengit berikutan Pakatan Rakyat meletakkan calon pada hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan.

Gagasan itu mensasarkan kemenangan sekurang-kurang 24 buah kerusi bagi menafikan majoriti dua pertiga BN.

Mesej Khalid Kepada BN : Berpolitiklah Dengan Cara Lebih Matang

Posted: 12 Apr 2011 02:40 AM PDT



SHAH ALAM 12 APRIL : Populariti negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan Rakyat dicemburui Barisan Nasional lalu menjadikan ia sasaran kritikan demi menonjolkan kegagalan pentadbiran di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Itu taktik terbaru yang digunakan Barisan Nasional dalam siri kempen mereka di Sarawak apabila Pakatan Rakyat menjadikan Selangor sebagai negeri contoh kejayaan mereka membangunkan Selangor di bawah konsep 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'.

Khalid yang ditemui Tv Selangor hari ini melahirkan kekecewaannya dengan taktik Barisan Nasional itu yang sanggup menyebarkan fitnah dalam memastikan kelangsungan politik mereka.

"Itu adalah satu tindakan terdesak dengan memburuk-burukkan tanpa asas dan fakta yang benar, jadi di Selangor kita lebih matang dengan perkara tersebut, jadi apa yang berlaku ini kita harus mengambil pengajaran dan menjadikan ia sebagai contoh yang tidak harus digunapakai di Selangor dan Malaysia,"katanya.

Terbaru, pada sesi Dialog Bersama Masyarakat Kristian di Kuching semalam, Exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan pelbagai bentuk fitnah yang direka cipta Barisan Nasional sama ada melalui papan iklan mahupun pada akhbar berbahasa Cina untuk memburukkan pentadbiran Pakatan di Selangor.

Antara gambaran buruk yang diberikan ialah kerajaan Selangor dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga lesen penjaja di pasar dan larangan penjualan arak.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Khalid.

Menurut Khalid, beliau akur pelbagai usaha dilakukan oleh parti bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak demi meraih perhatian rakyat, namun katanya biarlah ia dilakukan dengan adil, telus dan tidak menyelitkan elemen fitnah demi menjatuhkan lawan.

"Dari segi politik, sudah tentulah kita berpendapat, semua pihak akan bertanding dan pertandingan kita mestilah atas dasar bagaimana ingin membawa pembangunan yang terbaik untuk rakyat, jadi sebab itu bagi saya, apa yang kami mahu tunjukan di Sarawak ialah sejauh mana usaha kita membangunkan Selangor jika dibandingkan dengan pemerintahan di Sarawak yang sudah lebih 40 tahun,"katanya lagi.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco di SUK Shah Alam hari ini.

Turut Hadir, Exco Pelaburan, perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Halimah Ali.

Teresa Kok juga turut menyeru BN berkempen dengan cara yang lebih matang dan tidak memutarbelitkan fakta untuk mengaburi mata pengundi.

"Saya ingin menyeru pihak BN agar berkempen khususnya di Sarawak kini, dengan cara yang lebih matang, bercakap benar dan bukannya melaporkan perkara yang salah untuk kepentingan politik berkempen kerana ia jelas satu tipu helah,"katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kebangkitan dan penerimaan rakyat Sarawak terhadap corak pemerintahan Pakatan Rakyat, ia adalah petanda baik kerana rakyat Sarawak kerana tertarik dengan perkembangan di Selangor, kata Khalid.

"Sangat baik, rakyat Sarawak tertarik dengan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang mana menerusi konsep MES ini kerajaan negeri memberi harapan kepada rakyat bahawa sumber kekayaan negeri akan mengalir terus kepada rakyat dan mereka juga memang menerima baik konsep 'Hasil Negeri Untuk Rakyat' .

"Apabila saya berada di Sarawak dan menerangkan konsep ini mereka berharapkan konsep seumpama ini dapat dijalankan apabila pemerintahan baru berjaya ditubuhkan di Sarawak, dan untuk melaksanakannya, rakyat Sarawak perlu memlilih Pakatan Rakyat,"tambah Khalid lagi.

Selepas 'You help me' kini 'percayalah saya'

Posted: 12 Apr 2011 02:39 AM PDT


Harakahdaily

KUCHING, 12 April: "Percayalah saya, percayalah saya," yang menjadi ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya negeri Sarawak kini menjadi mainan pelbagai pihak.

Kata-kata itu menjadi popular dalam pilihan raya negeri kali ini. Semasa pilihan raya kecil Sibu, perkataan popular dari Najib adalah, "You help me, I help you." (Awak tolong saya, saya tolong awak).

Ia merujuk kepada permintaan dari beliau agar pengundi menolong parti beliau iaitu BN dengan mengundi calon BN. Jika mereka berbuat demikian, Najib berjanji akan menolong mereka pula.

Namun, kata-kata Najib ini ditolak oleh pengundi pilihan raya kecil Sibu apabila kerusi BN itu jatuh ke tangan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.

Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi, calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yew 18,447 undi, manakala calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi.

"Najib masih percaya rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa dan mudah pergunakan. Saya meminta saudara-saudari semua di Sarawak bangun sekarang dan tuntut apa yang sepatutnya milik kita.

"Cukuplah setakat ini, sementara kita mengucapkan terima kasih kepada apa yang telah dibuat BN untuk kita, tetapi kita tidak patut lacurkan diri kita lagi. Sarawak milik rakyatnya," tulis seorang aktivis Ronnie Charles Klassen dalam Facebooknya.

Kini Najib berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan akan berada di sini sehingga 16 April. Beliau didakwa telah mengambil alih tunggak kempen BN di Sarawak dari Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.

Najib juga mengumumkan, Taib akan melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya ini dan dijelaskan oleh Taib, dia akan bersara beberapa tahun lagi.


Angin Perubahan Politik Sarawak Lebih Hebat Dari Tsunami 2008

Posted: 12 Apr 2011 02:37 AM PDT


KUCHING 12 April : Angin perubahan yang bertiup kencang di Sarawak dilihat lebih hebat daripada apa yang berlaku ketika tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.

Malah menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, perubahan landskap politik yang bakal berlaku di Bumi Kenyalang itu adalah 1,000 kali ganda daripada apa yang berlaku semasa PRU12.

"Saya lihat keadaan yang amat menakjubkan di Sarawak. Pendidikan politik kepada rakyat Sarawak yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat benar-benar telah membawa hasil yang di luar jangkaan kita.

"Sama ada perubahan ini akan membawa kepada undi Pakatan Rakyat adalah soalan kedua tetapi apa yang lebih penting kesedaran politik rakyat Sarawak berada pada tahap yang tinggi," kata beliau ketika di temui TV Selangor.

Johari berkata "politik mee segera" dan curahan imbuhan kepada pengundi di negeri ini mungkin tidak lagi dapat membantu Barisan Nasional mengekalkan kuasa mereka apatah lagi kini sentimen anti-Taib amat jelas di seluruh pelusuk Sarawak.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Kapten Dr M.R. Summugam pula berkata, pengamatan beliau sejak 1994 mendapati penduduk Sarawwak kini sedar mereka sudah mempunyai parti alternatif yang mempunyai kapasiti, pengalaman serta kredibiliti untuk mentadbir negeri ini.

"Ini berdasarkan kepada pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat di Semenanjung yang menjadi model dan rangsangan kepada kebangkitan dan semangat baru untuk membuat perubahan," kata Dr Summugam.

Kata beliau perubahan pemikiran politik rakyat Sarawak adalah satu hukum alam yang pasti berlaku apabila masyarakat tidak lagi boleh menerima kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh BN terhadap mereka sejak 50 tahun lalu.

Tongkat Langit ...."Saya Tetap Berkuasa Beberapa Tahun Lagi", Kata Taib

Posted: 12 Apr 2011 12:45 AM PDT



SHAH ALAM 12 APRIL : Dua puluh empat jam selepas Perdana Menteri Najib Razak memberi jaminan Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur dalam masa terdekat, Ketua Menteri itu tampil memberitahu beliau akan terus menerajui Sarawak untuk "beberapa tahun lagi."

Kenyataan itu di buat oleh Taib di hadapan Perdana Menteri itu sendiri malam tadi pada majlis ceramah di Kuching, empat hari sebelum rakyat Sarawak keluar mengundi memilih kerajaan negeri yang baru.

Dalam responnya, Najib hanya berkata rakyat harus terus mengundi BN dan tidak terpengaruh dengan desakan pembangkang untuk Taib berundur segera.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu dibelit dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa yang menyaksikan Sarawak yang kaya dengan balak dan minyak tercorot sebagai negeri keempat paling miskin di Malaysia.

"Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali," kata beliau pada konsert 1 Malaysia di Padang Merdeka Kuching.

Pada sidang media pagi tadi Taib mengesahkan pihaknya tidak akan mengumumkan sebarang pelan peralihan kerana tidak mahu terperangkap dalam jerat pembangkang.

"Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan pelan peralihan dan kemudian menetapkan tarikh melepaskan jawatan," kata beliau kepada pemberita.

Selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 21 Mac lalu, Taib berkata, beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Najib mengulangi jaminan itu ketika kempen pilihan raya dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika dihubungi Tv Selangor hari ini membidas sikap kedua-dua pimpinan Barisan Nasional itu sambil berkata, tidak ada sebarang kata sepakat pun yang dicapai antara kedua pemimpin BN itu tentang bila Taib akan berundur.

" Ini satu lagi bukti sikap tidak jujur dan ikhlas berhubung isu yang menjadi subjek utama dalam pilihanraya besar Sarawak. Apabila beliau berkata akan berundur dalam beberapa masa namun tidak menyatakan tarikh tertentu sama ada setahun, dua tahun atau lima tahun.

" Sungguhpun Perdana Menteri mengatakan ada persefahaman mengenai perancangan pengunduran Taib, tapi sangat jelas bahawa Najib pun tidak tahu bila Taib akan undur," katanya.

Sementara itu, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media berkata, Najib sendiri gagal untuk mengawal Taib yang sudah terlalu lama memegang tampuk kuasa di Sarawak.

Najib yang terdesak dan bimbang akan kedudukan BN di Sarawak hanya mampu mencanang berita kononnya Taib akan berundur dalam masa terdekat

" Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden BN sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut
dengan ugutan Taib, jentera BN akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui BN dalam pilihanraya negeri kali ini, maka Najib bersetuju Taib terajui jentera pilihanraya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.

" Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak,"katanya.

PAS : Hanya Bahasa Undi Akan Kejutkan Pemimpin BN

Posted: 12 Apr 2011 12:44 AM PDT


SHAH ALAM 12 APRIL : Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.

"Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April ini, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

Portal Malaysiakini melaporkan Idris sebagai berkata, hanya setelah ditolak rakyat baru pemimpin BN akan sudi turun meninjau kesempitan rakyat sedangkan sewaktu berkuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, katanya, apa yang berlaku di Sarawak hari ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak. BN kini diberi tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April lalu.

Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan, calon BN akan menang beberapa kerusi tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

"Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak.

"Kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi," katanya.

Justeru, kata Idris, peruntukkan jarang sekali sampai ke sasaran agar ia dapat dijadikan modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

"PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

"Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lima tahun.

"Daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah," katanya.

Menurut Idris dalam pembentangan RMK-10, perdana menteri juga mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

"Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu daif.

"Persoalannya kenapa jadi begini?

"Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat," soalnya.

Tukar Tiub

Tukar Tiub


CERITA CERITA DARI SARAWAK

Posted: 12 Apr 2011 11:32 AM PDT




RUMAH PAK CIK MURAD



LAPORAN DARI MIRI:

ceramah azmin ali di adun senadin gempaq
ini untuk kerusi calon PKR dr.teoh
lebih dari 1000 warga tempatan telah
datang mendengar ceramah pkr ini
selain dari azmin
yb yusmadi
pemimpin pas
dan jennny lim telah berucap

ceramah DAP di miri juga gempaq
lebnh dari 2000 warga datang

ini adalah ceramah kelompok yang
biasanya hanya seratus dua ratus yang dqatang


MALAYSIA KINI DIGODDAM


hari ini laman paling popular malaysiakini
telah digoddam ertinya tidak dapat dimasuki

serangan DOS - denial or service - ini
kerja najib yang merasakan media ini
amat berpengaruh dan ramai yang membacanya

mkini ada membuka facebook dan tweeter

sila ikuti selanjutnya


nota:
laman sarawak reports juga
telah digoddam

dari lapoan telah ditemui bahawa
ini bukan kerja kecik anak
tetapi kerja yang dilakukan oleh
mereka yang terlatih

besar kemungkinan ini kerja
APCO



SURAT DARI WARGA SARAWAK



SURAT SATU
selepas baca ulasan bro hisham,wa terus tanya mak mentua yg kebetulan d sini...dia org bidayuh tebedu...3km ke sempadan indonesia hala ke pontianak.. Menurut ceritanya...saling x tumpah seperti apa yg bro hisham cerita.. Wa bergenang air mata... Begini nasib anak bangsa wa d mundurkan..hanya sekelumit kuasa & setitis harta yg x bisa kita bawa ke kuburan.. InsyaAllah bro hisham.. Pak mentua yg jadi kauselor d tebedu menjalankan tugas dari dlm kem bn..rupanya berbisik sesama anak buah nya...PR akan d pilih kali ini & seterusnya! Taib akan kenal bau tanah kali ini!

Oleh Affendi pada CERITA CERITA DARI MIRI pada 11/04/12


SURAT DUA
bukan Kedayan je ada bang, bangsa Kayan pun ada. Diorang ni semua kira orang ulu laa...tapi walaupun orang ulu, ramai profesional yang kerja dengan Shell Sarawak dan Petronas Miri. Aku kerja sana 7 tahun...selama tu lah aku tengok orang Sarawak dok kutuk Taib..tapi bila pangkah, pergi ke BN jugakkkk. Cuba pergi pusat mengundi Sekolah Dato' Permaisuri kat Pujut...kat situ, polis dengan petugas SPR dok pangkahkan kertas undi untuk orang lain...kah kah kah.

Oleh Tanpa Nama pada CERITA CERITA DARI MIRI pada 11/04/12


SURAT TIGA
Kepada rakan2 dayak, iban dan suku sakat di sarawak: malam terakhir nanti, kalau ada orang bn datang nak bagi tuak, jangan minum dulu. Simpan sehari selepas pilihan raya. sila sediakan air tuak dan gambir serawak kepada orang-orang bn ini supaya mereka dapat menikmati malam terakhir sebelum pilihanraya tersebut bersama cina2 doll dan tertidur pada siang 16 April. banner2 berlambang dacing sila ambil dan jadikan kain pengelap basikal atau motobot. sama-samalah kita tonggengkan keluarga toib dalam pilihanraya ini kerana keluarga toib sudah terlalu kaya. Amat kaya!!!

Oleh Tanpa Nama pada CERITA CERITA DARI MIRI pada 11/04/12




INI BUKTINYA




NOTA:
rumah pak cik muhrd
di kampong kejapil di pingir kota miri

di kampong ini ada 100 buah rumah
dan hampir ada 500 warga
kampong ini 30 minit naik kereta dari miri

tanah pak cik murad sebantak 100 ekar
telah dirembat oleh taib mahmud
pak cik muhad telah membuka tanah disini
semenjak tahun 1938 dahulu
dari 100 ekar ini hanya 5 ekar yang tinggal
95 ekar telah dirembat taib mahmud


PAHIN TIBAI MAT MONGOL

Posted: 12 Apr 2011 11:04 AM PDT




DAYAK MULA BERONTAK





PERALIHAN KUASA:SAYA TAK AKAN MASUK PERANGKAP PAKATAN KATA TAIB
- minsider

Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan "terperangkap" dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu.
Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya.

"Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya," kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10.

"Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan)," katanya.

NOTA:
kenyataan pahin kita ini ada banyak makna
pahin kata pakatan perangkap
kah kah kah bukan pakatan yang perangkap pahim
bukan pakatan yang lebong pahin
mat mongol yang perangkap pahin
mat mongol mahu pahin tarik diri
mat mongol baca kalau pahin kita ini masih berkuasa
makan sarawak akan jatuh ke tangan pakatan

pahin kita ini bijak
pahin kita ini hebat
kita mahu pahin terus berkuasa selama lamanya
sampai pakatan ambil kah kah kah


KES SIASAT SAMPAI MATI

Posted: 12 Apr 2011 10:37 AM PDT




KERETA MEWAH SAPA?





NOTA:
siapa dapat teka siapa punya mercedez benz ini?
tekaan yang betul akan dpat bermalam
hujung minggu di langkawi
kalau hujan dapat berteduh dibawah bra bik mama
kah kah kah



KES SARBANI :KELUARGA TERTEKAN,PERCAYA ALLAHYARHAM BUKAN BUNUH DIRI
- minside

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup "membunuh diri" seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media.

"Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti.

"Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat," katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan di sini, Rabu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI BERITA GUMBIRAAA.... kah kah kah..

kah kah kah...KASTAM SUDAH MULA SEDAR..... kah kah kah...

kah kah kah...YANG KENA TANGKAP SEMUA PEGAWAI RENDAH... kah kah kah..

kah kah kah .... TAIKO YANG KERJA SAMA DENGAN VVIP...LEPAS...kah kah kah...

kah kah kah...BIK MAMA 7 KONTENA TAK BAYAR CUKAI.... kah kah kah

woit...MAT ASAN DARI N9 BAWA LARI DUIT KE LONDON.... BILA NAK TANGKAP.... kah kah kah...

woit...KEPALA KASTAM PAHANG...KES PASIR...MACAM MANA SELAMAT?... kiah kah kah...

woit... BILA NAK BUKA KES DUIT KOMISEN KAPAL SELAM....kah kah kah..

kah kah kah...KES INI DAH BUKA DI PARIS....kah kah kah...

woit...BILA NAK SIASAT SAMPAI MATI...KES RASUAH MAT ISA DI SEREMBAN.... kah kah kah....

kah kah kah...BILA NAK SIASAT SAMPAI MATI MAT BISUL TIPU SPR.... kah kah kah..

CERITA CERITA DARI MIRI

Posted: 11 Apr 2011 09:42 PM PDT




DAYAK BANGUN MEMBERONTAK


Kota Miri kota dipesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunai. Besih , baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunai 'melepas geram'. Cukup jelas watak kota sempadan ini.

Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah disekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.

Menginap disebuah hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerak Pusat PKR Miri. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak - Sarawak- Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak sukubangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.

Kalau anak kecil - aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan - agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.

Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampong Kedayan - Kampong Sugai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis Pas dari Klang dan seorang jurutera aktivis PKR anak tempatan. Aku diberitahu kampong ini dua jam perjalanan ke luar kota.

Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan kawasan mewah yang rumah rumah tersergam indah - sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang - seakan akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.

Rumah-rumah anggkuh , gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang dirumah rumah ini. Pemandu kami - juga aktivis PKR - tanpa segan silu telah bekata semua ini adalah rumah-rumah ' China Kaya'. Jelas unsur politik Semenanjung disini.

Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang dikiri dan apa yang dikanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku didalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berseliseh. Wah ! aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampong ini.

Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik bagini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampong Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan - tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pendalaman. Hendak tahu erti pendalaman datanglah ke Sarawak.

Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri - terutama di daerah rumah orang kaya kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampong yang dituju.

Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada dihadapan mata. Tadi aku melihat Istana sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrek bangunan Mat Indon yang didirikan ditepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampongan sukubangsa Kedayan. Nah! Ini lah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.

Untuk orang di Semenajung jangan tersilap faham - ini bukan ceramah kelompok - ini juga bukan ceramah umum - bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi musik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.

Cahaya hanya datang dari lampu rumah - justeru kawasan sekeliling agak gelap.Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang bayang sedang bertandak ditengah jalan.Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang bayang hitam.

Mata aku mencari arah musik. Wah ! Empat orang perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi - mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun pantun mereka adalah pantun perjuangan:

Adik bergendang abang menari
Jangan lupa kepada kami
Bila PKR telah pergi
Adik tinggal seorang diri


Didalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri.Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran AMK sebelum ini. Aku bertanya tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.

Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah sukubangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.

' Darik manak?' perbualan kami yang terputus putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya tanya kerana tidak faham buah butir.

' Apa Keadilan ini? ' soalan ini datang dari Shahrulnizan anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang ' kawan saya main futsal'. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan.

Gendang terus dipalu. Pantun berbals balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.

Sebelum hadiah diberikan ada sadikit ucapan dari aktivis PKR - memohon sokongan untuk calon PKR yang juga dari sukubangsa Kedayan. Si Pencermah berucapa dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali. Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat dimata rakyat. Dua dua mereka ini dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.

Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampong mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampong mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Taib Mahmud bukan sahaja meminggir kan Kedayan malah kampong mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.

Tengak hari esoknya aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula . Kali ini aku bersama dengan tim perubatan percuma PKR yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Tim ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin - 4 jam perjalanan dari Miri.

Kami meninggalkan kota Miri sebelum jam 1.00 - siang terang benderang. Kami mengambil jalan dipersisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul iniah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut. Rupa-rupanya disinilah rumah para elit balak dan towkay China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayah telah dihalau dari kampong mereka tidak pula aku ketahui.

Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampong kampong kecil, kampong nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasinal telah terpasang. Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar - poster BN - telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.

Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada stau lagi dunia yang baru. Tim Perubatan Percuma dari Tuaran amat professiolanl. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubatan percuma. Ketika tim perubatan membuat tugas amal , aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Ini kawasan yang subur di itepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur - seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku ditepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun. Saheh ! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampkak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawait. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban disini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian. Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan.

Ketika aku mundar mandir di balkony rumah seorang laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar. Aduh ! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban yang tidak aku fahami tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.

Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidup berkhidmat setia kepada bumi. Jenau berkesah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka pada tahun 1963. Tanah adat merek telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini.

Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka - semua gagal.

Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap senyap Rumah Panjang ini akan menyokong Keadilan. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.

'Ini poleeeteek...ini poleeteek Iban' Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkian Taib Mahmud akan kalah amat jelas.

'Sampai hari ini Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami' inilah kata kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat.Aku aku ternampak tatoo di betisnya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.

'Ini kail.. tanda aku berani...' Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun termurun kesah kesah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat.Ini kesah Sarawak.

Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun dimana ombak dayak memberontak tidak dapat di kafankan lagi. Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak Belang. Anak Belang bermakna anak hariamu yang berani.(TT)

nota :
tulisan ini telah disiarkan
dalam Suara Keadilan khusus
untuk Sarawak yang sedang
dalam pasaran sekarang - sila pukul
talipon 03-22-72-40-45 untuk berlangan


BANGUNKAN NASIONALISMA DAYAK

Posted: 11 Apr 2011 09:16 PM PDT




LAWAN DAN LAWAN




DAYAK BANGUN BERONTAK

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan
mengundi PBB beerti mengundi Taib
mengundi SUPP beerti mengundi Taib
mengundi SPDP beerti mengundi Taib
mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib
kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

DAYAK BANGUN MEMBERONTAK

Posted: 11 Apr 2011 09:07 PM PDT




PADAN MUKA




DARI FACEBOOK ZUNR:

Najib terpaksa hentikan ucapan lebih awal di stadium tertutup MBKS semalam selepas orang ramai keluar stadium untuk berebut tupperware yg mengandungi makanan yg disediakan oleh BN. Ha, ha, ha Apara orang Sarawak niiii, lebih minat Tupperware dari PM

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



xxajma96a5sajh!!! kah kah kah

nota:
minta bik mama buat pole dance kah kah kah