Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERINGAT DI ZAMAN ANWAR DALAM KERAJAAN...

Posted: 08 Apr 2011 09:00 PM PDT

Teringat zaman Anwar Dalam Kerajaan
Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya `tabik spring' kepada SPRM yang dengan pantas di peringkat awal menguatkuasakan peraturan bahawa semua soal-siasat oleh SPRM hendaklah dijalankan di aras bawah pejabat SPRM. Sekiranya pejabat SPRM tiada aras bawah yang mempunyai pejabat, pejabat yang disewa mestilah juga mempunyai ciri-ciri keselamatan ketat. Rujuk Malaysiakini.

Peraturan baru ini adalah berlanjutan daripada dua kes sebelum ini yang banyak mencalarkan imej SPRM di mata masyarakat. Ini merupakan langkah awal yang tegas dan menunjukkan SPRM amat serius di dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. Satu langkah yang positif, tetapi apa yang paling penting adalah ketelusan SPRM itu sendiri di dalam membenteras isu rasuah. Rakyat bukan sahaja mengharapkan siasatan dilakukan dengan penuh kemanusiaan tetapi juga profesional tanpa ada pilih kasih.

Seandainya tiada kejujuran atau sikap tanggungjawab, tidak mustahil nanti walaupun soal-siasat diadakan di aras bawah sekalipun akan ada pula kes yang lain. Kebanyakan lokap Polis pun berada di bawah, namun ada juga kes-kes yang berlaku di dalam lokap Polis. Ini menunjukkan yang penting adalah sikap dan tanggungjawab. Jangan ada nanti kes orang yang disiasat di aras bawah dikatakan berlari pula ke tingkat atas dan terjun bunuh diri. Lucu, tetapi bukan mustahil jika tiada sifat tanggungjawab.

Lagi baik sekiranya semua jabatan kerajaan kembali aktif di dalam mengerakkan aktiviti kerohanian di kalangan semua pegawai dan kakitangan mereka seperti dengan mengadakan Majlis Tahli, Majlis Ilmu, Qiamullail dan sebagainya sebagai aktiviti bulanan. Teringat saya di masa DS Anwar berada di dalam kerajaan dahulu, aktiviti ini banyak dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan termasuk di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Apapun, buat langkah awal ini saya `salute' pendekatan oleh SPRM ini./wfauzdin.blogspot.com

DULU GILA SUMPAH, KEMUDIAN LAPAR DNA DAN KINI KEMARUK JAM OMEGA

Posted: 08 Apr 2011 09:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.

Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.

Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?

Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?

Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?

Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.

Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

SERANG BALAS ANWAR MENYEBABKAN KABINET `TARIK HANDBREAK'

Posted: 08 Apr 2011 03:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur.

Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar.

Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu.

Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini).

Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu?

Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar./wfauzdin.blogspot.com

Badrulamin cabar Mahkamah Syariah dakwa penyebar fitnah

Posted: 08 Apr 2011 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mencabar mahkamah Syariah mendakwa individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya terlibat dalam video seks baru-baru ini.

Dr Badrulamin berkata, penyebar fitnah tersebut boleh didakwa kerana menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi, sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam. "Saya cabar Mahkamah Syariah untuk mengheret individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu supaya dijatuhkan hukuman yang setimpal.

"Kalau betul-betul mahkamah syariah bebas dan mengamalkan sistem Islam, mereka tidak perlu tunduk dengan Umno seperti yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan qazaf Anwar ditolak," katanya. Menurut Badrul, mahkamah syariah boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan qazaf, berikutan sudah ada laporan polis yang dibuat terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks, yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Katanya, perbuatan memfitnah yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik disifatkan sebagai 'syaitan bertopeng manusia' kerana merancang untuk mengaibkan orang lain dengan menggunakan kemudahan teknologi moden.

"Ini kerja 'syaitan manusia' yang sanggup menaburkan fitnah III kepada Anwar dengan pemalsuan video dan sebagainya. Perbuatan ini dikategorikan sebagai kezaliman kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau yang kesal dengan tindakan Abdul Rahim sehingga sanggup melakukan kerja hina dan tidak berakhlak itu, tidak menolak tindakan itu bermotif politik dan dendam.

"Dari segi agama, itu semua kerja orang hina dan tidak berahklak kerana sanggup menyebarkan keaiban dan memfitnah orang lain. "Kerana permusuhan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga mencalarkan maruah dan imej orang lain yang sememangnya ditegah dalam Islam.

Sementara itu, Badrulamin memberitahu negara kini dilanda krisis akidah dan ekonomi akibat politik murahan yang dianjurkan Umno. "Rakyat sudah jelak dengan isu dubur, DNA dan seks oleh Umno yang tidak mendidik mereka ke arah yang lebih baik.

"Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan rakyat di luar sana sudah bijak untuk menilai pemimpin yang zalim dan mereka yang berada di pihak benar," katanya./KeadilanDaily

KALI INI SIAPA YANG AKAN HALANG KES QAZAF ?

Posted: 07 Apr 2011 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi kes Qazaf telah dipohon untuk dibicarakan dan kes ini telah dibawa oleh AMK terhadap trio `three strooges' @ Datuk T. Kes tersebut telah dimohon melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu.

Ini adalah berlanjutan daripada fitnah video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar bersama seorang pelacur. Kita akan lihat selepas ini adakah kes Qazaf boleh dilaksanakan atau sama juga seperti sebelum ini di mana kes tersebut telah dihalang untuk dibicarakan sewaktu DS Anwar memohon agar kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Semua tahu siapa yang memfailkan bantahan atau halangan agar kes Qazaf tidak dibicarakan walaupun menteri berkenaan berkokok ke hulu ke hilir kununnya bercakap atas dasar Islam.

Mungkinkah Qazaf tidak laku di negara ini sebaliknya cukup dengan menayangkan video pelakun berperut boroi? Benarkah puak mereka serius dengan Islam dan perundangannya? Tidak menghairankan jika beberapa kejadian pelik dan aneh berlaku di negara ini yang tidak masuk akal kerana kita sering menolak Islam di dalam beberapa perkara. Kita merasakan kita lebih adil dari undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, sedangkan hakikatnya kita zalim dan jahil. /wfauzdin.blogspot.com


keAZAManMalaysia

0
sumber :-

keAZAManMalaysia


Rais Yatim sertai DAP,berjumpa dengan Lim Guan Eng semalam(wifi percuma untuk parlimen Jelebu!!!!)

Posted: 08 Apr 2011 05:36 PM PDT

yo smua..

aku baru je baca manifesto pakatan untuk prn sarawak..

apa yg no 10 tu nk sediakan wifi???

ni dah mcm kes rais yatim je ni...

adoi..

mcm la orang pedalaman sarawak tu sumenye berlaptop...

harharhar...

kalau pineng tu logik la lg...

kat selangor pun tk terbuat...inikan plak kat sarawak...

karang tk terbuat digelak dek rais yatim je nnti..

harharhar...

Video lucah kedua Chua Soi Lek kini tersebar di pasar malam Gombak(dapatkan segera,terlates dari mmbe aku)

Posted: 08 Apr 2011 01:03 AM PDT

yo smua....

saja je aku nk buat2 cite ni...

ini tension smalam punye hal la..

jawab malaysian legal system tapi tk berapa reti nk mnjawab....

ada satu soalan aku nk syer ngn korang..

mengenai chinese customary law..

atau dalam bahasa melayunya....undang2 adat cina..

kalau korang nk tau..keling ngn cina pun sebenarnya boleh kawin ramai mengikut adat diorang..

cuma undang2 law reform act 1976 je dah yg tidak mengenali perkahwinan ramai untuk kaum2 selain Islam dan orang asli serta pribumi di sabah dan sarawak..

undang2 ni menganggap poligami dan bigami oleh kaum2 selain Islam dan orng asli serta pribumi sebagai salah satu kesalahan...

bukan apa..masa aku skolah menengah dulu..maklum la..melayunya aku sorang..yg lain cuma cina dan india..

lalu bertanyalah amoi2 dan minaci2 ini kepada aku..

mengapa orang Islam boleh kawin ramai punya??

bukan apa..diorang ni berkenan ngn aku..aku ni hensem..tu la diorang sibuk nk tanya ngn aku..

lalu soal kesetiaan dibangkitkan..maklumla..aku baru 16 tahun..dapat A pendidikan Islam masa pmr pun mana la cukup ilmu sngt..ini suma orng yg belaja tinggi sampai mesir bole la nk jawab..

bukan apa..kalau ada la cine ngn keling tanya korang umat Islam ni..mengapa orang Islam dibenarkan kawin ramai..kalau la korang tk de dalil naqli dan aqli dalam pala otak masing2..

jawab je ngn diorang,,,dey tambi...bukan india pun boleh kawin ramai ka???tak pecaya tanya u punya tok sami...aiyaaa apek..lu cina pun bole kawen ramai ma...lu tanya sama lu punya moyang ada betul ka tala???

ye..mengikut adat cina..cina boleh kawin ramai..mengikut adat hindu..hindu pun boleh kawin ramai kecuali kasta etnik ceylon...ceylon tu kat sri lanka tk silap...

tu je la..hmmm bab paper malaysian legal system ni tk tau la..kalau dapat C pun cukop le yob..tak larat teman nk mengulang sem depan..atenye ye le....

tapi heran..undang2 di malaysia ni..poligami tk boleh..lesen pelacuran boleh..bawak2 la bertaubat..

ye najib...ye anwar..ye azmin ,ye zul, ye rais yatim, ye cu kiong..ye karpal singh...ye gobala..ye najwa mahiaddin..

harharhar..

(video lucah tu tk de la..eh korang ni..gile blue betul...mensampah aku ngn korang ni la..harharhar)

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Video: PERSATUAN PEGUAM SYARIE vs PERSATUAN PEGUAM MUSLIM ... hahaha

Posted: 08 Apr 2011 09:23 AM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, yang menyatakan bahawa video boleh diterima sebagai bukti untuk mendakwa seseorang di bawah kesalahan zina di Mahkamah Syariah.
Pada masa yang sama, PGSM juga membidas kenyataan Zainul Rijal Abu Bakar tersebut kerana kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan dengan pembuktian di dalam kes zina.
"PGSM menyatakan di dalam kes jenayah zina pembuktiannya adalah sangat ketat. Pembuktian jenayah zina ini hendaklah melalui dua cara, iaitu samada melalui pengakuan (iqraar) si pelaku atau melalui kesaksian empat orang saksi (syahadah).
"Ianya bermaksud, pembuktian-pembuktian melalui cara-cara yang lain selain daripada dua cara tersebut adalah ditolak sama sekali," kata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip.
Katanya, melihat kepada sejarah, berkenaan dengan pembuktian melalui pengakuan (iqrar) si pelaku, telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memarahi sahabatnya yang tetap melaksanakan hukuman hadd zina terhadap pesalah yang mengakui kesalahan zina tersebut walaupun pengakuannya telah ditarik balik.
Ini, ujarnya menunjukkan bahawa, sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh si pelaku telah ditarik balik sebelum dijatuhkan hukuman, maka hukuman hadd zina tersebut tidak boleh dilaksanakan.
Menurutnya, manakala pembuktian melalui syahadah pula, penerimaannya adalah memerlukan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu empat orang saksi tersebut hendaklah lelaki, adil dan merdeka.
Ini, tambahnya bertepatan dengan pendirian Ulama' Syafie dan Hanafi bahawa pensabitan zina hanya boleh melalui dua perkara di atas dan tidak boleh dengan cara tanda (qarinah)berbanding dengan Ulama' Maliki dan Ibn Qayyim yang meletakkan qarinah sebagai salah satu cara pensabitan zina.
Oleh yang demikian, jelasnya keterangan (bayyinah) adalah termasuk qarinah hanya boleh diterima sebagai keterangan di dalam kes yang bukan melibatkan kes yang berkenaan hudud.
"Oleh yang demikian, PGSM berpendapat bahawa pembuktian-pembuktian lain selain dua perkara di atas tidak boleh dijadikan sebagai bukti bagi pensabitan atas kesalahan zina," katanya

Kastam hentam SPRM

Posted: 08 Apr 2011 04:25 AM PDT

Pihak kastam bimbang sekiranya wujud salah guna prosedur SPRM semasa siasatan dijalankan terhadap kakitangan atau pegawai mereka.

PETALING JAYA: Pihak Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) hari ini mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak 'menyakiti' mana-mana pegawainya yang ditahan untuk siasatan.
Presiden Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata pihaknya bimbang sekiranya wujud salah guna prosedur SPRM semasa siasatan dijalankan terhadap kakitangan atau pegawai mereka.
"Kita minta supaya janganlah ada pegawai kami dipukul atau dijentik semasa ditahan.
"SPRM perlu lebih bertanggungjawab menjalankan siasatan mereka," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KDRM disini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya setakat ini belum pernah menerima aduan daripada pegawainya yang pernah dilakukan sedemikian semasa disiasat SPRM.

BERITA PENUH MENYUSUL

Biaqpila

0
sumber :-

Biaqpila


Sarbani Bukan Membunuh Diri, Kata Kesatuan Kastam

Posted: 08 Apr 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 8 APRIL : Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Najib Razak dan menuntut Perdana Menteri membersihkan nama baik jabatan itu.

Presidennya Ibrahim Ahmad juga berkata kes Ahmad Sarbani Mohamed yang dijumpai mati di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Rabu lalu tidak harus dikategorikan sebagai membunuh diri.

Beliau juga berharap anggotanya tidak akan "dipukul atau dijentik" ketika disiasat oleh SPRM.

"Ini kebimbangan kita. Kita tidak mahu (berlaku) paksaan dan kita tidak mahu (anggota kastam) dipukul," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta media supaya membetulkan laporan berhubung insiden melibatkan Allahyarham Ahmad Sarbani.

"Kita juga berharap nama Allahyarham dapat dibersihkan daripada perkataan 'membunuh diri.'

"Beliau sangat jujur. Kita ingin nama beliau dibersihkan," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata kesan kecederaan pada jenazah Ahmad Sarbani konsisten dengan kesan orang jatuh bangunan.

Kelmarin, mayat Allahyarham, 56, ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.

Beliau adalah antara 62 pegawai Kastam yang ditahan semasa operasi SPRM dan enam agensi lalin yang dinamakan Operasi 3B pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Berita Gempaq Terkini

Posted: 08 Apr 2011 09:47 AM PDT



KUALA LUMPUR: Dalang di sebalik Anwar tiruan akan dikenakan tindakan mengikut Akta Penapisan Filem dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

Timbalan Menteri Perdagangan Seluar Dalam,Datuk Ti Pu Hang, berkata langkah itu bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

"Pegawai kami masih di akar umbi bagi menyiasat perkara ini dan kami berharap dapat menahan dalang di sebalik kegiatan ini secepat mungkin kerana kita tidak mahu mengorbankan nafsu penonton demi keuntungan mereka," katanya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau ditemui selepas penyampaian cek bernilai RM10 sumbangan peribadinya kepada mangsa saman ekor di Jepun.

Datuk Ti Pu Hang turut meminta pengguna membuat laporan segera jika mengetahui kegiatan itu wujud di tempat mereka.

"Sebagai pengguna mereka patut tampil melaporkan kepada kementerian dan pada masa yang sama memboikot video lucah seperti ini kerana ia tidak beretika," katanya.

Semalam, pegawai penguatkuasa kementerian itu merampas 270 buah video Anwar tiruan daripada beberapa gerai di Pasar Pulau Kucing dan Pulau Cicak susulan dakwaan video Anwar tiruan dijual di situ. - TakBernama

DALANG TELOQ TIRUAN LAJU JE DEPA NAK CARI
KALAU BOLEH SAMPAI LUBANG CACING
KAH! KAH! KAH!
DALANG VIDEO SEKS ANWAR TIRUAN DEPAN MATA
DEPA BOLE TENGOK SAJA
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

NAJIB SUDAH TERMAKAN DENGAN `UMPAN' ANWAR, KITA TUNGGU JAWAPANNYA

Posted: 08 Apr 2011 05:34 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka.

Sebelum ini para pencacai dan cicak mengkarung saja yang riuh rendah, dan bukan tandingan Anwar untuk berdepan dengan cicak mengkarung yang tidak cukup makan seperti Zahrain, Zul Kulim firaun besar, Chee Keong, Nazri botak, Berahim katak dan beberapa ekor lagi tu. Anwar tunggu bos segala cicak mengkarung berbunyi sahaja.

Hari ini, umpan telah dimakan dan bos cicak mengkarung pun berbunyi. Najib berkata mengapa Anwar dan pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan di dalam kes video lucah yang ditayangkan oleh Rahim dan `geng three strooges' yang masih bebas tanpa ditangkap itu. Sebelum itu, kita mahu tanya Najib atas asas apa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas?

Hari ini Anwar merentap `umpan' yang dipasang sekian lama. Anwar bertanya ada kes yang lebih besar dari kes video lucah iaitu kes wanita Monggolia yang di bom dengan bahan letupan C4. Sehingga kini rakyat tertanya sebab apa wanita berkenaan dibunuh oleh dua orang yang dikatakan pegawai keselamatan yang rapat dengan Najib? Kes ini telah lama rakyat tuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas kerana nama Najib turut dikaitkan bersama Rosmah. Bagaimana pula dengan kes seorang bekas KM yang dikatakan merogol budak bawah umur? Kes tangkapan di Hotel Port Dickson yang dikatakan melibatkan seorang artis bersama tokoh politik negara. Mana Suruhanjaya Siasatan ?

Sebenarnya banyak lagi yang patut diadakan Suruhanjaya Siasatan di negara ini jika kes video lucah lelaki boroi ini mahu dianggap terlalu penting buat Najib. Mengapa ianya penting? Sebabnya kes yang dihadapi oleh Anwar sejak dari kes Liwat 1 dan sedang berjalan kes Liwat II semakin menjauhkan rakyat dari Umno. Itu hakikatnya.

Tahniah Anwar, umpan sudah mengena dan sekarang kita tunggu Najib mahu jawab atau tidak tentang pentingnya Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk kes Altantuya, kes rogol gadis bawah umur dan juga kes di Hotel Port Dickson walaupun Suruhanjaya Siasatan kes video Lingam dulu tidak tahu hujung pangkal./wfauzdin.blogspot.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Najib ada berani ka?

Posted: 08 Apr 2011 12:00 AM PDT

Tubuh Suruhanjaya Diraja untuk Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes mati Kastam

Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengketepikan cadangan sesetengah pihak khususnya BN dan Perdana Menteri yang mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan pembabitannya dalam sebuah video seks. Katanya, tindakan itu hanya membazirkan masa.


"Kalau nak ada, adakan lah. Tetapi sebelum itu, adakan juga RCI (Suruhanjaya Diraja) menyiasat mengenai Altantuya, Port Dickson, Teoh Beng Hock dan kes Kastam," katanya dalam satu wawancara tergesa-gesa sebelum bergegas ke mesyuarat lain di Shah Alam, lapor Malaysiakini.


Anwar merujuk beberapa kes termasuk pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah menimbulkan pelbagai persoalan yang turut didakwa berkaitan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


Tidak jelas ketika Anwar merujuk kes Port Dickson, ia adalah kaitan dengan sebuah kes khalwat pada sekitar tahun 1990-an yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan Umno yang kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.


Kes Kastam pula merujuk kematian penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam. Kematian Sarbani adalah yang kedua membabitkan SPRM. Kes pertama melibatkan pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh dari tingkat 14 pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam pada 2009.


Anwar bagaimanapun sempat menambah bahawa kes pembunuhan Altantuya sepatutnya diberi keutamaan. "RCI mengenai Altantuya akan menentukan cerita sebenarnya,” katanya merujuk kepada siasatan hambar yang dijalankan berhubung kematian model warga Mongolia itu.

sanggahtoksago

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TAUBAT

Posted: 07 Apr 2011 09:00 PM PDT

TAUBAT PERLU DIBUKTIKAN DENGAN TIDAK ULANG PERBUATAN BERDOSA


FIRMAN Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Nisa', ayat 17)
Islam menganjurkan umatnya sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dengan ini, barulah Muslim mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang bertakwa.
Walau bagaimanapun, dalam kehidupan manusia yang sentiasa berdepan pergolakan dan pancaroba menguji keimanan, kadang-kadang ada manusia yang tersungkur dan rebah akibat tergoda ajakan hawa nafsu bergelora.
Atau terjebak dalam kancah maksiat yang memperdayakan pandangan mata hati, akhirnya terpalit noda hitam dalam lubuk jiwanya. Natijahnya, dia terbelenggu dalam kegelapan, meraba-raba mencari sinar Ilahi menerangi hatinya yang tercalit karat dosa.
Justeru, Islam mensyariatkan amalan taubat supaya insan dapat membersihkan diri daripada dosa membayangi dirinya.
Imam al-Raghib al-Ashfahani menerangkan: "Dalam istilah syarak, taubat ialah meninggalkan dosa kerana keburukannya, menyesali dosa yang pernah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulangi dan berusaha melakukan apa yang ditinggalkan dulu. Jika keempat-empat perkara itu sudah dipenuhi, bermakna syarat taubatnya sudah pun sempurna."
Justeru, dapat difahami taubat mempunyai peranan untuk membersihkan diri daripada dosa. Oleh sebab itulah, ahli tasauf menjadikan taubat sebagai anak tangga pertama harus dilalui sebelum menaiki anak tangga seterusnya untuk menjejaki makrifatullah.
Dengan taubat, manusia dapat memperbaharui janjinya dengan Allah untuk menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat yang merugikan, seterusnya mempertingkatkan keazaman beristiqamah serta beriltizam melaksanakan segala bentuk ketaatan penuh keikhlasan hanya kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah." (Hadis riwayat Darimi)
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah al-Tahrim, ayat
Perlu diinsafi, taubat tidak memadai hanya sekadar manis di bibir dengan melafazkan ucapan saja, selepas itu mengulangi semula perbuatan dosanya buat kesekian kalinya. Taubat sebenar menuntut seseorang melakukan lebih daripada itu.
Lanjutan itu, betapa perlunya kehidupan Muslim dihiasi amalan muhasabah dan menilai diri supaya dengan amalan itu dia dapat mengambil langkah berwaspada dalam menelusuri titian hidup. Kemudian, disusuli pula dengan amalan soleh yang bakal memperkuatkan ketahanan diri dan menggilap kemantapan jiwa menepis segala bentuk dugaan dan godaan mendatang.
Apabila ditinjau sirah Rasulullah SAW, Baginda adalah contoh teladan terbaik menjadi ikutan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang.
Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah: "Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

www.islamituindah.my



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK


Kerabu Bersuara ®

0
sumber :-

Kerabu Bersuara ®


Kezaliman Mesti Dibenteras

Posted: 08 Apr 2011 08:00 AM PDT

KEZALIMAN MESTI DIBENTERAS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Negara kita dikejutkan dengan kes kematian 'jatuh bangunan' Ahmad Sarbani, Penolong Pengarah Kastam Selangor. Beliau merupakan saksi bagi kes penyelewengan dalam Kastam. Di mana baru-baru ini kita dikejutkan dengan laporan penyelewengan Kastam bernilai 108 billion. Satu jumlah wang rakyat yang begitu banyak. Jika wang itu diperuntukkan untuk subsidi atau pembangunan secara adil, tentu keseluruhan rakyat dapat menikmati.

Peliknya lagi beliau mati kerana jatuh dari bangunan SPRM. Lebih aneh, sebelum ini Beng Hock yang cuba mendedahkan bukti rasuah juga mengalami nasib yang sama. Apakah kerana bangunan itu terlalu licin, atau tiada penghadang? Jika begitu bagaimana ia boleh diluluskan? Atau, ada hantu 'tolak orang' dari bangunan spesis 'pontianak sundal rasuah'.



Peliknya, entah berapa ribu bangunan lain yang puluhan tingkat dalam negara ini, tidak pula sering kita dengar orang tergelincir. Mengapa asyik tergelincir di bangunan SPRM sahaja? Tambahan lagi yang tergelincir itu ada pula kaitan dengan saksi kes-kes penyelewengan dan rasuah yang besar-besar. Apakah ada Mafia atau al Capone yang sedang beroperasi dalam negara kita? Persoalan-persoalan ini memeningkan rakyat. Maka bisikan timbul di sana-sini. ketidakpuasan hati kedengaran secara terang dan nyata. Di kedai kopi ataupun di facebook. Bak kata Hajjaj yang zalim:

"Fitnah (kekacauan) itu dicetuskan dengan bisikan, ia dihasilkan dengan aduan" (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/201)


Zalimi Orang Lain

Perbuatan seperti zina, minum arak, berjudi dan yang sewaktu dengannya memang besar dosanya. Ia adalah dosa antara hamba dengan Allah. Hamba itu menzalimi dirinya sendiri. Ia juga perlu dibenteras. Namun, dosa membunuh, rasuah, mencuri harta rakyat, menyeleweng harta negara adalah dosa yang jauh lebih besar kerana membabitkan kezaliman atau penganiayaan terhadap hamba-hamba Allah yang lain. Merosakkan imbangan dan keharmonian masyarakat secara menyeluruh. Dosa yang seperti ini patut dipandang lebih serius.

Biasanya, maksiat peribadi memusnah pelakunya sahaja, tetapi kezaliman akan memusnah dan merosakkan semua termasuk mereka yang tidak bersalah. Ia akan mengenai anggota masyakat; yang baik ataupun yang jahat, mukmin ataupun kafir. Allah dengan itu memberi amaran: (maksudnya):

"Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya (Surah al-Anfal, ayat 25). Dalam menafsirkan ayat ini Ibn 'Abbas berkata: "Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak akur akan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya".( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam).

Musnah Masyarakat

Ketidak sungguhan sesuatu masyarakat untuk menentang kefasadan dan kezaliman yang berlaku akan menyebabkan masyarakat itu dipinggirkan dari rahmat Allah lantas tercetuslah ketidak tenteraman dalam kehidupan. Justeru itu dilaknat kaum yang tidak menghalang pencerobohan hak dan mencegah kemungkaran. Firman Allah (maksudnya):

"Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 78-79).

Apabila kezaliman melata di setiap penjuru, ia bagai kandungan yang menunggu saat untuk pecah. Jika ia tidak dikawal, kemusnahan seperti yang berlaku dalam Dunia Arab hari ini akan terjadi. Si zalim mendapat musibah, rakyat turut mendapat susah. Persis kata Saidina 'Ali bin Abi Talib r.a:

"Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus". (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/201).

Muawiyah bin Abi Sufyan r.a juga memberikan nasihat yang berfaedah kepada gabenornya:

"Lihatlah kepada keperluan rakyat dan berusahalah untuk menunaikannya. Lihatlah kepada kemelampauan puak yang hina dan berusahalah menghapuskannya. Takutlah kepada orang baik yang lapar dan orang jahat yang kenyang. Sesungguh yang akan memberontak ialah orang baik apabila dia lapar dan orang jahat apabila dia kenyang" ((Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/202).

Ya, insan sekali mana pun baik, tidak mungkin dapat terus bersabar ditindas dan dizalimi. Sementara orang jahat yang kekenyangan hasil dari kelincahan mereka, akan meluaskan kezaliman dan kefasadan yang pelbagai. Ketika itu, yang baik akan memberontak, sementara yang jahat akan merosak.

Keadilan Untuk Semua

Walaupun seseorang itu mungkin tidak baik dari segi agamanya, namun ia bukan lesen untuk membolehkan dia dizalimi. Perbezaan agama, atau kumpulan atau amalan, tidak membolehkan masyarakat menindasnya dalam perkara yang dia tidak bersalah. Sebab itu Nabi s.a.w mengingatkan:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah).

Dalam riwayat Ahmad juga, Nabi s.a.w bersabda:

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (Dinilai hasan oleh al-Albani dalam al-Sahihah).

Pemerintah dan Rakyat

Menghapuskan kezaliman adalah tugasan penting sesebuah pemerintahan. Menegakkan keadilan adalah tanggungjawab utama pemimpin. Inilah yang termaktub dalam pelbagai nas al-Quran dan al-Sunnah. Nabi s.a.w mengingatkan para pemerintah tentang hal ini, sabda baginda:

"Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman" (Riwayat Ahmad, Abu Ya'la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Sementara rakyat wajib menyokong segala usaha pemerintah untuk menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman. Begitu juga sebaliknya, pemerintah membantu rakyat menghapuskan kezaliman. Jika berlaku keadaan yang terbalik, sama ada di pihak rakyat ataupun pemerintah, maka tindakan anti-zalim mesti dilakukan sekalipun terpaksa bertembung. Ertinya, jika rakyat berlaku zalim, pemerintah wajib menegakkan keadilan dan menghapus kezaliman tersebut. Begitu juga jika pemerintah berlaku zalim, rakyat wajib menentang kezaliman dan meminta agar ditegakkan keadilan dan hak.

Maka, Nabi s.a.w telah mengingatkan:

"Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)". (Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi, dinilai oleh al-Albani)

Slogan inilah yang diterapkan oleh Saidina Abu Bakr al-Siddiq kepada rakyatnya ketika dilantik menjadi khalifah. Dalam ucapan dasarnya, dia menyebut:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku" (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Kita mesti hidup sebagai sebuah masyarakat yang anti-zalim. Berganding bahu setiap pihak dalam negara ini untuk menegakkan tanggungjawab yang besar ini.

Video seks: Suruhanjaya diputus selepas siasatan polis

Posted: 08 Apr 2011 07:30 AM PDT

PUTRAJAYA, 8 April — Kerajaan akan menunggu hasil siasatan polis sebelum mempertimbangkan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video seks melibatkan pelaku mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

"Kabinet hari ini mengambil keputusan untuk menunggu hasil penyiasatan polis dahulu yang bukan sahaja melakukan siasatan tentang ketulenan video itu tetapi mengenal pasti siapakah pelaku di dalam video itu," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Nazri berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja itu sekiranya terdapat pertikaian daripada hasil siasatan polis.

Kelmarin, beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu perlu disegerakan berikutan penafian isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang suaminya itu adalah lelaki dalam video berkenaan.

Nazri berkata bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja," katanya.

Nazri berkata usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang menyeru agar sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat insiden membabitkan Ahmad Sarbani.

Kesatuan Kastam: Bersihkan nama Sarbani, jangan dakwa ‘bunuh diri’

Posted: 08 Apr 2011 07:00 AM PDT

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, 8 April — Kesatuan Kastam memutuskan untuk mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mahu nama agensi itu dibersihkan selepas seorang penolong pengarahnya, yang disoal siasat di bawah Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM.

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel "kes bunuh diri."

"Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri," kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.

Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak

"Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam," kata beliau.

"Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini," kata Ibrahim.

Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.

Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.

"Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion," kata beliau.

Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.

Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Bukan lawan Taib Mahmud saja tapi seluruh kezaliman BN – Wan Azizah

Posted: 08 Apr 2011 06:23 AM PDT

KUCHING: Perjuangan Pakatan Rakyat di Sarawak bukan berdasarkan sentimen individu tertentu, sebaliknya melawan kezaliman Barisan Nasional (BN), kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) bagi kemenangan PRN Sarawak. PR akan menentang BN, bukan terhadap individu," katanya ketika sidang media melancarkan manifesto PR di sini, hari ini, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Mengulas mengenai manifesto BN, Wan Azizah menyifatkan perkara biasa tetapi fokus sebenar adalah rakyat Sarawak yang berhak memilih Ketua Menteri.

"Isunya bukan manifesto, tetapi memberi laluan kepada rakyat Sarawak memilih Ketua Menteri mereka," katanya.

Pelancaran manifesto itu dihadiri Presiden KEADILAN, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan calon KEADILAN, PAS

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan

Posted: 08 Apr 2011 03:00 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'.

KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.

Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.

Infrastruktur asas buruk di Miri punca kes kematian

Posted: 08 Apr 2011 02:30 AM PDT

MIRI: Kegagalan kerajaan BN Sarawak menyediakan prasarana kesihatan dan infrastruktur jalan raya yang baik antara punca kematian penduduk di kawasan pedalaman, kata calon KEADILAN bagi N65 Senadin, Dr Michael Teo.

"Kalau seseorang itu hendak bersalin, ataupun berhadapan kes kecemasan, mereka terpaksa menempuh perjalanan selama 3 hingga 4 jam untuk sampai ke Hospital Miri.

"Ini ditambah pula dengan kualiti jalan raya yang teruk dan menimbulkan kesukaran kepada penduduk. Contohnya di Long Benang, Long Asa dan Long Lama," katanya yang menyatakan kebanyakan kes sedemikian tidak dilaporkan.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan di Sarawak hanya menyediakan perkhidmatan 'flying doctor' dengan menggunakan kenderaan helikopter yang tidak meliputi keseluruhan pedalaman Sarawak.

"Masalah timbul apabila doktor sampai ke kampung atau rumah panjang tetapi pesakit tidak dapat dirawat kerana peralatan dan ubat-ubatan yang boleh dibawa melalui helikopter, terhad.

Dalam pada itu, Dr Teo berkata, 'flying doctor' adalah tinggi manakala perkhidmatan helikopter didakwanya milik anak kepada Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Alfred Jabu.

"Mereka ada dua, tiga helikopter. Kemudian, saya diberitahu yang Kementerian Kesihatan Sarawak menyewa dari syarikat itu dengan jumlah RM 19 juta setiap tahun. Ini tidak efektif, bahkan pembaziran," katanya.

Dr Teo juga kesal kerana Hospital Miri dibina dengan tidak mengikut konteks dan spesifikasi tempatan.

"Bayangkan, di Miri sahaja, penduduknya berjumlah 30,000 orang tidak termasuk di kawasan sekitar tetapi bilik pembedahan cuma ada dua. Inilah kaibatnya melantik perunding binaan luar yang tidak memahami persekitaran dan masyarakat tempatan.

"Dan Taib Mahmud hanya mementingkan diri sendiri dengan memberi kontrak kepada kroni," katanya, sambil menambah, masalah kesesakan jalan raya di Miri tidak pernah selesai sehingga kini.

Beliau menjelaskan, kegagalan projek peluasan jambatan adalah disebabkan pertindihan lot tanah yang dimiliki oleh taib Mahmid di tengah bandar Miri.

"Kita tidak ada masa lagi. Sekaranglah masa untuk berubah," kata Dr Teo.

Baru Bian pilihan Pakatan jadi Ketua Menteri Sarawak jika atasi BN

Posted: 08 Apr 2011 02:00 AM PDT

Oleh Clara Chooi

KUCHING, 8 April — Dalam usaha memperlihatkan barisan yang bersepadu dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP Sarawak hari ini mengumumkan pihaknya akan memilih ketua PKR negeri Baru Bian bagi jawatan ketua menteri jika perikatan itu menang pilihan raya 16 April ini.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen melahirkan keyakinan bahawa pemimpin-pemimpin negeri parti itu juga akan memilih Bian bagi jawatan tersebut jika pun PKR gagal memperoleh kerusi terbanyak.

"Kami dalam DAP sudah pun menyatakan pendirian yang jelas sebelum ini, apabila Majlis PR Sarawak ditubuhan dulu, bahawa Baru (Bian) akan menjadi Ketua Menteri," kata beliau pada sidang media selepas PR melancarkan manifesto hari ini.

Ketika ditemui kemudian, Chong memberitahu The Malaysian Insider bahawa pemimpin-pemimpin DAP memilih Bian, seorang pemimpin gereja di sini, kerana mereka amat menghormati beliau.

"Kami ada keyakinan ke atas kepimpinan (beliau)," kata beliau lagi.

"Tidak semestinya PKR mesti menang majoriti kerusi bagi kami memperakui seorang wakil PKR untuk jawatan itu. Jikapun DAP memperoleh jumlah kerusi terbanyak, kami akan pilih beliau (Baru Bian)," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan pusat PKR sedar yang Bian sudah pun dipilih untuk menerajui negeri ini, Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan
Baru Bian
Azizah Wan Ismail berkata berdasarkan konvensyen parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan dipilih sebagai Ketua Menteri.

"Baru (Bian) dipilih sebab beliau adalah pemimpin PKR negeri. Tetapi, kami masih perlu duduk dan berbincang.

"Tetapi buat masa sekarang, memandangkan Baru Bian adalah pemimpin negeri, DAP telah memilih namanya," kata Dr Wan Azizah.

PKR bertanding di 49 kerusi manakala DAP pula 15 dan PAS lima.

PKR bertembung dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di 26 kerusi.

Dewan Undangan Negeri Sarawak menawarkan 71 kerusi.

Chong berkata jika Bian kekal dalam saingannya di kerusi Ba'Kelalan, DAP akan mempertimbangkan calon alternatif.

"Kami tidak kekurangan calon," katanya lagi.

Ketika ditemui di pejabat PKR negeri di sini, ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata pihaknya sedar pilihan itu.

"Dalam apa jua kes, kami tiada masalah. Ini bukan isu utama yang kami beri perhatian sekarang," katanya.

Rahim Thamby Chik ‘kalah’ kali kedua – Johari Abdul

Posted: 08 Apr 2011 01:00 AM PDT

TANJUNG KARANG: Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul menyifatkan salah seorang dalang trio 'Datuk T', Tan Sri Rahim Thamby Chik kalah kali 'kedua' berturut-turut kepada beliau, apabila gagal meyakinkannya Anwar terlibat dalam video fitnah.

Berucap di majlis pelancaran Buku Jingga di sini malam tadi, Johari berkata kekalahan pertama Rahim adalah semasa beliau tewas kepada Ahmad Zahid Hamidi dalam pemilihan sebagai Ketua Pemuda Umno pada 1996.

Semasa itu katanya, beliau bekerja di bawah Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengurus kempen.

"Kekalahan' kali pertama Rahim Thamby Chik kepada saya adalah sewaktu saya bertindak sebagai pengurus kempen kepada Menteri Pertahanan sekarang, Datuk seri Zahid Hamidi sewaktu zahid bertanding jawatan Pemuda Umno Malaysia," kata Johari yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Zahid Hamidi kemudian berjaya mengalahkan Rahim Thamby Chik pada pemilihan itu, jelas Johari.

Dalam ucapannya, Johari berkata pengalaman beliau berada dalam Umno menjadikan beliau sedar bahawa kebajikan rakyat adalah agenda terakhir yang diperjuangkan parti itu.

"Budaya Umno, isu-isu kebajikan rakyat adalah "agenda lain-lain" dalam mesyuarat mereka," kata Johari.

Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman video fitnah, yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wartawan dan editor kanan terpilih di sebuah hotel 21 Mac lalu.

Bagaimanapun Johari menafikan sekeras-kerasnya lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar, malah menyifatkan tohmahan ini sebagai satu fitnah paling jahat dan dasyat yang dilakukan Umno, bertujuan menjatuhkan Anwar.

Menurut Johari, bentuk tubuh badan dan lenggok lelaki di dalam video berkenaan langsung tidak menyerupai Anwar seperti keadaan perutnya yang lebih buncit dan dadanya yang lebih berisi.

Kekayaan dibolot Taib: Saifuddin buat analogi MU, Chelsea

Posted: 08 Apr 2011 12:08 AM PDT

MIRI: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menarik perhatian pengundi di Miri apabila membuat analogi pasukan Manchester United dan Chelsea pada perlawanan akhir UEFA, bagi mengaitkan kekayaan yang dibolot Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 yang membanjiri Miri Waterfront malam tadi, Saifuddin berkata, selepas 30 tahun Taib mentadbir Sarawak , kekayaan negeri itu masih dikongsi sesama adik beradik dan kroninya- sama keadaannya seperti perlawanan bola sepak.

"Kalau 'pasukan' Sarawak, 'bola' itu hanya berlegar kepada Taib Mahmud. Kemudian kepada (anaknya) Raziah Mahmud. Raziah Mahmud kepada Onn Mahmud. Onn Mahmud kepada George Chan, George Chan kepada Alfred Jabu dan kembali semula kepada Taib Mahmud," kata Saifuddin, mengajuk percakapan seorang pengulas perlawanan bola sepak.

"Kenapa tidak sampai kepada rakyat di bawah? Ini tidak betul. Kekayaan negeri ini hanya berlegar di kalangan keluarga dan kroni mereka," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 2,000 hadirin di Miri Waterfront malam tadi.

Menurut Saifuddin, Taib Mahmud membolot dan menjarah kekayaan negeri itu dengan memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri bagi mengagihkan projek kepada kroni dan saudara maranya.

"Ketua Menteri, Taib Mahmud. Menteri Kewangan, Taib Mahmud. Menteri Pembangunan Sumber Negeri, Taib Mahmud. Pengerusi Land Custody and Development Agency (Pelita), Taib Mahmud.

"Bila dia nak bangunkan satu projek, Menteri Pembangunan Sumber akan bincang dengan Menteri Kewangan. Kemudian ia akan dipersetujui oleh Ketua Menteri dan diagihkan pula kepada Onn, Raziah dan Sulaiman Taib Mahmud.

"Kita mesti hentikan rompakan ini," kata Saifuddin sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan calon N 65 Senadin Dr Teo Yu Kheng.

Terdahulu sebelum itu, di Kampung Tunku Abd Rahman dalam DUN Lambir, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyampaikan ceramah kelompok di hadapan 150 penduduk yang rata-ratanya terdiri dari suku Kedayan dan Iban.

Tian dalam ceramahnya menjelaskan, konteks politik pembangunan di negeri Sarawak telah disalahertikan apabila ketika kemajuan dilaksanakan, dalam masa yang sama hak peribumi dirampas.

"Sekarang adalah masanya untuk perubahan, Jika ia tidak dilakukan sekarang, maka anak cucu kita akan kembali menyalahkan kita. Mengapa masih memilih kelompok yang sama.

"Berbanding di Selangor yang mana seseorang ahli keluarga kita meninggal dunia pun, kita masih boleh mendapat bantuan. Tetapi, untuk hidup di Sarawak ini adalah satu kesukaran,"ujar Tian.

Undi Kristian, Cina penentu nasib Taib Mahmud?

Posted: 07 Apr 2011 10:30 PM PDT

Undi masyarakat Kristian dan Cina bakal menjadi faktor penting kejayaan Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10.

Walaupun kelihatan yakin dengan sokongan yang bakal diperolehi daripada pengundi Kristian dan Cina, kempen pembangkang yang semakin agresif mampu mengubah kecenderungan kumpulan pengundi terbabit.

BN melakukan tindakan memujuk melalui pelepasan Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan dan pengumuman bantuan dan sokongan untuk sekolah mubaligh Kristian.

Kempen pilihan raya BN kali ini yang bertema kestabilan dan masa hadapan yang terjamin dilihat sebagai ditujukan paling utama kepada masyarakat Cina yang paling banyak terlibat dalam perniagaan.

Pelancaran kempen yang diadakan di Sibu, sebuah bandar utama kaum Cina juga boleh dilihat sebagai usaha kempen pertama memujuk pengundi Cina.

Kempen menentang Taib mendapat perhatian masyarakat Kristian dan Cina yang melihat pemerintahan berdekad ketua menteri itu sebagai dominasi Melayu yang tidak adil kepada etnik dan agama lain.

Kempen itu, yang turut mendapat bantuan pihak dari luar negara, bergantung sebahagian besarnya pada pengundi Kristian dan Cina untuk berjaya.

BN mula meningkatkan kempen memenangi sokongan kelompok pengundi terbabit dengan pelbagai tindakan termasuk janji pengunduran Taib selepas pilihan raya, yang masih dipandang dengan skeptikal oleh pembangkang.

Pada masa sama, BN terus menabur janji pembangunan di Sarawak, termasuk berbilion peruntukan pembangunan dan janji menjadikan Sarawak negeri kaya.

http://siasahdaily.blogspot.com/

Angkara Ibrahim Melayu malu mengaku Melayu

Posted: 07 Apr 2011 08:53 PM PDT

Pepatah Melayu menyebut "Bahasa melambangkan bangsa" . Ini mencerminkan betapa halus dan sopannya orang Melayu sehingga bahasanya sendiri tersusun indah beradab bermakna jika bahasanya sahaja molek inikan pula bangsanya. Begitulah asalnya orang-orang Melayu.

Kerana itu orang Melayu asalnya tidak kurang ajar. Memelihara dan menjaga budayanya dan apabila Islamnya bangsa Melayu maka lebih tertib dan sopanlah jadi budaya dan pegangannya. Menurut sejarah apabila Portugis mahu kalungkan loket emas pada Bendehara Melaka sehingga tersentuh kepalanya, para pendekar Melayu menghunus keris kerana terhina akan tindakan melanggar adab bangsa itu, tapi Bendehara menghalang, Benggali Putih tidak tahu adab dan budaya kita.

Namun tidak dinafikan ada juga yang terpesong, ada juga yang sesat, korap sehingga menoda budaya sendiri akhirnya mengotori bangsa sendiri. Ini berlaku dalam mana-mana bangsa dan budaya tetapi bagi orang Melayu apabila ada yang jatuh dalam kelompok ini sah ia bukan dari bangsa Melayu, kerana bangsa Melayu tidak kurang ajar begitu.

Ibrahim Ali bagi saya telah melintasi garis sempadan apabila bertutur sesuatu yang bukan dari adab dan budaya Melayu. Di Dewan Rakyat semalam beliau berkata:

Peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka.

Terus mengaitkan isu ini dengan video panas kononnya melibatkan seorang pemimpin pembangkang. Kononnya pemimpin pembangkang itu terlibat dalam insiden berkenaan kerana isterinya tidak pandai melayan nafsunya.

Bagi saya Ibrahim mencemar kesopanan dan adab Melayu, bagaimana seorang yang mendakwanya dirinya pemimpin NGO Melayu boleh mencabul ketinggian bangsanya sendiri? Ibrahim memang terkenal seorang pemimpin vocal tapi bagi saya lebih kepada seorang yang celupar. Kali ini terbukti keceluparnnya itu terlalu melampaui batas, perlu diajar jika tidak dipulaukan sahaja jenis yang memalukan bangsa sendiri ini.

Jangan sampai orang Melayu malu mengaku dirinya Melayu angkara sepsis seperti Ibrahim ini.

http://n32.blogspot.com/2011/04/angkara-ibrahim-melayu-malu-mengaku.html

Live! Kuliah TG Nik Aziz 1

Posted: 07 Apr 2011 06:28 PM PDT


Live! Kuliah TG Nik Aziz 1, originally uploaded by Atendent.

Sesi pertama disampaikan oleh ustaz mat qirat. Bekas ketua dewan ulamak pas pusat.

Berkaitan hukum-hukum mengikut mazhab imam.


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT