MIMPI SENJA |
Video: PERSATUAN PEGUAM SYARIE vs PERSATUAN PEGUAM MUSLIM ... hahaha Posted: 08 Apr 2011 09:23 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 8 April: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, yang menyatakan bahawa video boleh diterima sebagai bukti untuk mendakwa seseorang di bawah kesalahan zina di Mahkamah Syariah. Pada masa yang sama, PGSM juga membidas kenyataan Zainul Rijal Abu Bakar tersebut kerana kenyataan itu boleh mengelirukan masyarakat awam berkaitan dengan pembuktian di dalam kes zina. "PGSM menyatakan di dalam kes jenayah zina pembuktiannya adalah sangat ketat. Pembuktian jenayah zina ini hendaklah melalui dua cara, iaitu samada melalui pengakuan (iqraar) si pelaku atau melalui kesaksian empat orang saksi (syahadah). "Ianya bermaksud, pembuktian-pembuktian melalui cara-cara yang lain selain daripada dua cara tersebut adalah ditolak sama sekali," kata Presiden PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip. Katanya, melihat kepada sejarah, berkenaan dengan pembuktian melalui pengakuan (iqrar) si pelaku, telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W memarahi sahabatnya yang tetap melaksanakan hukuman hadd zina terhadap pesalah yang mengakui kesalahan zina tersebut walaupun pengakuannya telah ditarik balik. Ini, ujarnya menunjukkan bahawa, sekiranya pengakuan yang dilakukan oleh si pelaku telah ditarik balik sebelum dijatuhkan hukuman, maka hukuman hadd zina tersebut tidak boleh dilaksanakan. Menurutnya, manakala pembuktian melalui syahadah pula, penerimaannya adalah memerlukan syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu empat orang saksi tersebut hendaklah lelaki, adil dan merdeka. Ini, tambahnya bertepatan dengan pendirian Ulama' Syafie dan Hanafi bahawa pensabitan zina hanya boleh melalui dua perkara di atas dan tidak boleh dengan cara tanda (qarinah)berbanding dengan Ulama' Maliki dan Ibn Qayyim yang meletakkan qarinah sebagai salah satu cara pensabitan zina. Oleh yang demikian, jelasnya keterangan (bayyinah) adalah termasuk qarinah hanya boleh diterima sebagai keterangan di dalam kes yang bukan melibatkan kes yang berkenaan hudud. "Oleh yang demikian, PGSM berpendapat bahawa pembuktian-pembuktian lain selain dua perkara di atas tidak boleh dijadikan sebagai bukti bagi pensabitan atas kesalahan zina," katanya |
Posted: 08 Apr 2011 04:25 AM PDT Pihak kastam bimbang sekiranya wujud salah guna prosedur SPRM semasa siasatan dijalankan terhadap kakitangan atau pegawai mereka. PETALING JAYA: Pihak Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) hari ini mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak 'menyakiti' mana-mana pegawainya yang ditahan untuk siasatan. Presiden Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata pihaknya bimbang sekiranya wujud salah guna prosedur SPRM semasa siasatan dijalankan terhadap kakitangan atau pegawai mereka. "Kita minta supaya janganlah ada pegawai kami dipukul atau dijentik semasa ditahan. "SPRM perlu lebih bertanggungjawab menjalankan siasatan mereka," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KDRM disini hari ini. Beliau bagaimanapun berkata pihaknya setakat ini belum pernah menerima aduan daripada pegawainya yang pernah dilakukan sedemikian semasa disiasat SPRM. BERITA PENUH MENYUSUL |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan