Selasa, 12 April 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mufti Perak: Fatwa haramkan poco-poco belum diwarta

Posted: 12 Apr 2011 04:36 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 April — Tan Sri Harussani Zakaria mengakui sesiapa yang terlibat dalam tarian poco-poco di Perak boleh dikenakan tindakan termasuk  ditangkap hanya selepas fatwa berkenaan, yang diputuskan Februari lalu, digazetkan.
Bagaimanapun Mufti Perak itu berkata, proses untuk menggazetkan keputusan pengharaman tarian poco-poco mengambil masa selain perlu mendapat perkenan Sultan Perak selaku ketua agama negeri.
Kata Harussani (gambar), beliau juga perlu menjelaskan pengharaman tarian poco-poco kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan pandangan.
"Belum digazetkan lagi... belum lagi... bila isu ini timbul saya akan bincang dulu, saya akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti-mufti. Saya perlu jelaskan dulu alasan kenapa saya haramkan tarian poco-poco di Perak," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Kuantan Tetap Membantah Pembinaan Loji Tanah Jarang di Gebeng

Posted: 12 Apr 2011 04:28 PM PDT




SHAH ALAM 12 APRIL : Dakwaan Lynas Corporation bahawa Loji Tanah Jarang di Gebeng, Kuantan hanya mendedahkan bahan radioaktif 'Thorium' pada kadar minimum tidak boleh diterima Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Menurut Fuziah, kadar 0.16 peratus Thorium atau 61 'becquerel atau Bq per gram memang rendah tetapi akan berakumulasi seiring dengan masa dan tahap pengeluaran tanah jarang terbabit.
"Kita mempersoalkan tahap kumulatif Thoriumnya. Kalau 61 bq per gram memanglah di bawah tahap bahaya. Tapi kita cakap pasal kumulatif. Bila kita cakap mengenai 100 tan metrik setiap tahun, dan dikumpulkan lebih 10 tahun, malah dalam artikelnya 24 tahun. Kita persoalkan jumlah (Thorium) itu secara keseluruhan," katanya kepada TV Selangor hari ini.
Thorium merupakan bahan asli radioaktif yang dilombong bagi sebagai 'minyak' reaktor nuklear.
Read More / Baca Lagi >>

Buku sejarah: Pemimpin Perkasa ‘canggah’ pendirian, kata pakar

Posted: 12 Apr 2011 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April – Pakar sejarah Dr Ranjit Singh Malhi menyifatkan kenyataan Datin Paduka Professor Dr Ramlah Adam bercanggah dengan dirinya sendiri apabila mengatakan buku teks sejarah sudah "seimbang" dan menafikan sumbangan orang bukan Melayu ke atas sejarah negara.
Ranjit juga mendakwa ahli jawatankuasa tertinggi Perkasa itu telah "silap" apabila mengatakan beliau dibayar untuk "memeriksa sukatan pelajaran" sambil berkata, beliau dilantik sebagai pakar rujuk untuk menentukan ketepatan fakta buku-buku teks sejarah.
"Dr. Ramlah Adam membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan dirinya sendiri. Dari satu segi, beliau kata 'sukatan pelajaran sejarah seimbang' dan 'tidak ada kesalahan' dengan sukatan pelajaran sejarah semasa untuk sekolah menengah.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS pusat mahu Hadi kekal presiden

Posted: 12 Apr 2011 02:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.
Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.
"Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.
"PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.
"Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Dituduh Gagal Bayar Bonus, Sembunyi Keuntungan

Posted: 12 Apr 2011 02:33 AM PDT



KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini memfailkan tuntutan bersabit pembayaran bonus terhadap mereka oleh syarikat akhbar milik Umno dan mendakwa syarikat berkenaan turut menyelewengkan butiran keuntungan mereka bagi mengelak memberi bonus sejak 2009.
Utusan didakwa memindahkan lebih RM70 juta kepada beberapa anak syarikatnya dan menyatakan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.
Menurut laporan audit tersebut, pada 2009, Utusan mengalami kerugian sebanyak RM 26.1 juta.
Namun menurut peguam mereka Ravindran Murugavell,  terdapat laporan yang menyatakan jumlah yang diberikan kepada anak syarikat bernilai lebih RM 76 juta.
Jelas Ravindran, tindakan ini amat tidak adil kepada pekerja Utusan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Sarbaini: Keluarga tertekan, percaya Allahyarham bukan bunuh diri

Posted: 12 Apr 2011 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup "membunuh diri" seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media.
"Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: